Thursday, February 18, 2016

TAKDE TAJUK.

Assalamualaikum dan selamat pagi you alls.

Borak pasal family kitew plak.. Kak Pilla kalau ada je masa terluang sabtu dan ahad selalunya akan bawak budak-budak ni keluar.. tak kisah lah walaupun gi jalan dekat-dekat pun boleh.. kesian diorang tu.. kalau dengar dapat keluar jalan kelam kelibut salin baju hehehe

Kasih haritu teringin nak makan sizzling yee mee.. So marilah kita kotakan janji.. 


Kasih dah darjah 5 dah.. sekejap je masa berlalu.. budak ni makan memilih sikit.. masa ni baru baik demam, tekak masih tak selera.. so apa dia rasa nak makan jom lah kita bagi je.. lepas makan sizzling, papa belikan popiah crispy favourite dia.. pon banyak dia makan.. lega sikit mak kau tengok.. 

 Si kecik ni memang suka minum.. dan tak boleh tolong pegang.. kalau tumpah aku jentik je.. Eh terbayang yong tou foo soup tu sedapnya.. tapi kat food court Alamanda ni yong tou foo dia menjerat leher sikit... aku share ngan Pak Radie makan tu je sebab ahkak tak tau nak makan apa..

 Eh macam lebih kurang je budak belakang tu muka dengan anak-anak aku hahahah.. 

 Pastu tetiba Pak Radie datang bawak ni sepinggan.. Eish dia ni memang sengaja ke apa... ai kenot, sedap sangat makan ni huwaaaaaaaaaaaaaaa..

terpaling sedap 

bersama anak daraku Kasih Aleeya

Lepas makan pusing-pusing jap.. Actually nak ke Alamanda tu sebab nak bawak budak-budak ni tengok Ola Bola.. tapi pukul 2:40 punya show tinggal 2 seat, pukul 5 pun tinggal sikit pastu seat bersepah.. best sangat ke Ola Bola???

So dah hampa tak dapat tengok.. dan movie lain pun takde yang sesuai untuk budak-budak.. tu yang gi makan dan jalan-jalan je..

Nampak ni eh sukaaaaaaa sukaaa!! hahahah.. beli kat kedai S&J ke nama dia? dekat-dekat rotiboy tu.. 

Ni zumba class Kak Pilla.. semua sporting dan happening hehehehe.. best sebab zumba studio ni semua perempuan so masa zumba boleh lah campak jacket dan tudung.. dah siap baru pakai balik hehehe.. jangan tak caya ada yang dah lost 30kg.. tapi Kak Pilla ni nak buang 1kg pon kemain seksa.. Amboi mengadu, tapi bila tengok entry, gambar makanan tak habis-habis hahahah.. now try kurangkan makanan yang tinggi kolestrol dan cuba makan ikut time yang betul dan makan sikit je hahaha.. pagi selalu akan makan tosai, lunch apa-apa pon boleh tapi avoid nasi.. dinner awal pukul 7 tapi makan nasi sikit je.. dah kurangkan air manis.. kalau lunch and dinner minum air kosong je.. sebab pagi i need my nescafe.. tak leh dipisahkan hehehehehe.. well, adalah peningkatan sikit..

Jumaat 56.7kg
Isnin 56.6kg
Rabu 56.4kg
Jumaat ( isi tempat kosong )

Wowwwwww BANYAKnyee turun.. amazing sangat bahahahahaha




Love, 
Filla.

10 comments:

Norfatimah Kamarudin said...

Salam..Kak pilla, boleh sy tahu kelas zumba akak kat mana??

Anonymous said...

Salam..Kak Pilla, boleh sy tahu kelas zumba akak kat mana??

Anonymous said...

Salam..Kak Pilla, kelas zumba kak pilla dekat mana??

cik gObu said...

nk tny kelas zumba ni dkt mane?

berry said...

kak pilla orangnye rendah eh? sy berat 53kg pon nampak kurus kering sangat sangat samgat dah ni. lengan pon cam nampak tulang je. tengah berusaha nak naik sampai 60kg. hurmm

Fieda Redzuan said...

rasanya baru je baca kak pilla emo hantar kasih masuk darjah satu. sedar2 dah darjah 5 dah. cepatnya masa berlalu. huhu

alia farhan Said said...

amani dah tak bam2 laa

miss eimanhikmah said...

300gram?
ok arrr tu...hehehe

f.i.e.z.a said...

kak filla boleh share tak kat mana zumba class ni sbb kita keja area putrajaya and dudok cyberjaya. mmg tgh carik zumba class dekat2 sini :)

Nurizzah Majif Biz said...

kelas zumba dengan puan Nik Sarina ni kat Equine.hehe one of my officer kt opis.