Friday, January 29, 2016

BEKAL / BENTO UNTUK ANAK.. BEST KE?

Seminggu dua ni selalu tengok kat news feed fb orang share bekal anak gi sekolah.. ai is sad you know.. Sebab terbayang muka anak aku telan-telan ailio tengok bekal kawan kat sebelah hahahah.. Walaupun tak sebenarnya, tapi ai kan suka berimaginasi yang bukan-bukan.. 

So Kak Pilla meluahkan perasaan di sosial media.. Tolong jangan selalu sangat meluah perasaan kat social media.. Tapi kes ni sila ampunkan sebab bukan luahan perasaan cinta atau kecewa dengan boipren.  Ni luahan hati seorang mak yang rasa bersalah tak bekalkan anak makanan kui kui kui..


 Dan ramailah para ibu-ibu di alam siber memberikan pendapat dan dorongan.. 

Habis aku screenshot semua tepek sini.. Korang semua patut baca semua ni okay?  Sangat memberi motivasi bila baca komen-komen ni.. Terus rasa macam omg teruknya aku ni? Berkira sangat nak bangun awal setengah jam untuk anak.. Pangggggg!!! *lempangpipisendiri* 

Semoga terus istiqomah hendaknya heheheeheee









Nampak tak betapa gigihnya sahabat-sahabat kita ni?  So korang yang pemalas bangun pagi macam Kak Pilla jom kita berazam sempena tahun 2016 ni sila kunci alarm bangun awal setengah jam.. Malam-malam kita siap-siapkan dulu apa nak masak.. Bangun pagi terus campak dalam kuali.. 

Meh tengok ni pulak... 


All photos below, credit to pic from FB Kelab Bekal / Bento Malaysia






Kau mampu???????? Ahkak memang tak mampu nak buat camni dik.. Tengok je mampu.. Tabik spring untuk ibu-ibu di Kelab Bekal / Bento tu.. Kalau anak aku lah aku buatkan bekal macam ni.. Menangis tik tik tik airmata syahdu mengalir di pipi sambil makan bekal.. Terus aku dapat title the best mama in the world.  bahahahahaha


Pagi tadi gigih Kak Pilla bangun pagi.. kelip-kelip mata masak nasi goreng cina je pun muahahhaa.. Panaskan majerin campur minyak masak sikit.. pastu amik sudu cedok bawang merah and bawang putih blend.. campak dalam kuali.. Hambekkkkkk kau minyak melompat kena kat tangan.. Dengan aku-aku sekali melompat terus bukak air paip tadah tangan.. Huwaaa kena minyak panas pulak pagi tadi.. ni merah dah.. esok confim gelembung.. Kalau Kasih-Kasih baca ni.. baru korang sedar memang betul the best mama in the world mak kau ni. nak jugekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... hehehe


Gitewwww... hijau mak dia punya, pink Amaani punya, orange tu Kasih punya.. Mesti makan sambil lelap-lelap mata sebab sedap.. muehehehe.. sorry lah, takde rumput keliling bekal.. takde muka kartun senyum-senyum.. nanti mama improve sikit bagi kreatif ye..

Selamat menjadi the best mother in the world ya korang semua ;)





Love, 
Filla.

25 comments:

Anonymous said...

Salam Kak pilla,

saya pun x mampu nak sediakan bento ada gambar senyum, rumput bagai.. yang selalu saya buat... goring hotdog, goring roti telur, goring burger kecik.. kak pilla try lah beli burger kecik jenama Saudi.. beli lak roti bun kosong yg kecik gak.. tapi payah sikit lah cari.. macam roti tu ada kat mydin or Tesco.. selalu cepat habis roti tu.. burger tu pulak kat Tesco..anak2 saya kalu bawak burger tu suka sgt.. n pagi tadi saya malas .. sapu je roti dengan nuttela n sunbear..then letak 1 appolo.. asalkan bawak bekal. Janji saya tahun 2016 x nak miss anak2 bawa bekal.. lagi pun kak pilla makan kat kantin xsedap .. mahal pulak tu.. anak2 saya tetap bawa duit belanja sorang rm 3 atau rm 2.. bukan apa.. utk simpanan diorg... next time kalu diorg nak beli apa2 pakai je duit simpanan..

- fiza-

Aya Ariel said...

Sampai ke blog pegi nye cite bekal ni ekk..hehehhe..sabarr jee lah kak..gigihkan laa demi ank2..lg best bila ank2 ckp mkn smpai abis..ank sy yg kedua tu sebaya amaani..slalu bila amik dorg dr tadika dia yg sibuk bercerita..bubur nasi abis..roti sosej abis..buah pun habis..kawan2 slalu mintak bekal angah..hahahha..kembang idong mak kau ni..hihihi..bertambah2 seronok..ye dak??

shiela said...

eh kak pilla boleh lukis gamba smiley je kat atas nasi tu guna tomato ke sos ke mayonis ke kan...hihi..sy nye anak kicik2 lagi..blm masuk sekolah..mmg tengok kat fb newsfeed tu mcm2 bekal rasa mcm semangat nak buat jugekkk...

Sue Sakarnor said...

thumbs up kak pilla! bekal anak saya pun xde rumput2 bagai. tp licin je anak kejekan hikhikhik! kipidap! dongibab!

Rizziela said...

anak lelaki x nak hias2.. nak biasa2 aja katanya.. redha ajalah

- dieyana - said...

hahhah..pilla sgt berimaginasi! syabas pilla...

apa2 pun, jgn bersedih ai pun tk sempat..sapu roti jem kaya, mkn sekut kering juga pagi2..hah..sesekali bngun awal ada la goring mi/Nasik/roti celup telur goring..seminggu sampai jemu hahah
...lps tu rs bangga sgt dpt bekalkan mi goring kosong mcm tu...rumput2, mata, mulut semua mmng tk de..kosong mcm pila buat ni jugak..tp dh bangga tau..hahhah..

jom kita sama2 menggigihkan diri bekalkan mknn utk anak w.pun roti sapu kaya..hiihi...

tahniah pilla! ;-))

Irfa said...

Ok, dh setapak kedepan.aku jugak masih trtggal
Pg td pun mntk bekal lg,huhu

Nora said...

Tahun ni sy pun dh mula masak bekal utk anak. Mula-mula kelam kabut jugak sebab belum tau bajet mcmmana.Pastu sy siapkan menu terus utk sebulan sebab senang nak bajet nk beli apa semua. Pastu segala benda bole blend semua dh siap2 tinggal nak masak ja. Pendek kata, barang basah tu semua dh bahagi, potong, perap sesiap la. Senang bgn pukul 5 pagi terus masak. Bekas mknn dh siap susun tepi sebelum tido. begitu lah gigihnya..xtau la berapa lama boleh tahan. kdg2 ngelat gak, letak kokokrunch. Muahahahaha! Chaiyok kak pilla..u can do it!!!

mummy_ayu said...

caiyok caiyok kak FIlla!! Ayu pun alhamdulillah, so far tak miss lagi.. bangun kul 5 setiap pagi..buat bento for Ian & Iris.. 6.15 dah kuar..naik bas keja kat KL. menu simple2 jer...nugget, sausage, scrambled egg... kalau rajin skt..nasi guyeng, mee guyeng, nasi impit... tapi kalau menu berat tu..malam2 dah siap kat bahan2..or siap2 tumis cili..so pagi..just campak2 jer. utk deco...Ayu pun tak mampu la buat cartoon bagai .. Ayu just beli yg cucuk2 tu...mcm design ada kat daiso. kasi cucuk jer.. pas tu..letak dlm bekas comei2..and letak dalam bag...siap!! seronok la bebudak. most of barang...Ayu beli kat daiso. selamat berbento!!!

kontahadif said...

so suwit pila....yeahhhh we can do it!!!

ayukhairy said...

Hehe..senyum2 je baca entry ni tau..sbb nya tahun ni tahun ke 3 saya bekalkan untuk anak2..since dari tadika lagi.. last year anak sulung darjah 1, bila tengok time rehat ramai org, nak beratur bagai & anak saya tu plak jenis makan lambat2...tak pe la..bekalkan je la..menu utk dia memang dia tak kisah..apa2 pun tak pe..

Tahun ni, adik dia plak darjah 1..haa..hat tu jenis memilih makan sikit..so dah hampir 4 minggu persekolahan ni menu2 bekal budak2 ni mmg kebanyakan ikut permintaan anak no 2 ni la..asalkan saya boleh buat, saya akan cuba la buat..lg2 dah tak kerja ni..rasa2 berkorban la kejap...bahan2 biasa sy sediakan mlm sblm tido..so pg nya senang sikit nak masak2..deko ikut keperluan..dulu2 zaman tadika bagai blh la nak deko2 ni..ni dah darjah 2 ni yg sulung tak mo dah..yg darjah 1 ni klu deko sikit2 dia ok je.


Selamat berbento

emimohamad said...

saya pon jnis msk simple..sbb kalo buat yg bento segala..mmg anak xmkn..
dia jnis makan sikit...
bagi saya apa yg pnting air tgn sorang ibu...
suka tgk blog lieya latiff sediakan bekal utk anak2 nya..
simple tp menyelerakan

masdila said...

seet angat kak pilla ni

dorsett pink said...

I loves this entry...

Mimy Hamid said...

aku mak bent sekarng filla hehehe...tido awal bangun awal tu je...malam siap siap ready potong bahan

Unknown said...

tak de rumput bagai...hahaha!!! just wonder, pukul berapa bangun utk siapkan muka2 kartun dalam bekal anak tue kan? buat muka kartun mak ko mampu la nak!!! hahaha!!!

Lida Rahim said...

salam sis filla,

tapi kan.. anak2 bawak bento ni nak makan masa bila ye? ai is confused sebab anak sekolah pagi & ptg.. biasanya diorang nak bawak bekal waktu petang la.. tapinya tahan ke kita masak tu nak sampai pukul 3 baru mkn?

teringin jugak nak bekalkan anak.. tapi skrg ni bgn pukul 5 pon mcm tak cukup tido dah 0__0

sekian,

mama dalam dilemma

Anonymous said...

Good job k.pila!!! Semoga k.pila terus bersemangat waja buat bento tuk the kasihs O:-)

bett said...

hahaha...aku pon nk berbento jugak..tapi tahan 2 minggu je aku buat bekfes n bekal anak2..pastu aku da malas...hahah..sudahnya skang pepagi ank aku bekfes roti coklat je....syabass pada diri aku.....huh..

miss silent reader said...

Time sekolah menengah kena pergi awal sekolah sebab tempat kerja ayah jauh. Pagi pagi kadang mak tak sempat buat breakfast cuma jemput2 and goreng pisang tu pon kalau sempat. Sebab nak jimat duit belanja tiap-tiap hari, sebelum mandi saya panaskan nasi semalam. Mak pulak reheat lauk semalam, sebelum keluar rumah tu saya isi sendiri saya punya bekal makanan. My friends and i would have this so called lunchbox club where we will gather at the park at the school and ate our lunchbox together. There were so many kind of food and some of them had roti canai, currypuff, ayam paprik. There was even one lucky day where one of my friends brought 4 big lunchbox containing nasi goreng or spagheti and passed it around during the class was ongoing. And the smell would spread too!

just a sweet memoirs to be shared.

Alia Farhan said...

Terbaik kak pilaaa

Dari si emak budak 3 tahun

Tapi serius teringin nk sediakan bento utk anak2 nnt...hihi

Anonymous said...

Salam kak pilla, sy anak masuk tahun 1 tahun neh, memang bawa bekal, dah taknak bawa duit dah.Penat memang penat huhu, jam 5am bangun subuh,masak semua, jam 10am dah masak lg untuk lunch bekal sekolah agama, jam 5pm masak untuk dinner pula. Malas tu memang ada tp haritu demam bagi anak rm5, dia bgtau beli milo ais tapi baki takda. Moga kita semua istiqomah untuk bekal anak2. Hehe

Anonymous said...

I cook extra for dinner, then leftovers go in lunchbox the next day

Anonymous said...

these are few options for working mom.

1. Prepare kueh mueh and pastry over the weekend. every Saturday spend two-three hours. cooking for 5 days menu.
eg: mi goring, pasta goring, nmi hoon goring, karipap/ sambal tumis untuk nasi lemak, murtabak, home made burgers, nasi goring dgn peas dan telur.
Lepas masak masukkan dalam bekas biar makanan tu sejuk dan tak berpeluh.
Then baru tutup dan simpan dlm freezer.thaw the food maghrib sbmnya dlm fridge. esok panaskan semula. dan pack.

begitu juga kalau nak masak sebelah mlm masa masak dinner tu, masak lebih nasi atau masak lebih pasta, atau masak bekalan utk besok sekali. By the time habis masak, makanan utk bekal boleh letak tepi dan sejukkan. selesai makan malam boleh masukkan dalam bekas makan untuk di letak ke tepi. jangan kasi makanan berpeluh. so kasi sejuk dengan renggangkan tudung.

bahan bahan seperti bawang halia, cili diblend dan mana yang boleh ditumis, seperti sambal etc.
sambal belacan boleh di buat simpan dalam telap kaca..letak asam siap siap. buat sambal tumis- boleh jadi paste asam pedas, sambal ikan daging ayam. cuma tambah air asam. kari paste juga boleh di tumis siap siap.

ikan ayam daging udang sotong potong siang siap siap, garam kunyit dan prepack untuk sekali masak.

sayur boleh basuh cepat.
barang beku keluarkan defrost kan dalam fridge malam sebelumnya.
senang kalau plan sesuatu.. cepat dan teratur. seharusnya sabtu pagi buat tu dulu..

Anonymous said...

sandwich buat the night before.. lepas dinner tu buat lah. pack siap siap.
kalau nak bawa leftover ok..je pack le night before,