Wednesday, February 03, 2016

LONDON Part 2

Bertemu kembali dalam pengambaraan hampir dua bulan lepas heheheh.. 

Last haritu kat Big Ben kan? Ok ni ada lagi saki baki gambar masa kat sana jom lah kita jamu gambar je harini :)

Cantik pemandangan belakang ;)

Kat London beza banyak dari Amsterdam dan Paris.. London bersih.. orang dia pun lebih tenang dan relax sikit.. Kalau Amsterdam orang dia nampak aktif dengan basikal.. tapi walaupun aktif diorang jenis suka happening and melepak.. Kat Paris jenis bersepah-sepah sikit.. tapi tengok tempat lah.. tak semua macam tu..

Sejuk boleh tahan kat sini.. Sekali angin hembus menggigil-gigil je rasa..


us

Sapa tah nama dia ni.. Dia pernah duduk kat Malaysia.. lama jugak rasanya kerja kat Shah Alam.. kedai dia ni kat tepi tu je.. dan murah lah kalau nak beli keychain and fridge magnet..

Pastu kitorang berjalan lagi.. rasa macam lapar tapi terus je jalan sebab Elly cakap nanti kita makan Fish and Chips.. *telanailio*



Pantang nampak kerusi rebut-rebut nak duduk jap.. kaki nak tercabut hahaha

Pastu boleh lah amik Big Bus Tour ni balik untuk ke next destination.

Next ke Tower Bridge.. Eh comel macam bapak beruang berbungkus.

London Bridge is Falling Down, Falling Down.. Eh Pilla muka bosan nak tido je? Perot lapar.

Cantik je pemandangan kat sini.. Suka London, tempat dia cantik, bersih, sejuk.. rasa tenang je..

Takde sampah bersepah sebab semua menggunakan otak.. Tong sampah guna dia untuk buang sampah ;)

Area London Bridge tu jalan jauh sikit ada tempat jual Traditional Fish and Chips.

Portion besar sangat.. makan dua orang pun kenyang gila kot..

Ko jangan ye.. sinsing lengan sampai tahap macam tu nak start makan hahah

Berlonggoklah kitorang makan kenyang-kenyang.. dahlah sejuk.. tak yah tiup, berasap-asap fish tu masuk je mulut ;)

Pastu meneruskan perjalanan naik bas lagi.. ke Buckingham Palace pulak.

Wow romantik gila nie... muahahahahhaha.. kejap je tu nak amik gambar berseni je..

Ok dah sampai ke Palace.. Pagar dia gah sangat.

Aku pun tak tau pasal guard-guard ni.. Tapi memang bertahanlah ko bediri tegak dalam kesejukan heheh

Kenangan.. bukan senang nak tunggu kawasan ni kosong sebab sentiasa penuh orang nak bergambar kat sini.. Habis Kak Pilla halau semua mat salleh tu sebab ai nak gambar sorang hahaha..

Ini dengan buku nya.. report duty ke?


Eh jeling pulak group mat salleh wefie situ.. Gambar Pak Radie berpuluh-puluh kat gate ni je.. pakai gopro kan dia set berapa saat gambar puluh-puluh.. nak muntah Kak Jah.

Semua dah tau perangai sebenar Pak Radie kat sana.. diam-diam je dia tak kacau orang.. tapi selfie dia beratus kot..

Aku dengan Elly kalau dah penat memang takde nak begambar-gambar ye.. jalan je muka masam.. tapi kalau dapat makanan muka kitorang paling gembira ;)


Kak tolong jangan serious sangat...

Teratur je kan? Basikal semua ada tempat parking berkunci tu..

Teksi diorang semua macam ni.. Nampak kecik kan? Tapi besar gila dalam dia.. boleh muat banyak bag besar ;)

Eish masa kat sana selalu terbayang, kalau lah aku kerja kat sini boleh ke aku hidup? tapi bila dah pegi sana rasa macam lagi senang kat sana.. terbayang kerja aku siapkan anak-anak gi sekolah.. jalan kaki gi hantar thekasihs gi sekolah.. pastu balik singgah pasar mini Afghanistan beli barang nak masak.. Kat mana pun kita tinggal, sama je kehidupan dia... cuma perbezaan persekitaran dan cuaca je lah..

Puas berjalan siap masuk ada Palace Shop kot nama dia.. belikan souvenir sikit untuk Atok belikan dia set sudu.. dah settle shopping terus sambung naik bas ke Hyde Park pulak..

Cakap kat Elly aku nak gi Hyde Park.. Tapi tak pegi sebab tengok biasa je macam padang rumput.. hahahahha.. kitorang kan bukan pencinta seni ke persekitaran ke.. kitorang pencinta makanan je.. hahahah

Tapi masa dalam bas tu nampak tepi-tepi tu ada macam theme park besar gila.. Anak Elly mata semua dah bercahaya hahahahhaah.. Elly dah jeling-jeling dia cakap habislah kopak duit masuk themepark hahaha..

Sempat lah main dukung-dukung auwwwwww... macam nak patah pinggang Pak Radie hahaha.. tu pun sebelah kaki ai je dia mampu.. nyampah. ai berat 45kg pun tak mampu ke angkat?

Aku masuk jugak kejap dengan Pak Radie sebab nak guna toilet.

Cantik tempat ni..

Huarghh lawa kan? diorang ni kalau buat tu bersungguh-sungguh.. perfect je nampak ;)

Anak Elly naik ye benda buai tu.. Eh kalau aku memang tak lah.. Kalau anak aku nak naik silap-silap aku yang histeria kat bawah.. bengang je Pak Radie melayan perangai aku.. ko gayat pastu semua orang lain tak leh naik hahahahahahah..

Pastu kitorang janji dalam 1 jam jumpa balik kat luar theme park ni sebab kitorang nak gi Hard Rock.. Elly pun kirim fridge magnet.. Tapi jauh gila kot HR dari sini jalan kaki.. Tapi aku pandang Pak Radie, dia pandang aku.. Ok? Eh wa ok tadek hal..

So berjalan lah kitorang... tengok map sikit..

kreatif la sangat huhu

Dahlah kaki dia panjang langkah kemain laju.. sakit hati aku tau.. sabar slow sikit boleh?

Jap nak call anak-anak jap.

Akhirnya bertemu jugak seketuk HRC kat sini.

Seronok sebab Amsterdam, Paris and London semua dapat beli fridge magnet and bear.

Kitorang collect yang bear aku pegang tu..

Tapi hantu bungkus ni pun comel rasa nak lempang.. beli jugak lah ;)

Wow amik gambar pegang pinggang.. hahahaha.. Pak Radie bising cakap aku amik gambar bediri tegak je.. tak reti posing lain.. Eh u shadap.. kang aku buat gaya supermodel kang takut plak...hehehe

Akhirnya sampai kat luar theme park.. masa gi sana macam tu je cara kitorang berjumpa balik.. janji masa pukul berapa jumpa balik.. sejuk mari ngopi dulu sementara tu..


Omel kan?

Ok pastu kitorang sambung lagi perjalanan ke Marble Arch pulak.

Tak tau sejarah dia.. Aku tengok biasa je pun.. tapi belambak pulak amik gambar.. amik jugaklah gambar muahahahahah




Berjalan lagi sampai perut lapar..


Beli lagi sikit gift utk bawak balik..

Elly and Win ajak makan kat sini.. malam ni kita makan best sikit sebab dah penat.. Eleh alasan je.. hari-hari pun rasa nak makan best hahaha

Kalau korang gi makan sini.. share je lah.. besar gila.. setengah je boleh habis sepinggan tu.. tapi naluri tamak selalu menguasai diri hahaha


Kenyang perot senang hati.. lepas makan kitorang balik naik bas je ke Liverpool Station.. naik bas lama jugak dalam 40minit ada kot? siap tidur lagi dalam bas sebab letih hehe..

Sampai station.. Elly ajak naik cab sampai apartment sebab tak larat dengan barang banyak shopping katanya.. So kitorang je naik cab, Pak Radie and Win jalan kaki.. kemain yahoo bersorak gembira dapat jalan kaki berdua nyampah.

Sampai apartment elektrik takde.. Wow very nice.. ko gila apa??? sejuk beku kot.. Dahlah kitorang je kat apartment.. last-last turun balik Elly try call Win bagitau apartment takde letrik.. cepat balik.. Malam tu Pak Radie dengan Win cariklah punca sebenar takde letrik.. nak kata fius tendang semua ok je.. Elly dah tido.. aku pulak rasa bersalah sebab aku pilih apartment nie.. i hetchiu Robert walaupun kau hensem.  nak whatsapp Robert pun tak boleh sebab bila takde letrik, wifi pun takde.. Hoi bengang oiii.. Try call Robert tak angkat.. last-last semua tido dalam gelap tanpa heater.. aku tak leh tido.. aku dengar je Pak Radie dengan Win tebahak-bahak kat hall tu borak.. diorang ni dah kenapa?? Asyik tegelak-gelak.. lepas tu aku pasang telinga.. dengar Pak Radie buat ucapan.

"Saya, wakil kepada isteri saya Fadilla, ingin membuat permohonan maaf kepada En. Win dan Pn. Elly sekeluarga kerana isteri saya telah memilih apartment yang tiada elektrik".. macam bongok pastu aku dengar diorang ketawa terbahak-bahak kat luar.. dahlah gila, siap rakam suara berdengkur.. Win rakam suara Radie, pastu Radie rakam suara Win tengah tido.. Pastu bangun pagi sambung lagi tebahak bila dengar suara kene rakam..

Biarlah janji diorang bahagia muahahahaha.. Ok nanti sambung ye.. Tata..



Love, 
Filla.

5 comments:

FadMN said...

hahaha kelako pulak part last tu.kikikiki.comel sangat relationship korang ni.semoga ur frenship last sampai bila2.

Myalycia said...

adoiii xsempat nk bc harini kak pilla.. bz.. Insya Allah nk bc balik jap lg..

Irfa said...

hadoiiii kelakar lah korang nih
aku rasa bulan depan baru tamat kisah cuti ko ni pilla
hehe, tp takpe, aku sudi je baca

Fathiyah Jamaludin said...

omg nasik ngn kebab tu

i pregnant ni gila terliur tengok ....

suesephia said...

omg seronoknya baca belog u..rasa macam ikut sekali g jalan2..cuma kaki xpenat hehe