Friday, October 09, 2015

TEAM BUILDING.

Ini jelah course yang aku suka nak pegi.. Kalau course lain yang kene duduk keras macam kayu dengar penceramah becakap kat depan aku memang confirm tido.. tak dapat ditolong perangai tak ubah-ubah.. hehehe

Tak melepaskan peluang untuk join Team Building kali ni.. Actually aku berbelah bagi nak pegi ke tak.. tapi boss kata pergi jelah.. so aku pergi ;)

Kali ni buat kat Perak pulak.. last year ke aku pegi tu? yang tu pun best jugak buat kat PD yang sampai sekarang, aku dan orang lain tak boleh lupakan tragedi kene turun abseiling dari tingkat 10.. diorang ni gila ke apa? ada ke paksa aku turun.. melalak aku kat atas tu.. sampai hari ni diorang kutuk aku hahahaha sebab mostly yang pergi Perak ni muka-muka yang gi PD jugak hahaha.. 

"ko dah ready ke nak turun dari tingkat 10 lagi ni?"

"ko tak yahlah, sebelum pegi aku dah selidik dulu ye.. ada aktiviti berakit je, sebab tu aku pegi"

heheheh Kak Pilla dan ketinggian memang takkan pernah bersatu.

Pagi tu bertolak dalam pukul 10:30 pagi kot.. Lewat sejam dari waktu dalam jadual.. Pastu asyiklah semua perhentian driver nak stop.. Layaannnnnn... 

 Sebab pagi tu i dah dating dengan Pak Radie makan tosai telur.. so kat sini beli keropok je nak makan dalam bas pastu ni minum milo ais je.. ni kat perhentian Guthrie.. 

 Sebelum sampai kitorang stop jap kat kedai tepi jalan kat kampung-kampung.. dari sini ke resort tu dalam 15 minit je.. Lauk tak banyak, tapi oklah nampak menyelerakan.. tak tau pulak makan kat area kampung-kampung ni lebih mahal dari kat kawasan elite kat KL.. makan ni dengan sirap limau kene RM10 sekian wassalam dah masuk perut pun.  Sorang kawan makan nasi separuh, ayam goreng kecik, letak kuah je kat nasi, dia kena RM6.

Kemudian perjalanan diteruskan.. Check-in hotel dulu.. rehat dulu sebelum masuk kelas untuk kelas yang pertama.

 Kitorang stay kat Felda Residence Hotspring. Oklah bilik besar dan selesa.




 Kalau saja nak gi area Sg. Klah ni memang elok duduk kat sini je.. ada sewa basikal jugak.. dan tak sangka tempat ni mak oiii besar luas gila... nak menapak gi swimming pool ngan kolam air panas kemain jauh gila ;)

 Ni jelah kot gambar aku sorang hahahah.. sekarang dah tak gila bergambar.. gambar untuk entry ni pun mana yang aku rasa nak snap aku snap.. ni je gambar ada.. tapi kebanyakannya amik dari gambar kengkawan share kat group chat je.. erkkk pemalas sangat ni..

 Ini lauk dinner pertama.. sedap yang ni.. takut-takut nak makan sebab gulai nangka.. pastu ulam banyak yang aku takut nak makan.. pucuk ubi kayu, kacang panjang mentah.. eii takut.. dah lah makan jugak nangka tu sikit.. pastu sakit belakang tapi tak teruk lah.. manja-manja je angin dia... nasib boleh bermanja dengan roommate kita Kak Tie tolong tekan2 sikit belakang.

 Kelas malam kelakar.. sakit perot aku gelak.. Uwis ni yang pakai sweater ni dah lama dah kitorang kawan.. dari zaman dulu kala lagi.. dia ni memang paling gila.. dah lah kalau datang kat pantry suka-suka je mintak orang buat kan kopi lah.. amik makanan orang lah.. nasib Kak Tie je rajin layan dia buatkan air.. pastu suruh basuhkan pinggan dia. Ko jangan getik boleh?

Kitorang ada 4 kumpulan.. setiap team kene present dan terangkan pasal kumpulan masing-masing.. Tapi ada 4 tema.. Rock, Irama Malaysia, Rap dan Dangdut.. tak boleh cakap macam biasa... kene ikut tema masing-masing.. Team Uwis tu Dangdut.. adoiii siap letak belon kat dada.. rasa nak lempang.. sambil dia berdangdut t*t*k jadian dia nak jatuh kebawah hahaha.. puas dia ejas naik ke atas.. hahahaha.. pastu jadi Inul... geram rasa nak sepak hahaha

Team Kak Pilla irama Rap.. hahaha ko bayangkan Kak Pilla rap.. tapi ketua kumpulan lah rap... kitorang gaya dengan suara latar je.. aku tau "yo yo yo" je.. macam terencat pon ada asyik yo yo... *lempangdirisendiri*

Esok pagi gi breakfast dulu..

 Amik gambar kopi je ko mampu? hahahah.. makanan biasalah segala nasi lemak, omelette, roti canai, roti bakar, mee goreng..

Pastu jalan kaki masuk ke dalam semak sikit.. pagi tu aktiviti berakit.. aku paling tak suka nyamuk.. sekali masa sampai kat tempat buat rakit tu.. mak oiiiii banyak gila nyamuk belang-belang pulak tu.. aku kan ada penyakit tak leh tengok nyamuk aku rasa geram nak tampar.. pastu tetiba aku nampak nyamuk tu kat muka sorang mamat ni.. dia teammate aku.. baik je dia suka senyum tak banyak cakap sangat.. tebeliak mata aku.. spontan aku penampar muka dia.. berdarahhh.. terus aku "haaaaa kannnnnn" eh lupaaa tu muka orang! hahahahahahah matiklah automatik laju je tangan aku tampar muka orang.. laju-laju cakap eh sorry sorryyyy tak sengaja hahaha.. tolonglah jangan bagi aku nampak nyamuk.. i hetchiu mosquito.

Ni pun camera orang.. aku tak bawak apa.. bawak diri je hahahah.. kali ni pompuan ada 8 orang je.. lelaki ada 20++.. 

 Ni tukar team pulak untuk berakit sebab maksimum boleh 5 orang je..


 Ajak bergambar i on je.. ha tu mamat kanan aku pakai baju maroon, orange tu yang aku tampar hahaha..

 Wow busy Kak Pilla dengan tangan-tangan.. 

Neway team Kak Pilla no.1.. sebab semua orang gila yang satu team.. ada pulak budak Uwis saiko tu memang menanglah.. dia siap turun sungai tolak rakit sambil belari hahahah... macam jilake sangat..
Aku citer kat Elly and Peej berakit team aku menang.. Elly cakap ko tak cakap pun aku tau Pilla.. kalau ko je mesti semangat gila "mesti menang! mesti menang!!!!" hahahahah Elly ada pengalaman masa campaign santan tu kitorang satu team memasak tu.. aku punya semangat nak menang.. Elly seram je tengok perangai aku hahahahah.. i sentiasa bersemangat ok.

 Balik tu macam sardin sumbat naik lori.. gila betul dah lah sesendat-sendatnya.. dah lah semua buat lawak vangang kat atas tu.. oiiiii depan sikit... kang melekat kang.. yang aku punya nak jaga depan aku Uwis.. belakang aku Lutfi... dua-dua kepala tak betul.. haippp haippp sana sikit sana sikittt jangan sentuhhhhhhh... memasing buat muka perogol bersiri eiiii serammm hahahahah

lepas tu balik bilik rehat mandi jap.. pakai balik seluar tu.. tukar baju je.. sebab after lunch ada aktiviti dalam swimming pool pulak

 Besar gila swimming pool dia rupanya..

 Ada dua kawasan.. kitorang kat hujung sana tu... game naikkan menara tertinggi guna straw, belon, tali rapiah, selotape dan gunting je.. team kalah nyampah.

Ni curik gambar kat FB ida.. siapa nak rebus telur pun boleh.. ada jual telur ayam kat sana.. siap kicap sekali.. nak rendam diri sendiri separuh masak pun boleh hehehe

 Pastu jalan lagi ke depan tu berendam dalam kolam air panas.. Aku duduk dalam ni dalam 15 minit kot.. pastu start kepala pening semacam.. i cannot huwaaaaa... ramai yang pening lepas berendam dalam ni..

Pastu balik bilik mandi solat semua and pegi dinner pulak..

 Dinner ayam kurma dengan ikan berlada.. 

Pastu ada kelas malam jugak.. pun kelakar tapi takde gambar.. 

 Ni aktiviti esoknya sebelum balik kene cipta robot.. robot kitorang tradisional siap tengkolok dan samping.

 robot orang lain..

 Bergambar kenangan dengan robot masing-masing.. ni lah semua peserta yang best ;)

Lepas lunch kitorang pun balik... singgah kat satu perhentian je kat Guthrie tu.. sempat aku tapau kuih pau.. 

Itu jelah pun Kursus Team Building 3 hari 2 malam kat Peghok.. Next year kalau ada aku nak join lagi.. tapi mintak-mintak takde aktiviti tinggi-tinggi hehehehe

Sekian saja Fillanie melaporkan ;)



Love, 
Filla.

6 comments:

Kak Wawa said...

seronok sangat main sungai.. hehe

Alin Marlini said...

pilla...yang naik lori i like...hehehehe

Alin Marlini said...

pilla...yang naik lori i like...hehehehe

Unknown said...

assalam Filla..akak ni silent reader TheKasihs..
Betul la Filla kt Felda Residence tu..akak selisih dgn Filla..nk tegur, tp Filla laju..Akak dari Team TM...Comey Filla...

Unknown said...

best sungai tu.. sy pun pnh berakit kt sg tu last year.. tp pasir dia tajam2.. abis luka kaki sbb pkai selipar je...

Alia Farhan said...

Bestnya...
Rindu nk join team building