Monday, December 15, 2014

BERNIAGA DI SARAH HUGHES GLOBE.

Hoi ni cerita berapa minggu lepas dah heheh.. Sorry ai is busy u know.. Tapi tetap lah nak abadikan jugak di dalam blog nie.. Bukan senang ye nak tengok Pak Radie turun padang tolong Kak Pilla ;) 

Actually dah janji ngan Peej untuk sama-sama jual TheKasihsShawl kat Sarah Hughes Globe ni masa tu.. Tapi Peej pergi vacation kat Mabul pulak.. So date tu clashed.. Pak Radie pulak offer nak tolong.. Eh boleh sangat lah, apa salahnya... 

Jualan ni actually berlangsung selama 2 hari.. Jualan langsir kat Sarah Hughes Globe ni sebenarnya khas untuk blog readers Moon.. So siapa yang datang 2 hari (Sabtu dan Ahad) akan dapat harga terpaling paling paling istimewa.. Langsir murah-murah, dan jangan ingat langsir dia kgdotcom ye.. lelawa sampai Kak Pilla rembat dua helai nak buat alas meja ngeh ngeh..

Ceera jual shawl hari Sabtu, Kak Pilla jual hari Ahad.. Tapi ahad tu pun Ceera ada sebab Ceera adik beradik pon ada jual benda lain seperti pin tudung (Kak Ira) dan BBCream by Seqy Beauty. 

Over sangat nie hahah.. Kak Pilla ni jenis pemalu sikit nak berniaga-niaga macam ni.. Tak biasa huhu.. Tapi Pak Radie selamba badak je, so tetiba aku pon jadi selamba... Pak Radie duduk sana banyak membantu sebab mulut dia bising.. Asal ada orang naik je escalator tu memang ngam-ngam akan muncul depan meja kitorang.. dia mesti "Kak, singgah kak.. tengok-tengok shawl mana yang sesuai".. orang belek shawl nak amik sehelai dia memekak lagi "kak, sehelai tak cukup kak.. pastu acu-acu kat muka orang tu kaler lain.. "Kak ni meletoppppp kak.. sesuai dengan muka akak".. dah tak pasal orang kene beli lebih dari sehelai.. pas orang bayar.. dia sambung lagi "Kak, kalau dah beli shawl, kene lah beli pin tudung kak, tu tengok lawa-lawa pin tudung kat meja sebelah.. lepas beli pin, akak mesti lapar, boleh pegi table hujung sana beli kuih tart pulak".. Ya ampun, pitam orang yang nak membeli tu.. terpaksa kak pilla tebalkan muka kejap hahahhaha.. 

Pastu asal ada orang lalu je Pak Radie beliakkan mata sebab dia cakap haku pemalas.. duduk je tau.. Eh ye lah.. malu lah nak panggil-panggil orang.. kalau orang nak dia datang je beli.. hahahha.. i tau meniaga online je.. jual depan-depan ni kekokkkkk.. apa guna i bawak assistant kan? hah, buat lah kerja, suruh orang pulakkkkkk... 

Ni first customer kiter.. Jauh datang dari Pahang kalau tak silap.. dia beli langsir rasanya.. rupanya dia dulu kerja kat Hospital Putrajaya sesama dengan arwah adik aku.. terima kasih ye beli shawl.. kalau ada berkenan warna lain boleh email or whatsapp je Peej ok?

Group Photo jap bersama Moon, family Noh dan Ati kuih Tart (hujung paling kiri, sebelah Ceera)

Sepanjang duduk sana aku duduk satu kerusi ngan Ceera.. Tak de lah bosan bila diorang ada.. pastu memekak je lapa lapa lappppaaaaaa... 

Ni customer kite jugak.. tak dapat amik gambar dengan semua customers sebab kengkadang lupa.. Terima kasih daun keladi ;)

Jangan carik pasal tak kenal siapa Moon ye.. Moon salah seorang yang try skincare baru kitorang.. Masa ni dah almost 1 week kot Moon try.. selalu lah update cemana kulit muka, semakin jelita tak? hahahha.. makin cerah kan muka we olls ;)

dan lagi.. kejap kang bergambar.. kejap kang bergambar lagi.. penat bergambar je haritu hahaha

Masa kat Sarah Hughes Globe haritu Kak Pilla jual warna-warna baru yang belum release kat blog lagi.. 

Lawa kan.. Kak Pilla beli hitam putih tu.. dengan sehelai lagi dah tak ingat warna apa.. 


aku tanya Moon.. Apa tu BMP? rupanya Blog Moon Price.. RM15 / meter.. kain semua berkualiti.. macam-macam jenis.. 

So siapa yang mencari langsir boleh datang Sarah Hughes Globe Level 7.. langsir dia cantik, tak kg.. so jangan risau ye.. 

Sepet datang lambat.. Eh budak kecik ni haku geram betul tau.. asik sumbat penumbuk dalam mulut dia.. Baby Qaiser yang comel macam anak mat salleh ;)

Seharian berniaga petang tu tutup kedai terus ajak Pak Radie makan.. 

Makan Nasi Briyani Mahboob kat Bangsar.. Sampai sengkak lah perot kekenyangan.. Seronok sangat berniaga kat sana.. Thank you Moon sebab jemput Kak Pilla berniaga kat sana.. Thank you buat Sarah Hughes Globe management jugak sebab memberi peluang kepada kami untuk berniaga ;)

________________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSSHAWL

Ramai yang dok tanya warna apa lagi yang available??? so korang boleh pilih ok.. Ada certain warna yang tinggal sehelai dua, dan ada yang masih banyak ;)

Chiffon Shawl
5 warna yang still available untuk di grab.. Harga masih lagi:
1 helai RM35
3 helai RM100
4 helai RM130


Satin Silk Shawl 

Cuma 5 warna available.. sehelai RM85. 

boleh tengok details ukuran kat ig @peachhub

Untuk order boleh email framekasih@yahoo.com or whatsapp Peej 012-2758575

Love, 
Filla.

4 comments:

FadlinaMokhtar said...

Betullah.makin berseri kak pilla.jangan lupa share rahsia tau

FAD

fayreen mizan said...

Nak gak try skin care Filla! Nak gakkkkk....!! * Dentam dentum aku hentak2 kaki ni... dengar tak? :p

Nur_cahayamataku said...

kak filla. chiffon shawl, apa warna baru? he he

R.R.Z said...

lawa!! akak tak buat COD ke??
sy dok putrajaya..huaaaa