Monday, December 29, 2014

DARAH MUDA.

Teringat suatu waktu dulu aku pernah muda.. Muda tu umur berapa? Lepas sekolah pon muda gak, sebelum kawin pon muda gak.. Seingat aku, aku ni kategori susah nak dijaga jugak.. *nangis*

Orang kata anak nombor dua pelik sikit.. Orang kata anak nombor dua ada kepala dia sendiri.. nakal, degil dan suka orang dengar cakap dia je.. Tapi bukan anak nombor dua paling dirindui? paling disukai? paling comel? dan paling best? hahahahaha.. 

Aku takde lah nakal sampai jadi remaja liar ke apa.. Biasalah zaman-zaman belajar dulu nak nakal.. Tapi tulah pon.. makin lama kita makin dewasa.. dari zaman kanak-kanak meningkat ke zaman remaja..zaman remaja ni yang level zaman menggelabah tak kisah orang punya.. Eii kalau ingat balik zaman tu malu je... Kalau bawak kereta bajet racer, kau perempuan je kot, jangan nak poyo.. bawak kereta manual, tangan kiri sentiasa kat gear.. kanan kat stereng.. bawak tak pernah nak slow.. tak pernah lah nak straight mesti nak potong sana sini mencelah.. omaigod nasib hidup lagi.. 

Zaman belajar uitm paling gelabah.. takde nak rasa takut kat sapa pun.. bajet dah besar sangat.. buat decision sendiri kononnya.. rasa nak kerja part time, kerja je.. mintak kat Wan, Wan tak bagi.. sentap ni terus keluarkan berjela-jela hujah, kenapa saya perlu cari wang sendiri? kenapa saya perlu berdikari semasa saya masih belajar walaupun ibu bapa masih mampu untuk menyara saya.. kenapa saya tidak perlu balik rumah semasa hujung minggu.. kenapa saya sentiasa sibuk dengan study group padahal tak jugak score2.. kenapa saya mesti bekerja part time di gedung-gedung membeli belah ternama seperti Star Hills semasa semester break? 

Sebenarnya hujah-hujah tu semua poyo je.. Bercakap kemain pandai lagi... nak berdikari konon hahaha.. padahal aku memang dari dulu tak reti duduk diam.. dunia aku penuh dengan aktiviti.. samaada bekerja, belajar atau melepak.. Wan tu berapa kali lah perang dunia dengan satu-satunya anak perempuan dia ni.. Ingat Wan pernah cakap, jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak perempuan sorang.. Wahhh zaman tu darah panas nie.. dengar peribahasa macam tu pon rasa emo.. "Mak aku samakan aku dengan lembu?????? Oh tu lembu sekandang... so aku ni lagi teruk dari lembu sekandang lah?????" 

Zaman remaja aku kuat menjawab.. tapi tak berani sangat nak jawab sebab Wan garang nauuu.. Tapi aku tetap menjawab di dalam hati.. Itu zaman remaja.. Kadang aku selalu borak ngan Akak kat office yang ada anak remaja yang suka menjawab.. Aku cakap kena sabar urut dada.. InshaAllah bila anak-anak ni masuk ke fasa dewasa, diorang akan berubah... Sama macam aku sendiri.. once aku dah melepasi zaman darah muda tu.. aku jadi makin kewl sikit.. Aku dah tak suka panjang-panjangkan satu-satu hal.. aku dah boleh berfikir dengan matang dan tenang.. If aku rasa kalau aku jawab untuk pertahankan diri aku, cuma akan mengeruhkan lagi suasana, aku pilih untuk diam.. 

Setiap manusia akan melalui zaman dia sendiri.. Sama macam dunia blogging aku sendiri.. Orang tak boleh expect aku sama macam masa memula aku blogging.. Sedangkan kehidupan sebenar aku pon dah banyak berubah, ini kan pulak penulisan aku.. Ramai je yang email or tinggalkan komen kat blog entry supaya aku kekalkan penulisan dulu.. ada yang suruh aku buat entry macam dulu, stok nak tulis, tulis je.. nak hentam, hentam je.. Ada yang bagi komen membina, yang menghentam tu confirm lah ada.. See? aku dah berubah.. kalau zaman dulu memang seronok aku printscreen tepek sini.. Eh zaman sekarang ni aku tak kuasa lah.. Aku dulu dengan aku sekarang, tak sama kan??? Siapa yang baca blog ni dah lama confirm tau dulu aku cemana.. dengan rambut karat, seluar pendek, perangai macam gangster.. Sekarang aku dah pakai tudung.. anak dah 3.. manis ke aku menulis main hentam macam tu?  Kang ada pulak kata Kak Pilla tu tak sedar diri ke dah tua, tapi menulis macam orang tak sekolah.. macam bajet remaja.. 

Pasal iklan, well itu rezeki.. dan banyak iklan aku tulis yang aku sendiri jatuh cinta dengan product yang aku iklankan.. kalau aku tak iklankan, aku pon tak tau produk or service tu sebagus tu.. so benda yang baik kita share, mana tau tak memberi kebaikan kepada A, tapi memberi kebaikan kepada B dan C.. come on, positif sikit ok?  Ini kadang tu orang kalau menghentam tu adoi lah.. tak agak-agak.. macam benci sangat laaa kat kita.. tak pe, kalau nak benci silakan sebab kita tak paksa orang utk suka kita pon.. tapi kalau agak-agak tak suka, better jangan masuk langsung blog yang korang tak suka, sebab nanti hati korang yang parah.. kita ni kalau nak hidup lebih bermakna, hidup lebih ceria, lebih positif, kita kena fikir yang baik-baik je.. jangan dada tu penuh sangat dengan benci, dengan hati yang kotor, dengan dendam.. nak buat apa??? tak pasal-pasal terpancar kat muka.. 

Kalau ada sesiapa kat sini memang blogger, teruskan lah berblog.. blog yang baik-baik je.. at least aura positive dari korang akan meresap ke dalam hati orang yang membaca.. kalau tengah marah sangat jangan blog masa tu.. simpan je dalam hati.. tunggu hati dah kembali tenang baru blog.. orang nak suka or benci tu bukan isu.. biarkan je, janji kita tak kacau hidup dia dan hidup kita, kita teruskan dengan jalan yang baik.. lama-lama dia penatlah nak benci.. eh kalau tak penat pon biarlah dia yang penat, bukan kita.

coretan hari isnin.



Love, 
Filla.

10 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

isk rasa marah pulak baca tulisan fila.. baik benor.. cuba marah2 sikit ..hihi..

kita dah makin matang.. anak dah 3 memang macam tue.. bila mcm2 pengalaman dah lalui...lagilah rasa "malaslah nak bising2" cuma kekadang ada masa nak nagamok jugak..sbb kita manusia.. cuma dah lebih cool dari dulu..itu je...

ada sampai satu tahap ..tua makin menjengah.. bila dengar azan pun kita sayu and nak nangis.. tunggulah saat itu dan filla mesti tahu Allah dah memanggil fila...

Anonymous said...

Zaman remaja penuh pancaroba.. kalau yg nasibnya baik.. pandai berenang balik ke pantai bila dilambung badai.. yg nasib kurang baik boleh hanyut dan lemas.. mcmmnpun kena tahu bezakan yg baik dan buruk.. akk rasa lbh sukakan gaya blog Pilla yg skrg.. byk aura positif yg akk dpt tau.. thnx Pilla

SeriKandiTanahJauhar

liaamalia said...

yes..sangat setuju dgn kak Pilla...xboleh nak puaskan hati semua org...bila baca org comment dok mengutuk kita hati rasa panas but think positif...

Andraxalia said...

eh?! sapa la yg benci dengki kat kak pilla ni. haih get a life lah haters!

ika said...

suka gaya penulisan akk..akk ada pendapat sendiri tapi cukup menjaga sensitiviti..teruskan..

Ayu azmir said...

zaman pun berubah.... inikan pulak kehidupan... sy sokong...

Anonymous said...

setuju sangat 100000000000000000000 x

:)




orang loqstaq

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sy suke entry membina macam ni k.pilla....ayat yg saya sgtt setuju "bila tengah marah x payah tulis pape" betul...sbb bila marah kita x berfikir secara waras....

Nadiah Hanum Wahab said...

Suka jenguk blog pilla...ada aura positive utk blogger baru cam saya

eynda said...

Lumrah hidup... ada yg suka kita, ada yg tak suka kita kan...