Tuesday, September 20, 2016

BERMULA DARI BAWAH.

Rasanya korang dah baca entry Kak Elly pasal "New Office" tu kan.. Terharunya rasa bila office baru ni dah siap.. Actually masih ditempat yang sama tapi kita buat renovation sikit sebab sebelum ni office tonggang langgang dan belum sedia nak gunakan modal yang ada untuk renovation office.. Kita rolling modal untuk benda yang lebih mustahak dulu baru boleh proceed ke office idaman heheh

Kalau korang baca blog ni, blog elly and blog peej.. sure korang dah tau cemana mulanya kitorang kenal.. Kalau ada yang tak perasan.. aku kawan dengan Elly sebab dia beli frame aku (masa tu aku and Pak Radie buat business frame) dia tempah sekali 6.. kitorang berurusan through email je rasanya.  masa deliver frame pon aku tak turun dari kereta sebab hujan.. So Pak Radie je turun.. aku nampak kelibat Elly terus rasa dalam hati "lawa gak pompuan ni" hahahha.. pastu aku email dia balik say thanks ke apa aku tanya if dia ada blog ke?. memalu dia bagitau blog dia Ellyinwonderland... Terus aku baca dan boleh tahan muka lawa tapi otak gila.

Peej pulak aku baca blog dia bila ntah.. Pastu nak try tabita.. so aku beli dan pick up dari dia.. Macam tu je kenal.. Basically kitorang bertiga memang ada business masing-masing sebelum start Ellfie dan Fame.  Aku start business kecik-kecik pulak lepas tu jual smurf, jual pants dan lain-lain dengan Elly.. Pastu ke Guangzhou jual baju-baju.. dan lepas tu ada keluarkan cardigan kitorang sendiri dan baju kurung untuk ibu dan anak-anak.. Lepas tu stop.. Aku berniaga shawl pulak dengan Peej.  Elly masih kerja di tempat lama.  Sampailah kitorang tubuhkan Ellfie Beauty dan diikuti dengan Fame Cosmetics.  Alhamdulilah semua bergerak laju mungkin juga dibantu dengan pengalaman masing-masing berniaga sebelum ni menjadikan perniagaan ni sedikit mudah.. Nampak mudah tapi effort dan ketahanan mental dan fizikal serta sokongan keluarga dan kawan-kawan tu penting jugak.

Bantuan dari suami-suami masing-masing pun penting.. Alhamdulilah Pak Radie banyak membantu dari segi design.. Baik design office mahupun design untuk Ellfie dan Fame semua Pak Radie banyak tolong.  Win suami Elly banyak bantu dari segi pelancaran business sebab Win banyak knowledge dalam bidang business.  Suami Peej, Ben banyak bantu dari segi moral support gitu.  

Gambar atas tu diorang melepak kat office.. kat Bean Bag kesayangan Peej pulak tu hehehe.. 

Ini hari pertama kitorang pegi tengok kedai untuk disewa kat Setapak.  Kosong takde apa.. Tapi kitorang dah tak boleh bekerja dari rumah Peej.. Kesian kat dia rumah dah macam kilang hahahah.. Nak ada office ni banyak benda kena fikir especially expenses.. Dah tentu akan bertambah.. bil letrik, bil air, sewa monthly.. pastu maju sikit amik pekerja.. sorang.. lepas tu tambah lagi dan lagi.. Alhamdulilah pelan-pelan kitorang merangkak.  

Setelah lebih dari setahun baru mampu sikit nak buat renovation kat office.  Dari mula design dan buat semua ni Pak Radie handle.. Kalau harap kitorang ni, kitorang tau nak cantik je.. Nak buat macamana tu semua serah kat dia.. Pepandai lah dia nak buat bagi cantik dan sesuai citarasa kitorang bertiga.  Kesian jugak kat dia sampai ke malam dan korbankan hari cuti memerap kat sini.. Masa kitorang pergi Bali dia cakap nak surprisekan kitorang bila balik dari Bali.. Dia memang suka surprise-surprisekan orang ni hahahha.. Ingat dulu aku balik dari mana ntah.. tetiba masuk rumah wow rak kat hall dah siap.. rasa nak lompat-lompat gembira hehehe.. 



 Rasa happy dan sedih sangat.  Penuh frame ada muka kitorang bertiga.. Tetiba perasan ada 3 selipar jugak kat situ.. wow kemain lagi dia hahahhaha.. Kitorang berharap apa yang kitorang usahakan selama ni akan berhasil dan semakin maju lagi walaupun ekonomi sekarang meleset tapi kami perlu tabah lalui semua halangan tu.. Doa ibu bapa mengiringi perjuangan kami InsyaAllah.  

Walaupun buat masa terdekat ni aku tak dapat nak join Peej and Elly kat office ni.. InshaAllah siapa tau soon aku akan ada disini bersama-sama dengan diorang jugak.. Pak Radie ada buatkan meja kecik untuk aku jugak kat dalam ni hahahahahha.. kalau sempit nanti nak duduk atas pangku Peej je hahahah.. for now aku bekerja dari jauh je menjaga stokis dan agent.  Stokis dan Agent adalah orang paling penting membangunkan Ellfie dan Fame.  Sebab tu relationships dengan stokis dan agent kena baik.. sebab sama-sama saling memerlukan untuk memajukan lagi perniagaan ni.  Jangan kedekut untuk reward usaha mereka.  Kitorang selalunya reward diri kitorang bertiga dengan makan sedap-sedap je ahhaha.. dan reward terbaru pegi vacation ala princess ke Bali.. tu nanti cerita ;) Hati dan kebajikan staff pun kena jaga juga, rezeki yang ada tu kita tak leh tamak, kena share dengan orang lain juga.  Tapi ada batasnya juga hubungan majikan dan pekerja kena saling menghormati supaya suasana kerja tu aman dan gembira je ;)

 Tak sangka Pak Radie ada framekan article atas ni.. Terus rasa sebak je dada ni.  Siapalah kitorang ni? Bermula dengan blogger biasa dan now ada business bertiga yang kami mulakan dari kecil-kecilan je.  Aku, Elly dan Peej ada impian yang menggunung.. Nak bahagiakan keluarga, nak selesakan taraf hidup di zaman yang semua mahal ni.. InshaAllah akan usaha lebih gigih lagi.

Support dari anda semua sangat kitorang hargai.. Alhamdulilah Ellfie Skincare pun diterima baik satu Malaysia.. Fame pun dah mendapat tempat di hati semua orang.. Sebut Fame je ramai yang kenal brand ni.  bukan senang nak pahatkan nama kita di hati dan minda orang.. Tapi takde benda yang mustahil selagi kita berusaha.

 Suka sangat design ni.. Cozy dan memang jiwa kitorang sangat.

 Ni lah kaki designer kita dan tukang merealisasikan impian kami.. Thanks Pa sebab walaupun garang tapi deep inside kitorang tau dia sayangkan Ellfie dan Fame sangat-sangat.  Sentiasa support kitorang.. Wow ucapan untuk laki terlebih sikit muahhahaha.. 

Terima kasih sangat-sangat atas doa dari semua yang nak tengok kitorang berjaya.. Doakan kitorang akan lebih maju dari sekarang ya..




Love, 
Filla.

5 comments:

Akak Kembang said...

Good luck pilla

shahieddah fazil said...

Ohh terharunya sbb sy mmg follow kak pillA, peej n kak elly dari mula. All the above tu sy baca. Alhamdulillah. Berkat doa parents gak kan sbb akak semua x membelakangkan dorg. Keep it up

Carl Dani said...

cantiknya pejabat sis!...good luck!.

bai zura said...

Kak taniah...teharu baca... kawan saya guna fame dia ingat produk over c... taniah kak... terus cemerlang n gemilang... tabah dalam keadaan ekonomi yg tak brape ok nie tau...

Ayu Rashid said...

Tahniah utk korang bertiga. Semoga terus suksess. Nanti saya buat review pasal fame lip cream di blog. best!