Friday, November 20, 2015

PERIHAL MATTE LIP CREAM (2ND PROJECT)

 Alhamdulilah Ellfie Team maju setapak lagi ke hadapan.. Sebelum kita merancang untuk buat project baru, kita dah betul-betul pastikan Ellfie Beauty kukuh.. Alhamdulilah Ellfie Beauty dengan dua product (Ellfie Essence) dan (Ellfie Gold Serum) mendapat sambutan di luar jangkaan bila kita menerima order yang tak putus-putus dari regular customer dan customer baru.  

Now kita dah hire staff baru untuk handle orders dan buat packaging.. Selepas ni Team Ellfie boleh focus on marketing and promotion product-product kami.. Itu yang sepatutnya dari dulu, tapi kami bermula dari bawah.. Buat bertiga (aku, elly and peej) je dulu.. sampai kita dah ada office dan dah ada staff sekarang.. Alhamdulilah agents dan dropship kita pun sangat memberangsangkan.  Bila semua dah ada on track dan boleh buat macam apa yang kita nak baru perlahan-lahan kita boleh 'lepaskan' kerja ni kepada staff tapi still kena monitor dan ajar mana yang patut.

Project kedua kita ialah Matte Lip Cream!! Yeay kitorang bertiga sangat excited untuk mengeluarkan product cosmetics sebab kita tahu pasaran cosmetics ni sangat besar tapi takpe, kita mula dengan satu product dulu iaitu Matte Lip Cream.. Kenapa kita pilih untuk bermula dengan Matte Lip Cream? Pertama sebab kita akan jual dengan harga mampu milik.. Kedua kami bertiga memang pencinta lipstick hehehehe... Semua perempuan pon suka kot??? lipstick banyak gila walaupun yang favourite cuma 3-4 colour je.. hehe (aku lah tu).

Selepas berbincang dan mendapatkan feedback di social media kita decide akan keluarkan jenis Matte sebab jenis glossy ramai yang kurang berminat termasuk lah aku sendiri.. Bibir Kak Pilla jenis lipstick cepat tanggal.. Pakai pagi, pastu breakfast makan minum semua.. memang bye kau lipstick.. dan aku memang jenis tak suka re-apply balik.. Aku akan pakai pagi je masa nak pegi kerja tu.. aku tak reti lepas makan nak apply lagi.. tak kuasaaaaaa.. kalau aku pakai balik pun maybe lepas solat zohor tu hahah.. tu pun kalau rajin.. 

Ini 5 warna matte lip cream yang kita setuju.. Masing-masing mewakili kesukaan kami bertiga.. Aku suka dari no.3 ke bawah.. Peej suka no. 1 dan no 2 tu.. Elly suka no.1, no.2 dan segala yang pink-pink tu dia suka.. Kitorang dah test pakai seharian dan dia lasting!!! hoooorayyyyyyy suka!!

 Mata mana mata? Sian pakai eyeliner pon tak nampak T__T

Apa yang bestnya Matte Lip Cream ni compared to lipstick biasa? 

Ok ni pengalaman aku pakai lipstick jenis matte ya.. Kalau lipstick agak susah nak apply sebab texture dia yang matte tu.. dia tak smooth so kadang aku kena apply vaseline dulu bagi licin baru boleh apply matte lipstick.. tapi tak berapa suka sebab nanti dia dah tak berapa matte, dia akan jadi glossy sikit.. so kene tekap pulak dengan tissue dulu.. 

Kalau Matte Lip Cream yang kita bakal keluarkan ni.. packaging dia ialah dalam botol dan guna stick tu ye.. senang gila nak apply sebab masa apply texture dia basah dan licin nak apply.. x de kesat-kesat.. tunggu dalam berapa saat, dia akan terus jadi matte.. amik tissue tekap, tadaaaaa tissue bersih takde tinggalkan stain langsung.. Dan lagi yang best sebab lipstick ni apply pagi.. ko makan ke minum ke, dia kekal jugak kat situ.. Aku pakai pagi nak gi kerja.. by petang macam tu pudar sikit lah tapi still ada :)  beza dengan lipstick biasa pakai pagi.. lepas makan lipstick hilang T_____T

 Final discussion with the professor.

Alhamdulilah settle kerja-kerja untuk 2nd project (Matte Lip Cream) nie sebelum aku dengan Elly bercuti.

By the way Matte Lip Cream ni nanti bukan under Ellfie Beauty ye.. Ini kita buka satu lagi syarikat lain untuk cosmetics.. InshaAllah kalau ada product lain selain Matte Lip Cream semua kita akan kumpulkan di bawah syarikat cosmetics ni.. Soon kita akan bagi tau ok?  Sebab kita tak nak semua benda bercampur aduk.. Biar lebih sistematik.. Belum apa-apa ramai dah nak apply nak jadi agent Matte Lip Cream ni.. Sabar ye, keluar pun belum lagi ni hahahhaha.. Thank you for your support! InshaAllah kita boleh.. tengok Elly post quote dari Dr. Azizan:

"Kita berniaga jangan sekadar cukup-cukup makan, kita berniaga sebab nak bagi ramai orang lain makan"

Dalam maksudnya.. Semoga kita semua sentiasa bersemangat, sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal, sentiasa teguh bersama.

Doakan kami berjaya supaya kami dapat menyumbangkan sesuatu kepada orang lain juga :)

Tunggu keluaran Matte Lip Cream kami :)



Love, 
Filla.

18 comments:

wanie said...

I'm a fan of matte lipstick too. Tak suka jugak jenis glossy. Cepat hilang.

Tak sabaqqq cheq nak tunggu nihhhh! :)

Myalycia said...

smoga terus sukses kak fila, elly dan peej.. kaler yg kak fila pakai tu cantik sgt..

eynda said...

Good luck utk 2nd project... semua kaler cun!

Anonymous said...

Assalam dik nk tanya halal x lipstick tu?

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

filla

ila nak jadi dropship utk lipstik boleh? ila nak jual kat ecommerse ila http://kokoadik.my

Jepun Mari said...

suka, tak sabar nak tuggu n try pki lips
sy suka colour yg atas sekli

intan said...

kak pillaa... in shaa Allah saya nk beli... kaler pun mengancam sgt nih.. x sabar nak beli

deeni said...

nampak menarik. kaler pun cantik. all the best filla n geng.

sweet_saya said...

looking forward to have this.. dah aim 3 color

Chooyaya! said...

aku tengok professor tu hensem. itu yg paling nak komen ni ha.
hahahahahah. tp liptik matte memang favorite aku. aku mmg tak pakai jenis glossy
so lekas la keluarkan. aku boleh la try.

Alia Farhan said...

Wiwiwi...bestnyaa

Unknown said...

Saya sama mcm peej!! Suka no 1 n 2 dr atas!! Ahh tak sabar nak tunggu lipstick ni kuar kak....

Unknown said...

cop colour no 1 ngan 2....bile nk kluar ni...xzabar plak rase..

Anonymous said...

kak pilla, saya cadangkan dkt website ellfie, letak ingredients bg tiap produk. Sbb ada certain pelanggan nak tahu dan kisah pasal ingredients, baru berani nak decide nak guna ellfie ke tak.

chiku the chucuru said...

nak no 1 ngn no 2 tu please

Unknown said...

tak sabar..tak sabar..tak sabar. bila tu agaknye?

Aslyna A said...

nak jadi agent..jgn lupa pm ai yer kak pilla

my blog:http://justminimalist.blogspot.my/2015/11/matte-lips-cream.html

Unknown said...

kak pilla.. i nak jd agent matte lip tu...
tp i xde blog, i ade ig jer..
nnt email i jgk bole?
saiyang89@yahoo.com