Wednesday, December 17, 2014

YEAR 2015

Dah tak lama lagi nak habis 2014.. Tak lama lagi 2015 pulak menjelma.. So korang jenis suka ke kaji apa achievement sepanjang tahun? Aku jenis biasa je tak de nak buat kajian ke apa.. Namun tetap bersyukur dengan apa yang aku ada dan cuba perbaiki kehidupan, cuba perbaiki diri.

Alhamdulilah sepanjang tahun 2014 semuanya berlalu dengan baik.. Ntah? ke aku tak ingat apa yang dah terjadi sepanjang tahun tu? Aku pun takde membazir benda tak tentu arah.. So kat situ dah kira penjimatan dan tak boros.. Konon lah.. Tapi rasanya macam 2015 ni tahun yang akan keluar banyak uwang.. huwaaa nangislah camnie..

Ini antara plan 2015.. Tapi ni plan aku lah.. aku kalau buat plan memang terror tapi lepas tu senyap je hahah.. Takpe kita list down dulu.. Nanti mana yang lebih penting kita dulukan.

1. Buat Feature Wall
Ni dah bertahun aku rancang.. Dah lama sangat aku berkenan wood feature wall, cuma aku tak pasti nak tempah dengan timber flooring atau nak buat sendiri atau macamana.. Nanti nak push Pak Radie sikit.. Tapi kalau dia offer nak buat sendiri, takpelah.. ai tak setuju. muahahhahahaha.. 

2. Gantung painting
Ni pon dah ada dah panting besar tinggi beli kat Bali dulu.. Ingat lagi betapa gigih beli painting kat Bali masa bercuti berdua ngan Pak Radie dulu.. Kira habis duit beli painting je.. pastu jimat cermat makan McD je kat sana.. Masalahnya sebelum gantung painting tu nak kene make sure dinding kat tangga tu ok.. contoh nak kene cat balik ke? or nak pasal wall paper ke? Tu yang sampai ke sudah tak gantung lagi.. Selain alasan Pak Radie sebab bahagian tangga rumah kitorang tu terlalu tinggi so kalau guna tangga yang ada kat rumah pon macam tak sampai.. So kitorang hold dulu.. Yelah kang kalau aku push-push dia jatuh tegolek sapa susah? Hakak jugak yang nangis kang.

3.  Beli TV
Sebab tv kitorang dah kene sambar petir haritu.. So ingat nak repair dan letak je yang tu kat master bedroom.. So nak beli TV baru besar panggung wayang letak kat feature wall baru.. rumah aku kan banglo lapanbelas tingkat.. haruslah tv besar panggung wayang.. ok tak kelakar.. 

4.  Nak balut sofa
Sofa antik dua ketul yang leather tu abang aku bagi sebab dia dah tak nak.. So aku ngan Pak Radie suka sebab dia nampak macam buruk-buruk.. Kitorang suka yang buruk-buruk.. lagi buruk lagi klasik.. Tapi sekarang kerusi ni bukan lagi buruk, dah rabak dah tempat duduk tu.. Budak-budak kat rumah ni suka beraksi macam sarkas.. terlompat sana sini.. sampai koyak kusyen tu.. So aku plan nak tukar leather tu kepada fabric yang kasar sikit tu.. dan nak amik colour yang tahan kotor macam kelabu ke.. dark brown ke.. Sukati ko lah pastu nak lonjak ke nak tebalik ke... 

5. Nak simen bawah fridge
Siapa ingat kisah bawah fridge aku tu silap ukur so bila letak peti ais.. bawah tu tak leh support sebab tak cukup lebar tapak yang Pak Radie buat tu.. So sekarang petiais aku tu, bawah dia konsep klasik sebab pakai batu bata je nak support.. tu namanya seni ye.. Ni pun kes bertahun-tahun dah.. Aku akan pastikan 2015 dah tak guna batu bata.

6. Dinding luar rumah
Pak Radie ada bagi idea nak tukar batu-bata untuk dinding luar rumah yang antara rumah neighbour dgn rumah kitorang tu.. Oh yang tu aku suka.. baru ada feeling-feeling buruk dan rumah tak siap.. Feeling-feeling lepak kat cafe pon ada.. boleh OOTD background batu bata pasni.. 

7.  Pintu bilik air dan pintu dapur
Aku rasa macam nak tukar pintu bilik air dengan frame-frame dia sekali sebab dah reput.. Sebab benda tu dalam bilik, so plan tu lambat nau nak realisasikan.. Tapi takpe.. sebelum pintu bilik air ni roboh sebab reput, inshaAllah akan pastikan 2015 ni kita tukar baru.  Pintu dapur takde masalah, tapi macam kalau tukar yang lawa sikit tu lagi ok kot kot kot?

8.  Cermin meja makan
Haaaa ni yang paling utama sekali nak tukar.. Yang ada sekarang ni dari rumah lama, so aku tak suka sebab nampak tak balance dengan keluasan dinding.. dinding luas cermin kecik.. Ergh tak kene langsung.. Rasa nak tukar tapi masalahnya aku tak berkenan frame-frame cermin kat kedai bingkai tu.. Aku nak frame dia ala-ala cermin kat British India tu.. Tapi kat British India cermin besar gedabak yang frame dia kayu ukiran buruk tu semua harga dalam 3K.. telan ailio kejap.. Paaaaa tolonglah fikir mana nak carik kayu buruk-buruk nak buat frame cermin besar????

9.  Nak beli kereta
Tahun 2015 kereta yang kitorang guna sekarang ni akan habis bayar.. Lama dah kot kereta tu since 2006 kalau tak silap.. Dah selayaknya tukar baru.. Tapi aku sayang sangat kat kereta sekarang ni so kenapa nak jual? Biar jelah aku yang pakai.. So if ada rezeki 2015 amik kereta baru yang boleh muat anak-beranak yang dah ramai nie... Kereta baru boleh buat pakai weekend-weekend macam tu.. Aku gi kerja or gi mana-mana sendiri boleh guna je kereta sekarang.. Lagipun senang if ada 2 kereta.. Aku selalu keluar, so at least kalau aku drive, so ada lagi sebijik kereta yang Pak Radie boleh guna bawak budak-budak keluar dekat-dekat.. Dah ada dah dalam mind nak tukar kereta apa.. cuma hati berbelah bagi nak ini ke nak itu.. Ah macam tu... 

10.  Reward diri sendiri
Aku ni selalunya lastttt sekali baru pikir untuk diri sendiri.. Contoh handbag ke, orang perempuan mesti lah teringin nak pakai bag best-best sikit.. Bukan apa, kalau beli designer bag leather lah contohnya.. dia punya kualiti tu tahan lain macam.. Ko belasah cemana pun dia still akan ok.. Itu pendapat aku lah.. Aku ni dah lah lasak.. so kalau beli yang biasa-biasa je confirm jahanam aku kerjakan hahahahha.. Tapi aku ni sayang sikit duit nak beli bag hahahahha.. Untuk barang dalam rumah aku ok.. Guna duit untuk travel pon aku ok..Tapi tengoklah rasa macam nak reward diri sendiri jugak.. Eh tengoklah cemana.. masa ni baru tetiba keluar pepatah "alah membeli menang memakai" eh tetiba je time-time ni nak keluar slogan.. Haishh Elly nak gi travel tu... dia dah tanya dah tu nak kirim bag apa.. I hetchiu Elly.. suka buat ai pening kepala.

Cukup kot 10 wish list ni dulu??? Belum tentu terlaksana 2015 nie.. Tapi takpe, pelan-pelan kita laksanakan ikut kemampuan dan masa.. 



Love,
Filla.

5 comments:

Fieda Redzuan said...

banyak pasal rumah je eh kak pilla? hihi

namyyul nurulazila said...

wow dah ada wish list untuk 2015. Semoga wish -wish thekasihs terlaksana =)

peej said...

tak tahan aku. asal keluar point baru je nanti ayat kau ni terpaling penting. kalau semua pun dah terpaling penting..harus lepas tu pening.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

keta kits beli tahun yg sama...habis bye pun tahun yg sama :) perlukah kongsi impian yg sama :p

Anonymous said...

ootd batu bata buat kt bangunan opis je la kak pila..bersepah wall batu bata kt blod D ni ha..haha
untuk frame tu..g tempah frame kt kilang cermin..leh request kayu cemana nak. ada kilang cermin kt puchong..kt belakang2 kuil yg dkt ngn tesco puchong..ish apa nama area tu pon xtau la saya..cer google hehe