Monday, November 23, 2015

BLOG TUTUP SEMENTARA TAPI ADA AUTOPUBLISH ENTRY HIHIHI..

InshaAllah Rabu, Kak Pilla ngan Pak Radie akan bercuti..  Bercuti berdua je, Kasih dengan Amaani ikut Atok, Wan, Paklong, Maklong gi bercuti kat tempat lain.. Aleesya pulak bercuti jugak dengan Nenek Shah Alam.. Eishhh risau jugak sebab Aleesya tu jenis tido bawah ketiak apak dia.. 

Percutian ni dah lama rancang, tiket flight pon dah lama beli sebelum matawang jatuh lagi.. bila duit kita jatuh tu wahhh sentap hati huhu.. InshaAllah akan jumpa Kak Elly kat Amsterdam.. Semua hotel and apartment pon kitorang dah booked.. Makanan pun semua dah prepare tapi ni hah Kak Elly whatsapp kata bekalan makanan dia dah tinggal sikit hahahahhaha.. dia cakap nak pitam diorang asyik lapar je.. habis tu camno? stok makanan mana boleh nak bertahan kalau camni.. 

Tadi aku gi tambah lagi beli chicken curry adabi, beli sardin 6 tin, beli maggi.. tapi dah cakap kat dia, kalau nak sila beli.. jual murah je.. maggi 1 bungkus RM5.. sardin 1 tin RM10 muahahahahaha... mau tak mau? saje usik sebab win suka kacau radie pasal nak meniaga makanan masing2 kat sana nanti.. 

Bukan tak seram nak gi Europe bila dah jadi hal serang-menyerang ni.. Tapi tawakal je lah.. ajal maut di tangan tuhan.. kita doa je semoga semuanya ok.. preparation untuk anak-anak pun dah siap.. dah packed semua sekali.. aku ngan Pak Radie pon dalam 85% dah siap packed.. 

Kat sana nanti Kasih dah macam-macam dia listkan apa dia nak.. tapi kebanyakannya alatulis je.. dia kan gila alatulis segala pen, pensil, pensil box, bag... ngan dia hantu keychain jugak.. Amaani kirim toys.. dia tengok kat youtube siap tunjuk.. ada 4 ketul princess macam teko air tu.. pastu boleh tuang air hahahah.. dia tanya, "mama kat sana ada macam ni tak? kalau takde takpelah.. tapi kalau mama jumpa, belikan Amaani ye? Tapi kalau mahal tak payah beli, kalau murah je baru mama beli".. muahahahha ni nak gelak ke nak sedih ni?  

Semoga semuanya dipermudahkan.. doakan kami pergi dan balik dengan selamat :)

Eh rindu #thekasihs camne ni?



Love, 
Filla.

23 comments:

Chooyaya! said...

happy holiday filla. kalau aku tak takot yg serangan tu
aku takot nak naik kapalterbang. hahahaha. kalau MAS kapalterbang dia bukan MH17 dah kan?
(carik pasal)
aku doakan ko semua selamat pergi dan selamat balik. InsyaAllah....

miss eimanhikmah said...

selamat bercuti kak pilla

izzeyda said...

semoga selamat pergi dan balik ya..

zaza said...

Selamat Bercuti Kak Pilla. Moga selamat pergi dan kembali.

Alin Marlini said...

Smg dipermudahkan

Anonymous said...

Woohoo nasib kau baik. Dua hari lepas airbatu sejuk... hujan ais. Snow sikit..hujan angin...

gila la korang pergi masa winter. Amsterdam kan sejuk laut yg ditambak.. so bayangkan la angin dari laut hahahahha.
giler ...toilet manyak susah ooo
makan mahal ooo
tapi kedai asian banyak.. takyah susah filla. Kalau kau baca ni... beli je tempe kat kedai cina.. goreng buat sambal macam kau ntunjuk dlm blog ..

enjoy hahah
patut lergi in april may.. masa tu spring n tulips banyak winter takde apa except pergi red light district.

Anonymous said...

Fila kalau sempat bawa bekal sambal daging dendeng dlm pack. Sejuk ni makan pedas protein je yg tahan. Kena jln banyak. At least boleh makan dgn
roti..
asik je hujan.. angin bertiup mcm ais
campur air. Mahu sampai ke tulang.. bawah seluar besar dlm pakai leggings.
Takyah beli thermal. Also pakai body
hugging blouse dlm..luar kemeja blouse. Seluar jean ketat ketat tak
cukup oo ..still mencucuk
pak radhi bawa le seluar besar dlm
pakaI seluar tracksuit ke atau thermal
underpants.
kat sana toilet susah. Kalau nak kena pergi makan baru boleh guna. Mcd dia
mcm taik tklak kasi orang guna. Kalau nak kena bayar. Elak minum air bercafein coke kopi teh etc bila diluar tu. Nanti cepat nau nak kenc
lagi satu

Anonymous said...

Eh awak semua kat london dok kat berkeley home apmnt ke?
Anyway jaga penyeluk saku ..poket depan seluar dia boleh buat.
Bila di london tu bila di area msian hall tu bayswater queesnway nottinghill hatinhati.
banyak msian kena target dgn sindiket pretend to be police ..nak check passport etc.esp dekat area msian hall.
so jgn lah obvious sgt bila ke msian hall dgn bag bag shopping mewah.
Mereka akan ikut pergerakan dan akan berpura pura tahan . Mcm bangla kena tahan dgn msian police ..kononya nak check tapi nak samun.
Most are eastern european ...
kalau bawa bag shopping mewah tu takyahbsinggah bayswater and queensway and msian hall.. nanti memang kena target... sbb local drive. Msian tourist berjln dan bdressing flashy and bising..riuh..mcm rusa maauk kg.. sikit..

hati hati..

oxford st regent st trafalgar semua area pick pocket mana ada org luar situ lah mereka. Dan dalam train bus.. baca ayat kursi subuh dan asar..sblm keluar.
also bawa payung.. jacket kalau hujan mmg tak cukup..bawa yg payung kecik..gloves... kasut bawa sports shoes je. Lepas tu beli lain lain kat clarks outlet luar london.
call le bila di london..

Anonymous said...

Bawa pads kalau belum period. Also ubat demam dan selsema.
Ubat ceret beret.. dan wipe tissue bontot.. susah kalau tak de

minyak angin sebotol. Kalau yg semput tu bawa vicks satu.
kalau sejuk ni mamee mi kari laksa ramen tu elok tau. Sebab dia rempah kasi panas. Last week I makan tu aja ..taruk telur and tuna.. macam makan kari nyonya laksa.

Filla said...

thank youuu :)

Filla said...

aminnn tq sue!

Filla said...

thanks..

Filla said...

amin.. tqqq

Filla said...

thanks zaza

Filla said...

aminnnn

Filla said...

red light district auwmmm hahaha

Filla said...

hahahahha tq tq dah siap bawak semua

Filla said...

inshaAllah akan berhati2 tq yaaa

Anonymous said...

I hope you beli insurance utk medical care .. kalau sakit pening terkejut .. dan weather cam gini...

please please I hope u dah beli.. etiq Ke apa apa ke....

n

Anonymous said...

Dasat kau bedah...
tu human meat market. Bayor tax ... pastu dulu org arab je yg client nya

Anonymous said...

Assalamualaikum. Semoga percutian akak best dan selalu dlm perlindungan Allah. Sy harap akak bole tulis pengalaman akak ttg layanan non muslim pd muslim bertudung especially balik nt.Sy nk ke europe tp ada rase takut2 lepas insiden paris tu. Sy teringin nk tau pengalaman akak kt europe cmne. Tq kak. Enjoy your holiday!

Nurul Ramly said...

Saya tinggal di UK. Layanan sama je. Tak ada islamophobia pun so far.

Anonymous said...

Princess teko tu beli kat disney store.have fun and stay safe!