*scroll down for new entry*
Haritu Kak Pilla berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana Chef Muluk menyediakan hidangan Maggi Royale Seafood Curry dan Korean Spicy.. Selalunya memang bertuahlah siapa yang dapat join kelas-kelas memasak macam ni.. Kenapa? Sebab memasak ni satu ilmu.. kadang-kadang kita tak jumpa ilmu atau tips di buku-buku pun.. melainkan Chef sendiri yang bermurah hati nak share ilmu :)
Kita selalu masak maggi ikut skill masing-masing kan? Sedap jugakkan? Tapi kalau ikut cara Chef Muluk masak, lagi sedapppppp yeeee!! Hahahha masa kitorang berpeluang rasa masakan Chef Muluk ni, semua cakap "Eh kenapa saya masak Maggi Royale tak sedap macam Chef masak?" hahahah..
Ok jom kita tengok.. Ilmu ni memang kita kena panjang-panjangkan.. Kak Pilla dapat ilmu, dah tentu Kak Pilla akan share dengan my readers :)
Sebelum kita borak panjang.. Hari ni Kak Pilla baik hati nak share sedetail-detailnya cara masak Maggi Royale Penang Seafood Curry dan Korean Spicy Braised Beef Flavour.
Resepi Pertama:
Maggi Royale Penang Seafood Curry
Chef Muluk akan memasak hidangan pertama iaitu Maggi Royale Penang Seafood Curry. Siapa pernah rasa???? Sedap tak??? Kalau korang tak pernah rasa, sila pergi beli sekarang dan masak cara Chef Muluk masak.. Fuyohhh sedap giler lah!
Ok kalau nak sedap, make sure ada bahan-bahan seperti di atas ye.. Celur dulu kacang panjang tu dan asing letak dalam mangkuk macam tu.. Ok ni Chef Muluk bagi tips cemana nak bagi udang ni rasa sedap, manis dan tak lunyai.. Eh Kak Pilla ingatkan udang mentah-mentah tu campak dalam maggi tu sampai masak hahaha.. Silap pulak.. Chef kata didihkan air, kemudian celur udang ni sehingga kemerahan (masak) Jangan terlalu lama sebab kalau lama sangat nanti udang akan mengecut dan keras.. bila dah nampak cantik tu terus angkat dan masukkan dalam air yang berisi ais.. Kenapa? Ini untuk nak stopkan the cooking process.. Sebab tu nanti kita akan dapat udang yang fresh, segar dan still 'manis'.. Kalau buat banyak pastu frozen je.. nanti nak guna bila-bila pon lagi senang.. Tips tau tu!!!
Didihkan air dan masukkan segala paste.. kecuali yang creamer tu ye!!! ingat! yang tu lasttt sekali..
Air dah mendidih, terus je masukkan mi maggi tu.. Lagi satu benda paling penting ya.. Untuk Penang Seafood Curry ni kene masak 3 minit.. Jangan lebih, jangan kurang.. sila tengok jam masing-masing.. Masa 3 minit tu yang menentukan kesedapan maggi tu ye.. tak nak benyek sangat dan tak nak rasa keras.
Eh lapar plak tengok gambar ni huhu..
Cukup 3 minit sila padamkan api.. dan taburkan sachet yang mengandungi creamer / santan.. Ok tu petua tu kata Chef Muluk.. Kenapa masukkan last? Supaya dia tak berketul-ketul dan pecah minyak..
Hiaskan dengan kacang panjang yang dicelur tadi dan jugak udang yang sudah dicelur.. perah limau kasturi masa nak makan tu.. Pergh sedap gila kot.
Resepi Kedua:
Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef Flavour
Siapa pernah try ni??? So spicyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! Berpeluh-peluh makan hahahaha
Chef kata Korean Spicy ni, mi dia lebih tebal.. Sama je masak dia.. didihkan air.. Tapi untuk resepi masak Korean Spicy ni, korang kene masak selama 5 minit.. Chef kata jangan melawan ye.. kalau dia kata 5 minit, sila ikut arahan.. Kalau tak nanti tak jadik.. Baik Chef, kami menurut perintah Chef ;)
Gila tak pedas???? Cili padi you allllllssss!! Wah ni yang Kak Pilla suka nie.. Lagi pedas lagi power!!
Untuk hiasan, kita boleh letakkan sliced beef, sila guna daging batang pinang.. hiris nipis dan rebus sampai empuk.. pastu hias je kat Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef Flavour nie.. Terus feeling ada kat Korea.. Sedap jugak kalau dimakan dengan Kimchi.. Korang tau tak kimchi? Makanan wajib orang Korea tu.. Bila Kak Pilla makan Korean Spicy nie selalu rasa kenangan masa dekat Korea few years back tu datang menjelma.. Masa tu pergi berlima.. Atok, Wan, Kak Pilla, Pak Radie dan arwah adik Kak Pilla.. Arwah pun suka makan, sama macam Kak Pilla.. kitorang selera je makan makanan korea.. sebab banyak berasaskan sup-sup ni kan.. Hmmm rindunya Korea, tapi lebih rindu kat arwah adik :(
Ni masa Kak Pilla kat Korea dulu.. Kitorang belajar cara-cara buat Kimchi.
Nampak tu.. Ni yang cikgu tu tunjuk masa buat kimchi.. sempat lah kitorang rasa.. Kimchi ada macam-macam jenis, dan rasa dia unik dan sedap
Eh baik sangat Kak Pilla ni kan.. Resepi Kimchi pon nak share jugak.. bak RM5 sorang kalau nak belajar.. hahaha.. Ok ni resepi kimchi Chef Muluk..
Resepi Kimchi
Bahan-bahan:
bawang putih (blend)
bawang merah (blend)
halia (blend)
chili flakes
chili powder
cili merah dihiris halus (dibuang biji)
daun kucai
hirisan carrot
hirisan sengkuang
kubis panjang (cari yang macam gambar kat atas tu ye)
1 mangkuk kecil cuka
Eh cuka takde dalam gambar pulak.. tu yang paling penting ye..
Gaulkan semua bahan sehingga sebati.. Agak-agak lah banyak mana nak letak bahan tu kan..
Then bila dah siap.. korang rasa sikit.. if dah ok.. simpan dalam bekas bertutup, masuk dalam peti ais.. biarkan selama 2 hari.. Oiii rasa dia sedappppppp sangat.. Rasa macam kat Korea hahah..
Lepas masak tu kitorang semua dihidangkan dengan 3 resepi tu tadi.. Komen Kak Pilla, Korean Spicy ni pedas.. Tapi Kak Pilla suka pedas, so memang terbaek lah... sup dia jernih macam tu, so terkenang masa makan kat Korea dulu.. Korang kalau masak ni, matchkan dengan Kimchi yang kita buat sendiri tu.. Wah lagi power!!! Tak yah pegi Korea.. kat Malaysia pon boleh ;) Tapiii Tapiii Tapiiiiiii.. tiada apa masakan pon yang boleh beat Malaysian Food.. That's why Kak Pilla prefer Penang Seafood Curry more.. coz i'm Malaysian and i'm proud to be Malaysian.. Hahaha.. But why not kita try jugak citarasa negara lain kan?
Pendapat Kak Pilla tentang Maggi Royale Penang Seafood Curry pulak.. Ok telah ailioq dulu tengok gambar ni hahahah.. Ini memang terbaek.. Sedap sangat kot? masa makan ramai-ramai tu diorang tanya.. siapa suka ni? Semua angkat tangan ok.. hahahah.. Terus terang ye, masa event ni lah first time Kak Pilla rasa kedua-dua Maggi Royale nie.. Sebab Kak Pilla setia kepada Maggi Kari je.. Takut nak try yang lain, kang tak sedap caner? Tapi Kak Pilla memang dah terjatuh cinta dengan rasa dia.. Kak Pilla siap tanya ada tak Maggi Royale jenis cup???? Sebab Kak Pilla jenis wajib bawak maggi kalau travel.. Rupanya ada ye.. Yeayyyy pasni gi travel boleh bawak Maggi Royale cup je.. tak yah masak lama-lama.. curah air panas je settle masalah Kak Pilla ;)
Balik dari event, Kak Pilla bagi Kasih makan yang Korean Spicy dalam cup.. Hoi berpeluh-peluh dia makan.. Licin... dia cakap sedap sebab pedas :)
Chef, tolong pegang kejap, nak snap gambar.. hehehe.. So kalau korang nampak dua jenis Maggi Royale ni kat mana-mana, sila lah beli dan try ye.. Ikut betul-betul resepi yang Kak Pilla share tu.. Confirm sedap ;)
Korang boleh juga layari laman web Maggi Royale ni untuk tips-tips bagaimana nak masak Maggi Royale yang sedap ni.. hehe
Kak Pilla dan bloggers lain sempat bergambar kenangan bersama Chef Muluk..
Sebelum Kak Pilla akhiri entry ni, Kak Pilla ada satu berita baik dan tergempar nak bagitau kat my lovely readers.. Amboi tergempar katanya hahaha.. Hari ni Kak Pilla nak bagi giveaway kepada readers Kak Pilla.. Contest ni Kak Pilla yang suggestkan kat pihak Maggi.. dan diorang rasa benda ni sangat interesting ;)
Giveaway
Kak Pilla nak bagi peluang kepada 10 orang readers Kak Pilla untuk bagi special gift from maggi kepada yang tersayang.. Syaratnya, yang tersayang tu mesti berada di luar negara!!! Kenapa??? Sebab pihak Maggi akan post kan gift kepada kesayangan korang tu nanti.. Luar negara tu tak kisah lah dekat ke jauh ke.. Zimbabwe pon bolehhhhh hehehe.. Amboi over.. hehehe.. Best kan???? tak kisah lah keluarga ke, kawan rapat ke, peminat ke.. amboi ada peminat ke? hehehe..
Caranya ialah email kepada Kak Pilla di alamat framekasih@yahoo.com.. sertakan sekali nama dan alamat penuh penerima gift from Maggi.. 10 orang terpantas yang email akan dipilih sebagai pemenang ;)
Mesti keluarga/sahabat/kenalan kat overseas sana gembira dan teruja dapat hadiah dari you olls kan kan kan..
Ok, satuuuu... duaaa... tigaaaaa... mula!! Kak Pilla tunggu ni ;)
*update: 10 orang readers bertuah telah dipilih, Kak Pilla akan reply email yang bertuah tu nanti ok? yang tak bertuah jangan bersedih yeee.. terima kasih kerana mencuba ;)
Love,
Filla.
5 comments:
aaaaaa ni yang buat perot lapar memalam ni. waaa kejam2 ahahha
menyelerakan sungguh
Kita dah cuba ... memang sedap
Dah sampai package Maggi Royale yang di hantar oleh Maggi. Insyaallah akan mencuba seperti yang dicadangkan oleh Chef Muluk.
saya nk try buat, mesti sedap seperti Chef Muluk
Post a Comment