Thursday, January 07, 2016

3 ANAK DARA.

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru 2016.. So apa azam baru you all? Sama-samalah kita perbaiki diri ye.. mana yang kurang tu kita tambah baik semampu yang boleh ok?  

Cemana hantar anak gi sekolah?  Siapa ada anak first time masuk tadika and first time masuk standard one memang excited kan?  Kak Pilla dah lama tinggalkan bidang tu sebab Pak Radie yang ambik alih.. Amboi kejam sangat..  

Kasih dulu kitorang sesama hantar dia ke sekolah masa darjah satu tu.. Dia tak nangis seingat aku lah.. Cuma sebelum masuk sekolah dia nak muntah.. Tu kan perangai dia dari kecik.. Asal nervous je terus loya nak muntah.. hehehehe... Sehari tu je aku pegi.. lepas tu pepandai lah nak berdikari.. Tengahari gi transit tu dalam seminggu aku jenguk-jenguk sikit.. Dah lama sikit tak yah transit, terus je duduk kat sekolah tukar baju kafa dan makan sendiri kat kantin.. Alhamdulilah, lembik-lembik manja Kasih tu pun awal dia dah berdikari.. walaupun masa first time beli nasi kat sekolah.. pegang pinggan nasi pon senget nak terjatuh nasi, now dah ok hahhahaha.. Biarkan orang nak kata aku kejam, aku tak kisah.. Aku lagi tau anak-anak aku manja cemana.. Tu kalau aku buatkan semua lagi langsung apa pun dia tak leh buat.. 

 Sekarang dah darjah 5.. Dah besar gajah dah.. tak yah nak tunggu sangat lah.. aku hantar je gi sekolah macam biasa.. Aku cuma datang buat payment Kafa je haritu.. Tak sangka ustazah kelas kafa baca blog mak kasih hehehehe.. Ustazah, kalau anak saya nakal, marahkan aje.. Kalau dia main-main tegur je.. 

Kes Amaani pulak.. dia memula masuk tadika masa umur 4 tahun.. masa tu kat Smart Reader.. Aku tak pegi pun.. Pak Radie yang pegi.. Amaani berdiri keras kat pintu tak campur dengan budak-budak lain.. dia keras je pastu mata berkaca.. Pastu apak dia nyorok bawah pokok tengok dari jauh.. Amaani ada assembly senaman sekali kat luar sekolah.. dia tetap berdiri tegak sambil mata melilau cari kelibat apak dia.. hehehe.. Umur 5 tahun dia tukar ke Little Caliph.. So far so good.. Naik van pegi balik ok je.. Masa hujung tahun bg tau dia kena pindah ke Little Caliph minitik jugak air mata dia.. huwaaaaa sekeras-keras hati aku ni.. bila tengok dia menangis sebab kena pindah skolah, tak dapat jumpa kawan-kawan lama.. terguris jugak hati aku.. Sampai rasa nak batalkan niat dia tukar sekolah.. Tapi aku kuatkan semangat jugak untuk bertahan dengan keputusan aku buat tu.. Alhamdulilah best sangat Little Caliph dia sekarang nie. 

Now dah 6 tahun.. This year naik motor pegi school first day haritu dengan Apak dia.. Ok je happy.. Dah besar berdikari dah Amaani sekarang..

Kisah Aleesya pulak masih macam boss besar duduk rumah hehehehehe.. Dia dengan bibik je kat rumah.. Kalau merajuk je dia cakap "Balik Indon lah".. Eh???? dia ke bibik yang nak balik Indon?  Icha ni pelat sikit dari kakak-kakak dia.. dia suka huruf "N" aku tak tau tu pelat ke apa.. dia akan masukkan semua perkataan dia dengan huruf "N" nama dia sendiri pon dia panggil "Nchaaa" kau mampu??? hahaha haritu sebut Apricot "Annnnntot"  hahahahah.. kalau cakap Icha nak ikut akan jadi "Ncha nak Ntot"  ko nak kentot ke apa ni? hahahahah.. Papa Mama keja jadi "papa mama Nje"  Harap dia akan lupakan huruf N tu suatu hari nanti hahahah

Icha suka makan nasi.. Dia kurang sikit benda-benda makanan merepek-repek nie.. Tapi jangan nak letak kuah-kuah ke apa ke dia tak suka.. dia nak nasi tu kosong 

Nilah dia permata hati mama... Tak kisah lah semua perempuan pon best jugak.. Jadi anak-anak baik yang menyenangkan hati mama papa ok?  Mama selalu doa yang terbaik untuk anak-anak mama..


Sekian, 

Ibu Jiwang.






11 comments:

Anonymous said...

alahai.. comel2 nye laaa mereka... macam2 ragam yer nak masok sekolah.. hihi.. amani.. awat muka Gojes & ayu sgt nie.. :)

Anonymous said...

Salam Filla,

Selamat tahun baru.. hahahaha yg aleesya tu lawak... "balik indonlah", x boleh blah... hahahahaha mcm nak gelak guling-guling .. hahahaha

miss eimanhikmah said...

nk ntotttt jugak...hehehehe

aynadys said...

Lawaknye bace kisah #thekasihs ni kak pilla.
Gelak² bace 😁😁😁.
Semoga sihat sentiasa #thekasihs jd anak solehah ye.

Anonymous said...

anakk-anak i pun semua perempuan (3 orang)... alhamdulillah..

Nur Aishah said...

berapa depo nak booking amani? hahaha.

happy new year kak pila and family.
azam tahun baru saya..nak bertambah sihat.
mohon Allah bebaskan sel2 kanser saya.
dan kembali pulih. mohon yg baca ameenkan.
terima kasih byk2...

Norma NML said...

3 3 pun comel :)

Azura Aziz said...

comel2 anak ka fila.. ehhh sebaya lah kita hehe...

beza 5 tahun jgk kan kasih dgn adik dia..

AkuPunyaCerita said...

salam pilla, kasih dh ada tanda2 nk piyed x? anak sy umur sama kasih la..mgu ke3 cuti skolah ari tu tup2 piyed..terkejut beruk mak! sy bajet dlm tgh thn ni ke..sb mmg tanda2 tu dh ada..kena perati lebih la skrg ni...cabaran baru...huhuhuu

Nur Husna said...

Lawa la Amaani, huhu

syalinda johari said...

hahahha..comel sangat gambar air mata nak menitik tu...