Tuesday, February 16, 2016

Pilla dan Makanan berpisah tiada.

Aku rasa masalah aku untuk kurus dan kekal langsing, wowwww kekal langsing *pitam* adalah disebabkan kecintaan aku kepada makanan tak dapat dipisahkan :(

Aku tak heran pasal baju baru, kasut baru, handbag baru.. Apa ada aku pakai je.. pedulik apa aku pakai ulang kali sampai lunyai.. janji aku suka dan selesa.. kasut pun aku jenis pakai sampai rosak.. itu jelah aku akan pakai balik-balik sebab selesa.. mana kasut aku beli pakai sekali aku tak berapa selesa aku perap je sampai kulit dia semua mengelupas pastu menyesal sebab membazir.. baik aku jual.. tapi tahanlah aku simpan sampai kulit tertanggal :(

Now aku dah join zumba.. salah satu sebab kenapa aku join zumba adalah disebabkan aku nak kekalkan gaya hidup sihat.. Sekarang macam-macam penyakit ada.. muda-muda lagi pun dah penyakit macam-macam.. apatah lagi ahkak ni.. Korang ingat tak risau ke.. asyik makan lepas tu sepanjang tahun setitik peluh pun tak pernah keluar? Bila fikir peluh tak pernah keluar aku risau.. tapi yang kelakar tu tahap risau tu sambil baring atas katil.. tumbuk satu kali.

Aku rasa bila dah umur macam ni metabolisme tu semakin menurun.. ko burn banyak mana pun very slow nak turun.. depends on orang jugaklah kot.. dulu muda-muda nak makan satu tempayan pun takde nak gemuk.. tensi ahkak.. so aku kena pilih tak nak makan atau makan tapi kene workout.. tak kisah lah berbulan-bulan lamanya baru nak turun berat, aku ok je.. 

Dulu lepas bersalin Aleesya (anak ketiga) aku dah berjaya turun sampai 53-54kg macam tu.. nak back to normal ialah below 50kg.. So masa tu dah gembira sebab terlalu yakin akan turun.. yelah baru habis pantang dah 53kg.. Eleh kacang je tu nak buang lagi 3kg.. Tapi sangkaan meleset sebab now berat aku dah 56.7kg ye.. Tak pernah lagi aku dah turun, turun, turun.. tetiba naik.. hahahahah.. sebab lepas bersalin 3 orang anak.. semua jenis kalau dah turun akan turun sikit-sikit.. dimanakah keadilan ini? muahahahha

Tak kisahlah, itu sikit punya hal, apa nak kisah? *sedapkanhati*

Tengok dalam album phone ada simpan gambar tengah melantak.. aku scroll album tu kemain banyak gambar makanan je.. pastu bising tak kurus -_____- hehehee

Ada satu hari tu aku keluar berdua je dengan boipren..  Anak-anak kena tinggal yeayyy!!

 Kitorang pergi Pavilion masa ni.. Pak Radie nak makan Tony Romas.  So jom layankan tekak dia..

 Suamiku yang pemalu hehehe

 Favourite dia.. aku akan rasa satu suap je sebab aku kurang suka sebab dia pakai sauce yang manis sikit tu.. tapi daging dia lembut gila.. 


 Aku balik-balik inilah aku makan.. pasta.  aku suka linguine nyamss

Lepas makan kitorang jalan-jalan jap kat Pavi tu.. Pastu Pak Radie ajak teman gi Sg Wang.. Noooooo!!! dahlah panas, aku pakai wedges tu kaki dah nak melecet.. pastu kitorang berpecah, aku kat Pavi dia kat Sg. Wang nanti kita jumpa balik.. hahaha dasyat betul keluar dating dengan orang tua.. dulu muda asyik berkepit.. sekarang ko carik barang ko, aku carik barang aku.. nanti jumpa ;)

Itu hal dating dengan laki.. Kat bawah ni gambar dating dengan teman-teman wanita hehehe

Pon samaaaaaa.. hobi ialah makan.. 

 Pastu memekak kenapa susah sangat nak kurus.. ko tengok lah sendiri makan cemana.. huhu

 Lama kawan dengan Elly dah tau dia cemana.. dia suka bagi idea makan itu ini.. makan mana sedap.. tetiba tengah duduk ko akan dengar "Ish kalau dapat makan ni sedap" "ish aku teringin nak makan bla bla bla".. Pastu lagi dasyat kalau dia tengah lapar semua benda dia nak makan.. tapi ko percayalah dia takkan habis kalau makan.. selera dia je nak itu ini.. yang tukang habiskan ialah aku.  Aku pulak ada perangai tak leh tengok makanan tak habis.. aku tak biasa hahahahha.. sayang membazir meh akak habiskan.. Pastu aku akan jadi macam badak yang kekenyengan mintak pertolongan.. "Peej tolong, Elly tolong, kenyangggggggg" diorang dah faham sangat.. semua jeling pakai hujung mata je tengok Kak Pilla.  I hetchiu.

Kadang tengok ig sendiri happy je bila tengok gambar makanan yang aku snap.. baru perasan belambaknya gambar makanan.. saiko sangat pompuan ni.

 Peej orang dia kewl je.. dia tau apa dia nak makan.. dan dia akan makan slow-slow tapi confirm licin.. hahah.. Pastu bila Elly bagi idea lagi "Peej sedapnya makan cupcake Bisou"  Terus Peej pandang dengan mata yang tajam.. "Elly ko jangan boleh tak????? aku suka gilaaaaaaaaaaaaa cupcake tu.. aku boleh makan 4 sekali.. makan 2 pastu simpan.. nanti malam aku makan pelan-pelan.. Nenapnyeeeee"  Pastu Elly terus cakap "Noooooooo Peej, cupcakes tu manis, u cannot"  Eh? dia yang bagi idea sampai orang terliur tetiba No! hahahaha.. Kitorang selalu macam tu, nasihat each other kemain terror, tapi akhirnya tiga-tiga tumpas.. hahahahha... 

Ok itu je cerita nak share.. pagi ni Kak Pilla bawak bekal roti 2 keping dengan pisang seketul.. tengahari ni plan nak makan sayur je beli kat foodcourt kang.. wowwwww lepas ni mesti kurus macam Kate Moss.

Bye, Kate Moss nak makan jap.



Love, 
Filla.

3 comments:

Rizziela said...

meleleh tgk makanan

nurul harnani kasmari said...

Entry simple je tp menarik.

Irda Garmin said...

hi dear..i baru jenguk blog you..hobi u sama dengan i...salam kenal ye