Monday, December 15, 2014

KISAH TV DAN KEDAI BUKU.

Update di tengah malam yang sunyi bertemankan bunyi kipas betul-betul atas kepala.. Bulu roma meremang.. ini bukan cerita seram, ini kes rasa nak demam.. Badan rasa sejuk sikit, bernafas cuma melalui satu lubang hidung.. yang sebelah kanan dah tak function.. 

Tapi sempat jugak keluar malam sebab Pak Radie ajak gi amik tv.. Ni pun bukan cerita best.. Bukan gi amik TV baru 80 inci ye.. Ni kes tv kat rumah kene panah petir.. Huarghhh tensi ok.. So pegilah tadi, rupanya tak boleh buat.. Ntah lah dengan kepala aku tak berapa nak betul nie, aku langsung tak paham Pak Radie cakap apa.. Yang aku tau tadi dia ajak gi amik tv.. Pastu dia duduk berejam nunggu tv.. ku ingatkan siap lah.. rupanya dia angkut balik tv masuk kereta pastu cakap tv tak leh buat.. whattheheck haku tunggu berejam dalam kereta pastu kata tak leh buat? pastu ajak keluar tadi cakap nak amik tv dah siap? ni siapa yang demam ni? whateva.

Dalam perjalanan nak gi makan Pak Radie tanya, "eh, tv kat atas tu ok ke? bawak turun lah" aku pandang dia dengan ekor mata je.. "Pa, tv kat atas tu tv zaman batu, mana ada orang pakai dah"  pastu dia terus jawab "oh, tak leh lah, sebab guna astro" ntah ko jangan tanya aku.. aku bukan paham apa kene mengena tv ni ada sambung astro ke apa.. yang aku tau, aku stress tv takde.. pastu bila tanya "berapa lama kita takde tv ni?" dia kewl je jawab "ntah lahhhh, tengok lah nanti rajin anto tempat lain pulak".. 

Ok cun.. dia kalau cakap "tengoklah" memang kalau tak bulan depan, insyaAllah bulan lagi satu.. Nasib lah aku ni bukan kaki tv.. takde tv aku ok je.. Tapi ni cemana kes ni? jawapan dia kene beli tv baru ke apa??? Hoi tak de bajet nak beli tv.. bajet aku benda lain.. tetiba tv ni pulak buat hal.. Ok lah anak-anak, jom kita layan ipad je.. Upin Ipin pon boleh.

Tadi tengahari lari kejap nak settlekan buku sekolah Kasih.. Sampai je kat bookshop tu ada lah 4 orang parents kat depan tingkap bookshop tu.. Haku ni dah berpeluh-peluh nie.. slip darjah 4 tu pun tak boleh nak amik sebab bersesak pulak kat depan tu tak reti nak berganjak.. So aku bediri belakang tu pasang je lah telinga.. Masing-masing merungut tak dapat beli buku sebab buku takde.. Ini apa kes plak nie.. haku dah berpeluh-peluh ni, buku plak takde.. dah tau buku takde, kenapa bukak pulak bookshop ni.. yang akak kat depan tu kemain bising mulut dia.. dia siap mintak nombor telepon Indian lady yang jaga kedai buku tu.. Dah salin nombor tu dah lah.. mintak pulak nombor assistant orang sebelah tu.. Orang dah ramai kat belakang ni kak oi.. Last-last dah dia suka sangat dok depan tu, aku pon jadikan lah akak ni perantara.. "Kak, boleh tolong amik slip darjah 4?".. Bersemangat akak ni suruh Indian lady tu carik.. pastu dia pass kat aku kat belakang.. Aku tanya lagi "Kak, buku darjah 4 takde jugak ke?" then dia pusing pandang aku "Takde".. okkkk.. "Kak boleh bagi nombor telepon yang akak salin tadi tu?" dia pun bagi salin.. pastu aku tanya lagi "Kak, agak-agak bila buku ada?" pastu dia jawab "kena tunggu stok semua sampai baru boleh datang kot"..

Ni aku tak tanya auntie kedai buku.. ni aku tanya akak yang nak beli buku tu.. sebab dia tak nak berganjak dari situ.. so baik aku tanya dia je.. 

Tapi aku ada banyak lagi soalan nak tanya sebenarnya.. tapi paling aku rasa nak tanya ialah "kak, buku anak akak takde sebab stok tak sampai lagi.. kenapa akak tak nak balik?" Tapi tu kongajo namanya.. Sudahnya dengan hati yang sedikit hampa aku melangkah pergi.. Peluh mengalir turun setitik demi setitik dari dahiku.. Hati kecewa penat lelah hari ini tak menghasilkan apa-apa.. pulang dengan tangan kosong.. harap Kasih tahu menilai dan menghargai setiap titik peluh ibunya yang jatuh membasahi bumi... Ek eleh, lek aaaaa.. masuk kereta bukak aircond.. kejap je peluh dah kering.. jangan nak poyo sangat mama...

Harini mungkin bahasa novel 40 bab.. Selalu jadi macam ni kalau kondisi badan tak berada dalam keadaan baik.. Harap esok aku akan ok dan kembali normal... Itu saja laporan malam ini.. Eh tapi aku still terbayang muka akak yang tak nak berganjak dari kedai buku.. mesti Auntie kedai buku pon tak boleh tidur malam ni sebab terkenang muka akak tu.. tapi mungkin Auntie rasa lebih tercabar sebab ada orang cuba ambil alih tugas dia sebagai penjual buku sekolah.

Ok aku gila.

Good Night.

Love, 
Filla.

8 comments:

melin melinda said...

Filla...tv u brand apa? Takut power board yg kena petir tu. So tukar powerboard je. Hari tu tv i pun kena sambar petir. So order powerboard kat i.e phillips...then tukar pasang sendiri (abg ipar i yg buat...sbb dia kontraktor elektrik)

Mila Hilas said...

hahaha lucu lah psl akk kt kdi buku tu

Fiza @ Zah said...

novel k filla ni blh di adaptasi ke filem satu hari nanti...hahahaja

Anonymous said...

hai filla, just nak tanya, u ada pakai surge protector x? dia sama function macam plug extension biasa, cuma, dia ada function surge, which, kalau petir ke apa ke, dia akan protect the equipment. sbb equipment mahal, ribu2, surge protector ratus2 jer...

Anonymous said...

Area umah kita mmg kilat selalu..dh penah kena so sekrg fobia.. Hujan kilat off TV..astro WiFi semua.. Nk kuar umah pun

Filla said...

melin:
LG, memang kene tukar board tu.. tengok nanti camno..

anon:
surge protector? ntah lah kot pak radie ada pasang ke tak? tapi macam takde jeeee... ok boleh dipikirkan, thank you for your suggestion ;)

sweet_saya said...

kak tv panah petir ke.. sama mcm saya.. call service center tv tu nnt dia hantar power board model tv tu... dlm rm380 utk tv sy la samsung 50 inch...

sweet_saya said...

hah lagi satu pasal panah petir ni attach few appliances umah saya termasuk tv baru beli.. saya terus install surge protective system.. brand hager rm400 kot lupa.. x masuk installation by wireman...