Tuesday, March 10, 2015

Happy 1st Anniversary Hidy

Haritu Kak Pilla was invited by Hidayah untuk attend Hidy 1st Anniversary Private Party.. Actually haritu Kak Pilla ada kat Shah Alam (rumah PIL) so Kak Pilla drive dari sana, nasib baiklah ada waze ;)

Majlis ni Hidayah buat tak ramai sangat jemputan, just a small gathering for friends dan rakan artis gitu.. Wah rakan artis gitu, Kak Pilla langsung tak tau pun yang ada artis hahaha.. 

Venue kat Shila Lama Cafe kat atas Hidy Store.  Kak Pilla datang sana sorang diri je.. So pepandailah nak mencarik kawan ke apa nanti ;)

Ada lah sikit tulis kat sini.. tapi tak amik gambar.. mana boleh, confidential ok hehehe.. 

Simple yet elegant kan? 

Nama ada sikit kesilapan hahaha.. Amboi kemaian hurup Q.. tup tup nama depan tu Dynas.  Erk kene duduk depan Dynas ke?

Dari dulu suka tengok Hidayah.. so friendly walaupun first time kenal.. suka buat orang keliling rasa comfortable ;)

Haish semua dessert sedap-sedap.. balik tu nangis makan banyak sangat ;)

suka kan tengok food comel-comel camni?






Gamba food je dah penuh entry hahaha.. Sopan sangat Kak Pilla makan tu je? Yelah, sebelum datang sini dah makan nasik 2 kali.. 

Tapi ni sedapppp.. nak buat sendiri tak pandai so mari makan jelah sampai kenyang ;)

Kemudian majlis dimulakan dengan ucapan dari Hidayah selaku pengasas Hidy Boutique.  Majlis tak formal so cuma gelak-gelak je ;) 

Pastu ada acara potong cake.. Wah dah lah cake betul-betul kat meja kitorang.. ngap lagi.. huwaaaaaa semua benda manis je acaner tu?  Oh sebelah Kak Pilla tu Vanidah Imran.. Baik sangat dan kelakar boleh tahan.. bersembang berjam-jam sampai Kak Pilla takut ni dah lama sangat ni dah janji nak balik umah awal hahahahah.. 

Sebelum Dynas turun bawah nak bershopping kat Hidy Boutique, kita snap lah sekeping dua gambar.. punyalah pendek Kak Pilla ni, ke Dynas tu yang tinggi sangat? ada plak yang photobomb kat belakang hihi.. 
Both shoes from Cipela Shoes .. 

Kasut Dynas tu lawa kan? Dah try haritu tapi rasa nak tumbang hahaha orang tak biasa pakai heels mcm tu la ;) All shoes from Cipela Shoes

Kiri ngan kanan Vee tu dua-dua cikgu tau.. Itu yang citer jadi panjang lebar duduk semeja haha.. Vee anak 2, Kak Pilla 3, cikgu-cikgu semua pon ramai anak.. So jadilah perjumpaan ibu-ibu.. semua nak tau pasal sistem pendidikan, amik kesempatan betul mentang-mentanglah cikgu ramai muahahhaha.. Thanks cikgu-cikgu for infos sharing haritu ;)

Dah lama kat atas tinggal Kak Pilla, Vanidah, ngan cikgu-cikgu je.. sambil borak mulut mengunyah makan cake.. pastu siap tapau dessert hahah.. comel sangat perangai mak-mak ni semua.

Vee tak bagi masuk gambar ni sebab buruk sangat siap bimbit bag bekal banyak hahahahah.. takpe tetaplah comel kan? dari dulu suka tengok Vanidah Imran sebab muka dia manis je kan.. bila jumpa dan dah borak-borak rasa macam bagusnya Vee ni.. korang tak dengar citer dia garang jaga anak hahahaha.. thumbs up sangat.

Ok ni tak bimbit bag hehe.. Baju Vanidah Imran pakai tu tak sure dah keluar ke belum sebab tu new collection takde lagi kat Hidy Boutique masa tu.. Now if dah keluar nak grab cepat-cepat sebab design dia comelll.. siap ada pocket macam baju doktor hahahah.. yang pink Kak Pilla pakai tu 2015 collection tapi dah ada dah.. boleh pilih nak shocking pink or white ;) Baju hijau kat tepi Kak Pilla tu Vee amik 2 helai.. Kak Pilla amik selai ;) 

Dah rasmikan Sabtu lepas heheh.. Sukaaaaaaaa sangat sebab length tangan dia just nice, kain dia sejuk sebab nipis tapi still tak yah pakai inner sebab tak jarang.. One thing Kak Pilla suka baju-baju kat Hidy ni sebab banyak kurti design which is sangat comfortable.. dan paling penting baju labuh menutup punggung.. bila pakai dengan seluar rasa best je.. dan kalau gi kerja pon boleh pakai dengan kain so dia macam 2in1 lah konsep dia.. pakai dengan kain dah nampak macam baju kurung ;)

Ni baju Kak Pilla ;) haritu on sale ni dah takde sale hahah rugi la korang ngeh ngeh ngeh... Tapi takpe.. dia selalu buat sale, now tengah sale baju-baju lain korang boleh tengok ;) 





Geram kan? Semua lawa-lawa.. Haritu Kak Pilla beli 2 pasang baju kurung.. satu tu ala-ala songket tapi pastel colour huwaaa sukanyaaaa!! Next week Kak Pilla nak pakai, nanti Kak Pilla tayang kat ig ok? 

So siapa berkenan nak cuci mata ke nak borong terus ke boleh lah ke www.hidy.com.my

Oh ye siapa free jom pi Shoe Festival 2015 di KL Convention Centre (Hall 6) boleh borong Cipela Shoes.. Dah tengok ke kasut Cipela? Lawa-lawa ye dik... Rugi tak beli masa festival ni.. Nah ni ig @cipelashoes atau boleh tengok kat www.cipelashoes.com .. Ramai artis pakai cipelashoes tau.. nak bajet retis tak? hahahah jom lah kiter ;)

Untuk yang nak walk in boleh ke Hidy Boutique terus.. boleh fitting best sikit.. ni address:

No.46, Lorong Datarang Wangsa,
Dataran Wangsa Melawati, 
Wangsa Melawati 
53300 Kuala Lumpur
Open: Tues - Sunday from 11am to 9pm



Love, 
Filla.

4 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila memang minat dgn vanidah imran.. masuk satu contest.. dapat hadiah katil princess bertiang empat dan jurinya vanida & shede.... besttttttttt

syira yaya said...

Nice :).. ada dynas & vanidah imran..wahhh! :) :)

Trendy Sofratunnisa' said...

sedapnya....

Lynd said...

Dalam banyak-banyak benda mata macam tertarik dengan sandwich kecik tu..

Letak pepperoni ngan salad selai.
Bagus dan berkhasiat untuk budak-budak..
Aihhhh.. tak kena dengan tajuk entry..