Thursday, December 04, 2014

JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN.

Lama tak sembang so jom sembang sementara Kak Pilla tak berapa nak busy ni ;)

Semalam Kak Pilla jumpa Peej sebab hantar stok shawl kat dia..  Kalau lama tak jumpa mesti ada rasa rindu sikit hahah.. Popo Elly lagi lama tak jumpa.. nanti kita jumpa ya.. So banyaklah yang kitorang sembang-sembang.. Antaranya pengalaman Peej pegi Mabul dan tengok sendiri kepayahan hidup anak-anak Bajau Laut kat sana.. 

Actually kalau korang nak tau, Kak Pilla lahir kat Sabah sebab Atok and Wan kerja kat sana dulu.. So Kak Pilla membesar kat Kota Kinabalu tu dari lahir sampai tingkatan 1.. Bila Peej cerita betapa daifnya kehidupan masyarakat Bajau Laut tu sedih sangat dengar.. Mungkin kita yang rasa diorang ni daif, tapi diorang dah terbiasa dengan kehidupan yang susah macam tu, so diorang takde lah rasa apa kot? tapi kita tak tau lah apa perasaan diorang kan? Bak kata Peej, baju pon harap orang bagi kot.. kalau tak, memang takde baju, takde seluar nak dipakai.. duit yang diorang dapat dari tangkapan ikan ke apa ke.. maybe guna untuk beli minyak masak, beras atau beli kayu untuk buat rumah atas air.. Rambut diorang pon dah tukar kaler oren dan kulit dah hitam dek dimamah matahari.. Memang menginsafkan bila tengok sendiri depan mata.. Aku yang dengar pun dah sayu je rasa hati ni..

Zaman aku kecik dulu selalu ikut Wan ngan Atok pegi beli ikan kat Pasar KK tu.. Kat sana kau akan nampak budak-budak Filipin berkeliaran.. Kecik je maybe 5-6 tahun pon ada kot.. Diorang akan follow kita dan tanya if kita nak plastik ke tidak.. Sebab kan kita beli ikan mestilah nak plastik.. Plastik tu warna hitam, aku ingat lagi.. Nanti dengan baju lusuh koyak rabak, rambut oren, kulit hitam, dia datang dan tanya "Plastik pacik? Plastik macik? Kalau kita kata ok.. kelam kabut dia tolong masukkan barang yang kita beli dan tolong bawak sekali.. bayar masa tu 50 sen je kot.. dia follow je sampai kadang tu hantarkan sekali ke kereta.. Dah tu dia lari masuk pasar balik carik orang lain yang nak plastik.. 

Menginsafkan.  Anak-anak kita kat sini? Mewah, makan sedap, tidur lena, panas bukakkan aircond, bosan bukakkan upin ipin, pasangkan tv.. anak orang Bajau Laut tu hah, seluar pon takde..diapers? apa tu? silap-silap dia pon pelik tgk benda tu.. Memang tak boleh lah nak bandingkan kehidupan dia dengan kita kat sini.. Tapi elok untuk buat kita beringat sikit.. Macam time aku pergi Bandung dulu.. Kasih kecik lagi time tu.. Aku ingat lagi tetiba ada budak kecik datang kat aku "Ibuk, uwang buk, saya lapar, belum makan lagi" sambil dia pegang perot dia.. Arghh aku tak boleh, terus hati tersentak.. kelam kabut cari duit nak bagi.. sambil tu tanya "Ibu kamu mana?".. "Ibu lagi kerja".. Ohmyyy.. mak bapak takde sebab gi cari duit jugak, so pepandai lah kau anak, nak alas perot sendiri.. nangis ok bila pikir anak aku kalau aku terpaksa biarkan, lantak lah kau lapar ke pergi carik makanan sendiri, nanti malam kita jumpa.. Huwaaaa.. Pastu pernah nampak kat bandung dulu lagi kecik dari Amaani.. berdiri kat traffic light mintak sedekah.. Mampu ke anak kita yang umur 4 tahun berdikari macam tu? makan pun kita suap lagi kot? 

Bila keadaan memaksa, kau akan terpaksa.. so bersyukur lah hidup kita tak seteruk orang lain.. yang cuma ada duit untuk alas perot waktu tu je.. kalau lapar lepas tu, cari lagi jalan macamana nak makan lepas tu pulak.. 

Aku pernah suarakan kat Elly and Peej satu hari aku nak pergi India.. diorang gelakkan okay.. hahahahhaa.. aku tak tau kenapa aku nak pergi sana, sebab banyak lagi tempat yang cantik.. Tapi aku baca banyak jugaklah yang cerita culture diorang kat sana.. aku nak tengok kehidupan anak-anak yang berpeleseran kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. Aku mungkin boleh jadi sedih tengok semua tu.. Tapi teringin nak ada pengalaman untuk lihat sendiri.. pergi tengok budaya orang lain.. belajar kehidupan orang lain.. semua tu tak salah, bukan kita nak ikut cara diorang pon.. just nak menambahkan pengalaman.. jauh perjalanan kan luas pengalaman.. mana tau one day aku ke India.. Bombay ke? boleh jumpa artis Bollywood hahahahahahaha.. masa tu aku selfie tengah makan capati bagi gambar kat Elly and Peej .. ngeh ngeh ngeh.. 

Entry suka-suka :)



Love, 
Filla.

11 comments:

Murni said...

Lama akak tak buat entry sembang2 macam ni. Rindu.

Chooyaya! said...

Niat nak pergi India carik pengalaman tu aku dah macam, 'Bagus Filla ni. Nak dia tengok orang susah macam mana. Ada impian tu pon Allah dah bg pahala sebab baik hati' sekali tetiba nak pergi amek gmbr dengan dengan artis dekat bollywood teros tiuuutttttttt kendur konek. hahahahhaha

Suriya Majid said...

Tulah wajib kaya kita yang sihat & ada peluang ni. Boleh tolong orang satu dunia.

Chekgu Azrine said...

Comel je kak pilla...

MsFigure said...

Fila..mmg betul yg u cakap pasal budak2 kat pasar tu. Sebenarnya drg anak PTI..mostly filipinos. Klu local xde yg mcm tu. Even so mmg sedih n kesian sbb drg rajin cari duit. Now dah xde budak2 jual plastik but yg offer angkat barang still ada lagi la.


Love from Kota Kinabalu, Sabah

Linda

Anonymous said...

Assalamualaikum kak filla.. Saya start baca blog akak dh lama.. Baca dr jauh.. Follow ur ig, Fb, & keek akak.. Boli x nak dgr crita akak time sekolah kat sabah.. Sekolah kat mana dr tadika smpai form 1.. Akak pandai x ckp sabah? Nak dgr la.. Share kat ig.. Pleaseeee.. Hehehe.. Mmuahhhh semoga akak sentiasa suksess..

cik gObu said...

hurrmm i dh pergi india
tp tak explore hbs lah
just pergi delhi-agra (taj mahal)- kashmir

mmg sepanjang perjalanan tu rasa mcm
hurrmm untungnyer jd rakyat malaysia

pengalaman paling mengerikan tekak bila tengok permandangan dr hotel
tgk dorg beratur ramai2 gitu mencangkung
igtkan buat ape
rupanya berak

cissss

and dorg nyer infrastruktur mmg tak bagus
kebersihan mmg hurrmmmm

so good luck lah kalau nk g india
main salji kt kashmir
and tgk bunga tulip
best

Anonymous said...

india mmg best pergi. northern part food dia lain southern lain. tp for me northen best Delhi-agra-Jaipur golden triangle. duit lebih sikit pegi simla-kashmir.. rindu ngan india. :)

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Anak bajau laut x semua mcm tu...ada yg da idup maju..yg still idup mcm tu yy x mau pindah g daratan..yg sy dpt tau dr org..dia org ni mmg x biasa idup d daratan..ada yg akn rasa pening if duduk d darat lama2..yg sy tau lg..bngsa ni mng da biasa kn anak mereka idup d lautan..bby yg kecik tu pn da d bias kn...mndi dlm laut..sblh semporna n pulau bangi kudat yg masi byk bngsa bajau laut ni..lbi krg mcm orh asli la if ddaratan.

Emmie Idris said...

Hahahahaha ni mesti pengaruh cerita hindustan sejak dulu ni sbb akak ckp nak pegi Bombay kat India. Dah tukar kak, it's Mumbai kihkihkihkih!

p/s: Kalau pegi India, be careful jgn excited try street food or drinks walaupun skill teh tarik dia fuhhh mantoppp, sbb takut food poisoning tau kak. Kebersihan diorang agak kurang sket..

Anonymous said...

kite penah pegi Cambodia kak..seam reap..sedih tgk budak2 sane pegi sekolah...dgn tak pakai kasut...tp kat sane cikgu BI mmg omputeh betul...katenye cikgu tu mengajar secara sukarela...sekolah dieorg mcm warung tepi jalan je..ni tgk akk g Phuket rase mcm nak jugak je...haha