Friday, October 09, 2015

KAK PILLA DAH BUKAK KEDAI.. JOM LAH TENGOK ;)

 Ehem Ehem hari ni Kak Pilla happy happy happy.. Korang tau tak berapa zaman dah Kak Pilla cuba belajar macamana nak buat online shop.. Pernah sekali dulu masa business Tsugoi dengan Kak Elly, kitorang bayar beribu kot untuk buat website supaya customers boleh beli online.. Sudahnya buat membazir je sebab masing-masing tak pandai nak godek benda tu.. Rasa macam OMG apa yang susah sangat nak kene kira stock, nak kena masukkan gambar, description product, nak buat measurement bagai.. Berapa kali meeting, tapi hampeh.. sudahnya makan ice cream je sambil borak gelak-gelak.. Kerja terbengkalai sebab sakit kepala otak nak create benda tu..

Siapa suka berniaga angkat tangan!!!! Korang mesti happy bila Kak Pilla share pasal Shopee
Mobile Malaysia ni.. Jangan tipu, korang pon tak reti kan nak buat website online semua tu? hahahah sama ler kiterrrrr... Kalau tahap kelembapan IT kita ni di tahap yang sama, then korang boleh percaya cakap Kak Pilla.. Senang gilaaaa nak berniaga!!!! yang penting PERCUMA!! takde nak kene bayar ribu-ribu ringgit ye..

First Step korang kene buat ialah download apps Shopee MY dulu.. Jangan risau FREE sahaja.. 

Apps ni actually untuk semua orang yang nak menjual dan membeli.. Alah macam kita-kita ni lah.. Nak jual apa? Semua benda korang boleh jual takde hal.. Nak beli pun macam-macam benda ada.. Nak jual pre love items pon boleh ;)

Memula Kak Pilla blur sikit tak tau nak mula dari mana dan tak tau nak refer siapa.. Tapi kita cuba je dulu.. Rupanya sonang sangat..


FREE for all

Macam ni lah contoh account Kak Pilla.. Kak Pilla anggap ni kedai / online shop Kak Pilla sendiri yang tak perlu bayar sewa muahahahahhaah.. Manyak untung ooooooo.. Memang senang gila nak guna Shoppe ni.  Selain daripada free, Shopee ni takde hidden cost macam platform lain di luar tu.  So semua yang dijual tu, semua milik anda. 

Chat & Privacy

 Bila guna Shopee Apps ni kita boleh chat dengan customers jugak.. mungkin customers nak tau apa-apa boleh lah tanya dan kita boleh reply jugak.. so tak perlu bimbang nak kene bagi contact details ke apa kepada buyers.. selamat for both sellers and buyers.. Mana lah tau ada yang amik kesempatan nak ngorat ai pulak kannnnnnn hehehehe.. Selain tu, Chat ni juga menjamin privacy buyer dengan seller jugak.  Takde lah nak kene comment comment macam tu.

Easy Payment
 
 See online shop i dah banyak product hahahah... Dah ada 18 benda yang Kak Pilla jual.. Jom lah beli kahkahkahhh siap promote ajak orang shopping pulak.. Jangan risau pasal bayaran sebab buyers boleh make payment for all items via credit card dan online banking.. Korang biasa kannnnn... Tak yah lah susah-susah nak gi ATM nak gi buat payment.. sambil baring-baring pon boleh shopping kat kedai ahkak ni.. Tapi kepada yang lebih suka buat bayaran guna ATM, anda masih boleh buat bayaran macam tu.

Shopee Guarantee 


 Ni lagi satu yang memudahkan seller and buyer.. Kalau berniaga ni kadang macam-macam ragam orang.. kadang orang nak tipu pun ada jugak.. bagi screenshot payment tapi tipu.. bila check kat account takde pun duit masuk? Kalau berniaga sehari berpuluh-puluh orang beli barang cemana nak check satu-satu.. agak leceh.. tapi kat Shopee ni semua transaction ada rekod, Shopee akan guarantee ni akan lindungi pembeli dari payment sampai barang tersebut diterima oleh buyer tersebut.  Kalau buyer terima barang tu dan ada kerosakan ke apa kita boleh request refund atau mintak barang tersebut ditukar ;)

Ok dah cerita pasal app kan? now jom tengok kedai Kak Pilla pulak ;)

Lepas dah sign up je.. korang dah boleh start jadi seorang seller dengan upload gambar produk/barang yang nak dijual.. Ni Kak Pilla bagi contoh ye..

 Kak Pilla jual shawl kat sini..pilih gambar shawl tu kat gallery phone pastu upload je, pastu boleh pilih Product Name.. Contoh korang letak Chiffon Shawl.. pastu pilih category pulak.. Kak Pilla letak under Muslimah Wear..

Then letakkan harga korang nak jual tu.. Senangkan? Jangan risau.. Harga Kak Pilla jual tu RM45, customer akan bayar RM45 dan Kak Pilla tak perlu bayar apa-apa kepada Shopee.. Amboi suka nye kite hehehe.. Kira ni macam kedai runcit kita sendiri lah..

Ni barang-barang yang Kak Pilla jual :) 
 Best gila kot Shopee Apps ni sebab cantik teratur dan kemas je.. siap harga clear kat situ..
 Gambar atas ni contoh kalau korang masih tak faham.. Kalau korang click Ellfie Gold Serum, korang boleh tengok details pasal product tu.. Kak Pilla lah yang tulis pasal details tu hehehehe.. itu testing je tu.. nanti nak edit bagi proper sikit.. Oh kalau dah publish, boleh je kalau nak edit balik.. Kata kedai sendiri, suka hati ai lah nak edit balik hahahahahah..

Jom tengok apa lagi Kak Pilla jual.. Sebab tu malas nak jual kat blog sebab kene upload satu-satu.. kalau upload kat Shopee ni senang.. Nah kau tengok lah puas-puas shawl yang ada ni hahah..  penat nak carik balik gambar shawl yang still available pastu kene send gambar kat email.. hahaha.. Lepas ni kalau orang tanya "Kak Pilla, shawl apa lagi yang available?"

Dengan confident Kak Pilla jawab "Visit lah shop akak kat Shopee






Cukup lah 18 barang dulu.. Nanti nak godek-godek dalam lemari ni banyak kot baju nak let go..




Sebagai seorang seller di Shopee kita boleh besarkan lagi market kita sebab kita boleh share apa yang kita jual tu kat FB, Instagram, Twitter dan banyak lagi social media kita yang lain.. wow sangat.. click button share je..
Haishhhh kenapa best sangat ni???? boleh reach more buyers sebab kita boleh share kat semua social media yang kita ada.

Tak sabarnya nak start berniaga kat kedai sendiri.. Tak sangka ada apps yang betul-betul dapat membantu seller macam ni.. dahlah menjimatkan sebab tak payah bayar sewa, tak payah bayar pun untuk create shop sendiri.. untung dapat bulat-bulat pulak tu ;)

Sambil menjual boleh membeli.. Ada banyak categories tau kat Shopee app ni.. korang boleh lah usha-usha kot ada yang berkenan.. 

Meh lah jenguk kedai Kak Pilla boleh click KEDAI KAK PILLA.

Jom siapa yang berminat nak jual preloved items atau nak berniaga apa-apa korang download kat sini Shopee app kita bukak kedai sama-sama ok?

Kak Pilla baik hati nak bagi you all discount RM20.00 kalau korang buat pembelian minimum RM50.  Korang boleh guna Code : KASIHALEEYA untuk pembelian di Shopee.  Code ni applicable to Shopee wide kecuali Tickets & Vouchers ye.. dan Code ni expire pada 21 Oktober 2015, pukul 11.59 malam. 

Valid untuk one-time use sahaja dan applicable untuk semua items dalam Shopee marketplace.. Beli lah barang Kak Pilla jual muahahahhahaha.. 

Korang boleh enter Promo Code masa Checkout page.

Applicable untuk yang membuat bayaran secara Shopee Guarantee (credit card, online banking dan bank transfers only)

Jom tengok video kat bawah ni dan jangan lupa subscribe ya ;)







Love, 
Filla. 

6 comments:

Anonymous said...

kak pila. kita dah download, memang best dan mudah sangat

Ummu Athiyah Ismail said...

Selamat pagi

Wahh..nice info ni kak Pilla..thans for sharing :)

Rozita said...

TQ share filla... kena bgtau kwn2 yg berniaga ni..huhu..

eima said...

wahhhh menarik nanti nk download le ... nk cr ellfie ...dpt diskaun RM20 tu

Macho Lelaki said...

bestnya...nak juga lah..hehe

*cik cempaka* said...

wahhh...bagus nye kak pilla...berani mencuba dan x kedekut nak share ilmu...smoga dpermudahkan sgl nye yer...