Amboi tajuk entry tolong laaaa hehe.. Siapa tu ibu beranak tiga? Macam tak sangka anak aku 3 dah rupanya.. Macam tak sangka anak aku perempuan semua rupanya.. Siapa ada anak perempuan berderet macam ni tau lah cemana kan.. Bergaduh sesama diorang tu dah biasa... Bergaduh tampar menampar, tolak menolak.. terpekik-pekik tu perkara biasa.. Tapi anak-anak perempuan ni paling tak tahan diorang memang kaki mengadu.. Aku tak tau lah kalau semua anak lelaki pon sama jugak kaki mengadu ke tak..
Aku ni jenis cepat stress.. Bingit kadang telinga bila dengar diorang bergaduh pastu mengadu.. Pastu pandai pulak sentap amik hati, tu yang tak tahan tu.. Kadang Kasih mengadu "Mama, mama tau tak ni Amaani ni, dia tolak kepala Kasih".. pastu Amaani jerit "Mana ada????? Amani tolak cekak rambut kakak je? bukan tolak kepala pun"... Pastu kakak jawab "Amaani ingat kakak tak tau? mama nampakkan tadi????"
Terus aku jerit "Diammmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!! korang ni asyik bergaduh je dah kenapa?".. pastu sambung lagi bebel.. malas nak sambung sini.. pastu dengar Kasih pulak cakap slow je "amaani yang salah, mama bukan nak marah dia pun"..
*telanailio*
Tu kalau Amaani pulak gaduh ngan Aleesya sama jugak.. kita selalu akan marah yang besar sebab yang kecik biasanya blom paham.. so yang dah besar lebih faham.. tu Amaani pulak merajuk.. "semua Amaani salah, Aleesya tu tak salah pun"
*telanailio*
Haritu baru lepas marah Amaani.. Pastu gi dapur tetiba Aleesya lari tergedik-gedik peluk kaki.. terus angkat dia cium pipi dia.. Rupanya Amaani tengok je dari jauh.. Sambil dia jeling, berpeluk tubuh paling badan.. "Mama bukan nak peluk Amaani, mama bukan nak cium Amaani, mama tak sayang Amaani pun kan? Sayang Aleesya je kan?" pastu dia berlalu pergi dengan muka monyok.. Omg! diserang rasa bersalah.. terus lari tangkap Amaani.. dia meronta-ronta.. tapi peluk jugak dia pastu cium satu muka sampai dia lemas pastu dia terkekeh-kekeh ketawa.. Fuhhhhhhhhhh lega..
Ini kecik lagi semua The Kasihs nie.. Boleh bayangkan cemana nak jaga hati 3 orang ni kalau diorang dah remaja? Ei menakutkan hahahaha.. mesti ada rasa kecik hati.. cemburu... Sebab 3 orang ni semua character lain-lain.

Kasih Aleeya
Dah 10 tahun, semakin chubby.. sebelum tuition kul 8malam dah bagi makan.. kang balik rumah kul 10 malam mengadu lapar.. rasa nak pitam tak tau nak bagi makan apa lagi hahaha.. Tapi dia dah membesar sekarang kan.. kalau orang panggil dia gemok atau terbaca kat instagram Kak Pilla orang kata dia gemok ke apa.. boleh nampak lah muka dia berubah.. sian dia.. takpe, mama pun dulu masa form 1 chubby gak.. pastu slim melim.. tapi sekarang dah tembam hahahah.. hari ahad bangun awal kejut dia "Mok, jom jogging mok.. kita sama-sama dah mok ni.. kene bakar lemak sikit".. terus dia bangun "Ok jom".. nak jogging??? kenit pon terus bangun nak join jogging.. adoi laaaa.. cemana mak kau nak kurus?
Kasih dah besar sekarang dia semakin ok.. dia dah kurang merajuk.. dulu tiap kali amik dia balik sekolah.. Ada je nak sentap.. takde makanan pon sentap.. belikan makanan pastu dia tak suka pon sentap.. dia lapar pon dia sentap.. sekarang balik sekolah je ceria.. masuk kereta "Hi mama".. kalau lapar pun dia kata takpe.. Pastu dia tak pernah merungut kene gi tuition malam.. kene gi tuition setiap hari sabtu.. dia suka tuition :)
Kasih hati dia lembut.. dia suka orang baik-baik dengan dia.. nanti dia sayangggg lah sangat kat orang tu.. haritu dia gi tuition sejarah, takde murid.. so dia berdua je dengan teacher tu.. teacher offer nak buatkan Kasih air.. hahaha.. sampai hari ni dia puji teacher sejarah dia baik.. "Mama, teacher sejarah kasih tu baik gilaaaaaaaaaaa.. Kasih sukaa sangat.. dia nak buatkan Kasih air, tapi kasih cakap takpe teacher.. saya tak nak".. buat air je ponnnnnnnnnnnnnnnn hahaha.. terus dia sayang gila kat teacher tu ;)
Kasih dah besar ni jarang nak ikut kitorang keluar breakfast pagi-pagi.. Dia suka duduk rumah je.. dia cakap malas nak salin baju nak pakai tudung.. hahaha.. Kasih ni manja mungkin anak first memang manja.. dia dapat adik pon lepas dia dah umur 5 tahun.. so korang paham lah kan tahap kemanjaan dia tu.. Semua orang buatkan.. Kadang amik lauk, kopekkan ikan, potongkan ayam, cedok kuah letak kat pinggan pon kekok.. Aku ni sabarrrr je tengok hahah.. mak kau bukan boleh orang slow-slow buat kerja terhegeh-hegeh ni.. gerammmmm je.. Kadang Pak Radie cedokkan aku sound "biar dia amik sendiri, kang sampai besar tak reti cedok lauk".. mak tiri sangat perangai hahaha..
Kasih Amaani
Anak kedua.. Dah 5 tahun sekarang.. Dulu perangai lain, sekarang dah besar dah lain sikit.. Dia sorang je suka cakap memekik-mekik sikit.. bergegar gegendang aku ni kalau dia jerit.. Dulu dia gangster.. sekarang masih gangster, tapi gangster cengeng nama dia.. Gaduh dengan Aleesya mesti dia yang nangis.. Aleesya relax je.. Dia kuat merajuk lately ni sebab dia rasa orang semua bagi perhatian kat Aleesya je.. padahal tak pon? Dia ada pendirian sikit.. dan independent.. Kalau suruh mandi, dia tak nak mandi dia akan jawab.. "Sekejap mama, nanti Amaani mandi, kejap, kejap, kejap!".. lepas 5 minit aku jerit "Amaaaaniiii mandi cepat!" Terus dia cakap "Mama asyik nak marah je kan? Amaani nak mandi la ni".. terus capai towel masuk bilik air..
Kalau makan pon sama.. kalau dia nak, dia memang nak.. kalau tak nak sila jangan paksa. Gi makan kat luar pon dia tau apa nak makan.. tak yah pening-pening.. memang takdelah dia nak cakap "makan lah apa-apa, amaani tak tau".. memang tak! hhahahah.. Tapi dia ni ada satu perangai tak nak mengalah... diakan tido ngan Kasih satu bilik.. tapi dia tidur kat tilam bawah.. Pastu ada satu malam dia merayu "Mama, sleep lah dengan Amaani".. aku malas nak layan "Amaani tido ngan kakak kan? apa nak takut, kakak ada tu, dah pegi tido" pastu dia jawab "Please lah mama, malam ni je.. kalau tak mama takkan tidur dah dengan Amaani sampai bila-bila"..
Hoi gila seram ayat dia.. kelam kabut aku gi teman dia tido.. hahahaha.. drama swasta sangat perangai.. pandai saiko orang ni...
Tapi Amaani tetap penghibur hati semua orang.. Atok Braim kemain sayang dengan Amaani.. sebab Amaani jenis senang bangun pagi.. Kalau kat umah Atok, mesti dia bangun awal teman atok siram pokok bunga, cuci kereta.. dia mengekor je bontot Atok ;)
Kasih Aleesya
Anak bongsu. Sekarang bagi chance lah dia paling kecik, so dia paling mengada. Dia confirm menanglah kalau bergaduh.. Lasak boleh tahan tonggang tebalik dia jatuh kat rumah.. takde nangis pon ye.. Haritu Pak Radie cakap dia duduk kat sofa.. dia meniarap nak amik barang apa tah jatuh kat lantai..pastu hamekkk.. jatuh gedebuk kat lantai.. terus bangun panjat sofa duduk relaks je.. Haritu bibik citer dia duduk kat kerusi malas yang baby punya tu.. dia dok swing-swing pastu tetiba kerusi tu tebalik.. dengan dia telangkup bersama kerusi tu.. terus bangun duduk balik kat kerusi macam takde apa berlaku hahaha..
Pastu apa kat tangan jangan amik.. Atau apa dia nak buat biarkan je.. Sekarang train dia lepas makan nasi, angkat pinggan bagi kat bibik kat dapur.. haritu sampai je kat dapur tersadung kaki.. habis melambung pinggan dengan nasi atas lantai.. dia takkan bagi orang angkat pinggan dia.. kadang dia join solat, pastu telekung dia tu, orang lain tak leh gantung balik kat tempat sangkut telekung tu.. dah lah pendek.. lompat-lompat nak sangkut.. aku nak tolong dia melalak mcm orang histeria.. sukati lah dik.. buatlah apa ko nak buat..
Aleesya ni tak suka sempit-sempit.. Now dia tido ngan aku ngan pak radie.. dia tengah-tengah.. tapi dia tak suka nanti dia jerit "papa mpit mpit mpit".. sempit lah tu.. pastu dia memang akan tidur kat hujung kaki kitorang.. tapi dia tak pernah lagi jatuh katil hahahah... tidur hujung katil pon tak jatuh.. memang hebat ;)
Ni lah seronoknya kengkadang.. meriah je ada budak-budak.. walaupon suka bertempik kalau bergaduh.. suka tampar menampar.. tapi ku pekakkan telinga.. kalau dah tak tahan baru join tempik sekali ;)
Tengok tu.. kenit ni bukan boleh orang lain rapat dengan Papa dia.
Ni lagi satu perangai dia.. suka memerhati.. apa Amaani buat mesti dia tiru.. sampai Amaani hangin "Aleesya ni semua nak tiru Amaani kan?????"
Inilah 3 buah hati saya.. Mama sayang semua anak-anak mama.. Jadi anak yang baik, belajar rajin-rajin, jadi anak solehah yang membanggakan mama ngan papa ok?
Love, Filla.