Tuesday, December 23, 2014

AFF SUZUKI CUP 2014 - MAKAN BOLA TIDUR BOLA! ELE LE LE LE LEEEEE LEEE LEEEEEH..

Ramai orang suka salahkan perempuan bila perempuan minat bola.. Kononnya orang perempuan yang suka tengok bola ni gedik je lebih.. mesti nak tengok player handsome.. Eh mestilah!!! Eleh, kalau lelaki tu suka tengok pompuan seksi, pompuan cantik takpe pulak? hahahahah 

Eleh tak yah nak kutuk-kutuk orang pompuan ye... Janji kita sehati sejiwa sebab sama-sama sokong Team Negara kita Malaysia.. Tapi lelaki ni aku tak daya sikit.. kalau tengok bola kemain dia jadi pengulas sukan.. macamkan dia yang player.. itu tak kene, ini tak kene... aku jeling je... Pompuan kalau tengok bola diam je.. time goal je baru terjerit and terlompat sikit hahahahhaha... 

Aku pernah tengok bola kat stadium masa zaman belajar kat Uitm dulu.. pastu serik sebab time aku pegi tu macam rusuhan ke apa.. penonton siap baling kerusi dari atas.. pastu baling botol mineral dari atas ke bawah.. ye aku yang duduk bawah.. ko gila ke apa? botol tu penuh lagi ok dengan air.. ko bayangkan kalau melayang botol tu tetiba elok je landing atas kepala Kak Pilla.. mana Kak Pilla nak sorok muka ni???? malu tau.. itu belum kalau kerusi stadium melayang atas kepala.. tak sempat nak malu, dah masuk hospital dah.. Tolonglah.. nak tengok bola takde sapa larang.. tapi tak yah nak sakai sangat menjahanamkan stadium ko dah kenapa.. saiko.

Ok tanak citer banyak, kang aku kalau dah start membebel kang habis kang.. 

Ini selfie Kak Pilla yang paling yakin sekali hahahah.. rasanya ada send gambar ni kat group whatsapp lakibinigangster.. cakap yang kitorang dah ready to go.. Semifinal Malaysia vs. Vietnam masa ni.. Bawak Kasih and Amaani nak bagi diorang rasa pengalaman pergi sokong bola kat stadium ;)

Kata sokong bola, so dari rumah dah kene over dan semangat hahahahah

Sampai awal masa ni, lepak dulu tunggu family Elly.. Tak tau pon Elly pakai baju kuning.. so kitorang dah macam team biru dan team kuning hahahaha

Park kat rumah sedara Pak Radie kat Sec.13 tu.. Then menapak ke stadium.. nak keluar dari perumahan tu takde jalan melainkan panjat pagar sebab nak keluar jalan besar dan short cut sikit.. Terpaksa dukung anak masing-masing.. part aku je hulur tangan nak dukung Pak Radie buat bodoh.. Nyampah tau.. Aku ngan Elly terpaksa panjat sendiri sebab laki tak layan... Nasib bak kata Elly time sekolah dah nakal, takat panjat pagar ni apa ada hal??? hahahaha



Semifinal tak segila final crowd dia.. Semifinal lawan kat Stadium Shah Alam.. 


Family Elly ada gambar.. family aku kat gopro kot.. malas nak amik memory card hahaha.. 

Penyokong kanak-kanak.. Diorang ni memula memalu kucing.. dah balik baru ye-ye jalan pimpin tangan empat orang.. sama perangai macam mak-mak diorang yang pemalu.. *matakeatas*



Tabik hormat kat Ultras Malaya nie.. Diorang memang terbaek lah.. dari mula sampai habis game tak henti-henti bagi sokongan.. menyanyi menaikkan semangat :)

Berebut nak tepek pipi dengan bendera Malaysia.. Ada akak tu bising-bising kenapa sticker kedai mamat ni RM2.. dia kata kedai hujung sana RM1 je.. pastu dia tak puas hati dia cakap meh lah RM1 saya lekat sendiri.. Eh bising sangat akak ni, aku terus hulur dua ringgit, menyelit depan akak tu terus amik sticker hulur depan muka budak jual sticker tu.. "Tampal pipi saya sekarang, nah RM2" hahahah bukan nak poyo tapi orang ramai ni.. kang setengah jam aku tak dapat nak tampal.. habis semua budak kecik terpaksa ke belakang memberi laluan dekat Kak Pilla hahahhahahahaha.. 

Amaani lapar rupanya.. masuk stadium dia buat perangai.. kaki gatal, nak bukak socks.. nak bukak kasut.. nak duduk sana, nak duduk sini.. Haih aku dah nak start hangin dah.. Win beli mihun goreng then aku suap.. habis sebekas dia makan.. terus ceria.. Ek eleh.. cakap lah lapaaaaa hahaha.. pastu gembira main lari-lari belakang kitorang dengan Ameera.. 

Eh tu je Semifinal punya cerita.. Malaysia kalah, tapi takpe.. kalah bermaruah.. then lawan kat Vietnam dah menang dah.. so layaklah kita ke Final ;)

Kisah Final Malaysia vs. Thailand pulak kat Stadium Bukit Jalil.. 

Kali ni budak-budak tinggal kat rumah.. Nasib lah tak bawak budak-budak.. hazab gila kat sana..

Blog mak-mak memang camni.. nak citer pasal bola, tapi sempat selit hasil tanaman depan rumah hahaha.. Ni pokok cili yang Pak Radie tanam benih dia.. dah berapa bulan kot, ingat dah tak hidup, tapi tetiba haritu dia bertunas dan now ada sebiji cili padi hahah.. bangga oooooo... 

Baju tetap sama macam Semifinal, tukar tudung je.. ni pon tudung balik dari bird park hahaha.. Syok gila g stadium naik motor.. nampak kereta tengah jam rasa nak angkat-angkat kening je heheheh.. jalan banyak tutup polis jaga laluan.. kitorang naik motor parking naik atas devider je..kewl sangat ni..

Bila elly dah sampai kitorang teruskan perjalanan masuk dalam stadium.. Anak buah Elly dah belikan tiket, diorang dah sampai awal, so kitorang tunggu kat luar nak amik tiket.. 

Lepas tu kitorang pon masuk stadium.. Gilaaaa lah.. kene panjat kat dinding stadium tu dah macam spiderman.. bila tengok macam omgggg tak lepas nie.. caner nak lalu nie.. kalau bawak anak kecik memang tak leh nak lalu ni.. ni kitorang redah je tarik napas.. rempuh.. siap melompat dari kerusi atas turun ke bawah.. Elly ngan plastik burger.. Kak Pilla ngan plastik air ngan keropok ikan sira kahkah.. pastu kene kutuk, tengok bola beli keropok sira.. Eh sukatilah.. nasib aku tak beli popcorn tau.. hahaha

Us.. memang happening gila dalam stadium.. orang penuh bersesak-sesak... aku dapat tengok suku padang je.. selebihnya tengok kepala orang.. 

Memula sikit.. pasatu makin lama makin penuh berdiri depan kitorang ni.. Ko tengok Pak Radie nya view tu je nampak.. last-last dia duduk makan kuaci je sbb sakit hati.. Yang Win tetiba menjerit kuat gila, "Oiiii duduk laaaaa, aku tak nampak!!!".. kuat gila aku ngan elly tekejut hahaha.. terus semua orang duduk hahahah.. suara macam gangster ok.. takut orang semua... kejap je... pastu penuh balik.. lantak kaulah situ..

Satu aku tak leh blah memacam ragam manusia ok.. yang pompuan sorang ni, aku nak tengok bola, dia boleh pusing mengadap aku pastu amik telefon dia berselfie.. annoying nyeeee... Ahkak nak tengok bolaaaaaaa bukan nak tengok ko selfie dik... Elly pandang aku, aku pandang elly.. 

Itu satu hal.. ni lagi sorang ni lagi terror.. aku tak tau lah laki bini ke, pakwe makwe ke.. bediri kat depan aku.. pastu peluk pinggang pompuan tu.. pastu kejap kang cium pipi.. kejap kang cium pipi.. menggelegak je aku yang tengok nie.. Apa masalah diorang ni??? aku ni belengas-lengas kepanasan ko boleh bercium pipi kat situ... nasib aku tak tempik "Oiiiiiiiiiiiiiiiii nak cium balik umah laaaaaaa, aku nak tengok bolaaaaaaaa!" 

ok dalam hati je hahahah.. 

Tapi malam tu memang best lah tengok bola walaupun tak nampak.. Terpaksa lah kitorang tengok bola sambil berdiri je.. bila Malaysia goal je semua orang automatik hilang ingatan kejap.. bersorak, melompat.. bak kata Elly aku terpeluk elly sampai elly tercekik.. hahah tak perasan.. pastu anak buah elly bersorak masa goal sampai tercampak spek elly dia langgar.. hahahah.. aku terus tengok bawah.. masa tu Yaya tengah lompat-lompat dengan Win.. aku tengok bawah.. omg, sipi lagi yaya lompat nak pijak.. potong stim betul kes spek elly nie.. dah amik spek, sambung balik lompat hahahahaha.. 

haaaa, dah habis game baru boleh amik gambar tak kacau orang.. Ini orang tengah suspen tengok bola ko sibuk selfie menghalang aku nak tengok bola.. Akak tak leh dik, kalau tengah tengok bola, akak concentrate, akak nak tau bola tu ada kat mana... akak rabun, so akak kene focus.. hehehehe.. 

Malaysia terbaekkkk!!! walaupun kalah 3-2 kepada Thailand.. tapi kalau tak kira aggregate kira Malaysia menang lah malam tu.. Kitorang stay lama gak dalam stadium tengok player Malaysia and Thailand pusing stadium.. Safik baling kasut dia kat penonton.. pastu diorang baling bola utk penonton.. 


Tengoklah orang dah macam ulat dah.. penuh stadium..

Bagus jugak dapat tengok bola nie.. Nampak kita ni rakyat Malaysia yang bersatu hati.. Yang jadi salah dan memalukan bila ada pihak yang tak bertanggungjawab menjahanamkan harta benda awam dan bergaduh dengan team lawan kat stadium sampai ada yang tercedera.. Bola je punnn.. apa yang emo sangat??? perlu ke sampai bergaduh berdarah-darah.. Jangan buat macam tu sampai orang pon rasa tak selamat nak pegi stadium.. Kita sokong je mana team yang kita rasa nak sokong.. kalah menang tu adat permainan lah.. tak perlu emo-emo sangat.. Ok??? 

Ni cerita nak balik pulak.. Ya Allah sesak gila sampai ko tak boleh bayangkan lah cemana sesak dia.... keluar tu berasak-asak macam mengikut arus orang berjalan je.. pastu dengan peluh dengan masam bau orang.. pastu dengar orang meniaga tu jerit "Hoi bodoh, aku nak meniaga laaaaaa, jangan rempuh".. susah nak cakap.. orang terlalu ramai dan berasak-asak, memang kene rempuh punya.. ada stall jual air tu tinggal air je.. orang dia dah takde.. hahahahah.. tak leh meniaga sebab orang terlampau ramai nak balik.. ada pulak aku nampak terselit orang bawak anak macam baru lepas pantang ke apa.. adoiii tak sesuai lah.. anak aku dulu sampai umur 1 tahun kot baru aku bawak keluar malam.. 

Win sampai menjerit "Radiiiiii awak kat manaaa awak kat manaaaa???" bongok gila hahaha.. yang Pak Radie jawab "Kat sini kat sini".. sesak macam ni lebih kot setengah jam.. dah sampai penghujung aku dah nak muntah, bau peluh masam gila.. terus aku dongak ke atas pandang langit.. "Ya Allah berikanlah aku oksigen, aku tak boleh bernafas dah ni"... 

Ok itu je cerita over dari Kak Pilla si penyokong Bola Sepak #HarimauMalaya

"Roarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!"

Atut tak??? Oh lupa nak cakap, Kak Pilla gi stadium memang sebab nak sokong #HarimauMalaya .. Tapi makin semangat nak pegi sebab nak tengok 2 orang ni beraksi :



Hohooooooiii.. Best kot diorang nie.. asal jersi nombor 13 lari je, Kak Pilla kuis Elly hahahah.... 

Ok jangan emo ye.. Kak Pilla saja je.. Cuma suka tengok Indra Putra ni lasak.. suka langgar orang hahahaha.. pastu bertenaga je dia.. bagus, keep it up.. goal keeper Farizal pon bagus.. Eh team Malaysia memang bagus lah!! Tahniah!!!!




Love, 
Filla.

4 comments:

Aishah Amin said...

wah terasa kemeriahannya ..nice entry kak pillaaa

#projek2ribu

Dura Zul said...

Salam prkenalan...best entry kali ni...dpt bayangkan suasana di stadium macamana....terbaik la pilla..takut dgn ngauman tuuuu...😉

ain.ya.nun. said...

Malaysia memang tapi tanpa piala kak.

Even sedih tak dapat piala, tapi team Malaysia memang thorrrbaik lah! Cuma bila no. 13 dah keluar, team Malaysia main jadi tak tentu arah dah.

Selamanya Harima Malaya!

FadlinaMokhtar said...

Msia the best.eh,muka makin flawless ok.cepat la reveal skincare tuh.
FAD