Hari Selasa lepas Amaani nak bawak bekal kuih pau.. So hari Isnin malam dia dah cakap awal-awal..
Amaani: Mama, esok Amaani nak bawak kuih pau.
Mama: Ha? Mana ada kuih pau.. tak sempat.. hari lain lah kuih pau ok?
Amaani: Please mama.. Amaani nak bawak bekal kuih pau.
Haish dia ni bab makanan memang dasyat sikit.. Ikut perangai sapa ntah.. Bibik cerita hari-hari sebelum pergi sekolah dia akan mintak bibik tolong masakkan apa yang dia teringin nak makan tengahari.. Permintaan dia boleh tahan..
Asam pedas ikan
Ikan berlada
Bubur nasi
Kueyteow goreng
Ayam masak kicap
Selalunya dia akan mintak.. dan dia akan ingat apa yang dia mintak tu.. dan dia akan makan bersungguh-sungguh apa yang dia mintak tu.. Jaranglah ko akan dengar dia jawab "taktau nak makan apa" tapi kalau dia rasa tak nak makan, dia akan cakap awal-awal "Amaani tak nak makan".. memang dia takkan makan.
Tulah dia ragam anak dara no.2 ni.. Sekarang-sekarang kan aku masih rajin lagi bekalkan makanan.. hehehehe.. tapi simple-simple je.. Oh berbalik kepada cerita pau.
Mama: Amaani tau ke kuih pau tu camne?
Amaani: Kuih pau tu atas dia ada macam cat.
Mama: Cat?? warna??
Amaani: Alaaaa dalam dia tu kadang-kadang hitam.. kacang ke mama?
Mama: A ah betullah tu..
Amaani: Amaani nak bawak esok ye mama?
Huish dia ni.. paksaan betul.. tapi nak buat cemana dah tengah malam kot.. mana nak beli.. so aku abaikan tapi dah pesan kat Pak Radie nanti beli pau kat Giant ke mana ke, leh aku kukus bekalkan dia..
Rupa-rupanya pagi tu Pak Radie gi belikan dia kuih pau hantar kat sekolah dia.. Wow bapak dia lebih cemerlang hahahahaha..
Pastu ada malam bila tah aku borak dengan Amaani..
Mama: Papa hantar kuih pau kat sekolah ke pagi tadi?
Amaani: A'ah.
Mama: Sedap ke?
Amaani: Ok lah.. Amaani makan berdua je dengan kawan...
Mama: Ok lah tu share makan sama-sama.
Amaani: Tapi kan mama, ada sorang kawan Amaani tu dia bawak bekal jugak.. (aku lupa dia cerita budak tu bawak apa) Semua orang makan makanan dia.. Takde orang makan makanan Amaani.. sorang je kawan Amaani makan kuih pau Amaani.. Dia tak ajak Amaani pun rasa makanan dia. Amaani tak tau sedap ke tak sebab dia tak ajak Amaani rasa bekal dia.
*mukasedih*
Haishhh Amaani ni kalau bercerita sebenarnya ada point dia nak sampaikan kat situ.. Samaada dia nak cakap kuih pau dia tak sedap so takde orang nak makan.. atau pun dia rasa tercabar bekal budak tu lagi best dari dia.. atau dia kecik hati sebab budak tu tak ajak dia makan sama-sama. hahahah.. apa-apa jelah Amaani..
Ni sambung balik entry tertunda.. Kisah semalam aku bawakkan dia mini sausage siap mayo and tomato sauce..
Mama: Sedap tak bekal sausage?
Amaani: Sedap, tapi lepas ni Amaani tak nak bawak bekal dah.
Mama: Eh kenapa pulak?
Amaani: Sebab kawan Amaani makan bekal Amaani dah habis! Amaani makan berapa je.. Amaani nak lagi tapi dia dah habiskan..
Mama: Takpelah share-share kan bagus..
Amaani: Tak nak.. semalam ada sausage tu paling last sekali.. nasib Amaani sempat makan laju-laju yang last tu.. kalau tak kawan Amaani makan habiskan bekal Amaani.
Kesian anak aku.. macam orang tak cukup makan pulak hahaha.. Semalam tanya dia pagi ni nak bekal apa? Dia cakap nak kueyteow.. Hoi kueyteow takde!!! muahahah so pagi ni bekalkan roti sapu kaya, potong 4.. pastu letak limau mandarin dapat kat opis semalam ;)
Amaani ni kalau cakap selamba je.. tapi dia selalu beralas kalau cakap.. Contoh "wow mama, gemoknya!" Apa gemuk? siapa gemuk?? "taklah, mama tu walaupun gemuk, tapi mama comel".. hahaha.. atau pun "Amaani???? kenapa tak nak makan mama masak ni? tak sedapkan?" nanti dia akan jawab "yelah, yelah Amaani makan sikit, sedap betul mama masak tapi Amaani makan sikit je sebab Amaani kenyang". sebenarnya aku tau dia tak suka lauk tu bukan favourite dia.
Pastu semalam bergaduh dasyat gila denga Aleesya.. aku diam je buat kerja kat komputer rumah.. Sampai tahap aku dengar dua-dua melalak memang mak kau bertukar jadi singa jadian.. "Apabenda ni? Melalak-lalak asyik begaduh je dah kenapa? Siapa buat siapa ni? Diamm! kalau mama dengar suara menangis.. dua-dua kena hambat jap lagi"..
Aku terus naik atas.. masa mandi tetiba ada orang ketuk pintu toilet..
"Mama, Amaani mintak maaf"
Adoi sayu betul suara dia.. terus aku jawab "ok, lepas ni jangan buat lagi" laju dia jawab "ok mama Amaani janji tak buat lagi" terus dia berlalu pergi.. tulah dia Amaani selalu kalau aku marah yang betul-betul marah dia akan datang minta maaf tak payah disuruh-suruh.. sejuk sikit hati mama..
Pastu semalam bergaduh dasyat gila denga Aleesya.. aku diam je buat kerja kat komputer rumah.. Sampai tahap aku dengar dua-dua melalak memang mak kau bertukar jadi singa jadian.. "Apabenda ni? Melalak-lalak asyik begaduh je dah kenapa? Siapa buat siapa ni? Diamm! kalau mama dengar suara menangis.. dua-dua kena hambat jap lagi"..
Aku terus naik atas.. masa mandi tetiba ada orang ketuk pintu toilet..
"Mama, Amaani mintak maaf"
Adoi sayu betul suara dia.. terus aku jawab "ok, lepas ni jangan buat lagi" laju dia jawab "ok mama Amaani janji tak buat lagi" terus dia berlalu pergi.. tulah dia Amaani selalu kalau aku marah yang betul-betul marah dia akan datang minta maaf tak payah disuruh-suruh.. sejuk sikit hati mama..
Itu je cerita kisah anak dara ai Kasih Amaani. Dahlah sekarang kuat merajuk.. haritu jalan gi Mitsui dia merajuk dengan apak dia.. sebab Aleesya marah tak bagi papa pegang tangan Amaani.. merajuk lah minah ni.. Haishhh tangan mak kau sentiasa ada, takde sapa nak pegang.. tak yah nak rebut-rebut sangat tangan papa tu. Tapi ok lah Kasih dengan Amaani rapat jugak dengan aku.. yang aku kisah sekarang ni kenit Aleesya tu.. tak nak langsung dengan mak dia.. Tidur malam kene ngadap muka papa.. kalau mama tengok sikit tak boleh tengok.. kadang saja tepuk-tepuk dia laju je tepis "papa je boleh, mama tak payah"
Eh eksyen..
Eh eksyen..
Love,
Filla.
15 comments:
sedih tau amani ni..aiii, pandai bermain dengan emosi dan perasaan aunty..heheh
eksyen ek leecha tu..amboi..
sama lah kita kak pilla. Bab jalan = semua abah, jalan pun pimpin abah.. well, mak lagi suka..boleh window shopping banyak2.. hahahah... abah sila jaga anak bila time berjalan2...kikiki
hai sis...comelnya anak sis..susah nak dapat anak macam anak sis..dah lah comel pandai ambik hati pulak tu..hehehe
kak pilla,
ank saye pnsukaa betul bawak bekal pegi skolah. mcmkn tice kt skolah ti x bg mkn plak. roti letak susu pn jadikkk
omaigadddd..touching!
mmg adore sangat dgn sikap amani ni. sejuk hati. dah la comel. muah love u la amani =)
mmg adore sangat dgn sikap amani ni. sejuk hati. dah la comel. muah love u la amani =)
ayat last tu win..kihkih..amboiii aleesya...mama kandungkan kamu tau.hahaha
Part yg minta maaf tu... u buat antie nk nangis lah amani...
pandai amani...semoga jadi anak yang solehah
Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini
Tersembur baca ayat leecha yg last tu...kahkahkah...
Tersembur baca ayat leecha yg last tu...kahkahkah...
Hahah, macam-macam dia mintak yea.
http://angellovesoldier.blogspot.com/
amani... sweetnya dia
I mmg dari start baca blog ni suka betul dkt amani.. so cute!
Amani ni dari dulu adorable. Animatomato. Comel sangat. Semoga Amani dan anak anak Kak Pilla yg lain membesar jadi anak yang solehah, penyejuk mata dan jiwa ibu bapa serta berjaya dunia akhirat. Amin.
Post a Comment