Friday, December 12, 2014

UHT MARIGOLD SENTIASA ADA UNTUK THE KASIHS.

*scroll down for new entry*

Bila tengok anak-anak sihat, Kak Pilla bersyukur sangat.. Alhamdulilah anak-anak sihat dan cergas.. Kak Pilla sebagai ibu sentiasa doakan anak-anak sihat supaya diorang dapat menjalani kehidupan dengan baik.. Berdoa selalu supaya anak-anak dihindari dan dijauhi dari sebarang bahaya.. Itulah ibu kan.. Keutamaan haruslah anak-anak, kemudian barulah diri sendiri ;)  Takpe, walaupun susah tetap rasa puas bila dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak..

Walaupun anak-anak Kak Pilla semua girls, tapi jangan ingat diorang tak lasak.. Kak Pilla jarang bagi diorang keluar dari rumah tanpa pengawasan.. Kalau Kak Pilla ada or Papa dia ada baru diorang boleh main kat luar rumah...So diorang lebih banyak habiskan masa dalam rumah je.. Meriah walaupun 3 orang.. Kasih Aleeya walaupun dah 9 tahun, tapi dia ok je kalau main dengan adik-adik.. Dah macam budak kecik!!! Berlari sana sini turun naik tangga keluar masuk dapur sampai ke hall depan.. Macam rumah banglo 18 bilik je dia buat hahahah.. Padahal umah kecik je... Kadang-kadang tu pening kepala tengok diorang berlari-lari main kejar-kejar dalam rumah.. Kak Pilla takut diorang jatuh atau terlanggar bucu meja ke apa kannn.. 

Tapi bila difikir-fikirkan balik.. tu pentanda positif.. bermaksud anak-anak aktif, sihat dan ceria.. Biarkan jelah, buat apa nak marah? Kenapa nak suruh diorang stop bermain dan suruh duduk diam-diam, duduk sopan-sopan.. hahaha.. Kalau rumah orang ok lah nak suruh sopan-sopan.. Hahhahaha.. Haihhh jadi mak pon susah jugak kan? Semua nak marah, anak bising marah, anak main marah, anak sepahkan rumah marah.. Ok mulai hari ini jom kita biarkan je anak-anak buat apa yang diorang suka, janji aktif ;)

Kak Pilla percaya salah satu punca mereka aktif, kuat dan sihat ialah disebabkan tulang yang kuat.. Bila tulang kuat, mereka akan seronok melakukan pelbagai aktiviti, bertenaga, kurang letih.. Semua ni tanda-tanda positif yang perlu ada untuk anak-anak membesar.. diorang ni tengah nak 'explore the world' gitu... so biarkan je.. jangan halang.. 

Kita sebagai parents kene alert apa yang paling penting untuk pembentukan tulang yang kuat??? Kalau sebut je pasal tulang, confirm kita dah terbayang susu.. betul tak??? Yes memang kalsium terkandung didalam susu.. Itu bermaksud susu sangat penting untuk pembentukan tulang yang kuat!  Kak Pilla sentiasa ada susu dalam fridge.. SENTIASA ok.. Tak pernah takde.. hahahah.. Anak-anak Kak Pilla suka susu.. Kadang tu minum macam tu je.. kadang makan dengan cereal.. Kak Pilla sendiri selalu guna Susu MARIGOLD UHT untuk buat kek.. atau dalam masakan.. 

Pernah minum Susu MARIGOLD UHT ni???? Ada 4 jenis tu... Sekarang ni kat rumah minum susu ni je.. Haritu lah masa beli groceries, nak restock milk.. Semua anak-anak nak Susu MARIGOLD UHT sebab diorang kata gambar lembu tu comel hahahhahahaha... So ikut jelah anak-anak nak.. Balik tu minum lah, eh sedap pulak.. Amaani paling suka strawberry.. Kasih suka Full Cream milk.. Aleesya suka chocolate and strawberry.. Kak Pilla haruslah LOW FAT milk yeee hahahahah..


Susu MARIGOLD UHT sungguh Berkhasiat, Sungguh Bagus.

 Mula-mula ok tak gaduh.. dapat sorang satu.. Lepas tu gaduh berebut nak Susu MARIGOLD UHT perisa coklat.. Nasib sentiasa ada extra dalam fridge tu..

Kasih pulak memang suka MARIGOLD UHT Full Cream Milk.. So tak yah gaduh-gaduh ;)

Selalu kita bayangkan nutrient yang ada dalam susu ialah kalsium kan?? Silap tu.. Susu MARIGOLD UHT ni bukan saja mengandungi kalsium untuk menguatkan tulang, tapi turut kaya dengan Protein, Vitamin D dan Unique BonePlus formulation..

Kenapa ada Vitamin D? Ia membantu badan kita untuk menyerap kalsium.. antara source of kalsium termasuklah ikan, kuning telur (egg yolks) dan susu yang mengandungi vitamin D itu sendiri.  Protein pula membantu dalam pembinaan tulang, muscles, tulang rawan, kulit dan darah.  So kesemua nutrien ini penting dan ia terkandung dalam Susu MARIGOLD UHT.

Kak Pilla memang sangat percaya bahawa susu sangat baik untuk tulang.. Bukan hanya untuk kanak-kanak je.. Kita orang dewasa pon perlu minum susu jugak.. Macam Kasih sejak berhenti menyusu botol 4 tahun lalu, Kak Pilla ikhtiarkan cara lain supaya dia still boleh mendapatkan kalsium.. Pilihan terbaik dah tentu Susu MARIGOLD UHT kerana penuh dengan nutrient seperti  Kalsium, Protein, Vitamin D dan formulasi unik BonePlus.. Kesemua nutrient ni penting untuk tulang yang kuat dan Kak Pilla make sure anak-anak sentiada dibekalkan dengan Susu MARIGOLD UHT.. Kak Pilla sebagai ibu dah tentu happy bila tengok anak-anak ceria dan aktif..

Kak Pilla yakin masa depan yang sihat bermula dengan Susu MARIGOLD UHT.. Susu yang diperkaya dengan Kalsium, Protein, Vitamin D dan formulasi unik BonePlus.. Nutrien yang lengkap, tak perlu ragu kerana ianya bagus dan yang penting HALAL..  

You all patut cuba Susu MARIGOLD UHT sebab selain dari rasanya yang sedap, susu ini jugak dapat membekalkan khasiat yang cukup bagus untuk tubuh badan anak-anak kita..

Susu MARIGOLD UHT is available at all leading supermarkets, hypermarts, convenience stores, petrol marts, minimarts and provision stores.  Visit www.marigold.com.my/uht.html for details.


Love, 
Filla.

4 comments:

FadMN said...

Cute sangat kakak kasih pakai tudung.anak2 bijak semua ni.

FAD

Cikla Shahril said...

Salam.... bkn bdk je suka susu ni.. mak budak dgn bapak budak pun sama.. my family love this milk so muchhhh...

Btw... singgah sini...

Anonymous said...

kasih pakai tudung nampak cantik comel cute sopan ayu sweet semualah.. sok ade anak nak suh pakai tudung macam kasih lah.. nampak good girl sgt.. hehe

Kamsiah yusoff said...

sedap....kalau kt umah akak ni tak sampai sehari dah licin air kotak tu...