Sunday, December 21, 2014

JOM TERJAH HiDY BOUTIQUE!!

 Baru-baru ni Kak Pilla sempat melawat satu butik kat Wangsa Maju, KL.. Kitorang pernah pegi area sini tapi tak singgah pulak kat HiDY boutique ni.. Kali ni pergi ajak sekali Elly and Peej.. Masuk je sini terus macam Wowwwwww!!! teruja sebab baju-baju kat sini mostly memang taste Kak Pilla.. Kebanyakan collection kat sini sesuai untuk pelbagai bangsa.. tak kira Melayu, India atau Cina.. 

Pertama sekali Kak Pilla jatuh cinta sebab fabrics dia mostly dari linen and cotton.. Ingat tak haritu kes Kak Pilla nak beli baju nak bawak gi Phuket tu? Melilau carik baju putih kain linen tu.. Nampak kat Island Shop and British India tapi harga dia rasa nak tikam diri sendiri hahaha.. So siapa yang suka type-type baju macam tu memang Kak Pilla recommend korang datang sini.. Confirm tak menyesal ;)

 Apa yang menariknya kat sini ialah baju-baju kat HiDY ni lebih variety dan colourful.. Suka sangat hehehe.. So takde lah semuanya putih.. warna-warni sangat.. Lagi satu Kak Pilla suka sebab banyak yang ala-ala kurti style.. boleh pelbagaikan nak pakai dengan jeans boleh, pakai dengan palazo pon ok.. pakai dengan kain pon ok!! HiDY boleh dibeli di FashionValet dan Zalora juga.  Search for HiDY je dekat website dorang or shop online at www.hidy.com.my :)

 Terberkenan pulak kat baju ni so Kak Pilla pilih baju ni.. dah bayangkan nak pakai dengan white pants nanti ;) 

 Baju yang Kak Elly pakai ni pun cantik.. bezanya ni warna hitam.. Kak Elly pon confuse nak putih ke hitam.. Takpe Kak Elly dah siap cakap awal-awal haritu nanti time sale dia nak kirim Kak Pilla belikan warna putih sebab dia dah fly masa tu.. 

 Satu lagi yang menarik di Hidy ni ialah baju untuk PlusSize pon ada.. Yeayyyy.. Peej pon terjebak jugak.. Tapi Peej tak amik yang dia try orange tu..
 Tadaaaa.. Peej berkenan yang stripes black and gray tu.. Yesss cantik dan sesuai untuk Peej.

Cuma masa datang sini Peej pakai seluar biru.. So dah tak match pulak ngan baju tu.. Takpe nanti pakai seluar hitam baru meletopppsss.. Yang Kak Pilla pulak tudung kemain merah lagi hahah..

 Popo Elly berkenan baju hijau yang dia pegang tu.. Oh collection kat sini ada macam-macam.. ada HiDY basic, ada HiDY essence, HiDY tradisional, exclusive.. eh macam-macam sangat collection dia.. 

 Let me introduce HiDY's Managing Director, Hidayah Hassan.. Orangnya baik, cantik, lemah lembut dan bersemangat kental ;)

 Baju Hidayah pakai pon lawa..

 Semua memakai HiDY's collection ;)

 Bersama salah seorang HiDY's team.

 Kak Pilla sempat snap gambar baju-baju dan kasut kat sini.. Oh kalau korang nak tau dalam butik ni terbahagi kepada dua.. satu ialah HiDY (pakaian) dan Cipela Shoes (kasut) dan untuk pengetahuan korang, Cipela Shoes ialah hand made shoes tau.. Kasut dia lawa-lawa so Kak Pilla dah sambar sepasang.. Elly and Peej pon sambar jugak :) Cipela shoes ada di jual di Isetan KLCC, FashionValet dan Zalora jugak.








 Baju kurung pon ada jugak..


 Kasut atas ni Peej dah sambar sepasang.. Kak Pilla nak sambar tunggu sale nanti.. hahahha.. Siapa umur baya-baya Kak Pilla mesti ingat ada satu masa dulu trend kasut-kasut macam ni.. Pakai palazo khakis, baju putih, kasut tali-tali guni.. gatal pon hentam lah janji style hahaha.. zaman tu lah.. zaman sekarang dah lawa-lawa macam ni.. Peej kata kasut ni pakai ringan gila macam pakai socks je.. macam socks bertapak feeling dia hahahaha...

 Masa datang sini mata rambang.. bila dah balik menyesal pulak tak amik yang hijau tu.. tengok kat ig @cipelashoes terus macam huwaaa menyesal tak amik hijau tu..



 cantik-cantik Cipela shoes ni kan? 

 Kak Pilla punyerrrrr... baju dan kasut tak sabar nak pakai :)

Ada satu lagi berita baik Kak Pilla nak share ngan korang... HiDY akan organise MAJOR SALE pada 25 Dec 2014 yang diberi nama FUKUBUKURO Day.. Kalau kat UK kita panggil Boxing Day.. Kira lebih kurang macam tu lah.. HiDY is the first retailer in Malaysia yang organise FUKUBUKURO Day. So apa yang best nya FUKUBUKURO Day pada 25 Dec tu nanti?


 FUKUBUKURO tu bermaksud "Lucky Bag" or "the bag that brings luck" or "the mystery bag"
Bags tu nanti akan diletakkan baju HiDY atau kasut Cipelas.. atau kedua-duanya sekali.. tak tau lah apa isi dalam dia, tapi harga barang dalam tu jauhhhhhhhhhhhhh lebih murahhhhhhhh dari harga sebelum ni.. dekat bag tu nanti akan ditulis retail price berapa rm.. dan bag tu boleh dibeli dengan harga berapa.. contoh nya retail price: rm400 (3 items) tapi bag tu cuma dijual dengan harga rm150.. korang paham tak? so jauh lebih murah, dan surprise lah sebab dalam tu kita tak tau ada apa.. dan jangan risau, sebab collection HiDY and Cipela Shoes sangat cantik.. so tak perlu risau ;)

 Kita pon tak tau apa kat dalam bags tu, yang penting ianya HiDY dan Cipales.. Ada 110 lucky bags priced at RM50, RM80, RM100, RM150 and RM200.. dan terdapat 10 lucky "envelope bags" selling at RM200.  HiDY akan release bags ni bermula pukul 11.00am dan setiap 2 jam.. seorang cuma boleh beli 1 bag sahaja ok?  Diorang takkan release banyak-banyak sebab the bags cuma untuk the lucky person sahaja.. kenapa? sebab korang takkan regret lah, totally worthy of the price offered, so don't worry confirm berebut lah.. so cepat sikit sampai depan kedai ok? Oh ya, boleh exchange dengan orang yang beli bags tu jugak.. kira suka sama suka lah.. no refund or exchange at HiDY store ye.. boleh exchange sesama buyer sahaja.

Berita baik untuk yang plan nak beli Cipela shoes.. pada Fukubukuro Day tu nanti, akan ada 50% OFF untuk 2015 shoes yang belum release lagi.. 2015 latest collection pon ada 50% discount.. bestnyaaa.. Kak Pilla dah tengok sendiri handmade shoes dia dan try sekali, memang selesa dan cantik..

InshaAllah Fukubukuro Day ni akan berlangsung dengan meriah sebab akan keluar surat khabar sebelum sale ni nanti.. So akan ada liputan jugak masa tu.. Kak Pilla datang ke masa sale tu? Of course lah.. siapa lah nak lepaskan peluang kan? Memula nak gi amik Peej dulu pastu terus laju-laju sampai sana.. Takut lambat kang licin plak yang Kak Pilla nak tu..

Kak Pilla tau mesti yang bermain-main dalam kepala you all sekarang ni ialah mahal ke HiDY items ni? Mahal ke Cipela Shoes nie? Affordable percayalah ;)

CIPELA shoes akan dijual dari harga RM30+++
HiDY items akan dijual dari harga RM30+++

FUKUBUKURO SALE

25 December 2014.. Ingat ya, SATU HARI SAHAJA.. Tapi jangan risau buat customers lain sebab itu Fukubukuro Sale.. Tapi Sale biasa akan berlanjutan dari:

SALE!!!!
 25 Dec - 11 January 2015 (up to 80%)

Alamat HiDY :

No. 46, Lorong Dataran Wangsa,
Dataran Wangsa Melawati,
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

Masa Fukubukuro Day tu nanti, diorang akan pasang khemah semua sampai kat luar-luar ok.. 

Kalau nak cuci mata boleh tengok-tengok dulu mereka kat sini:

Hope to see you guys on the FUKUBUKURO DAY this 25th Dec 2014 from 11am to 9pm!!


Love,
Filla. 
 

4 comments:

Unknown said...

kak filla...
kak filla, kak elly n kak peej pakai kurti tu size apa ye? sbb if nak beli senang nak agak2 sizenye.... hihihi

FadMN said...

dah penah pegi sini.mmg baju dia lawa2 & good quality.boleh la p 25 dec nanti.kak pilla ada kat sana gak ke.

FAD

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

oren yg filla pegang tue lawa

Unknown said...

Selalu lala lalang kat situ tp tak terfikir nak singgah hidy...Thanks fill for this sharing...;)