Thursday, March 05, 2015

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT

Hari ni Kak PIlla nak share resepi Daging Goreng Kunyit.. Hahah lawak ke resepi senang pun nak share?

Takpelah kan, lain orang lain cara masak dia.. So Kak Pilla nak share cara Kak Pilla yang mudah nie, sebab kita tak tau, rupa-rupanya ada jugak orang yang gunapakai cara yang kita share.. 

Dulu ada adik ni 'pm' kat fb.. terharu gila kot bila baca dia type panjang lebar untuk Kak Pilla.. dia kata dia start baca blog ni dari zaman dia bujang.. dia langsung tak reti masak, dia tak tipu kata dia.. Pastu dia kawin nak tak nak mestilah kene masak suami nak makan.. dia cakap dari lauk pertama yang dia hidang untuk suami dia semua dia ikut resepi Kak Pilla sebab mudah sangat.. Untuk orang yang langsung tak tau masak, mungkin cara Kak Pilla ni memang paling mudah sekali hahaha.. sampai ke hari ni majoriti semua lauk yang Kak Pilla sharekan resepi kat blog ni dia dah pernah try dan dia dah pandai masak sikit-sikit dari langsung tak tau.. 

Bukanlah Kak Pilla nak bangga terkembang-kembang hidung citer kat korang ni.. Cuma jauh di sudut hati ni rasa gembira dan terharu sebab resepi bodoh-bodoh yang Kak Pilla share ni pun boleh menggembirakan orang lain dan mendatangkan kebaikan kepada dia.. alhamdulilah kita kongsi-kongsi ilmu ye.

Lauk kering-kering macam ni memang kegemaran Pak Radie.. Tapi dia suka kalau daging tu lagi garing.. Eh eh dia ni ada je komen tambahan.. Kak Pilla tak suka garing-garing nanti tercekik heheh

Kalau guna daging batang pinang macam Kak Pilla ni, korang tak yah rebus, masak je terus.. Kak Pilla tanak guna minyak banyak-banyak sebab nak jaga kesihatan jugak lah kan.. Kalau daging korang jenis liat, nak rebus sampai empuk dulu pon boleh.. bila dah empuk baru ikut step by step kat bawah ni ;)

1. Toskan daging supaya tak berair.. kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan garam.. 

2. Panaskan minyak dalam sesenduk.. tumbuk bawang putih 2 biji dan 1/2 inci halia.. 

3. Bila minyak dah panas, masukkan daging, kacau rata dalam api sederhana.. biarkan air daging tu keluar..

4. Masukkan bahan tumbuk tadi dan ratakan dengan daging.

5.  Kemudian masukkan 5-6 cili padi yang dihentak-hentak sikit, hirisan bawang besar dan capsicum.

Dah itu je cara dia.. Apa ada kat petiais tu campak je dalam tu.. Kalau ada buncis boleh jugak, kacang panjang ke.. carrot ke.. ikut suka korang ;) Daging tu jadi sedap sebab kita dah gaul dengan garam dan kunyit, so bila makan tu memang terasa masin-masin sikit.. Eh telan ailio plak.



Love, 
Filla.

7 comments:

izzeyda said...

simple dan sedap.. makan dengan nasi panas2 nih sedap..

nora iwana mohd rakis said...

Sy paling suka resepi asam pedas kak filla!sy pun sama lah.bkn tau msk sgt.lauk simple2 je.pastu try msk asam pedas resepi kak filla nenek sy puji sedap.siap request buat lg pastu siap hirup kuah.kembang kempis hidung ni kak.thanks ye kak filla!dh byk resepi akak sy try.keep sharing resepi mudah. ☺

nadiah hanum said...

Mmg suka resepi2 pilla...simple!

nurul arizadib said...

Saya pon sama kak. Bila try resepi akak je sure menjadi.. Tu kalo rasa nk try pape lauk try cari kt blog ni.. So far saya plg suka resepi ayam sumur..

nurul arizadib said...

Saya pon sama kak. Bila try resepi akak je sure menjadi.. Tu kalo rasa nk try pape lauk try cari kt blog ni.. So far saya plg suka resepi ayam sumur..

Anonymous said...

Okay, boleh try esok..hihi

Anonymous said...

Capsicum tu ape?