Siapa tengok cerita ni sila angkat lutut.
Ok sesama kita angkat lutut hahahaha.. Aku dah lama gila tak tengok tv sebab aku bukan orang yang suka tengok tv.. Aku pun tak tau aku ni jenis apa sebab jarang tengok tv, jarang dengar radio.. aku suka suasana sunyi aman damai..
Tapiiiiii haritu TERtengok sebab aku follow ig Scha so tau lah dia tengah promote cerita dia nie.. Terpengaruh lalu tengok.. Sebab lain ialah sebab aku suka Scha sebab dia tak gedik, dia comel, anak dia Lara tu comel, ig dia relaks kewl je tak bajet cun.. so aku suka.
Memula tengok cerita ni best sebab Scha ni kan macam kasar sikit.. so bila dia dah cabar Zaim tu suruh masuk meminang, then zaim tu betul-betul masuk meminang dan kahwin.. Lepas kahwin Zaim still tak boleh lupakan ex tunang dia si Amira (Sharifah Sakinah) yang saiko tu.. Mula aku sakit hati sebab tak logik nak mampus.. Jantan apa lah perangai macam syaiton sangat nie.. yang si Scha (Lana) ni dah start jadi perempuan lembik dan redho je apa laki dia buat.. skandal dengan pompuan lain pon redho.. nampak laki dia dengan Mira jalan pegang tangan pun redho.. Eh? dulu kemain gangster lepas kahwin jadi lemah lembut dan redho..
Pastu lebih tak masuk akal berkumpul family Lana dan family Zaim sebab ada berita nak sampaikan.. Rupanya Zaim nak sampaikan dia akan bertunang dengan ex tunang dia tu in 2 weeks. dan family semua melopong.. Eh? melopong je hahahahah.. dan anggap semua tu takdir.. Eh i kennot.. at least mak dia teriak lah sikit "Sampai hati kau buat anak aku macam ni?????" wahhh Kak Pilla drama pulak.. come on lah in real life takde sapa akan melopong dan anggap ini semua takdir.. memang lah takdir tak kisah lah nak kawin lagi satu lepas 2 bulan je kahwin dengan isteri pertama tu.. tapi belasah lah dulu, redho tu redho lah jugak.. hahahahhaha..
Tapi takpe sebab aku plan akan terus nak tengok cerita ni sebab aku seronok tengok Sharifah Sakinah tu saiko hahahaha.. Degil kepala batu dasyat sungguh.. orang cakap lain, jawapan dia tetap "I want Zaim, he'll be mine".. penyepak baru tau.. saiko sangat.. dengan muka-muka konpiden rasa nak tumbuk. itu jelah ayat dia balik-balik si saiko ni.
Neway Scha tu lawa.. kurus je.. pakai seluar kembang setengah betis pon stylo je.. kalau kita konpom macam kau nak gi pasar ke pilla? hahahaa
Oklah selamat sakit hati menonton Isteri vs. Tunang.
Filla.
19 comments:
wah kak pila pun layan jugak ker.
memang drama sekrang buat orang jadik saiko habis...huhuhu
btul2...mcm x logik pn ada crite tu..tp layankan la jugak sbb minat kat scha jgk...pastu si sharifah sakinah tu asyik nak tergedik2 kat zaim tu...eh,kita pulak yang sakit jantung tgk cite tu...hahaha
geram betul dengan Sakinah... jahat giler
sy pn terjebak tgk cete ni...nampak comel scha dlm cete ni...dh la zaim pon acah hensem, eh tp mmg hensem pn..sesuai sgt tp syg sbb scha dh kawen so bila lakon babak romantik tu rsa x sesuai plak.hehe.. ape pn cete ni mmg best
kita pun tengok ceriter kak, best sangat sebab nak tengok Scha berlakon...hehehe
mmg geram tgk cerita nie.... geram2 pun tgk jugak haihhhh hopefully its a good ending... cerita melayu sure good ending heheehhe
i pon suka SEMUAA pelakon dlm cite ni hehe
xsempat nk layan drama ni.. kul 10 dh tido.. huhu
novel je dh abs baca..
sedih betol xdpt tgk.. sobs
haha kelaka giler cara kak pilla terjemah cite ni. buat daku terasa nak tengok pule lol
mmg tgh follow skrg ni
hehehe
Ingat aku sorang je rasa nak bagi penyepak kat si sakinah tu...tp kira pandai la dia berlakon.
Fatin pun tengah follow cerita ni. Siap rakam lagi lah. Tak pernah-pernah nak follow cerita kat tv ni sebab jarang tengok tv. haaa kan dah melekat dah. Best cerita ni :D
Cte yg mmg buat sakit ati. Mmg menjadilah watak mereka. Haha mak nanie kay umah memang dah bengang gile. Hehe
To be honest and sincere,tak best langsung citer ni.Pelakon pun penghayatan sama je mcm drama lepas2.Cinta wedding planner juga yg best.
yaAllah kalau tengok cerita ni rase macam nak mengamuk geram sangat ngan amirah tu
Tertengok terus terfollow citer nih!
Ok gak la citer ni..tetiba nmpak scha pelik bwk watak ppuan lembik lemah lembut.hehe..mungkin sbab mmg kenal dia sejak zaman skolah dulu dia jenis happy go lucky n lasak.x nafi mmg dia cute dr dulu lg..muka x berubah
hahaha! so funny ur post, and i totally agreeee! cerita ni memang langsung tak masuk akal. happen to watch sebab takde mende nak buat and tgh hot kan cerita ni.. lepas tu trus da tk sabar nk tunggu next episode.. btw sharifah sakinah tu gedik sangat! menyampah
wataka amira irdina kebaboommm sya siyes menyampah ... hihi
Post a Comment