Thursday, November 12, 2015

FUSSY HUSBAND.

 Semalam lunch time lari kejap pegi cold storage nak cari instant food untuk nak bawak gi travel.  Pak Radie memang suka benda-benda macam tuna spread nie.. Tapi dia takde, so aku kena pilih.. Dia kalau dia suka dia akan makan, kalau dia tak suka, dia akan makan jugak tapi sikit just untuk mengambil hati gitu.

So dah laki jenis fussy, aku kena beli benda yang betul-betul dia suka.. Terpaksa send picture kat whatsapp..

 Setau aku dia memang suka Tuna Spicy.. Tapi naik juling mata sebab ada macam-macam jenis spicy.. Eish..

Pastu tanya dia yang atas tu ke? Dia cakap bukan.. Grrrrrrrr.. Dia cakap cari yang ada gambar cili.. Eh gambar atas tu kan ada cili?

 Pastu send gambar atas ni.. Ni ke? Pun bukan.. dia cakap ni tuna tu tak hancur, dia tak suka. fineeeee..

 Dah tu yang ni ke? Pun dia cakap bukan.. Hoi dah tu yang mana?????? Dia suruh beli yang no.2 tu.. Aku cakap takpe ke sebab tu rasanya takde mayonaise.. Dia cakap.. Eh mana boleh, kena ada mayo baru sedap.. Kalau nak mayo yang gambar no. 3 ni lah kan? Baru dia cakap ok ok ok.. ambik yang ada Mayo.. siap resend balik gambar yang aku send tu.. 

Pastu bertekak pasal maggi pulak.. Aku cakap nak beli maggi biasa yang 1 pack ada 5 tu.. Tak makan space nak letak dalam bag nanti.. Elly pun pesan macam tu.. masak je kat rice cooker.. Pastu Pak Radie cakap tak payah! Beli je Maggi Hot Cup tu.. senang curah air, makan, buang bekas.  Yelah tapi makan space kot??? Dia cakap tak.. OMG tu pun boleh jadi bertekak.. Aku cakap NOOOOO aku nak beli maggi biasa.. kalau awak nak hot cup beli sendiri bawak sendiri..  Dia cakap OK.

Tapi biasalah aku memang suka bertekak dengan dia.. Rasa best hahahahahhaa.. Akhirnya aku mengalah dengar jugak cakap dia.. tapi aku dah cakap aku tak nak angkat maggi cup ni, dia yang kena bawak.. pepandai lah dia nak bawak sumbat kat bag mana-mana.. aku tak nak tau.  dia cakap OK.. eiiii tensi sebab sama-sama degil..

Dah lah malam tadi dia takutkan aku dengan Aleesya.. Memula dia gi bilik Kasih dengan Amaani.. dia tutup pintu bilik kitorang tapi tak rapat.. Aku dengan Leecha tengah belek gambar dalam phone.. pastu Leecha cakap, takuttt takuttt.. Aku tengoklah pintu.. takde apa pun.. tapi macam gegar-gegar sikit.. Aku dah agak ni Papa ni.. Tapi macam bukan pulak.. Angin kot.. Tapi lama gila kot kat pintu tu macam tu.. pastu tetiba dia sergah "Baaaaaaaaa!" ko kenapa? Rasa nak tumbuk muka dia.. Sanggup dia duduk kat luar pintu tu dekat 5 minit???? omg.  pastu dia suka sebab dia cakap "Awak pun takut kan sebenarnya?" Eh gila malas nak layan.

Aku beli jugak Brahim's yang Chicken Rendang, Beef Rencang ngan Chicken Curry.. Wowww sedapnya.. Masak nasik makan dengan tu semua nyamsssss... Aku dah order Sambal Hitam Raub dari ig meknons_kitchen yang sedap nak mampos tu.. Pastu aku ada mintak Wan buatkan sambal bilis.. tapi aku rasa nak buat sendiri lah.. Kesian kat Wan tak sihat batuk tak baik-baik.. malas nak susahkan Wan.. Tengoklah camne nanti.. 

Tak apply cuti lagi.. hehehehe.. tunggu mood boss ok sikit baru bagitau.. Korang boleh tak suggest makanan apa lagi nak bawak yang sedap selain Brahim's?




Love, 
Filla.

16 comments:

Anonymous said...

Kari ayam Tesco dalam pouch (Extra Hot). Baked beans dalam pouch.

Rizziela said...

Wah..byknya stock

Anonymous said...

Salam Kak Pilla, You should try Brahim's product like nasi goreng kampung, nasi lemak and etc. nak murah pegi kilang dia kat bangi..murah sangat..RM5 - RM6 jugakla beza dari giantt or tesco or aeon...yg penting..travel mesti makan nasi..maggi2 tu kudap2 jer...hehehhe..snickers bars pun ok..

nadiah hanum said...

bestnya nak gi holiday..makanan dah ready sebakul tu!...:)

Zie Azi said...

kak filla, sambal kering nek Nor pun sodap..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

akak pun suka makan tuna tu dgn roti bonjourrrr..

!EFIL said...

Brahim tu ada jual nasik goreng nasi lemak jugak tinggal panaskan je. Saya rendam dlm kettle je. Sedap jugak kak pila kotla perut mcm saya kene makan nasi haha

Anonymous said...

Brand adabi pun ada utk travel.. sedap!

ann said...

kak filla..kalau tak silap brahims tu ada paket lauk sekali dgn nasi. nanti nak makan rendam je dalam air panas...tadaaaa dah siap nasi ngn lauk. takyah masak2 nasi..bawak periuk bagai. mcm ala2 nasi paket yg jual kat jepun tu la...rendam dlm air panas je.

eeizan said...

Kak Pilla..canned food brand adabi..semua ada kari ayam, kurma, rending even Adabi ada Sup in can..panaskan jer..ready ngappp! sedappp..try laa

strawberi said...

bwk serunding daginggg..

safiah yusof said...

Kak filla..

Cer belikan wan ubat batuk 'prospan' kat pharmacy..yg kotaknya ada gambar daun mohabatein tu...or cer guna cara lama,nagka cicah garam..insya'allah...batuk akan ok...

Anonymous said...

Hi Filla
Nak share jugak petua hilangkan batuk dgn cepat n berkesan. Ni I sendiri baru je try few months back n Alhamdulillah menjadi.
Setiap malam lepas2 dinner tu ambik 2-3 ulas bawang putih jgn kopek kulit dia. Sangai atas non stick pan smpai kulit dia garing n kekuningan. Pastu buang kulit bawang tu, selawat n niat utk sembuh n makan bawang putih tadi mcm tu je.
Buat tiap2 hari smpai batuk hilang (3 - 4 times)
Semoga wan cepat sembuh ye.

mama najjah said...

Hai filla. Nk bg petua batuk. Pegi farmasi. Beli sweet nama jujubes. Tin empat segi warna merah. Harga rm8.00 bergantung kpd tempat. Harap berkesan.

Anonymous said...

sy siap bawak ayam goreng kak. goreng ayam dgn tepung. goreng dlm myk bykk smpai ayam kering (dlm dh xde darah) then biar sejuk dkt luar and freeze kan. bawak santan serbuk. boleh bt nasi lemak. ekeke

Anonymous said...

Beli serunding. And sambal kering. And ikan bilis goreng siap. Kalau bawak sambal brahim, boleh jadi nasi lemak dah.