Saturday, January 30, 2016

LONDON Part 1

 Sambung lagi cerita travel yang terbengkalai haritu heheh..

Kitorang naik cab ke Apartment di London.. Kak Pilla book guna booking.com.. 

City Walk Apartments
23 St Matthews Row
London
E26DT

Ok tu lah dia adress apartment ni dekat dengan Kerbala Street dan kalau nak naik train kitorang selalu menapak ke Liverpool Station.. Jauh boleh tahan dalam 15 minit jalan kaki.. Tapi takde hal sebab sepanjang jalan tu banyak betul butik bundle kesukaan Pak Radie and Win.. 

Tapi sakit hati sikit sebab masa book tu dia siap email cakap the apartment is on the 2nd floor.. Dia punya 2nd floor tu bagi aku dah tingkat ke4.. yang paling atas.. ko bayangkan hazab dia nak memunggah bag.. 

Kalau book apartment biasanya few days before sampai kita akan bereply-reply email dengan check in manager dia.. kat sini nama dia Robert.  Sekali sampai wow handsome muahahaha.. Untuk 2 rooms apartment, 1 bathroom, 1 kitchen, ada hall and tv macam ni dia charge 440pound (4 hari 3 malam)

 Sampai je bagi budak-budak rehat.. Aku dengan Elly ke dapur menjalankan tanggungjawab memasak.. 




 Terkenang kejadian kat toilet nie hari keberapa tah.. Kak Pilla nak panjat kat bath tub tu pastu licin bath tub tu kan macam slide sikit.. tergelincir pastu itik kayu tu tercampak.. muahahaha nasib tak patah kepala itik tu.. kuat gila bunyi gedeganggggg pastu dengar Pak Radie "Ma? Ma? Kenapa tu? Ok ke?" Wow sayang dia kat bini.. Nasib kepala ai tak terhentak kat situ..

 Dari pintu masuk.

 Aku dengan Elly tidur sini..

 Adik dan anak-anak Elly tidur bilik ni..

Pak Radie dengan Win tido sofa bed kat luar.. sofa bed ada 2 kat hall..

 Win dengan Pak Radie sempat merayap kat area apartment.. pastu balik diorang usung chicken fillet untuk buat ayam goreng kunyit, pedal ayam dengan sausage.. Ada kedai Afghanistan kat situ.. Baru tau rupanya area ni ramai muslim.. kedai tu macam pasar mini, daging, ayam, ikan, sayur semua ada ;)

 Lepas siap hidang nak baca doa makan.. Lambat sangat aku dah lah lapar nie.. So ai bacalah doa.. Semua orang diam je.. bila aku amin je.. semua senyap pandang aku.. Kenapa ko baca doa buka puasa??? Muahahahahah pecah perot semua gelak.. kot iye pon lapa hahahah.. 

 Pedal kegemaran Pak Radie.. sayang betul Win kat dia.. siap gorengkan garing-garing.. Pak Radie kemain puji lagi.. ai masak pun dia tak puji macam tu.. #sentapahkak.

Dah settle makan dan rehat kitorang keluar jalan-jalan.. Nak survey mana station nak naik.. sebab datang naik cab kan.. main redah je ikut cakap Pak Radie sebab dia yang siap googlemap sebelum gi London nie.. Pastu semua jeling Kak Pilla.. kemain 'dekat' dengan station kan Pilla? muahahhaa

 Sepanjang jalan tu ada ala-ala flea market macam ni.. jual barang-barang bundle



 Ada banyak map kat sini.. Kalau rajin boleh amik dan study dulu..

 Beli siap-siap pass untuk naik train (underground / overground) kad tu boleh topup kalau dah habis.. tapi setiap orang kena ada 1 kad.. kad budak-budak kene beli kat counter lain.

 Liverpool station ni antara station yang besar tapi dia hujung sikit dari town..

Lepas settle beli pass kitorang jalan slow-slow balik apartment.. Sana kul 4-5pm dah gelap.. so awal lagi sebenarnya ni.. Kitorang jalan slow-slow sambil melepak makan ice cream ;)





 Ni butik MAC style kan? gempak kot deco dia ;)

 sepanjang ni butik cantik je teratur..

 Ada Fred Perry, Doc Mart, dan macam2 lagi..

 Cantik.. semua jalan raya dekat traffic light kebanyakan ada tulis ni..

 Pandai Kak Pilla carik apartment muahahhaha banyak kedai bundle leather sini.. boots bundle pon ado.. padahal diorang kutuk sebab jauh ngan town muahahaha 

Ok dah settle jalan kita balik tido.. Esok pagi-pagi kena bangun awal sikit nak gi naik Big Bus Tour.

 Win memang suka sediakan breakfast.. Pagi-pagi dia akan gembira menyanyi sambil masak.. 

Semua orang akan dapat satu plate breakfast mat salleh camni.. Sila beri tepukan gemuruh untuk husband Elly :)

 Kat sana memang banyak berjalan.. tapi seronok sebab sejuk.. so takde lah terasa penat sangat.. pastu kitorang takde amik package ke apa.. berjalan sendiri je takde terikat dengan masa dan jadual..

 Wow kumpulan pancasitara hehehe

 Sama tinggi dah Yaya ngan mama dia..

 Sementara tunggu traffic light hijau kita tidur dulu..

 Banyak cafe-cafe comel je sepanjang jalan ni ;)


 Nasib malam sebelum tu dah keluar gi survey station.. Pagi tu dah tau jalan senang sikit.. pass pon dah ada lagi lah senang..

 Tengok entrance Liverpool Station.. Ramai gila orang.. kitorang silap sikit sebab pilih timing orang gi kerja.. Berhimpit dalam train.. Nasib Pak Radie tak kena tinggal sebab dia sumbat jugak masuk masa tu.. hahahahahah.. macam sardin dalam tu..

 Dah macam kat airport hahaha


 Rasanya kitorang turun kat Baker Street untuk naik big bus tour tu..


Kat sebeleah Madame Tussauds ni je bus stop yang kitorang naik tu..

 Kak Elly dah booked siap-siap dari KL lagi..

 Wow kemain serious lagi muka hehehe..

 Win dengan Pak Radie je duduk atas.. kitorang semua duduk bawah sebab terlalu sejuk kat atas tu..

 First stop kitorang turun kat Big Ben.  Takde apa pun just nak amik-amik gambar je sambil jalan sampai hujung tu ada kedai souvenir murah..


 Masa kat sini aku bawak few colours lip cream Fame.. So yang Kak Pilla pakai ni Fuschia.. heheheh dia pink tapi macam nak ke purple sikit.. Omey tak?  

Nampak gayanya berjaya watermark gambar sampai gambar ni je.. bertemu lagi di masa akan datang.. Harap bersabar dengan perangai Kak Pilla yang suka-suka habis entry takde penutup.

Bye.

Part 2
Part 3


Love, 
Filla.

7 comments:

Chekgu Azrine said...

Bestnya bersejuk2 di london

Taty Hasbi said...

ok kak, sy pun gelak tang yg baca doa makan tu..adeehhhh...kak pilla kenape???muahahahaaaaa...

Irfa said...

Cntik2 gmbr

anys nadhilah said...

bestnya ~ tak sabar nak pegi jugak

Carleed Danial said...

bestnya..hope dapat pergi satu hari nanti...

peej said...

itik tu bukan tercampak. dia terkejut tu tengok kak pilla terkangkang. hahahah

Puan Eka said...

cantik2 gambo kat sana. teringin nak pegi tp mimpi dolu hahaha.

kelakar part itik jatuh, terkejut itik hehehe.