Thursday, December 18, 2014

Astro melancarkan 10 saluran baharu! #AstroHDUniverse

*scroll down for new entry*

Hari selasa (11 November 2014) Kak Pilla berpeluang menghadiri pelancaran 10 Channel, 8 HD dan 2 SD baru dari ASTRO bertempat di Soju, Sunway.. Majlis pelancaran ni wowwwww sangat!!! gilang gemilang tak berkelip mata Kak Pilla ok.

Astro dan kita dah tentu tak dapat dipisahkan lagi sebab hampir di setiap rumah kita ada Astro kannn.. So Kak Pilla agak excited bila dapat tahu Astro is launching 8 HD and 2 SD channels.. Banyak tu.. dan antaranya ada jugak ZooMoo channel untuk kanak-kanak.. Kat rumah tu yang pegang remote control dah tentu lah anak-anak.. Nanti Kak Pilla cerita lebih detail lagi tentang 10 channel baru di Astro ni..

Di perkarangan pintu masuk Soju.

Selepas registration, Kak Pilla di bawa masuk ke dalam ni.. Wow feeling dia macam nak masuk tengok wayang :) gempak sangat ni.

Tercengang sekejap bila melangkah masuk.. Dalam suasana samar-samar terpampang character-character handalan yang bakal menemui kaca tv anda.. Your New HD Universe!!!

Antara bloggers yang bertuah menghadiri launching of HD New Channel di ASTRO.

Orang ramai mula memenuhi ruang dan menunggu kemunculan Mr. Henry Tan selaku COO of ASTRO.

ASTRO Go Beyond, memang dah betul sangat tu.

Kami dihiburkan dengan muzik rancak dari sekumpulan abang-abang hensem ni.. Kak Pilla dah goyang-goyang kaki dah time nie hehehehehe.. rancak dan bersemangat sangat :)

Kemudian dalam suasana yang akan mendebarkan Mr Henry Tan, COO of ASTRO diiringi keluar oleh stormtroopers bersenjata.. Amboi dah macam tengok movie hahahah.. 

Ok now Kak Pilla nak terangkan dengan lebih terperinci mengenai 10 Channel baru dari ASTRO.

Kini kita boleh menikmati drama, sitcom, sports, movies, documentaries dan banyak lagi kerana kesemua 10 saluran baharu ini akan bersiaran bermula 16 November 2014 dan mengandungi 8 buah saluran Berdifinisi Tinggi (HD) dan dua buah saluran Definisi Standard (SD)

Dulu saluran HD Astro bermula dengan hanya empat buah saluran HD yang dilancarkan pada tahun 2009 dan kemudian meningkat kepada 40 buah saluran.  Kini dengan pelancaran lapan buah saluran HD menjadikan keseluruhannya 48 buah saluran HD.  Syabas ASTRO!  Dengan penambahan 10 saluran baharu ini, para pelanggan Astro kini mempunyai pilihan lebih dari 180 buah saluran yang ditawarkan menerusi pelbagai pakej menarik.. Pilih je nak yang mana ;)

Pelanggan HD channel boleh menonton kesemua sepuluh HD dan SD channel baru ini secara percuma dari 16 November hingga 28 February 2015. Semua pelanggan ASTRO HD juga boleh menikmati access to Astro on the Go (AOTG) dari 1 Disember hingga 8 February 2015 (tertera pada pakej)

Kini pelanggan Astro HD boleh menikmati 9 preview channels (8HD/1SD) dari 16 November 2014 hingga 28 Februari 2015.

ASTRO turut melancarkan dua pakej baharu iaitu Fans Pack (Value Pack 4) dan Astro Super Pack Plus yang menawarkan lebih pilihan dan nilai kepada para pelanggan mengikut pilihan pakej mereka.  Fans Pack yang boleh dilanggan dengan bayaran RM99 sebulan, bakal menarik peminat sukan yang gemar tayangan berbentuk HD di samping berpeluang menonton kandungan hiburan terbaik tempatan dan Asia.

ASTRO Super Pack Plus yang bermula dengan RM178 menawarkan perkhidmatan video atas permintaan terbaharu, Astro Plus, pilihan pek premium seperti Mustika, Dynasty, Astro On Demand, Astro Box Office, Maharaja dan Chakravathy serta saluran seperti A-List dan termasuk akses Astro's Listen dan perkhidmatan digital Read dan Play.  Pelanggan Astro PVR dengan Super Pack akan menikmati pratonton secara percuma kepada semua perkhidmatan dan saluran Astro Super Pack Plus bermula 3 Disember 2014 sehingga hujung Februari 2015.

Yuran HD juga akan dinaikkan dari RM20 ke RM25 bermula 1 Disember 2014, ini merupakan kenaikan pertama semenjak perkhidmatan HD diperkenalkan pada tahun 2009.  

Kak Pilla paling suka DIVA Universal HD coz channel ni memang sesuai untuk perempuan heheh.. ada drama, movies dan dynamic reality shows.  Paling suka tengok SupermodelMe S5 Sirens, The Good Wife S6 dan Brooklyn Nine-Nine S2.. Layaaannnn hahaha... Eh lagi satu Kak Pilla suka tengok FYI HD di channel 736.  dia macam contemporary lifestyle.. korang boleh tengok lifestyle programming ada mix of reality sikit, ada culinary utk yang suka memasak, ada home renovation untuk yang suka deco-deco rumah pastu siap ada makeover series yang Pak Radie suka tengok jugak :) 

DIVA Universal HD (CH723)

Tapi selalu berebut dengan The Kasihs sebab diorang suka Zoo Moo kat Channel 619.  Tapi Kak Pilla tak halang sebab channel ni bagus sebab ada educational bukan kartun semata-mata.. Budak-budak boleh belajar "All about animals" so budak-budak boleh explore the animal world dengan cara yang paling entertaining dan interactive.. So boleh lah diorang kenal animals.. Jangan jadi Kasih ye.. Sebab haritu Elly cerita Ameera yang 9 tahun sebaya Kasih tu tak tau lalang tu apa, dia ingat lalang tu sayur boleh makan.. Bila test Kasih pulak, Kasih apa tu lalang? Dia muka confident, lalang tu belalang lah! OMG.. Pasni kita tengok channel yang boleh bagi dia learn something sikit.. Zoo Moo bagus sangat. 

ZooMoo (CH619)

Kini ada 48 HD Channel di ASTRO.. Satu pencapaian yang sangat membanggakan!

Tahniah kepada pihak ASTRO dan semua pihak yang terlibat menjayakan pelancaran 10 HD Channel baharu di ASTRO.

Sebelum balik kami dihidangkan dengan makan malam yang sedap dan persembahan menakjubkan dari 2 orang gadis yang beraksi dengan gelung.. Kak Pilla tengok dia pusing-pusing kat gelung tu terus sakit perut.. Tinggi tu kalau jatuh caner? hahahahaha.. 

So mari lah kita menikmati 10 Channel HD dan SD baharu ni dengan gembira ye.. yelah Astro ni dah dinikmati 4.2 juta isi rumah dan 16 juta penonton serata dunia ok.. Syabas Astro! Semoga dengan peningkatan dan kemajuan melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menghiburkan kami semua, Astro akan sentiasa menjadi peneraju kumpulan media di Malaysia dan Asia Tenggara.  Syabas!

Visit www.astro.com.my for details.


Love, 
Filla.

1 comment:

Shahrina Ahmad said...

Tetiba teringat anak murid saya pun yg Tahun 5, bila saya tanya mengenai lalang ada yg tak kenal. Hadoi tak tau nak gelak ke nak nangis. Hehe