Thursday, November 12, 2015

TAK SAYANG ANAK?

Korang follow ig vivyyusof?  Baru ni salah satu gambar dia kena hentam hanya disebabkan vivy dan husband pergi US atas urusan kerja, lepas tu terus sambung holiday dan maybe caption vivy selalu lawak-lawak sikit.. 


Pastu ada lah sorang hamba Allah ni tinggalkan komen yang bagi aku sangat keterlaluan.  Itu teguran ke? Maaf jika tersinggung? Ini bukan tersinggung lagi.. Ini memang rasa macam kene tikam-tikam ni.  Too much untuk sampaikan pendapat atau teguran kepada orang lain dengan ayat yang macam tu.. Belajar hormat perasaan orang lain.

Aku rasa dulu aku pernah tulis isu macam ni.  Isu pergi holiday suami isteri tak bawak anak.  Aku tak tau kalau orang lain rasa itu suatu yang tak patut.. Pergi holiday MESTI bawak anak.. Kalau tak, kita adalah umpama ibu bapa yang sangat kejam.. Anak tidak akan ada memori indah bersama ibu bapa.  

Seriously?  Bagi aku benda macam ni terpulang.  Ada orang tolong jagakan anak tak if korang decide untuk honeymoon berdua (suami isteri).. Orang yang tolong jagakan anak tu terpaksa tak jaga anak korang?  Rasanya benda-benda macam ni bukan isu pon.. Apa pulak kene mengena pergi melancong husband and wife tak bawak anak tu bermaksud kita tak sayang anak? Siapa orang luar untuk judge kita? Siapa diorang untuk tentukan kita sayang anak ke tak? Orang yang pergi bercuti bawak anak bermaksud kasih sayang dia kepada anak adalah lebih tinggi dibandingkan orang yang bercuti suami isteri tapi tak bawak anak? 

Ada sebab-sebab tertentu kenapa sesetengah ibu-bapa pergi bercuti tak bawak anak.  Mungkin juga faktor kewangan tak cukup untuk angkut satu batalion pergi bercuti ke luar negara? so bawak bini je dah lah.. Kalau macam tu apa pulak orang nak kutuk? Dah tau takde duit tak payah lah gi holiday.. duduk je rumah diam-diam.. Hmmmm banyaknya hati nak dipuaskan.. 

Contohnya aku sendiri.. Dari dulu aku dan Pak Radie akan cuba untuk pergi bercuti berdua-duaan at least sekali setahun.. Tak kisah lah dekat ke jauh.. Tapi dengan anak-anak pun kitorang janji akan bawak gi bercuti jugak.. Takde masalah kalau pasangan tu nak bawak anak ramai-ramai gi holiday sekali.. Seronok tengok anak-anak mandi manda kat swimming pool.. pastu kita makan ramai-ramai sekeluarga.. pastu anak merengek nak tidur.. buatkan susu.. sorang tidur dalam stroller.. sorang mengantuk jalan heret kaki.. sorang bising tanya bila nak balik hotel? pastu tetiba sorang cakap tak tahan nak gi toilet.. pass anak kat bapak dia.. lari kejar gi toilet.. Itu percutian keluarga nama dia.. Manis!! Orang dengar macam euwwww lecehnya jadi parents.. Tapi percayalah yang leceh tu ada kalanya manis.. meriah.. tersenyum tengok muka anak gembira.. muka anak excited nak terjun swimming pool.

Tapi tetap tak sama percutian berdua suami isteri.. awak tengok saya, saya tengok awak.  kita masak maggi sorang satu cup.. duduk bersila makan sama-sama.. sambil berpandangan.. kalau tak cukup cuba curik maggi dia.. hahaha.. bangun pagi bancuhkan kopi untuk suami.. duduk berdua kat balcony sambil cerita pasal anak-anak.. cerita pasal memula kenal dulu awak yang terhegeh-hegeh kat saya.. saya hot dulu.. awak mana tau? hahahha.. breakfast bersama.. pastu jalan pimpin tangan sama-sama.. cari motosikal untuk disewa jom kita redah bandar ini bersama-sama.. sambil naik motor mata melilau sana-sini.. awak, saya nak makan ice cream, jom park sini kita makan ice cream berdua... pastu haus.. jom minum air kelapa sama-sama kat tepi pantai sana.. pastu jom kita terjun laut tengok ikan sama-sama nak? boring tengok ikan, jom saya tanam awak kat pasir.. eh kenapa dulu senang je saya nak tanam kaki awak.. sekarang susah sangat.. kaki awak dah besar macam kayu balak sekarang, patutlah susah.. ish ish ish.. tumbuk muka dia satu kali. rasakan!

Takkan ada detik-detik macam tu kalau aku tak pergi bercuti berdua.. orang lain mungkin lain cara dia.. Tapi aku tak!  rutin aku samaaaaaa setiap hari.. kerja office, kerja ellfie, anak tuition, masak, membebel.  Itu je hari-hari.. So aku sangat menghargai percutian berdua dengan suami sendiri.  Tak lama pon.. selama aku pegi jepun, phuket semua tu adalah dalam 5 malam.. setahun tu je sekali kitorang berjauhan dengan anak-anak! tu pon hampir tiap malam 'facetime' huh. hahahhaha.. Rasa bersalah tetap ada sepanjang percutian.. sebab tu sepanjang percutian mata kitorang asyik tengok kedai toys je.. pening kepala nak belikan apa untuk anak-anak.. Aku bercakap sebab aku pernah kena jugak orang bercakap tak rasa bersalah ke bercuti tak bawak anak? 

Siapa orang lain untuk pertikaikan kita bercuti tanpa anak bermaksud anak kita anak yang menyedihkan.. Kurang memori indah bersama parents? omg.. anak kita kot.. kita lagi tau.. Bagi aku lah, bab anak-anak ni orang luar tak perlu tegur yang menikam macam tu.. Aku tak kisah orang nak kutuk aku.. tapi bila sentuh anak-anak aku.. Aku boleh melenting kot.. Aku yang lahirkan anak-anak aku, aku tau setinggi mana kasih sayang aku.. setakat tinggalkan berapa hari je pun.. akan kurangkah kasih sayang tu? come on lah.. rational sikit kalau nak menegur.  Kenapa orang kita suka sangat beremosi benda yang tak perlu nak emosi pun.. chill sudah.. takde apa hal pon.. Jangan pening kepala tengok orang lain gembira.. biarkan je dia.. tau lah dia jaga anak dia.. pandailah dia sayang anak dia.

Chill ok?





Love, 
Filla.

42 comments:

Nora said...

sometimes org punya perception, lepas ada anak, tak boleh dah nak pegi dating berdua2an, mak tak boleh ada me time, apak tak boleh lepak dengan kawan.

Sempit pemikiran, dah la zaman mencabar srkg, kdg2 dgn anak sampai nak bckp laki bini pun xsempat. Lama2 kalau dibiarkan jadi aku hal aku, ko hal ko...tau2 dah meluat, bercerai.

Sibuk betul la dgn rumah tangga org...adoi!

Selamat bcuti kak fila..

p/s: dh lama baca blog, 1st time komen nih sebab emosi sgt..haha

Anonymous said...

percaya lah org yang komen kat ig vivy ni tak cukup kasih sayang ni kak fila. mcm saya teringin kot nak pegi holiday berdua ngan huby, nak refresh balik memori2 dulu2. dah anak pun lagi kerap kot bawah berjalan. lain la vivy ni tinggal anak EVERY SINGLE THEIR HOLIDAY. please la suka komen mcm ni org dengki je kak fila, or dia tu tak kawin lg sibuk nak komen.

-wati-

Chekgu Azrine said...

Sy lg la byk kli ke luar negara mmg tggl ank ngn hubs...huhu...demi tuntutan belajar..nk bt cmnakan..lg kita layan org luar..lg pening kot kepala kita..huhu

yana2605 said...

Parents mana yg tak rindu klu berjauhan dgn anak2 yg msih kecik dlm 3,4 mlm.. tp kdng kita perlukan masa utk diri kita and suami..lain org lain caranya..jgn judge seseorg mcm tu je..buat masa ni sy jenis mmg tak boleh tido mlm tnpa ank..mgkn sbb ank kecik lg kot..tp dlm masa yg sama teringin gk nak gie bercuti berdua je dgn suami..keinginan tu ada..nk gie bercuti bdua ni smngat kena kental..hati kena kuat..ingt senang ke parents nak buat mcm tu..lain org lain caranya..tak perlu kot bg komen yg boleh mbuat org lain sakit hati..

Anonymous said...

Same here filla.. every year akan p bercuti berdua dgn suami..tpiiiii..sebelum tu..dh bwk anak2 p bercuti jugak... org lain tkde hak nk judge kita.. its our life.. u know nothing abt me n my fmily..so just keep ur mouthg shut up... suka sgt deme ni jd hakim tk berbayar ..kannn...

Unknown said...

tegur scr tbuka mcm tu lagi la tak ptt kn?mcm nk bawak org lain skali mgata vivy.hurm.tp tu la kdg2 org lua pulak over mcm tau sgt ttg kluarga kita kn.

Nurain Kamal said...

menyirap ok kak! malam tadi gigih scroll semua komen nak cari budak ni punya komen. selamba je cop nnt anak2 vivy takde good memories? just because this one business trip? omg sempit nye pemikiran.. caption vivy alwaysss lawak but if you are an avid follower of her, you would get the joke.. tgk la gambar2 video daniel dgn mariam.. how lovely they are. they are having good memories, no? rasa nak memaki hamun je kt budak tu tapi kang kita sama level pulak dgn dia ye tak?

saimaria said...

kecoh je orang tu... bukannya gi bercuti berdua sampai sebulan... yg lagi 11 bulan berkepit dgn anak2 tu tak kira lak ... hahaha dah gaya mcm menteri indonesia komen pasal jerebu lak :p

anez zamri said...

terbaikkkk..mohon share entry ni ye kak!

ummisara said...

Salam pilla...

amboi sedapnya mulut yang menegur...walaupun cakap mintak maaf kaalu tersinggung....tapi i rasa tak perlu langsung minah tuh tinggalkan komen utk vivi.

selalunya org yang komen nih lebih sudu dari kuah.

apa masalah dia. i rasa parents lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka suami isteri dan mereka sebagai parents.

so yang komen tuh, just keep your thought to ur self jer lah, daripada menyakiti hati org.


Anonymous said...

Kak. Jgn kata pegi holiday berdua. Sy g tgk wayang ngn hubby, tggl ank kt mentua ponnn org ckp sy x syg ank.. Wahaha nk nangis rase.. Pdhal ank lg happy main ngn cousin2 x ingat dunia..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

banyak sangat penyibuk haha

wahhhh.. comel sungguh link web dibawah entry itu :)

SHILAZIZI said...

bila dah sibuk dengan kerja dan anak2, tak salah bercuti berdua je. Let's Vivy find her own way. Kengkadang org yang komen tu tak kahwin pun lagi...haha....bila kahwin nanti silap2 lagi worse dari Vivy.. :D

yoorinmelacolea said...

adeh..x kan laa x syg anak.. sy tinggal anak kat pengasuh, balik kerja kdg pukul 8-9 malam pon org dok ngata x syg anak..xde masa untuk anak katanya..

Gadis said...

Ini lah masa kita bersama dengan en.suami bila dapat bercuti berdua.
Kadang-kadang duduk serumah tapi, nak berlebih-lebih pun agak terbatas.
Bangun pagi, masak, hantar anak sekolah,pegi keja,ambil anak, masak, kemas rumah TIDO...rutin mak mak setiap hari.

Nana said...

too bad org macam tu no wonder one day nanti hubungan laki bini dia berantakan.n rasanya mesti dia stock balik rumah pakai kain batik n jenis tak menjaga hubungan kelamin suami isteri. lama2 laki fed up sbb rs bini dia seasoned bagi saya harus percutian laki bini utk retreat hubungan yg bertaun2 ini. sbb hari2 dah dengan anak2

Unknown said...

Yang komen tu belum kahwin kut, so memang takkan faham betapa perlunya dating berdua. Kalau yg surirumah macam saya ni, lagilaaaaa nak sangat2. duk umah 24/7 takdak cuti. sekali sekala nak jugak masa untuk refresh diri. ingat senang ka jadi mak?

Ainul Mustafa said...

sekali sekala kita kena manjakan husband pulak. tak salah pun tinggalkan anak kejap utk berdua duaan. hati anak senang pujuk sebab anak tak mungkin akan cari mak lain. hati husband?

fafarifizafa said...

dah ngape krim nanah bisol?

Anonymous said...

Hello all,

camni la.. kita suka melalut...so kita impose value kita pada orang. itulah semua... ada dlam semua orang.

Actually no need spend so much money nak bawak anak obersea. Tak perlu dididik benda benda macam ni. It has got nothing to do with to inspire.

Kalau dah too often going abroad the children will get used to all these would feel there is no need to study. what more to go abroad to study.. after all they have been abroad for holiday.. so if not making the grades to go abroad parent can pay.. after all parent have money to go holiday abroad.

Nowadays our society terlebih lebih nak ajar anak pergi holiday tiap tiap tahun etc. Something that cost money. The fact is the children if you don't teach them, they would not have known the bercuti and going holiday.
So please la kaumku sekalian, dah ada duit ni dari sebuk nak holiday beribu ribu, simpan la duit tu utk education anak anak masuk university local or abroad. Jangan esok nak belajar anak tak make the grades, kena masuk private takde duit.
atau nak belajar sikit sikit minta scholarship when one can afford to go holiday spend beribu riban yearly... but no money or kedekut nak simpan duit.

Dah tu kejar berebut opportunity dengan anak anak desa yang made the grade border line ok result and sbb anak anak yg pergi holiday have tuition and assisted artificial intelligence learning. In the end bila nak belajar nak free and denied the anak anak luar Bandar or yg lain kurang kemampuan (that has never got a chance to pergi holiday ke mana mana) tak de tuition but grade borderline a/b denied scholarship.

My comment here would be: anak anak boleh travel ke hujung dunia tapi bila dia dewasa ; tapi for now all parents should and must save every duit untuk anak anak masuk university. After all bukan anak anak tu dapat lulus periksa kalau ke seberang laut holiday. So instead of bazir duit banyak banyak patutnya duit tu di laburkan untuk bayar yuran university (abroad or local).

Cuba fikir kalau tak simpan duit esok siapa nak biaya anak anak? bila nak masuk university kurang kurang satu anak cost rm 500 ribu untuk cost arts stream abroad that depends which country.

Kalau gaji mak bapak sorang 3-4 ribu cukup untuk disimpan untuk biaya anak masuk university.

So start thinking every one start calculating. jgn bising pasal nak bawak anak holiday... fikir perlukah ? bolehkah bayar mereka masuk university fees and accomodations? books etc?

Thinnk bangsaku

wani ezryl * said...

baru-baru ni pergi date-movie night dengan husband, punn ada orang komen "anak mana?". tu baru pergi date 2 jam je tu. kalau pergi holiday xtau la apa lagi kena komen. hailaa. tak tau apa yg difikirkan oleh yg komen ni. our kids is in good hands, xpayah org lain nak risau sgt. (kadang geram jugak ok, macam kan kita ni xsayang anak)

Anonymous said...

to anonymous above. please write in bahasa and dont mix up 2 language. so annoying... ;(

Irfa said...

Kurang kasih syg @ mgkin dia jeles
Tu je aku nk komen
Aku selalu berangan dpt cuti ber2 tanpa ank. Bkn sbb x syg ank tp mcm ko tulis, bukan selalu. Ber2 utj semarakkan lg cinta, mgenang masa mula2 kawen. Apa bangang sgt nk nilai kan kasih syg pd ank hnya krn brcuti x bawak ank.

~I AM SHOPAHOLIC~ said...

sakit hati je baca entry kak pilla ni. nak komen jugak.. sbnrnye, xyah pedulikan org mcm tu. ntah hape2 ntah, sbb g bisnes trip n sambung holiday yg x lama mana pun dah nak cop kesian kat anak2 vivy. n lg kurang ajar nak ckp anak2 xde good memories dgn parents. sy xde anak lg. n suka travel. if ada anak pun dah borak2 dgn hubby, kita kena continue jugak travel ber2 walaupun dah ada anak. apa org lain nak ckp biarkan je. hidup kita, kita yg lebih tau dan tentukan buruk baiknya. suka cara kak pilla. ada masa travel 1 family, ada masa travel ber2. org kata baru la spend time yg betul2 ber2 je kan.

mcm most of my friends, lps kahwin sume dah x travel. alasan sbb anak. sesekali tinggalkan anak utk travel ber2 x salahkan? hmmmmm....

eynda said...

Ada setengah orang memang suka berlagak macam dia kenal kita luar dalam.... mula la nak assume macam2....even yg duduk sebumbung bersama bertahun-tahun pun masih belum tentu kenal satu sama lain 100% inikan pulak org luar...

Nursaila Norman said...

we were thinking utk tgk movie berdua selepas 14bulan ada anak..bkn bermaksud kami x sayang anak. lps dah ada anak wife n husband dah x boleh berdua2? xboleh ada kualiti time bersama? please lah..

Anonymous said...

Haha...free country.. I write what I like..sukahati..akula

Anonymous said...

To anonymous above.please check ykur grammar..haha

Anonymous said...

Typo error.
your not ykur. Still correct your English before telling off people.

Anonymous said...

Hey your language aren't that perfect either ...so..shhhh...shut...The......... up. .

Anonymous said...

Gosh your english are awful..

Anonymous said...

To the writer using pseudonym....

Would you mind please write in bahasa malaysia? Please do not mix the English and malay language.
I ...which means you.. found it very annoying.
gosh your language lady is atrocious...
keep your personal thought to yourself. Awful...

Anonymous said...

Bad english you applied here..

edd khairi said...

This syakirah224 ni jeles la tu

Anonymous said...

Wei bad english here

Anonymous said...

Biasa la.. orang melayu ni lifestyle mesti hebat tapi bila nak sambung belajar masuk uitm jer.. mana ramai yang sanggup kumpul duit utk education anak anak.. tanya la melayu mana sanggup bayar even rm100k utk belajar dkt private u. Dok mengharap nak masuk public uni dkt malaysia ni jer la..

Alia Farhan said...

Bg saya ...saya mmg jeles kalau org dpt p brcuti brdua ja ngn husband...sbb anak sy xleh berenggang ngn saya....xleh tdo klai xda ketiak mama dia ni...tp xpa..bila besar skit kita pos dia umah maktok dia...mama n papa boleh p honeymoon....hihihi....
Tpi husband la pulak ada sindrom eh xboleh..kena bwak anak....
Tapi apapun betul kata akak...takkan sbb kota bcuti ber2 ngn hubnd org leh label kita tak sayang anak..klau tak sayang..dr awl2 kawen xyah preggy...xyah nk ssh beranak bagai kan...
Pitty la org2 mcm ni

Unknown said...

i agreee dgn comment kak pilla... i secara jujur ader discussion dgn hubby mmg kitaorang every plan utk holiday together as husband & wife... masa tuelah kita ader beromantika .... x salah rasenya.. hubby pun rase happy .... x semestinya kita tinggal kan anak kita tak sayang.. anak .. hidup kena balance ... hubby... anak & me time... baru tak stress... i also plan holiday with my kids also... aper2 tue depends pada budget family.... x semestinya kena oversea .. local pun ok .... so dengki or jealous x elok... doakan kebahagiaan org lain... peace yo heheheh

sweet_saya said...

yang comment utk save education anak.. macam dah tahu je berapa account saving anak kita kan.. tak suka jugak org pandai-pandai ni.. tp nak hapuskan orang macam ni memang tak boleh... so diri sendiri kene kental kalau orang komen tak berfikir dulu...

sweet_saya said...

lagi satu.. when u can get something cheaper with same value, why not??... napa nak g pipts bila dapat ipta.. sebab tak nak bagi duit tu pi bawak bercuti ka?

Anonymous said...

Sentiasalah bersangka baik dgn orang

Anonymous said...

Ya btul apa jua yg kita lihat adalah lebih baik utk bersangka baik.