Tuesday, December 23, 2014

KL BIRD PARK

Kalau korang yang stay kat KL ni tengah blur mana nak pergi cuti-cuti sekolah ni dengan anak-anak.. Meh Kak Pilla bagi suggestion.. Sila lah bawak ke KL Bird Park je.. dah lah kat KL je.. tak yah nak pegi jauh-jauh hahaha.. Ni pon sebab kes hotel semua penuh musim cuti sekolah nie.. Try lah google hotel kat PD memang takde yang available hahahha.. 

So fikir punya fikir mana nak bawak berjalan ni.. Jom gi KL Bird Park je.. Dulu pernah pegi sekali je masa Kasih kecik.. Not bad lah dari nak kene gi Zoo huwaaa panas pastu jauh nak jalan.. baik kita tengok burung je.. binatang gak tu hahahah..

Kalau nak tau berapa Admission Rate for My Kad Holder:

Adult : RM25 (Normal rate : RM48)
Child : RM12 (Normal rate : RM38)

So sila bangga jadi orang Malaysia.. Oh lupa plak, siapa ada AEON card, Metrojaya card, Hong Leong Bank card, SOGO card and PLUSMiles card boleh dapat discount.. Berbaloi-baloi gak discount dia.. nak detail check kat www.klbirdpark.com sebab Kak Pilla penat nak citer hahahha..

Anak buah Kak Pilla datang sini cuti sekolah.. Tu yang nak bawak dia jalan-jalan sekali.. 3 dari bawah tu untuk child.. Aleesya tak payah sebab dia baby.. 

Teruja lah budak-budak ni nampak bird bersepah-sepah.. 

Kesian merak ni kan? dah tak cantik dan bulu dia.. tapi jangan risau.. banyak gila merak kat sini.. ada yang muka eksyen sebab dia lawa.. nyampah ai tau.

Masa ni tengah bird feeding.. yang burung lain tu staff tu campak betik.. so ok lah tengok.. sekali tetiba datang buruk tak lawa ni.. dia makan anak ayam... Huwaaaa tak suka!! muka dia dah lah scary.. makan pon anak ayam??? i hetchiuuuuuuuuu.... 

Pastu jalan lagi merata-rata dalam ni..

Dah penat jalan nampak ada Photo Booth macam tu.. So boleh bergambar.. dia charge RM35 per photo.. duduk lah longgok satu family dapat 1 gambar dia print kat situ jugak.

lawak tengok budak kecik tu nangis.. sian dia.. dia takut tengok burung hitam tu dah sama besar dengan dia dahhh hahahha


Gambar ni bibik tolong snap.. 

Amaani pon dah ketepi sebab takut ngan bird hitam tu.. Dhya dah nangis sebab terkejut pusing-pusing ada bird besar depan muka dia.. 

Udak Ngada Ngada heheheheh... Tapi Leecha ok tak takut pon burung..good girl Leecha.

Pastu ada tempat nak feeding bird lagi.. 

Bird pon kene minum susu ok.. untuk tulang yang kuat hahahahah.. Atok sibuk ngan pop corn dia hahah

Tengok tu.. bird yang takut ngan dia hahahaha

Wan kata "ko berak atas kepala aku siapppp yehhh"

Heheheheh comelll je.. Selalu kalau nampak bird terbang dia yang kecoh.. ni bawak gi sini.. hamek kau banyak gila bird.



Buah hatiku...

Rasa ada 2x bird show ni.. first pukul 12.30, lagi sekali pukul 3.. korang leh tengok kat map tu ada tulis show time.

Setiap bird tu ada penjaga dia.. ni yang pertama..

ni yang kedua.. bijak giler bird nie..


dapat hadiah naik kereta gi jalan-jalan hehe comel je..

Semua leka menonton

aksi seterusnya main slide 

next letakkan block ke tempat yang betul.

next pilih dadu ada kat mangkuk mana

bijak sangat nie..

bagi peluang untuk penonton pulak pusingkan mangkuk

ni nama nya bijak matematik.. siap kira pastu bunyikan loceng berapa kali untuk jawapan..

ni pon terror.. educate penonton supaya buang sampah di tempat yang betul.. burung pon pandai tau.. 

Sampai tertidur lah Leecha kepenatan ;)

tepi tu ada playground.. bagi budak-budak main jap kat sini sebelum sambung perjalanan.. sempat gossip ngan Wan tunjuk handbag mana nak beli kehkehkehhh

Aku tak tau lepas ni camera semua bagi kat Pak Radie.. so dia yang snap gambar-gambar.. 

ostrich ni dah kenapa mata selaput?

Ok dah ok.. hebat jugak camera i olls ni.. hehehe.. tak jadi lah tukar camera ;)

yang bestnya kat sini.. bird merata-rata.. sambil jalan dia pon bersepah-sepah kat tepi kita.. 

tengok tu.. lek je betenggek belakang Wan.. ingat betenggek kat bahu hehehe

haha kelakar gambar ni.. rasa macam wowowowwwwwwwwwoooooo dia nak terbang.. Wan dah takut ke apa.. 

selfie kejap ;)

cantik sangat lah awak nie.

Harap Dhya happy jalan-jalan ngan kitorang kat Bird Park nie.. Bukan selalu dapat jumpa Dhya, so bila Dhya ada kat sini, kita cuba luangkan masa sebaik mungkin dengan dia.. nanti kita jumpa lagi ye Dhya.. tido umah Mama Filla lagi ok?

Kasih yang bulat macam donut.


burung hantu ni dia macam pelik kan? muka dia, mata dia tu.. macam scary je.. patutlah nama pon burung hantu.. duduk tegak keras tak begerak.. ingatkan patung..

Leecha pon enjoy sangat sebab dia tak takut ;)

Tengok Atok tu.. Ada je dia tau... Wan perati je tu.. 

Tengok gambar ni rasa muka Leecha and Amaani dah nak sama dah.. Leecha pon dah tembam.. Bibik cakap every month bibik akan timbang Leecha.. sekarang ni Leecha dah dekat 13kg dah.. 

My hero.. hahaha baru bagi makan burung dah my hero.. lain lah bagi makan buaya.. over tau..

Best kan kan kan??? Tapi merak ni takut-takut jugak.. datang makan laju-laju terus lari.. 

Dhya ni dia macam takut-takut sikit dengan burung.. Meh Mama Filla tolong Dhya.. 

Hahhaah tengok muka Dhya.. 

So itu je kisah di KL Bird Park.. Korang bawaklah anak-anak gi sini.. Seronok jalan-jalan sambil tengok burung.. Pengalaman buat anak-anak.. Kadang bosan jugak balik-balik tido hotel, mandi swimming pool.. takde apa yang nak di store dalam memory.. Nanti balik sekolah cikgu suruh buat karangan, boleh jugak diorang cerita pengalaman di KL Bird Park.. 

Balik tak tau nak makan mana.. Pak Radie suggest gi makan kari kepala ikan kat Kg Atap.. So jom.. Kak Pilla memang hantu kari kepala ikan ni ;)

Ni memang dia bagi.. bawang cili kicap perah limau.. oi sedapnya..

ayam untuk budak-budak.. Itu jelah kisah kami..

Nanti kita sembang lagi..

Tata..
_________________________________________________________________________
UPDATE THEKASIHSHAWL

Boleh click SINI untuk lihat TheKasihsShawl yang still available :)


Love, 
Filla.

6 comments:

eda said...

errr flawless nye kak pilla ..
sbb skincare korg tu kah ???

IeRA said...

salam singgah..

nieda said...

menarik..boleh bawa anak2 tgk bird..

εïзmmyHazaεïз said...

Dah 10 tahun x ke sana kot.. Hehehe harus kenalkan pelbagai spesis kat anak2.. :)

eynda said...

Dah lama tak ke bird park... dulu ada snap gambar dgn burung hantu.. banyak2 burung, burung hantu feveret eynda :-)

JMR said...

igt nk bawa anak+anak sedara ke sini minggu dpn..leh tahan gak harga tiket tu..haha