Walaupun dah lama jadi seorang ibu kepada 3 orang anak, tapi Kak Pilla still belajar.. Setiap kali pregnant, Kak Pilla akan belek balik buku tentang pregnancy dari first until third trimester.. Kita ni cepat lupa so kena baca balik... Bila anak lahir, belajar balik macam-macam untuk menambahkan pengetahuan macamana nak menghadapi saat-saat cemas.. cari balik info makanan apa yang sesuai dan tak sesuai untuk bayi.
Macam tulah kehidupan kita sebagai ibu, sentiasa belajar tak kira lah anak keberapa pun.. Bagi aku benda tu normal, sebab sebagai ibu dah tentu kita nak yang terbaik untuk anak-anak.. Takut kalau ada komplikasi atas kelalaian kita sendiri.
Anak-anak Kak Pilla semua berbeza cara nak besarkan diorang nie.. Anak pertama, Kasih Aleeya, dia tak de banyak masalah, tapi sebab dia anak pertama, so kita jadi over protective dan banyak tanya doktor dan pendapat orang yang lebih berpengetahuan.. Pastu Kasih tu manja sangat.. Dulu masa kecik kalau dia jatuh sikit je, tak luka sangat pun, terus tak boleh berjalan hahahah tertempang-tempang kaki dia.. Dia tak boleh nervous, kalau dia nervous dia akan muntah..
Anak kedua, Amaani.. haaa dia ni paling mencabar sekali nak jaga especially masa baby.. Dia sorang je ada eczema.. dia tak boleh pakai sebarang body wash untuk baby.. dia ada sabun khas. Kulit dia sangat kering, kena sapu lotion khas untuk kulit eczema.. Lepas tu mata dia tumbuh ketumbit besar masa dia 7 bulan kot.. Pastu masa dia baby dia selalu selsema sampai doktor nasihatkan jangan hantar kat nursery yang ada aircond, kalau boleh hantar kat babysitter yang jaga anak kat rumah dan tak ramai baby.. Dia selsema non stop sampai telinga dia bernanah... Ke sana sini bawak dia pergi pakar.. Akhirnya dia sembuh jugak..
Anak ketiga paling senang jaga.. Alhamdulilah Aleesya takde masalah kesihatan sangat.. But still Kak Pilla jaga semua anak-anak ni dengan cara paling baik.. Mana ada ibu kat dunia ni ambil sambil lewa kesihatan anak-anak..
Paling risau sekali bila pergi bercuti dengan anak-anak.. Kalau bercuti tanpa anak kepala tak pening.. Last minute pack pun boleh.. campak-campak je semua pastu boleh jalan dah.. Tapi kalau holiday bawak anak-anak memang kena buat checklist. Pack kain baju anak-anak biar berlebih, jangan terkurang.. mosquito patch pun wajib takut anak kene gigit nyamuk.. dan paling WAJIB ialah ubat-ubatan. Paling takut kalau anak-anak sakit waktu kat tempat orang.. Masa travel ke Australia dulu Amaani demam, Aleesya pun demam.. Pastu kaki Amaani cracked teruk kelam kabut cari pharmacy sebab tak bawak cream huhu.. Nasib baik ada pharmacy dekat dengan area hotel, kalau tak memang menangis je lah kaki dia tak leh jalan sebab cracked sampai luka.. Kat tempat orang pulak tu.. punya lah mahal.. 1 cream tu je dekat RM80..
Ni Amaani masa dia baby.. Gambar ni masa bercuti kat Penang.. Memula sampai dia happy dan sihat je.. Tapi lepas tu dia kena diarrhoea teruk.. Kak Pilla panik masa ni tak tau nak bagi ubat apa.. Habis diapers dia sebab kejap-kejap dia 'membuang'.. stressnya bercuti kalau anak tak sihat :(
Ingatkan biasa-biasa je.. So takde lah nak meredah carik pharmacy kat sana.. pempahamlah kalau duduk kat Ferenggi tu punyalah jam gila nak turun ke town sana.. so takde buat apa.. redho je tukar diapers selalu..
Ingatkan biasa-biasa je.. So takde lah nak meredah carik pharmacy kat sana.. pempahamlah kalau duduk kat Ferenggi tu punyalah jam gila nak turun ke town sana.. so takde buat apa.. redho je tukar diapers selalu..
Rasa serik nak bawak anak-anak kecik pergi holiday.. kejap-kejap kena cari public toilet.. baru salin diaper, tak sampai 5 minit kena tukar lagi.. stressssssss!!!! Bukan setakat stress, terus rasa sedih tengok anak sakit macam tu.. kadang sampai melecet-lecet punggung sebab diarrhoea tu. Mulalah asyik menangis je baby.. ishhhhh kita holiday nak bergembira.. ni jadi cerita stress dan sedih pulak :( tak sampai hati tengok badan dia lemah je..
Selalu bercuti Kak Pilla bawak ubat demam dan apa-apa balm yang sesuai untuk baby je takut hidung tersumbat.. tak pernah terlintas nak bawak ubat yang sesuai untuk diarrhoea sebab tak tau ubat apa yang sesuai untuk baby... Selalunya pil sakit perut untuk orang dewasa kita tau lahh.. pon Kak Pilla pernah bagi budak-budak ni tapi main agak-agak je.. Now rasa menyesal sebab cara tu salah sebenarnya!! Ubat dewasa mana boleh bagi budak kecik walaupun kita kurangkan dosage dia.. huhu.. Everybody makes mistakes, maafkan mama huhu..
Pastu ada sekali dulu pegi Bandung, Indonesia sana.. Amaani jugak yang kena cirit birit nie.. Adoi sama jugak tak bawak ubat.. Sebenarnya bukan tak nak bawak, tapi kadang tak terlintas pulak dia akan kena diarrhoea. Selalu kita panik kalau demam je.. Semua tu dah jadi pengajaran sekarang.
Pastu ada sekali dulu pegi Bandung, Indonesia sana.. Amaani jugak yang kena cirit birit nie.. Adoi sama jugak tak bawak ubat.. Sebenarnya bukan tak nak bawak, tapi kadang tak terlintas pulak dia akan kena diarrhoea. Selalu kita panik kalau demam je.. Semua tu dah jadi pengajaran sekarang.
Kak Pilla dah jumpa ubat sesuai untuk anak-anak.. Hari tu pegi pharmacy sebab nak siap-siap pack barang untuk Kasih dengan Amaani pergi bercuti.. Kali ni pergi dengan Atok and Wan.. Lagi aku rasa bertanggung jawab untuk siapkan keperluan diorang kat negara orang.. Supaya Wan dengan Atok tak perlu panik kalau diorang tak sihat.. Ubat demam, ubat nyamuk, ubat untuk diarrhoea semua kena siapkan dalam bag. Pharmacist recommend smecta ni bagus untuk kanak-kanak. At least bawaklah dalam 10-15 sachets masa gi travel nanti.. Happy sangat sebab dah jumpa ubat sesuai.. Boleh beli Smecta di semua pharmacy berhampiran..
Kak Pilla dah tak nak pergi bercuti dengan tak buat persiapan yang sepatutnya.. Dah cirit-birit baru nak kelam-kabut cari pharmacy beli ubat.. No tanak dah macam tu.. Sebelum bercuti kena siapkan dulu apa yang penting untuk dibawa.. Dah rasa dah dulu cemana mengadap anak tak happy, lemah dan meragam sebab diarrhoea masa kat negara orang. Sedih!
Kak Pilla dah tak nak pergi bercuti dengan tak buat persiapan yang sepatutnya.. Dah cirit-birit baru nak kelam-kabut cari pharmacy beli ubat.. No tanak dah macam tu.. Sebelum bercuti kena siapkan dulu apa yang penting untuk dibawa.. Dah rasa dah dulu cemana mengadap anak tak happy, lemah dan meragam sebab diarrhoea masa kat negara orang. Sedih!
Smecta ni mampu merawat diarrhoea, membuang toxin dan membekalkan mucoprotection kepada anak-anak. Smecta ni akan menyerap bakteria, virus dan toxin untuk dikeluarkan dari badan kita. Kemudian Smecta akan melindungi intestinal mucosa layer di dalam badan supaya nutrien yang diserap akan kurang affected.
Smecta ialah French Product which prescribed by doctors untuk merawat masalah diarrhoea dan terbukti berkesan untuk menyembuhkan diarrhoea dengan pantas. Rasa pun sedap sebab dari Orange - Vanilla Flavour.. Habis semua Kak Pilla baca depan belakang sachet ni..
Smecta selamat untuk baby seawal usia 1 bulan hingga ke usia orang dewasa :) Pastu Kak Pilla suka sebab packaging dia dalam bentuk sachet. Memudahkan parents yang nak travel with kids.. jimat ruang bila letak dalam bag.
Kak Pilla bertambah yakin bila baby dari umur 1 bulan pun dah boleh consume.. Itu maksudnya smecta ni sangat sesuai lah untuk anak-anak..
Jom Aleesya ajarkan cara nak guna Smecta ;)
Campurkan powder Smecta ke dalam 50ml air / susu untuk diminum oleh baby
/ anak kita... Kalau nak campur dalam semi - liquid baby food pun
boleh.
Nak gunakan berapa hari Smecta ni kalau diserang diarrhoea?
Gunakan untuk tempoh 3 hari.
1-12 months old - 2 sachets / day (total 6 sachets)
Above 1 year old - 4 sachets / day (total 12 sachets)
Sebaiknya dapatkan advice dari parmacist terlebih dahulu macam Kak Pilla supaya kita lebih faham lagi ubat yang sesuai dan tak sesuai untuk kanak-kanak..
Kak Pilla perasan bila kita pergi travel selalu masalah diarrhoea ni datang. Ni mesti berpunca dari makanan dan minuman yang kita consume. Especially bila ke negara luar tu air minum kita tak pasti bersih atau tidak.. Better beli jelah drinking water yang ber'seal' rasanya lebih selamat.. Nak makan pun cari restoran yang proper dan bersih...
Lega dah siap pack baju anak-anak dan dah siap ubat-ubatan termasuk Smecta ni. Buat check list keperluan anak-anak ketika travel. Sekiranya tak sembuh jangan tangguh-tangguh, terus pergi jumpa doktor ok?
You all boleh check website smecta.com.my untuk more infos.
You all boleh check website smecta.com.my untuk more infos.
Bye ;)
Love,
Filla.
17 comments:
tq kak filla...nanti nak travel boleh standby smecta ni...
mmg paed anak2 dulu suggest ni ...senang nk bancuh dlm susu .... boleh bancuh dlm susu klu anak refuse nk minum dlm bancuhan air kosong tu
Ohhh bgus jgk ni..boleh prepare utk ank buah
smecta ni macam rasa tepung, bagusnya aleesya nak minum anak saya reject terus.
saya pernah ada pengalaman anak kene cirit-birit 2 minggu... saya ambik smecta ni, doctor klinik yang recommend tapi anak saya tak suka, so die tak makan la ubat ni. then, bile jumpa pakar, paed bagi prebiotic khas untuk cirit-birit. Alhamdulillah baik
comelnya anak akak...
geram tengok
comel giler
ohh seawal 1 bulan ke . klinik area umah cakap atas 6 bulan . so masa second baby saya cirit birit, takde ubat apa apa . sobs . sekarang both dah 1 year so senang la sikit
Thank you kak info berguna .. saya newbie baru nak berjinak dengan berblog
kalau org besar mcm kita boleh tak aka
Berapa ringgit 1 kotak
Kalau anak susah mau minum terus. Campur dalam susu botol pun boleh
farmasy sini kata 2 tahun ke atas.. confused..
salam sis,nak tanya anak saya first time cuba smecta ni sbb dia cirit,adakah kesan smecta membuatkan air kencing jadi kuning pekat dan seakan berpasir melekat di pampers..sebelum ni takde pulak cmtu anak sya kencing
Salam sis..kalau anak makan smecta ni mmg akan cirit birit ke?sbb lps makan ni anak cirit.risau cirit x stop.atau smecta ni mmg akan keluarkan habis benda toxin dlu nnti stop sendiri ke cirit2
Salam sis..kalau anak makan smecta ni mmg akan cirit birit ke?sbb lps makan ni anak cirit.risau cirit x stop.atau smecta ni mmg akan keluarkan habis benda toxin dlu nnti stop sendiri ke cirit2
Hai.. Anak saya cirit birit juga. Hari ni hari ke 3. Dah pergi klinik kerajaan swasta semua bagi ors(garam). Saya belum jumpa pakar lagi sebab doc kata masih aktif and nak susu. Boleh tahu sis jumpa pakar paeds kerajaan ke? Sis terus ke emergency or terus masuk klinik pakar tu? Kena tahan wad tak untuk bawak sample najis ke makmal?. Terima kasih kalau sis dpt reply
Post a Comment