Monday, January 04, 2016

AMSTERDAM Part 4

Tak pasti hari ke berapa hahaha.. Tapi last day sebelum ke Paris kalau tak silap.. Macam biasa sebelum keluar berjalan haruslah breakfast kenyang-kenyang dulu.. Kali ni masak nasi makan dengan lauk Wan buatkan.. Ayam racik-racik Wan buat ala sambal kering-kering.. 

Kenyang perot baru senang hati nak keluar berjalan ;)

Apartment ni cute je.. Anouk ni memang pandai hias rumah kot.. simple je..

Sebelah apartment ni ada tempat nak rent motosikal dengan basikal.. Tapi posing je lah tak rent pon..

Hari ni kitorang agak santai sikit takde nak kejar apa-apa.. sempatlah bergambar sikit..

Jacket ni sedap je pakai sebab besar pastu siap ada bulu-bulu lion king.. kalau sejuk serkup je.. heheh

Pemandangan di pagi hari yang cerah tapi sejuk.. Kedai pon dah bukak jomlah kita masuk.. Hari ni last untuk beli-beli souvenirs dan barang anak-anak kat Amsterdam ni..

Teringat sebelum pergi tu Amaani ada tunjuk kat youtube teko princess.. "Mama kalau mama jumpa ni, mama belikan untuk Amaani ok? Tapi kalau jumpalah, kalau tak jumpa tak per" Eh sopan sangat dia ni hahahaha.. Puaslah aku mencari teko princess tapi tak jumpa :(

Dari haritu aku usha makeup ni dari luar tingkap kedai.. Comel betul!!! Mesti budak-budak ni suka nie..

Ada macam-macam pening aku nak pilih.. tapi aku pilih yang senang simpan dan tak berselerak lepas guna..


Hah kau.. selonggok barang makeup

Kitorang pilih yang ni.. dalam 21 euro.. tak sampai RM100..

Berbaloi hehehe.. siap ada cermin lagi.. Sampai sekarang Amaani memang suka main makeup ni.. macam opera muka dia hahahahah

Geram tengok huhu..






Ni nama kedai tu.. 

Betul-betul mengadap rumah senget-senget tu.. 

Pastu jalan lagi cari souvenirs untuk Pak Long and Mak Long

Belikan Pak Long ngan Ben ashtray ni.. kemain suka lagi..


Eish tak leh tahan.. Geram-geram je tengok.. Tak beli banyak yang kaca-kaca takut pecah..

Ni pun ada beli jugak sebab geram ;)

Dah jalan-jalan sikit baru kitorang menapak ke tempat Elly..

Pak Radie

Tuan Belog

Pagi tu kitorang decide nak ke tempat yang ada Amsterdam Letter tu.. Dekat airport ada satu.. kat satu lagi tempat tu kena naik bas.. 

Station Bas ada je kat depan Amsterdam Central tu.. Sampai sana boleh tanya orang..


Tambang 2.90 euro valid for 1 hour.. Tapi memang sempat lah 1 hour kat sana.. so balik tu kitorang jalan kaki slow-slow hahaha


Kat Amsterdam letter tu ada tempat main ice skating..

Punyalah ramai manusia kat sini.. Susah sikit lah nak bergambar.. 


Pak Radie atas huruf s dan t heheheh.. kemain susah nak panjat sebab licin.. tapi ramai je dok panjat nasib tak jatuh..


Wow romantik sangat ni muahahahah

Tolong betulkan dulu snow cap ni kang tertanggal naya je..

nasib ada gopro senang sikit nak masuk dalam gambar ;)

Eh haritu ada gambar tercicir.. masa gi market tu.. So kita selit kat sini je sebab gambar romantik kena abadikan muahahahahha

all of us


Ok jangan muntah please.. Kat KL takde nya nak buang tebiat camni.. bagi chance lah kat sini heheheh

Kat sana dia berdua selalu hilang.. sibuk amik gambar berdua je..

Eh eh eh.. kenapa tu hahahah

With Elly in wonderland.

dan dia berdua memang hebat tahap lakonan kalau nak snap gambar

kenangan.. ntah bila lah nak bercuti macam ni lagi.. 

Kat sini sejuk.. so memang tekak nak coffee je 24jam.. terus teguk takde tiup-tiup

Cantik sangat pemandangan kat sini.. sukaaaaaa!!!

Sejuk ye.. nasib ada jaket bulu-bulu.. kurang sikit kebas kat muka ;)

Tips kalau korang ke Amsterdam ni musim-musim sejuk camni.. tak yah lah beli jacket banyak-banyak dari KL.. bawak satu cukup kat h&m, kat Zara semua murah gila kot bandingkan dengan KL.. 

kat belakang tu ada playground untuk budak-budak.. terbayang Aleesya lari-lari kat situ dengan winter coat.. hehehe

Lagi gambar berkepit :)

Eh berkepit jugak hihi


Masa ni berpusing cari Redwing.. Nasib aku ada beli simcard yang ada internet.. 

Bagi chance lah dia ni nak jugak gi sini..

Masalahnya dia kata mahal melampau kat Amsterdam ni.. rm2k yang dia pegang tu.. Kat Malaysia lagi murah..

Gambar dia je kat Redwings ni ada dekat 20 kot.. hahaa

Pastu lapar gila.. jom cari halal restaurant.. kalau tak dapat makan nanti aku dengan Elly boleh amukan.

tak tau apa nama dia nie.. tapi sedappp dah lah tengah sejuk dapat makan ni panas-panas laju je..




puas hati dapat makan..

Dah petang sambung lagi jalan...


Kat sini memang ramai orang.. kadang ada persembahan.. kat sini lah yang ada banyak burung jinak tu..



Dah sakit kaki berjalan jom balik dulu.. malam kang makan kat apartment Elly je.. Elly suruh bawak sardin sekali.. baik boss.

Belikan coke untuk family members yang collect.

wow ice cream pon ada? agak-agak happy tak makan ni? hhahahahah

Nasib lah ada heater besar ni.. kalau balik je mesti susun semua glove, snow cap and muffler kat sini.. cepat je kering.. Oh ramai tanya snow cap ni beli mana.. alaaa dah tak ingat.. dulu pakai masa gi korea dah berapa tahun dah tu.. Kak Pilla bawak jugak shawl tapi takde iron.. tak suka pakai tudung tak gosok pastu kedut-kedut.. so mari pakai snow cap je pantas hahahaha.. siapa pemalas boleh tiru ;)

Slow-slow kitorang berdua jalan kaki ke apartment Elly.. dalam bag siap bawak rice cooker hehehe..

Malam tu ada dua orang chef.. Aku just panaskan sardin, Elly masak nasi.

Sedap gila makan macam ni kat sana.. penuh meja rasa macam anak-beranak di perantauan hehehe

Malam lepas makan dah takde keluar-keluar dah sebab esok pepagi buta nak tunggu train ke Paris pulak..

Nanti free i sambung cerita ye..

Tata ;)

Love, 
Filla.

3 comments:

theIzuddin said...

sedapnya minum kopi cuaca sejuk...

JMR said...

bulu bulu lion king haha

fathiyah jamaludin said...

kak pilla beli tak bunga tulip kayu utk decoration rumah?