Showing posts with label ellfie beauty. Show all posts
Showing posts with label ellfie beauty. Show all posts

Wednesday, December 14, 2016

JUALAN MURAH ELLFIE!!!

*sticky post*

 Hari tu tak sempat Kak Pilla nak share dengan korang.. Maybe ada yang tak perasan yang Produk Ellfie now ada sale menggila sempena Year End Sale (YES)

So kalau korang memang pengguna tegar produk Ellfie Beauty nilah masa yang sesuai untuk korang stock up sebab harga runtuh dan korang akan dapat FREE SHOPPING BAG!!

Sementara stok masih ada je tau..

Set Ellfie Essence harga asal RM120.00 (SM) dan RM130.00 (SS) dan harga YES promo hanya:-

RM100.00 (SM)
RM110.00 (SS)
Percuma Free Shopping Bag 


*Free Postage*

 

 
Set Gold Serum harga asal RM130.00 (SM) dan RM140.00 (SS) dan harga YES promo hanya:-

RM110.00 (SM)
RM120.00 (SS)
Percuma Free Shopping Bag 


*Free Postage*


Loose Items pon dapat harga YES yang meletop-letop murah!!

Cleanser 50ml = RM55.00 now RM40.00
Toner 50ml = RM55.00 now RM40.00
Day Cream = RM50.00 now RM40.00
Night Cream = RM60.00 now RM50.00

Postage RM8.00 (SM) / RM12.00 (SS)


Untuk pembelian whatsapp 013-2755 197
Promosi YES
1 December - 31 December 2016






Love, 
Filla.

Tuesday, September 20, 2016

BERMULA DARI BAWAH.

Rasanya korang dah baca entry Kak Elly pasal "New Office" tu kan.. Terharunya rasa bila office baru ni dah siap.. Actually masih ditempat yang sama tapi kita buat renovation sikit sebab sebelum ni office tonggang langgang dan belum sedia nak gunakan modal yang ada untuk renovation office.. Kita rolling modal untuk benda yang lebih mustahak dulu baru boleh proceed ke office idaman heheh

Kalau korang baca blog ni, blog elly and blog peej.. sure korang dah tau cemana mulanya kitorang kenal.. Kalau ada yang tak perasan.. aku kawan dengan Elly sebab dia beli frame aku (masa tu aku and Pak Radie buat business frame) dia tempah sekali 6.. kitorang berurusan through email je rasanya.  masa deliver frame pon aku tak turun dari kereta sebab hujan.. So Pak Radie je turun.. aku nampak kelibat Elly terus rasa dalam hati "lawa gak pompuan ni" hahahha.. pastu aku email dia balik say thanks ke apa aku tanya if dia ada blog ke?. memalu dia bagitau blog dia Ellyinwonderland... Terus aku baca dan boleh tahan muka lawa tapi otak gila.

Peej pulak aku baca blog dia bila ntah.. Pastu nak try tabita.. so aku beli dan pick up dari dia.. Macam tu je kenal.. Basically kitorang bertiga memang ada business masing-masing sebelum start Ellfie dan Fame.  Aku start business kecik-kecik pulak lepas tu jual smurf, jual pants dan lain-lain dengan Elly.. Pastu ke Guangzhou jual baju-baju.. dan lepas tu ada keluarkan cardigan kitorang sendiri dan baju kurung untuk ibu dan anak-anak.. Lepas tu stop.. Aku berniaga shawl pulak dengan Peej.  Elly masih kerja di tempat lama.  Sampailah kitorang tubuhkan Ellfie Beauty dan diikuti dengan Fame Cosmetics.  Alhamdulilah semua bergerak laju mungkin juga dibantu dengan pengalaman masing-masing berniaga sebelum ni menjadikan perniagaan ni sedikit mudah.. Nampak mudah tapi effort dan ketahanan mental dan fizikal serta sokongan keluarga dan kawan-kawan tu penting jugak.

Bantuan dari suami-suami masing-masing pun penting.. Alhamdulilah Pak Radie banyak membantu dari segi design.. Baik design office mahupun design untuk Ellfie dan Fame semua Pak Radie banyak tolong.  Win suami Elly banyak bantu dari segi pelancaran business sebab Win banyak knowledge dalam bidang business.  Suami Peej, Ben banyak bantu dari segi moral support gitu.  

Gambar atas tu diorang melepak kat office.. kat Bean Bag kesayangan Peej pulak tu hehehe.. 

Ini hari pertama kitorang pegi tengok kedai untuk disewa kat Setapak.  Kosong takde apa.. Tapi kitorang dah tak boleh bekerja dari rumah Peej.. Kesian kat dia rumah dah macam kilang hahahah.. Nak ada office ni banyak benda kena fikir especially expenses.. Dah tentu akan bertambah.. bil letrik, bil air, sewa monthly.. pastu maju sikit amik pekerja.. sorang.. lepas tu tambah lagi dan lagi.. Alhamdulilah pelan-pelan kitorang merangkak.  

Setelah lebih dari setahun baru mampu sikit nak buat renovation kat office.  Dari mula design dan buat semua ni Pak Radie handle.. Kalau harap kitorang ni, kitorang tau nak cantik je.. Nak buat macamana tu semua serah kat dia.. Pepandai lah dia nak buat bagi cantik dan sesuai citarasa kitorang bertiga.  Kesian jugak kat dia sampai ke malam dan korbankan hari cuti memerap kat sini.. Masa kitorang pergi Bali dia cakap nak surprisekan kitorang bila balik dari Bali.. Dia memang suka surprise-surprisekan orang ni hahahha.. Ingat dulu aku balik dari mana ntah.. tetiba masuk rumah wow rak kat hall dah siap.. rasa nak lompat-lompat gembira hehehe.. 



 Rasa happy dan sedih sangat.  Penuh frame ada muka kitorang bertiga.. Tetiba perasan ada 3 selipar jugak kat situ.. wow kemain lagi dia hahahhaha.. Kitorang berharap apa yang kitorang usahakan selama ni akan berhasil dan semakin maju lagi walaupun ekonomi sekarang meleset tapi kami perlu tabah lalui semua halangan tu.. Doa ibu bapa mengiringi perjuangan kami InsyaAllah.  

Walaupun buat masa terdekat ni aku tak dapat nak join Peej and Elly kat office ni.. InshaAllah siapa tau soon aku akan ada disini bersama-sama dengan diorang jugak.. Pak Radie ada buatkan meja kecik untuk aku jugak kat dalam ni hahahahahha.. kalau sempit nanti nak duduk atas pangku Peej je hahahah.. for now aku bekerja dari jauh je menjaga stokis dan agent.  Stokis dan Agent adalah orang paling penting membangunkan Ellfie dan Fame.  Sebab tu relationships dengan stokis dan agent kena baik.. sebab sama-sama saling memerlukan untuk memajukan lagi perniagaan ni.  Jangan kedekut untuk reward usaha mereka.  Kitorang selalunya reward diri kitorang bertiga dengan makan sedap-sedap je ahhaha.. dan reward terbaru pegi vacation ala princess ke Bali.. tu nanti cerita ;) Hati dan kebajikan staff pun kena jaga juga, rezeki yang ada tu kita tak leh tamak, kena share dengan orang lain juga.  Tapi ada batasnya juga hubungan majikan dan pekerja kena saling menghormati supaya suasana kerja tu aman dan gembira je ;)

 Tak sangka Pak Radie ada framekan article atas ni.. Terus rasa sebak je dada ni.  Siapalah kitorang ni? Bermula dengan blogger biasa dan now ada business bertiga yang kami mulakan dari kecil-kecilan je.  Aku, Elly dan Peej ada impian yang menggunung.. Nak bahagiakan keluarga, nak selesakan taraf hidup di zaman yang semua mahal ni.. InshaAllah akan usaha lebih gigih lagi.

Support dari anda semua sangat kitorang hargai.. Alhamdulilah Ellfie Skincare pun diterima baik satu Malaysia.. Fame pun dah mendapat tempat di hati semua orang.. Sebut Fame je ramai yang kenal brand ni.  bukan senang nak pahatkan nama kita di hati dan minda orang.. Tapi takde benda yang mustahil selagi kita berusaha.

 Suka sangat design ni.. Cozy dan memang jiwa kitorang sangat.

 Ni lah kaki designer kita dan tukang merealisasikan impian kami.. Thanks Pa sebab walaupun garang tapi deep inside kitorang tau dia sayangkan Ellfie dan Fame sangat-sangat.  Sentiasa support kitorang.. Wow ucapan untuk laki terlebih sikit muahhahaha.. 

Terima kasih sangat-sangat atas doa dari semua yang nak tengok kitorang berjaya.. Doakan kitorang akan lebih maju dari sekarang ya..




Love, 
Filla.

Wednesday, August 24, 2016

PROMO MERDEKA DAPAT FREE SHOPPING BAG!!!!!


*sticky post*
Ramai yang tak sabar nak Shopping Bag Ellfie kan? So ni lah masanya untuk korang dapatkan secara PERCUMA.


BELI 2 SET 

ELLFIE ESSENCE atau ELLFIE GOLD SERUM

+

PERCUMA 1 SHOPPING BAG ELLFIE


Contoh:

Set Ellfie Essence = RM120 x 2 = RM240 + Free 1 Shopping Bag Ellfie

Set Ellfie Gold Serum = RM130 x 2 = RM260 + Free 1 Shopping Bag Ellfie

atau 

1 Set Ellfie Essence (RM120) + 1 Set Ellfie Gold Serum (RM130) = RM250 
+ Free 1 Shopping Bag Ellfie




Boleh tak saya nak beli bag sahaja tanpa membeli Set Ellfie?
Ya, boleh.. Sila refer harga di bawah.


Shopping Bag = RM45 + RM8 (postage)
Total: RM53 sahaja.



Contoh size Shopping Bag Ellfie.  Berkualiti tinggi, menggunakan material yang tebal dan kalis air, jahitan yang kemas.

Boleh pilih warna yang disukai ok.. (Hitam atau Hijau) sementara stok masih ada ni baik pilih laju-laju warna kesukaan anda hehehe.. 

Promo Merdeka
22 Ogos 2016 - 16 September 2016




Whatsapp : 013-2755197



Love, 
Filla.

Tuesday, August 23, 2016

MASALAH JERAWAT TIADA LAGI.

Gembira betul tengok customer Ellfie ni happy pakai set Ellfie Essence.. Gambar ni actually Agent kita Liana dari Subang / Shah Alam yang hantar.. Thank you Liana ;)

Dia kata customer dia ni sangat consistent dan sabar.. now tengok sendiri hasil dia..


Tu lah Kak Pilla habaq kat you all.. Kalau ada masalah kulit wajah yang teruk pun kita boleh rawat dengan set Ellfie Essence ni.. Apa korang perlu lakukan cuma sabar dan consistent. 

Korang boleh nampak gambar sebelum pakai Ellfie ni.. Kulit ada masalah jerawat yang teruk, kemerah-merahan, bintik-bintik hitam dan jeragat.. Which memang kena ambil masa yang agak lama sikit untuk betul-betul pulih.. Tapi berkat kesabaran customer kita ni.. banyak perubahan yang kita nampak.. Selepas 4 bulan ;)

 Merah-merah dah hilang.. jerawat yang besar-besar dah banyak kurang, kulit cerah sekata.. bagi lagi masa 2 bulan inshaAllah bebas dari semua masalah ni.. 

Set Ellfie Essence ni actually sesuai untuk semua masalah kulit.. dari yang bermasalah teruk atau masalah biasa-biasa je.. Contoh Kak Pilla dulu muka berminyak di T-Zone, pori besar di dahi, jerawat selalu tumbuh merata, kulit kusam (ngeri) macam-macam lagi lah hahahah.. Macam tak percaya selepas mula guna Ellfie dari sebelum launch product ni lagi sampai lah sekarang, omg banyak gila perubahan.. wow taksub produk sendiri.. Eh biarlah dah memang betul hahaha.. 

Sebab tu Kak Pilla yakin set Ellfie Essence ni memang boleh bantu you all.  Harga pun tak mahal.. RM120 je satu set.. ada cleanser and toner 30ml dan day cream dan night cream.. So total ada 4 barang dalam satu set.  Apa yang jimat?? day cream tahan 4-5 bulan, night cream 3-4 bulan.. kalau habis dulu pun cleanser and toner.. Jangan risau kita ada jual loose cleanser and toner 50ml (lebih besar dari dalam set.. Each RM55 beli 2 loose tu RM100.. 


Now tengah Promosi Merdeka, beli 2 set dapat FREE 1 shopping bag Ellfie

 Tengok gambar ni pun boleh nampak kualiti bag terbaik yer.. inspired by Harrods gitu.

Ada dua kaler sila pilih nak warna mana.. dua-dua pun lawa.

Nak beli bag sahaja pun boleh cuma RM45 sahaja.  Tapi siapa belum pernah try set Ellfie Essence silalah cuba sebab memang best.. kalau tak i tak jadi pengguna setia sikit lagi nak masuk 2 tahun youolls.



Jangan lupa kalau nak COD/Pos Shah Alam or area Subang boleh contact agent kami :

Liana - 012-2937670

------------------------------------------------------------------------------

Siapa nak pos atau walk-in area Setapak boleh contact Ellfie Beauty HQ :

Whatsapp : 013-2755197




Love, 
Filla.

Friday, June 17, 2016

ELLFIE DAN FAME COSMETICS DI VENDEUR FESTIVAL, SABTU DAN AHAD INI.

Orang-orang KL, Selangor dan orang luar KL yang turun KL jom kita serbu Vendeur Festival.. Beratus booth menjual segala macam benda.. Korang datang sini shopping raya, lepas tu duduk diam-diam kat rumah sampai hari raya hahaha..

Date
 18-19 June 2016 (Sabtu dan Ahad)

Time
10.00 pagi - 2.00 pagi

Venue
Vendeur Festival, MATRADE KL.

Booth No
B116 (Hall B)

Boleh dapatkan produk Fame Cosmetics (tester disediakan) dan Ellfie Beauty.. dengan harga pom pom pom.. Bukan harga kasih sayang dah ni.. harga letop-letop terus kita bagi.. Kata nak rayaaaaa khennnnn..

Belambak retis juga akan datang memeriahkan suasana di Vendeur Festival.. Kalau korang nak beli jubah / baju raya / shawl raya.. sila lah datang sini, boleh pitam ye.. sambil tu meh singgah booth B116 bli lip cream sebatang dua.. baju je cantik, muka kena cantek jugak hehehehe... 

So jumpa anda di sana.. Berbuka siap-siap kat rumah datang lambat pun takpe... Kata booth buka sampai 2 pagi, tak yah terkejar-kejar banyak masa lagi tu.. Tapi kalau nampak Kak Pilla duduk kat booth menyandar kat dinding mata juling-juling sebab ngantuk, jangan tegur.. diam je ye..  Jom jumpa di sana ;) 


Love, 
Filla.

Wednesday, June 08, 2016

PROMOSI RAYA BELI SKINCARE DAPAT FREE MAKEUP BAG DAN ANGPOW RAYA!!

 Dam Dam Dum Bunyi Mercun.. Wow baru first day puasa dah sibuk nak raya.. Acaner tu?

So macamana puasa harini? Lembik ke atau masih bertenaga.. kak Pilla seperti sotong harini.. Alhamdulilah orang apply nak jadi agent and stokis non - stop.. Agent-agent Ellfie pun hari ni menderu-deru order Set untuk promo Raya..

Eh ada promo Raya ke? Ye mestilah ada.. Tapi sebelum tu better korang tengok dulu testi dari customers kita ni.. 

Sekarang ni Kak Pilla ada perangai.. bila nampak orang ada masalah je rasa nak cakap je meh lah dik try Ellfie.. ko ingat ni kat booth exhibition ke? Huwaaaaa.. korang tak kan mengerti.. sebab dah ramai, termasuk Kak Pilla sendiri dapat mengatasi masalah jerawat dan kulit muka kusam ni.. Ko rasa tak nak tolong orang ke??? Tapi mengenangkan aku tak boleh buat macam tu.. maka kutelan didalam hati je nak mengajak orang pakai Ellfie Essence.  Ko rasa kalau Ellfie Essence ni memang boleh menyelesaikan masalah dia ko tanak tolong orang tu?? Of course nak.. Happy gila kot tengok customer kita muka dah elok bersih.. Rasa nak lompat bintang.  Itu kita yang menengok ni.. kalau tuan punya badan.. tak tau lompat apa.. bintang bulan sang suria semua kot hahaha..

 Contoh adik kita nie.. Eh geram nak picit-picit pipi dia yang dah gebu tu.. Nak cantik kena sabar.. jangan cepat melatah.. Bagi peluang sebulan macam tu Ellfie Essence skin care ni nak merawat muka you all.. InshaAllah akan ok..


 Masalah jerawat penuh di pipi dan merah macam tu.. Jangan risau, dalam masa 3 bulan tengok sendiri... Baca pengakuan ikhlas customer kita tentang Ellfie Essence.  

 See? Kulit bersih jerawat pun dah hilang... Yang dah pernah cuba tu Kak Pilla tak kisah hahaha sebab diorang mostly repeat membeli lagi lagi dan lagi... 

Ni nak ajak customer baru yang ada masalah kulit wajah.. Ada kawan ke saudara mara ke yang menghadapi masalah seperti customer kat gambar-gambar atas ni? Jom ajak cuba.. 

Beli mana-mana 1 set di atas untuk dapat percuma make up bag dan angpow raya ;)

Lawa kannnnnn make up bag Ellfie. Kalau nak sila pantas sementara stok masih ada ya.

Kalau nak cuba, baik cuba sekarang sebab Set Ellfie Essence dan Set Ellfie Gold Serum tengah turun harga ni.. Angpow raya kita meriah colourfull sesuai untuk budak2 di pagi raya :)


Sempena Hari Raya, Ellfie Beauty menawarkan Harga Promosi Raya!

Harga 1 Set Ellfie Essence 
RM110 (SM) / RM120 (SS)

Harga 1 Set Serum
RM120 (SM) / RM130 (SS)

Setiap pembelian Set korang akan dapat percume Make up bag dan Ang Pow Raya Percuma. Cepat2 whatsapp kerana stock sangat2 limited

Whatsapp 013 2755197




Love, 
Filla.

Friday, May 06, 2016

MOTHER'S DAY DAH NAK DEKAT, APA KATAAAAA.....

*scroll down for new entry*

Hi para ibu-ibu kat luar sana.. Happy tak jadi ibu?  Of course lah happy ;)

Kalau dulu sebelum kahwin, bila mother's day kita asyik teringat kat mak kite jer.. Tapi bila dah jadi ibu kepada 3 orang anak dara ni.. Terus feeling anak-anak akan celebrate kita hahahahha.. Tak celebrate, ai sentap uolllsssss..

Kalau boleh diluah, apa rasanya luahan hati yang paling dalam buat ibu? Segan nak tulis kat sini, tapi takpe.. nak luah jugak sebab nak luah dari mulut, memang susah sikit sebab ai pemalu hahaha..

Buat Mama,

Terima kasih mengandungkan ayang selama 9 bulan, susah payah mama masa tu.. dengan perut besar mengalahkan orang mengandung anak kembar.. siap jatuh 2 kali kot sepanjang mengadung dulu.. sekali jatuh kat longkang masa sidai kain, sekali lagi lantai rumah lama kita masa kat sabah tu reput.. mama tengah berdiri terus pecah lantai tu.. calar-calar perut sebab jatuh berdiri terus kaki jejak bawah kolong rumah..

Terima kasih bertarung nyawa melahirkan Ayang kat dunia ni.. Mama tak boleh bersalin normal, habis perot mama kena kepak dek doktor pastu kena stapler sebab zaman dulu tak de sistem jahit menjahit.. parut kat perut macam tulang ikan.. demi lahirkan kitorang adik-beradik ke dunia ni.  Walaupun masa lahir mama sedih sebab anak mama ni tak comel.. rambut tegak keras naik ke atas.. sampai mama tanya Ayah kenapa anak pompuan tak berapa nak comel.. hahaha.. nasib lepas tu comel ;)

Terima kasih melayan kerenah Ayang masa kecik.. mama cakap anak pompuan dia ni lain sikit.. kalau bergaduh mesti nak menang.. Abang kalau nangis meraung.. tapi Ayang kalau nangis air mata je keluar.. keras kepala mengalahkan batu.

Terima kasih sebab selalu bersabar.. walaupun masa remaja selalu sakitkan hati mama, selalu menjawab dalam hati tapi kadang terkeluar jugak kat mulut.. hehehe.. memang mama selalu urut dada masa nak besarkan Ayang.. tapi mama tak pernah berkira.. mama selalu hulur duit.. risau Ayang tak makan, padahal Ayang nakal selalu habiskan duit mama ngan ayah.  Mama tak pernah fikir pasal diri mama, asyik fikir pasal anak-anak je.. masa tu tak tau pun besarnya pengorbanan mama.. mama bagi, orang amik je masuk poket.  Mama tak nak anak-anak mama hidup susah kalau mama takde.. Sekarang bila dah ada anak, Ayang pun tak nak anak-anak hidup susah.. nanti diorang tak pandai cari duit.. cemana diorang nak hidup? apa diorang nak makan? Eh sama je, itulah naluri seorang ibu.

Terima kasih sebab jadi Wan yang paling sporting kat anak-anak Ayang.. selalu nak belikan macam-macam kat cucu-cucu.  Kadang-kadang senyap-senyap je belikan apa yang Kasih nak.. Kasih pun diam je tak bagi tau dia ada pakatan dengan Wan..

Terima kasih Ma.

Tak ada apa yang boleh gantikan kasih sayang seorang ibu. 

Dialah ibu saya... Garang tapi baik hati, pemurah, kuat nangis.  Eh? hahahahhaha.. 

Ok cukup luahan perasaan..


Soooo sempena hari ibu, apa kata bagi something special untuk ibu kita?  Kak Pilla dah bagi Wan set Ellfie Essence ni.. Bila Wan lupa pakai night cream nanti Kak Pilla berleter hahahahha.. 

Boleh bagi ibu kita Set Ellfie Essence/ Set Ellfie Gold Serum dan anak dapat 1 Fame Matte Lip Cream ;)


Beli 1 set Ellfie Essence (RM120-SM) (RM130 - SS) 
+
percuma 1 Fame Matte Lip Cream (bernilai RM29)
(Code: Desire)

atau


Beli 1 set Ellfie Gold Serum (RM130 - SM) (RM140 - SS)
+
percuma 1 Fame Matte Lip Cream (bernilai RM29)
(Code: Desire)




Promosi Mother's Day bermula:

 3 May 2016 sehingga 8 May 2016 




Untuk pembelian
whatsapp : 013-2755197
dengan code "Hari Ibu"




Love, 
Filla.

Friday, April 01, 2016

JUALAN PENGHABISAN STOK.

Pihak Ellfie Beauty membuat sale jualan murah-murah untuk menghabiskan stok Limited Edition.  Stok dah tinggal sikit, so siapa yang memang pengguna tegar set Ellfie Essence, better korang beli set LE ni sebab lebih jimat, lebih murah, lebih tahan lama, lebih exclusive, dapat free 3 botol serum, dapat free note book berkulit keras, dapat free black hard box untuk buat simpan-simpan surat cinta. hehehe

Jualan penghabisan stok ini bermula 1 April 2016.

Set Limited Edition

Cleanser 100ml
Toner 100ml
Day Cream 12g
Night Cream 20g
Ellfie Gold Serum 3 botol (3.5ml)
*percuma kotak hitam (hard box) dan percuma 1 buku Nota Ellfie Beauty berserta pen.

Harga Asal

RM280

-
-
-

Harga Jualan Penghabisan Stok

RM250 sahaja

(Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak)

*selagi stok masih ada*


Whatsapp: 013-2755197

-
-
-



Facebook : Ellfie Beauty

Instagram : ellfiebeauty


Love, 
Filla.

Thursday, March 10, 2016

EIRA SYAZIRA.

Untuk pengetahun semua, pihak Ellfie Beauty telah melantik Eira Syazira dengan rasminya sebagai Duta kepada Produk Ellfie Beauty yang semakin mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei sejak Disember 2015.  Sebagai pengguna Produk Ellfie, Eira berpuas hati kerana tidak pernah menggunakan apa-apa set kecantikan yang khusus sebelum ini.  

"Eira memang berpuas hati dengan produk Ellfie Beauty setelah mencuba hampir 6 bulan.  Kulit Eira memang tiada masalah sebelum ini, tetapi setelah mencuba Set Skincare Ellfie Essence dan Set Ellfie Gold Serum, kulit Eira bertambah cerah dan sekata.  Ramai yang mula tegur dan suami Eira sendiri pun perasan akan perubahan kulit Eira sekarang.  Eira bertambah yakin dengan Produk Ellfie Beauty kerana semua produk mereka mempunyai kelulusan KKM dan selamat digunakan. Kini Eira sendiri adalah salah seorang pengguna setia yang sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Set Skincare Ellfie Essence mudah digunakan dan harganya sangat berpatutan.. Cuma RM120 (Semenanjung Malaysia) dan RM130 (Sabah / Sarawak) dimana tiada caj penghantaran dikenakan.  


Setiap Set Skincare Ellfie Essence terdapat:

Cleanser 30ml
Toner 30ml
Day Cream 10g
Night Cream 15g

Cleanser dan Toner mampu bertahan untuk 1 bulan, Day Cream 4 bulan dan Night Cream 2 - 3 bulan.. Untuk pembelian Loose Item jugak anda boleh dapatkan Cleanser 50ml dan Toner 50ml dengan harga RM55.. Pembelian 2 botol ialah RM100 *tiada caj penghantaran dikenakan.




Kebaikan Ellfie Essence

Cleanser
Membersihkan segala kotoran dimuka.  Kulit muka akan menjadi lembab dan tidak berminyak.  

Toner
Membantu kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Menegangkan kulit muka dan menyegarkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

Night Cream
Membantu memulihkan wajah yang tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari mengecilkan pori yang terbuka.

Day Cream
Membantu menjadikan rona kulit sekata dan melambatkan sistem penuaan.  Melembabkan kulit sepanjang masa dan memudarkan pigmentasi.  Mengandungi 15SPF untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.



 Cara pemakaian Ellfie Essence

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan tuala yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah.  Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder seperti biasa.  Make up seperti biasa.

Night
Cleanser, Toner dan Night Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan tuala yang bersih.  Sapukan Toner keseluruh wajah.  Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.

Produk ini membantu masalah kulit dari segi:

Masalah kulit tona tidak sekata

Mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat

Memudarkan pigmentasi

Mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka

Memperbaiki kulit kusam

Menjadikan kulit lebih lembap dan tidak berminyak

 Selain itu, anda juga boleh menggunakan Set Ellfie Gold Serum untuk mempercepatkan proses pemulihan kulit.  Ellfie Gold Serum telah mendapat kelulusan KKM bernombor pendaftaran : NOT150703734K dan ianya selamat digunakan kerana ia diperbuat dari ekstrak buah-buahan dan Gold 24K.. Ia juga bertindak untuk:

Mencerahkan kulit

Menghaluskan dan melembutkan kulit

Menjadikan kulit lebih sekata

Mengurangkan masalah kulit berminyak

Memudarkan parut

Membaiki sel kulit mati

Menegangkan kulit

Menjadikan kulit lebih berseri

Anti penuaan

 Boleh digunakan 1 kali sehari sebelum tidur.. Sebaiknya cuci muka terlebih dahulu, diikut dengan toner.  Kemudian sapukan sedikit Ellfie gold Serum sehingga rata.. Biarkan seketika sebelum menggunakan Night Cream.  Ulang proses ini dalam masa 2 minggu.. Selepas 2 minggu boleh selangkan pemakaian 2 hari sekali.

 Harga 1 set Ellfie Gold Serum ialah RM130 (Semenanjung Malaysia) dan RM140 (Sabah / Sarawak) *tiada caj penghantaran dikenakan.

Untuk Set yang lebih besar dan menjimatkan, anda boleh memilih Set Limited Edition dimana saiz dan kandungannya lebih banyak daripada Set Skincare sedia ada.


Set Limited Edition


Cleanser 100ml
Toner 100ml
Day Cream 12g
Night Cream 20g
Ellfie Gold Serum 3 botol (3.5ml)
*percuma kotak hitam (hard box) dan percuma 1 buku Nota Ellfie Beauty berserta pen.

Total jumlah set ini ialah RM400 tetapi Set Limited Edition ini dihasilkan sebagai tanda ucapan terima kasih dari pihak Ellfie Beauty kepada pengguna tegar kami.. Harga yang ditawarkan cuma RM280 (Semenanjung Malaysia dan RM290 (Sabah / Sarawak) *tiada caj penghantaran dikenakan. 



Testimoni Pengguna Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum

Selepas 2 bulan tiada lagi masalah jerawat


Masalah jerawat dan kulit kusam

Kulit menjadi cerah dan jeragat semakin pudar.

Layari Facebook dan Instagram Ellfie Beauty untuk melihat lebih banyak testimoni dari pengguna yang telah berjaya mengatasi malasah kulit mereka.


Whatsapp : 013-2755197

Website dan senarai Agent berhampiran : www.ellfiebeauty.com 

Instagram : @ellfiebeauty

FB Page : Ellfie Beauty



Monday, March 07, 2016

SG. PETANI MEMANG BEST BAQ HANG.

Sila tabah.. gambar banyak hehehehe...

Kali ni Ellfie join exhibition kat Sungai Petani, Kedah pulak.. Aku rasa aku tak pernah jejak kaki lagi ke Kedah.. tapi tak tau lah kalau time kecik-kecik aku pernah pegi.. tapi macam tak pernah je hahaha..

So perasaan agak excited sebab tak pernah pergi.. Kali ni exhibition berlangsung di Village Mall.  Pagi-pagi lagi Wan ngan Atok tolong hantar kat ERL Putrajaya lepas hantar Kasih pegi sekolah.. Aku ni nasib baiklah Wan ngan Atok ada.. bila aku ngan Pak Radie takde, Wan ngan Atok akan tido kat rumah dan tolong hantar dan amik Kasih kat sekolah.. 

Awal pagi pukul 7 dah ada kat sini.. 

 Aku dah lama tak naik ERL / LRT semua ni.. so agak teruja bila tengok sekarang semua orang dah pandai beratur tunggu train.. Sesuatu yang membanggakan.. Tak tau lah sejak bila sebab aku dah lama tak naik.. Tapi dulu seingat aku tak ye.. dulu train datang serbu je terus.. so tepukan gemuruh kepada rakyat Malaysia.. Bukan senang nak mendisiplinkan diri.. pastu naik escalator kat KL Central pun dah macam kat Jepun.. siapa nak cepat memang diorang bagi laluan.. takde lah memasing buat muka derk pastu block orang nak lalu hehehe..

 Sampai awal so mari breakfast dulu kat food court KL Central tu.. Kali ni pergi kitorang berempat je.. Aku, Pak Radie, Peej and Elly... Masa breakfast, husband Elly join breakfast jugak..

 Perjalanan smooth naik ETS ni.. Amik masa lebih kurang 4jam setengah dari KL Central ke Sg. Petani.  Train pun selesa, siap ada cafe kot-kot lapar boleh beli je..

 Baru sampai Station Sg. Petani.. then terus tahan taxi..

 Ramai komen FB Elly suruh try makan kat D'Cherry ni.. Pakcik Teksi tak tau tempat ni.. so kitorang guna Waze je.. dan akhirnya jumpa jugak.. Ajak pakcik teksi join makan ;)

 Dah lah tengah lapar, nampak semua rasa nak order.. Tapi pau tak order.. tapi macam sedap jeeee... heheheh

 Lai Ci Kang.. Lain sangat rupa dia.. rasa ok.. tekak haus dapat hirup ni memang lega.. Kedah panas boleh tahan.. tapi berangin kuat..

 Aku, Elly and Peej order laksa.. Terbaek licin memasing hehehe


 Rasa rojak pulak ;)

Pastu teruskan perjalanan ke El-Zahraa hotel.. walking distance ke Village Mall.. Tapi boleh tahan hazab takde lif huhuhu.. Check-in kejap rehat dan siap-siap ke Village Mall sebab lori dah sampai untuk set up booth.. 

 Kat sini lah kitorang berkampung dari hari Jumaat - Ahad.. 

Settle setup booth kitorang terus menghala ke hotel.. singgah jap kat Old Town makan dulu..
 Eh pitam.. bila bertiga je memang asyik makan je.. Sambil makan boleh jerit Zumba Zumba!!

Balik hotel rehat.. Malam tu Pak Radie keluar makan kat gerai bawah tu.. Ajak Peej lepak bilik aku.. suruh Pak Radie bungkuskan Peej char kuey teow.. 

Esok pepagi dah sampai booth.. Now untuk customer yang shopping kat booth Ellfie during exhibition kita sediakan paperbag ni.. Nampak cantik dan proper sikit bila bergambar dan usung ke sana sini ;)

 First customer yang membawa 'Ong' orang kata lah hahahah.. Dah guna 2 set Ellfie.. So ni datang untuk restock cleanser and toner.. Aku kan suka interview orang hahaha.. So tanyalah feedback guna Ellfie ni.. katanya Alhamdulilah serasi sangat dengan dia.. dulu jerawat penuh kat dahi.. lepas dua kotak clear dah jerawat ;)

Eh Kak Pilla tak leh dengar benda-benda macam ni terus rasa happy sengih je sampai ke petang hahahah.. Yelah bila dapat selesaikan masalah kulit wajah orang dengan produk kita.. mestilah happy :)

 Staff Ellfie di Sg. Petani.. Thanks kat Agent Ellfie yang tolong kita carikan staff ;)

  Paperbag kita khas untuk yang beli Set Serum atau Set Ellfie Essence.. yang beli loose (toner, cleanser, day cream or night cream) kita bagi plastik bag printed tulisan Ellfie..


 Jacket merah ni reader sebenarnya.. Thanks ya datang beli and support Ellfie Beauty ;)

Kitorang ni pagi-pagi dah fikir makan tengahari, malam, makan esok.. hahahaha.. so tengahari pakat makan Nasi Daun Pisang.. Hoi sedapnye..


 Kitorang ni agaknya gembira sebab makan je.. Ada duit je kitorang enjoy makan.. Hilang rasa letih.. Selama kat Sg. Petani ni, dua kali makan nasi daun pisang ;)

Kumpul je lah semua gambar dengan customer.. Tapi perangai masing-masing adalah pemalas ye.. Harap aku je snap gambar.. kalau tak memang takde lah gambar kat booth nie.. Disebabkan hanya mengarapkan ai sorang je.. ini jelah gambar customer yang sempat Kak Pilla snap.. padan muka.  

Kepada customer-customer lain yang datang beli produk Ellfie Beauty tapi gambar you all takde kat sini, mohon maap.. sila salahkan Elly dan Peej muahahahha.. Actually ramai customer baru kat Sg. Petani.. bila customer baru kita agak segan nak ajak bergambar.. sebab orang bukan tau pun kita blogger ke apa kan.. apa hal pulak nak suruh-suruh bergambar... 






Thank you Eira yang turut serta memeriahkan exhibition di Sg. Petani.. dan thank you kepada yang support Ellfie Beauty..

Malam tu dinner kat pizza hut.. Jumpa sekali akak and abang yang stay hotel yang sama masa aku gi Gold Coast.. Dia memang orang Sg. Petani..


 Lama betul tak jumpa.. Lepak borak dinner sama pastu chow sambung buat kerja..

Malam tu lah diorang ajak gi tengok Munafik.. Terpaksa aku ikut.. Dah lah lepas tengok wayang tu kat dalam lif kelakar gila.. orang penuh dalam tu.. Pastu kitorang tahan gelak sebab teringat cerita Munafik part Rahim Razali tu.. Ntah apa-apa tah.. merah-merah muka tahan gelak.. keluar dari lif terduduk-duduk ketawa.. Ngan Pak Radie sekali tak mampu tahan ketawa.. 

Seronok sebab walaupun penat kerja tapi kitorang bekerja dengan gembira ;)

 Ko tengok betapa confident melangkah.. Semangat membara nak ke booth.

 Sebenarnya semangat melangkah sebab nak makan Puri muahahahhahaha.. Eh Chennai Curry House tu sedap gila kot makanan dia.. 

 Mulakan hari dengan bacaan doa setiap pagi semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kami di sini..  Alhamdulilah syukur sangat setiap kali join exhibition semua berhasil.. Kadang unexpected sangat.. Tak sangka orang Sg. Petani menerima baik produk Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum..

Ramai yang datang booth kebanyakan dah tau tentang produk sedangkan diorang bukan pembaca blog.. Alhamdulilah..

Tiap kali berjauhan dengan anak-anak mestilah ada rasa rindu.. Tetiba Wan whatsapp gambar ni..

 Eh? Rambut Amaani dah pendek?  Hahahah rupanya Wan potong sikit.. pastu Atok yang sambung.. Atok memang dari muda berbakat potong rambut menurun dari arwah ayah dia (Atok aku).. dan aku rasa menurun jugak kat aku muahahahha.. rambut diorang bertiga memang aku je yang potong.. cuma kasih dah besar ni boleh lah gi kedai potong.. dulu semua menangis tak nak potong kat kedai.. nak mama jugak yang potong.. 
Tok Rosli and Auntie Bitah belanja Pizza.. Eish manja betul Aleesya dengan Tok Rosli.. Wan citer.. siap kiss-kiss pipi.. Tanak makan.. nak Tok Rosli je suap.. hahahah memang tak malu betul hhahhaha

 Bila Eira datang je berderet siap buat barisan nak amik gambar... dah alang-alang bergambar, terbeli jugak Ellfie.. cuba dulu baru tauuuuuu kesan dia ;)


 Petang kitorang balik hotel rehat jap.. Pastu kesian tengok Peej kaki bengkak sebab banyak berjalan dan letih sikit kot.. So Elly kata biarkan Peej rehat tidur.. kita gi berdua je.. 

Tapi rugi Peej tak datang.. malam tu Sis Elly jadi pakar urut hahahahahah

 Tetiba je kecoh-kecoh depan booth Ellfie.. ingatkan apa.. rupanya adik yang nak masuk contest ni kaki cramp.. tetiba je Elly datang menyelamatkan.. muahahahhaahha.. ko tengok gaya dia.. 

 Serba boleh Elly ni.. don't play-play ok..

 Pastu suruh dia duduk kejap.. kaki dia sakit tak habis lagi.. sampai jari kaki dia bengkok sebab cramp.  Pak Radie pulak tolong.. Aku tau Pak Radie dari zaman camping bawak budak sekolah keluar masuk hutan memang orang selalu refer kat dia kalau ada budak kaki cramp.  So i bagi chance lah dia menyelemat.. Tapi cekak pinggang gak lah.. jangan lebih-lebih yerrrrrr hahahaha..

 Pertandingan Ratu Muslimah katanyaaa..

 Ok ni pemenangnya.. siap ada sesi soal jawab.. adik ni terserlah sebab lancar jawapan dia.. kain dia dasyat sangat ni..

  Lelaki pompuan semua beratur nak bergambar.. Kitorang bertiga tengok je sambil menguap hahahah.. takde ke nak amik gambar dengan kita? hahahahah

Balik tu dah nak sampai call Peej suruh turun.. kitorang gi makan kat gerai char kuey teow.. 

Ini keesokan hari pulak.. Last day hari Ahad pakai uniform baru.. Baju Peej tak sempat siap lagi.. Kalau semua pakai ni lagi best..

 Ini lagi sekali yessszaaaa sedap ok.

 Balik ke booth tengok ada makanan.. wow ada orang hantar.. thank you kepada yang hantar Dominos ya..

 Petang tu salah seorang Agent Penang datang.. Mema now preggy so dia tak dapat bukak booth.. Ni antara agent kita yang selalu bukak booth Ellfie kat Penang jugak.. thanks for coming Mema ;)


 Kitorang tak pernah anggap diri kitorang ni founder ke boss ke.. Kitorang sentiasa bangga untuk turun sendiri join menaikkan sales di semua booth.. Satu kepuasan bila dapat bukak booth sendiri dan sentiasa ada kat booth.. bekerja sekali dengan staff-staff part time.. 

 Semoga bertemu lagi di next exhibition.. InshaAllah next bulan April di MAEPS, Bangi.. Phew lega dekat sikit ahhahahahaha..

 Nilah restoran kami setiap pagi.. Transport takde so bersyukur sangat ada tempat makan best kat area Village Mall hehehe

Pagi Isnin bangun awal pack and check out terus.. menuju station ETS Sg. Petani.

Bye, Sungai Petani.. Seronok berniaga dan berjumpa dengan orang Sg. Petani.. duduk sana 4-5 hari Kak Pilla dah boleh cakap Utara dah sikit-sikit hehehehhe.. Mai kakkkk, singgah kak.. Amboi, segok ni pakai Ellfie ka? muahhahaha


Sebelum menutup entry ni.. Ada testi sikit nak share.. semua dari customer yang ada masalah jerawat ;)

Ini dari agent Ellfie dan agent Fame.. customer yang beli dari dia yang share ni.. Memang puas hati sangat kata dia... nampak bersih sekata kulit dah sihat.. 
Ini customer yang beli direct dengan HQ.. Masa memula tu (minggu pertama) adik ni asyik whatsapp cakap kenapa tak ok? kenapa tak surut-surut jerawat?.. Kitorang suruh dia bersabar.. kalau masalah jerawat yang teruk, kena amik masa sikit.. at least sebulan.. tak boleh lah sekelip mata terus hilang semua jerawat.. 

Minggu ketiga adik ni whatsapp balik gambar dia.. hehehehe.. Dia happy sebab dalam 3 minggu kecut semua jerawat dia.. takde nanah-nanah dah.. merah pun beransur hilang.. teruskan je pakai ye dik.. 

Kalau you all nak cuba sendiri boleh jugak.. Produk Ellfie bukan untuk masalah jerawat je.. Kulit kusam pun bagus pakai Ellfie Essence sebab produk ni bantu untuk sekatakan kulit wajah.. kalau pori jenis besar pun elok pakai ni.. pori kak Pilla kat dahi dulu besar kot siap package berminyak dan berjerawat hahahaha.. ramai customer yang takde masalah kulit pun suka pakai Ellfie sebab kulit makin elok.. 

Kalau you all ada anak, anak buah, kawan, sedara mara yang ada masalah jerawat macam gambar kat atas tu boleh suggestkan dia guna Ellfie ok?

Set Ellfie Essence
RM120 (SM)
RM130 (SS)

Set Ellfie Gold Serum
RM130 (SM)
RM140 (SS)

*Free postage*

Whatsapp : 013-2755197



Love, 
Filla.