Monday, October 12, 2015

RESEPI SAYUR MASAK OYSTER.

Tajuk resepi aku tak tau.. main bedal je sayur masak oyster? hehehe

Ni namanya lauk cincai-cincai dan siap 5 minit.. Korang suka kan lauk pantas dimasak enak dimakan? Jomlah Kak Pilla share resepi senang gila nie... eh ke dah pernah share?

 Selalu takde tofu jepun bulat tu.. tapi haritu ada beli kita masukkan je lah ;)

RESEPI SAYUR MASAK OYSTER
1 ikat sayur sawi pendek pak choy ke nama dia?
3 bungkus tofu jepun 
3 biji bawang putih (di ketuk)
1 senduk oyster / sos tiram
1 sudu tepung jagung
sedikit garam
sedikit bawang goreng

Cara-cara
potong tofu macam Kak Pilla buat tu.. panaskan sedikit minyak dan goreng hingga perang.. angkat dan asingkan.. celurkan sayur hingga masak, angkat toskan dan susun atas pinggan lawa-lawa.. Kemudian panaskan 1 sudu minyak.. tumiskan bawang putih hingga perang dan wangi.. kemudian masukkan oyster sauce dan gaul rata.. kemudian tuangkan secawan air.. kalau masih tawar boleh letak sedikit garam.. dan tuangkan bancuhan tepung jagung sehingga kuah menjadi sedikit likat / pekat.. tutup api dan tuangkan kuah ke atas sayur dan tofu jepun.. taburkan bawang goreng sebagai hiasan.. 

senang kan?

Pastu lawankan dengan ayam masak berlada :)

Ni tak yah resepi dah berpuluh kali share hehehe..

Tata selamat mencuba ;)



Love, 
Filla.

5 comments:

intan said...

baiklah.. balik kang nak masak sayur pak choy mcm ni jugak.. tq kak pilla

eima said...

suka sayur pakchoy tapi masak sup air tu sedap

Ubj Jahan said...

Hehe.. kak pilla. Tgk tittle je teruja sy igtkan akak nak bg resepi cara masak oyster..

lovely said...

suka sangat makan sayur ni,nanti leh cuba resepi ni,TQ

JMR said...

cincai cincai pun nampak sodap ni