Monday, November 23, 2015

WEDDING SHUKRI AND TYA.

Baru-baru ni gi wedding Shukri dengan Tya.. Eh best pulak majlis dia buat kat A-Park masuk dari Puchong tu.. Siapa yang suka garden wedding ala-ala romantik memang sesuai lah buat kat sini.. siapa ada tasik, ada jambatan, ada rumah ala-ala omputeh.. suasana pun automatically jadi sangat romantik.. 


Amik gambar dengan Cik Nani mak Shukri.. Cik Nani dengan kitorang ni kira sedara macam tu.. Aku sekali-sekala jer dapat jumpa.. Wan ngan Atok lah rapat dengan Cik Nani and Pakcik Rahim ni.. 

Dapatlah snap dari kejauhan.. ramai nau reporter ngan peminat nak amik gambo..

Kasih dok cakap budak lelaki ni pelakon.. pastu aku cakap nak amik gambar ke? Kasih tak nak tak nak.. Eleh memalu pulak.. Lek je aku panggil.. "Dik, meh amik gambar dengan anak auntie kejap boleh?"
Laju je dia cakap "Eh boleh boleh".. dia dengan mak dia masa tu..

Amaani dengan Aleesya bukan tau apa.. ok je amik gambar hehehe

Ni hah Kasih memalu pulak.. 

Disebabkan tak dapat nak snap gambar pengantin.. Kita share ig shukriyahaya je lah ye.. Kak Pilla pilih gambar yang paling suka je ;)



Wan ngan Atok datang masa hari nikah tu buat kan masjid besi Putrajaya.. 


Overall suka pengantin ni sebab comel.. Tya pun lawa.. macam pinang dibelah dua.. ramai nau yang merana bila shukri kawin.. hahah tak paham aku budak-budak sekarang siap boleh type kat ig, merana lah putus cinta la.. itu ini.. adoi selamba sangat ni.. 

Kepada Tya semoga tabah bersuamikan jejaka idaman malaya.. hehehe.. Tapi overall aku memang suka konsep wedding dia.. simple je.. tak de hotel-hotel.. buat kat tempat macam ni lagi cantikkkk gila kot.. Tahniah buat pengantin dan semoga bahagia melayari alam rumah tangga, semoga kekal hingga ke Jannah ;)



Love, 
Filla.

4 comments:

eima said...

wahhh invited to wedding shukri ... .....syoktu

Roziah Muhammad Nor said...

aah pelik jugak budak zaman sekarang admire tahap melampau kat artis. cantik wife dia kan.

finaz said...

kak, shukri n tya ni siapa sebenarnya? dorg pelakon ke or pengacara ke apa? sebab saya dh jarang sgt tgk tv so mmg xfollow perkembangan artis n celebrity kat malaysia

Azura Aziz said...

amboi retis sgt kak pila ni dapat pergi wedding retis hehe... tak tau pun bila ms diaorg bercinta, last2 dgr shukri yahya nak kawin.. frust skjp la haha...