Wednesday, March 11, 2015

RESEPI MACARONI GORENG

Rasanya dah banyak kali Kak Pilla share resepi Macaroni Goreng ni.. Tapi cara Kak Pilla masak pon lain-lain hahaha.. kadang letak ayam, kadang letak button mushrooom eh ke masroom? hai bibik ;)

Ini yang Kak Pilla masak weekend haritu.. Selalunya weekendlah yang ada masa nak masak apa-apa untuk breakfast.. kalau sabtu dengan ahad tu.. hari sabtu makan kat kedai mamak, hari ahad masak.. kang kene lempang plak asik nak makan kat luar hihih

Resepi ni paling simple sebab malas nak keluarkan bahan seperti ayam yang keras macam kayu.

1. Celur macaroni sampai lembut kemudian toskan letak tepi.
1. Guna sekeping daging hancuri (ramly) basuh dan toskan.. pecah-pecahkan siap-siap.
3. setengah biji tomato dipotong dadu (buang yang lembik-lembik tu)
4. 2 biji telur gred A (amboi siap gred)
5. 1 biji bawang merah dipotong dadu
6. Bawang putih 2 sudu (blend)
7. Cili kering blend (1 sudu) takut pedas anak tak leh makan.. kalau nak pedas letak banyak ye.
8. 1/2 kiub ayam
9. Olive oil / minyak masak
10. sedikit garam

Panaskan kuali.. Masukkan 1 senduk olive oil / minyak masak.. tumiskan bawang merah, bawah putih, cili kering blend dan kiub ayam.  Bila dah wangi dan agak masak masukkan daging hancur dan kacau hingga daging masak.. masuk garam sikit.. kemudian masukkan macaroni dan kacau rata.. kemudia buat satu lubang ditengah-tengah dan pecahkan 2 biji telur. kacau telur ditengah-tengah kemudian ratakan, masukkan tomato dan kacau dengan keseluruhan macaroni.

Dah itu je pun.. Tapi kalau banyak bahan lagi sedap la.. kalau ada ayam dadu boleh letak, capsicum, carrot, button mushroom slice.. tapi budak-budak ni kalau letak macam-macam banyak plak dia punya complaint kan.. so buat kosong je macam ni senang diorang nak makan tak banyak bunyik. 

selamat memasak ;)



Love, 
Filla.

5 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lum sempat nak commet.."bukan dah selalu share ke makaroni goreng?" haha.. tuanpunya blog dah ngaku dulu kat first ayat ..kiki... takpe pila..ulang tayang..i baca jugak...

strawberi said...

koli plawer tak masuk ke kak pila...hehe

Joni said...

pingin ngicipin..

Azrina R said...

Assalam Filla..nampak sedap tu..anak mmg suka macaroni. Nanti akak nk try masak mcm tu. Akak org baru dlm dunia blog. Sila lah ke blog akak ye mymomentoflife.blogspot.com

Princcess Sheyra said...

tq..saya tak sabar nk cuba resepi nie..