Thursday, October 15, 2015

Mum's Place.

Haritu aku, Elly and Peej ada kerja sikit.. lepas settle hal kerja Elly ajak gi makan kat satu tempat ni.. Nama tempat tu Mum's Place kat Damansara Perdana.. So ikut jelah.. sebab kalau Elly start cerita betapa sedapnya makan kat situ.. memang baru dengar cerita ko akan tertelan-telan ailio membayangkan.. 

Kat situ kitorang makan nasi dan Elly yang pilih lauk...

 Ni tak tau nama masakan dia.. Ikan cencaru ni sedapppp sangat.. pedas tebakar mulut ;)

 Aku paling suka Udang masak lemak cili api ni.. berdesing dia punya pedas... pastu kuah pekat macam ada rasa kerisik sikit kot? aku siap hirup walaupun pedas... malam terus perot jadi panas sapa suruh sampai tahap hirup heheheh..

 Ni sayur petola dengan tahu kot.. ni oklah..

Ni sambal ayam.. tapi boneless... Elly terpaling suka yang ni.. sedapppp sangat ni... 

Amik nasi sorang satu.. pastu tambah lagi 2 nasi tambah.. terduduk kekenyangan pastu komplen gemok.. cisss ni semua salah Elly.. Neway thanks Elly belanja makan ;)





Love, 
Filla.

8 comments:

Cik Puan Eka said...

Sdap btul tgoknya. Macam masak kat rumah. Nyummm lapo terus

JMR said...

haha lepas makan 3 pinggan nasi mesti menyesal kan..

amir balqis said...

next time cuba try tomyam udang n soft crab cheese.. lg terangkat 👌

Azura Aziz said...

sedapnya nampak cencaru tu...

Amanda Suria said...

alahai Filla....sedap plak terliur tgok....

alia farhan Said said...

petai tu xmenahan tu

Suriya Majid said...

kak filla blog dia kalau takde entry makanan menggiur mesti tak sah. kan dah lap2 air liur ni.

Nor Hafizah said...

kak, berapa ringgit semua tu?