Friday, March 27, 2015

KERETA BARU?

 Beberapa bulan kebelakangan ni Kak Pilla and Pak Radie memang tengah mencari-cari kereta.. Bukan apa, family dah bertambah besar, anak dah ramai so rasa kereta yang ada sekarang macam muat-muat untuk 5 orang.. Aku ni jenis tak kisah.. sumbat lah korang macam sardin, ada aku kesah? Tapi sebab memang plan nak beli 2nd car so better cari yang 7 seater terus.. sebab kalau ada 2 kereta pun tapi 5 seater jugak, sama jugak lah citer dia... kalau nak jalan bawak bibik dah tersempit-sempt berpangku-pangku.. tu Leecha kecik lagi boleh lah pangku.. sok dah besar camne plak..

1st car memang aku akan lenjan jugak walaupun dah ada kereta baru.. yang selalu bergaduh Kasih dengan Amaani.. diorang kalau tido kat belakang memang bertekak tak nak mengalah.. dia ingat katil ke apa nak tidur selesa sangat.. tido duduk je laaaa!!! Mula lah Kak Pilla membebel non-stop.

"Mama dulu kecik-kecik, elok je duduk bertiga ngan arwah busu ngan Pak Long.. tak pernah pon nak bergaduh sapa nak baring.. semua kene duduk elok-elok.. nak tidur sandar je kepala kat cermin tu, tido diam-diam situ.. korang ni banyak lemak sangat nie.. sempit tak boleh, tersentuh terlanggar sikit tak boleh.. lain kali tak yah naik kereta.. naik bas je.. cuba belajar bersyukur sikit"

Pak Radie muka dah monyok sebab orang sebelah dia membebel ulang-ulang lapanplohkali hahaha.. mak-mak memang camtu what?????

Plan nak beli kereta baru ni bukan apa.. selain dari nak selesa sikit sebab anak dah ramai, salah satu sebab ialah sebab kereta lama ni dah nak habis bayar... Gila ok, sedar tak sedar dah dekat 9 tahun dah.. Kitorang ni bukan jenis boros.. kalau takde kepentingan buat apa nak beli? biarlah orang ada 7-8 biji kereta.. dulu masa baru kawin aku pakai kelisa, Pak Radie pakai Fiat.. Lepas tu kitorang jual amik Honda City.. Pak Radie beli motor sebijik.. Pak Radie jenis tak suka bawak kereta, dia prefer motor sebab tak suka jalan jam.. So aku gi kerja bawak kereta tu.. dia bawak motor.. Even aku cuti masa pantang pon dia tak nak drive gi kerja.. nak jugak naik motor.. Hah sukati kau lah labu...

Aku sayang sangat Honda City yang ada ni.. sebab tu takde plan nak jual.. Biarlah kereta ni jugak yang aku pakai ke hulu ke hilir.. dah banyak berjasa kot kereta nie.. banyak kenangan bersama.. lagipun kalau jual berapa sangat lah dapat kan? Banyak jugak yang aku suka, nak Harrier tapi sama jugak lah macam kereta, 5 orang je muat.. Pastu berkenan Mazda CX5 pon sama jugak konsepnya.. So bila tanya Pak Long pasal Odyssey ni dia kata bagus.. Pak Long tu pakar kereta so dia suka lah kitorang amik Odyssey.. so keputusan pun dah muktamad.

Ni masa test drive haritu.. Pak Radie suruh aku bawak.. eh tak nak.. takutttt... hahaha.. Aku memang jenis tak leh drive kalau orang ada kat sebelah, terus jadi bongok macam orang tak reti bawak kereta.. lagi-lagi kalau orang sebelah tu Pak Radie.. Haishhh dengan muka dia tu kan.. dari pandai terus jadi tak reti.. biar aku duduk belakang je.

Welcome to the family.. Haishhh terbantut project nak cantikkan rumah.. takpelah, ni pun rezeki jugak.. kene berusaha untuk dapatkan sesuatu.. Kitorang bukan jenis kaya raya pun nak bersenang lenang macam orang lain.. Nak sesuatu kene usahalah.. lagi satu, kita kene ikut kemampuan diri, bukan ikut orang..

Ok dah lah pasal kereta tak nak cakap banyak-banyak.. Masa test drive tu aku dah nak meroyan sebab lapar gila.. Aku memang tak leh lapar.. kalau lapar rasa nak tampar orang.. ko letak la kereta apa pun kat depan aku.. tak bernafsu langsung.. Pastu salesman tanya dah makan ke belum? Laju je Kak Pilla jawab BELUM! terus dia ajak makan kat warung.. lama gila kot tak makan kat warung.. So park kat tepi turun jalan kaki sikit.. kat mana tah.. area bukit dukong ke Sg. Long..mana yek?

Sedapnyeeee!! nangis ok.. Ada nasik lemak RM1.50.

 Pak Radie makan ni 2 bungkus.. Kak Pilla pon makan jugak sebab sedap ;)

 Tapi ni paling win laaa.. cucuq udang, popiah goreng dengan tempe goreng.. tempe tu siap ada cicah cili kicap pedas tu.. Hoi peluh-peluh makan bawah payung.. Huwaaa mana nak carik gerai sedap macam ni kat sini?

So itu je nak citer.. Jom tengok entry bawah ni.. teruja tauuuuu!!!

______________________________________________________________________________
 -sponsored post-

 Bila dah jadi mak, segala priority atau kepentingan anak akan didahulukan.. Terus-terang Kak Pilla bukan jenis yang manjakan anak-anak.. Tapi tak de lah sampai tak manja-manja langsung.. Kak Pilla ni jenis ibu yang lebih mementingkan keperluan anak-anak semua ada dan teratur.. Selalunya aktiviti bersama anak-anak ni papa dia yang rajin sebab Kak Pilla selalu busy.  Bagi Kak Pilla, spend time dengan anak ialah pegi vacation, pegi hotel yang ada swimming pool so budak-budak akan happy.. Tapi selalu ke pegi? Setahun mungkin 2 kali je kot?

Actually sekejap je masa yang kita peruntukkan sehari pun sangat berharga dan boleh bagi anak-anak happy.. Kadang-kadang, papa dia bawak round naik motor 5 minit pun muka masing-masing dah bercahaya keriangan.. Lepas tengok video ni, Kak Pilla baru sedar sebenarnya anak-anak tak minta banyak pun... yang penting spend masa walaupun sedikit manapun dengan mereka diorang akan happy... "Small things can be the most powerful" I promise i will at least spend 15 minutes sehari untuk buat aktiviti bersama anak-anak.





Sekarang mencuci pinggan mangkuk bukan satu masalah lagi.. Laju je dah siap, dan suka basuh pinggan sebab dapat tengok Joy bottle yang Kak Pilla create sendiri hahah.. terus bersemangat nak basuh pinggan laju-laju pastu nak spend time dengan The Kasihs.

 Semua happy sebab ada nama masing-masing bersama janji-janji mama tertera kat botol masing-masing!

Tak yah gi hotel mandi swimming pool.. kita spend time buat aktviti kesukaan anak-anak pun dah buat anak-anak happy!


 Senang je nak create your own customized bottle of Joy macam Kak Pilla tu..

1. Design your moment of joy label at www.joydishcare.my
2. Share customized label dan nominate friends on Facebook untuk dapatkan coupon to redeem Scotch Brite secara percuma

Akhir sekali beli 250ml customized label bottle Joy dengan harga cuma RM2.95 di participating outlet seperti yang tertera kat bawah ni.

Senang je kan.  Jangan lupa hash tag #momentsofjoy


Refer Store Name and Activation Date ok!

Selamat meluangkan masa bersama anak-anak :)


Love, 
Filla.

9 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilah ..syukur kak

JMR said...

huyoo best2 kete baru..igtkan amik forh Kuga..hkihkihkh

Anonymous said...

Once honda, forever honda;)

nana zarina said...

Alhamdulillah... dpt jugak beli keta impian.... doakan nana pon dpt beli keta impian.. grand livina jer pon.😚

Miss Moon said...

tahniah pilla sebab dapat baby baru ...kereta pun ley di kira baby jugak tau . Tapi baby nih kena kije lebeh sket la angkut ramai org hahahha

tervaek ....rakyat bertambah n kereta pun kena tuka pada family car .

pilla banyak lagi seat kosong tuh ...hahahhahah

Zaila Mohamad said...

wah tahniah. Kami dulu pon bercadang nak beli Honda Oddysey juga tapi last-last pergi ambil Estima sebab anak ramai tak muat sumbat Honda Oddysey, kalau keluarga Filla ngam ngam ler :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wah fila dah beli dulu..kiki..ila pun dah habis bayor nie.. 9 tahun gak... ila mcm nak beli grand livina.. cuba tanya pak long ok tak grand livina yg baru tue? wakaka

Anonymous said...

Sorry sis just nak tau je.. kami pun dlm prancangan amik kreta jg.. estima brapa seater ye.. sbb sis kata odc x muat kan..

Unknown said...

Nanti kalau awak perlukan tayar baru, cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.