Wednesday, March 04, 2015

KENDURI DOA SELAMAT.

Last few weeks kitorang ada buat majlis kenduri doa selamat kecil-kecilan sikit.. Actually memang nak buat sebelum Produk Ellfie mula dipasarkan.. Tapi macam-macam hal pulak masa tu.. Aku kene pegi Jepun, Elly pulak ulang-alik ke Hospital jenguk arwah bapa mertua (semasa hidup), Peej pun boleh tahan busy menguruskan Noy nak kawin nie.. 

Pastu haritu Peej kata nak buat BBQ sikit kat rumah, dia ajak aku ngan Elly sefamily.. Terus kita suggestkan buatlah doa selamat sikit.. Ok boleh.. jom ;)

Dari awal perbincangan lagi kitorang ni nampak je gila-gila.. tapi ada masa jenis jiwang-jiwang.. terus cakap apa pun yang kita buat kene mohon restu ibu bapa, minta ibu bapa doakan kejayaan kita.. berdoa pada Allah SWT semoga perjalanan kami ni dipermudahkan dan dijauhkan dari hasad dengki orang.. Jikalau ada pun kita kene bersedia, kene sentiasa usaha, yang lain semua urusan Allah.. 

Aku datang awal sikit sebab bawak buah.. nak tolong Peej potong-potong dan tolong apa yang patut.. Sian dia, waktu aku sampai tu dia dengan baju kelawar favourite dia.. mengerbang-ngerbang baju peej bila dia jalan laju ke depan, jalan balik ke dapur hahahah.. 

Peej buat spaghetti.. Aku tanya lah, ni je spaghetti kau? Peej pandang aku muka macam tanda soal "Kenapa? Tak cukup ke?".. Then aku jawab.. "memang tak laaaaah!!" Kelam kabut call elly suruh beli lagi 2 bungkus spaghetti tu apa-apa hal boleh rebus hehehhe.. tau takut.. 

Atok ngan Wan pon datang.. Parents Elly tak dapat datang sebab bapak Elly tak leh drive malam.. kang bahaya pulak kan.. dah lah tempat tak biasa.. so cuma maklumkan kat telefon je lah mohon doa ibu bapa semoga dipermudahkan segalanya.. Gambar atas ni kelakar sebab Anak-anak Elly ngan Anak-anak Kak Pilla semua penakut kucing.. Amaani tu sampai phobia menggigil ye kat kedai mamak haritu kucing tetiba berdiri kat kerusi dia.. rupanya ada ayam Amaani terjatuh kat paha masa makan.. menggigil dia.. siannnn huhu.. ni semua belonggok belakang Atok ngan Wan sebab takut kucing Peej.. Kasih pon penakut, dia buat-buat je tu macam berani.. 

antara yang datang.. Dr. Jonet pon ada.. lama betul tak jumpa Dr. sorang ni.. Noy seri bakal penantinnnn gitu.

Spaghetti Peej.. yang kanan tu Noy buat.. tapi Peej yang rebus kentang tu.. masa aku datang belum buat lagi, tapi kentang dah rebus.. pastu bila Noy sampai nak buatlah benda tu dia tanya Peej 

"Pija, kentang tu masa rebus letak garam tak?"
Lagi sekali Peej buat muka tanda soal
"Kena ke? Tak letak hahaha"
"Piijaaaaaaaaaa!"

Tapi sedappp jugak.. nanti nak try lah, tapi resepi dah lupa, Noy sila bagi resepi ye, haritu main cakap mulut, i dah terlupa uolls.. 

 Pembakar Ayam dan Lamb.. Sedap gilos marinate ayam dia.. katanya Arif tunang Noy yang buat.. Pastu kedekut nak bagi resepi kan kan kannn.. Ahh takde.. nak jugak, serious sedap.. sebab buat ayam bbq ni kene pandai.. kalau marinate dan cara bakar tak betul, confirm tak sedap.. 

Leecha kenapa? Geli tengkuk eh? hahaha.. Leecha dia dengan orang dia ok, takde takut ke apa.. Tapi kalau aku ada.. memang confirm nak membontot je.. adoi laaa siap tarik-tarik kaki, tarik seluar, tarik baju nak ikut mana mak dia pegi.. budak-budak ramai kot, pegilah bersosial skit.. choiiii.
 
 Birthday Aleesya ngan Elly selang 2 hari je.. So marilah kita celebrate.. sebab this year terlalu busy dan tak kuasa nak celebrate tukar-tukar hadiah.. Suruh Elly ke depan tiup lilin, laju-laju nyelit belakang Kak Pilla.. malu lettew nak berkumpul ngan budak-budak kecik tiup candle.. hahaha..  


Muka excited semuanya.. 

 Aku syak Aleesya excited sangat tepuk tangan laju-laju pastu tesodok kepala Amaani kat sebelah tu.. 

Tengok tu, kene lagi sekali hahahahah.. Anak-anak Tina pon ada comel semua 4 orang tu.. 

First time Wan berjumpa dengan Auntie Nani (Mak Peej) selalu tengok kat FB je.. 

Elly memang laju je.. nampak je dia camera.

Buat kecil-kecilan je.. Minta tolong abang ipar Peej untuk bacakan doa.. 

Masa tu tak tau nak kata, rasa sedih sangat..

Inilah orang-orang yang sentiasa doakan kejayaan kami.. Suami-suami kami, ibu bapa kami.. Susah senang kami lalui bersama.. Doa kedua orang tua untuk anak-anak tu yang kami perlukan.. Sebab tiada orang yang lebih ikhlas selain ibu bapa kita dan keluarga kita.. Terima kasih juga mendoakan persahabatan kami bertiga berkekalan.. Kitorang dah melalui macam-macam dan kitorang akan duduk bincang dan selesaikan bersama.. selalu juga ingat-mengingati untuk jaga persahabatan.. kalau bukan sebab business ni pun, kitorang memang berkawan rapat dan take care antara satu sama lain.. 


Elly memang paling kuat nangis.  Mak Peej nangis tetiba eh budak ni dah menangis dah.. hahaha.. 

Dua hari lepas, Kak Pilla receive email dari Singapore yang mendoakan kami.. baca email ni pon rasa sebak.. hasad dengki manusia dan fitnah adalah yang paling menakutkan.. tapi kita berserah kepada Allah sebab fitnah dan hasad dengki ni kita tak berdaya untuk menghalang.. cuma berdiri dan berjalanlah di landasan yang betul, orang lain, biarkan je.. InshaAllah dipermudahkan.. Terima kasih reader dari Singapore.. 

Happy sebab Ellfie Beauty sesuai untuk customer kita yang sedang pregnant.. Ada jugak haritu ibu-ibu mengandung tanya boleh ke tak nak pakai.. Susah nak cakap sebab orang pregnant hormon lain-lain.. Tapi nak cuba tak salah ;) mana tau kulit korang pon sesuai macam customer kita kat atas ni.. 

Loose items for cleanser and toner 50ml dah boleh order sekarang ye.. Tapi postage untuk loose items ni bermula hari Isnin (9 Mac 2015) 

Kalau nak tengok testimoni dan lain-lain info tentang Ellfie Beauty boleh visit:



Siapa nak order boleh whatsapp/sms : 013-2755197


Love, 
Filla.

2 comments:

JMR said...

SEMOGA AKAK2 SEMUA TERUS SUKSES!

nadiah hanum said...

Majlis kecil2an tapi meriah yeee...semoga bisnes pila & friends suksess...