Ingatkan cuti Hari Merdeka sehari tu boleh lah tergolek-golek kat rumah.. Pukul 12:30 tengahari tu Pak Radie tetiba cakap "Jom"
Eh dia ni.. jom pegi mana??? Tak cakap apa pun? Dia cakap jom keluar jalan gi makan ke apa-apa yang patut.
Terus Kak Pilla seret kaki bersiap hahaha.. Pagi tu breakfast berdua dengan Kasih.. Dia ada tanya "mama, Dip & Dip ada kat mana?" Eish dia ni dah membesar tauuuuu je tempat makan lah itu inilah.. Aku suruh dia google sendiri.. pastu dia cakap "Mama, kat IOI Mall Putrajaya ada!!"
Aku cakap tengok lah kalau rajin.. pi tanya papa, mama tak tau.
Pergilah kitorang menuju IOI tu.. pergh tak tau ada apa kat sana? Jammed tak bergerak.. masuk parking, terus keluar balik tak sanggup. So aku pulak google tengok kat Bangsar Jln Telawi ada.. tapi lapar nak makan steak, i teringin hahahah.. Oklah tu Chillis pon ada kat Bangsar so mari anak-anak ;)
Bestfriend sangat dia berdua ni.
chubby ke pipi Kak Pilla.. korang silap ni... Now tengah cuba tak makan banyak hahahaha.. kat opis breakfast pagi akan makan mihun sup je, tak nak makan nasi.. tengahari tak lunch.. balik rumah masak, baru makan.. tu pun awal pukul 7:30 makan. Pipi tu ilusi tudung je tu.. cara lipatan tudung tu nampak pipi pau.. hahahahah #ikenotterimahakikat
Tak tau bila masa Kasih dah besar.. tetiba je besar.
See? Kasih mesti akan duduk sebelah Kak Pilla.. Dia jenis manja tapi mak dia jenis garang.
Tapi sekali mak dia datang angin gedik, dia akan pandang sambil cakap "omg mama, please don't be so gedik"
Berani eh????
Alhamdulilah konyang.
Tengok jam dah pukul 5. Kasih nak makan Dip n Dip tu.. baik asar dulu siap-siap nanti senang.. kat BSC ni ada Surau kat Level 4 tu.. First time Kak Pilla pegi surau sini, omg lawa kot surau dia... sukaaaaa!!! Kasih cakap "mama empuk gila carpet dia" tepi tu dia buat ala-ala gazebo panjang ada tempat lepak ala-ala Bali sikit.. Terus rasa macam tu impian aku tu, rumah ada tempat lepak kopi-kopi, breakfast pagi-pagi dengan family, petang minum kopi dengan goreng pisang sambil tengok anak-anak bermain kat tepi laman.. Pommmmm! terkejut dari lamunan hahahahahah.. berangan je kau ni.
Icha heheh.. Icha ni sekarang dah amik alih tempat Amaani.. Now dia pelawak kat rumah.. Kasih cakap, "Mama, Kasih rasa adik-adik Kasih ni, Aleesya paling gangster" hahahhaha.. menjerit pun suara dia paling petir. Aku selalulah ajar dia English tapi dia sakit hati hahahah.. dia nak cakap melayu jugak, pitam. "Aleesya, what is this?" dia jawab "TELINGA" "ok, Telinga is Ear".. dia pandang hujung mata dia jawab "TELINGA!! TELINGA!! TELINGA!!"
Ko ghaser? Ok tu takpe, aku tanya lagi "What is you name?" "Aleesya" eh pandai pulak.. pastu aku tanya "What is my name" (refer kepada aku) relax je dia jawab "Mama Syafika".. Eh??? Syafika tu anak jiran kat depan tu.. apahal nama aku Mama Syafika??? "Nooooooo!!! ni Mama Filla!!" Dia tetap cakap "Mama Syafikaaaaa".. takpun dia panggil aku "Ni Mamak, Mamak roti canai"
Ko ghaser?
Ok dah sudah lah citer pasal Icha tu.. dah settle start engine kereta kitorang ke Dip n Dip, Bangsar biasalah mana ada parking.. Pak Radie drop, aku turun dengan budak-budak.. dia gi cari parking.
Huishhhh tengok menu hoiii coklat semata-mata.. Siapa gila coklat silalah pergi hehehe.. Budak-budak ni paling happy lah makan benda-benda macam ni.. Ai on diet i tak makan semua ni.. hahah sila percaya.
Alhamdulilah aku happy dikurniakan anak-anak 3 orang ni penyeri hidup aku.. Aku bersyukur aku ada Pak Radie yang rajin layan perangai aku and anak-anak.. Eh dia tak layan pun aku ni.. tapi aku tau dia sayang aku ni.. dari dulu dia pelindung aku.. siapa buat aku memang masak.. aku pun takut... sebab dia tak tunjuk, tapi dia buat.. dan aku happy dikurniakan seorang abang yang tak banyak songeh. last sekali aku bahagia masih ada mama dengan ayah yang selalu support aku.. apa je yang melibatkan mama dengan ayah aku sedih, aku boleh hilang akal. sila jauhi mak bapak aku walau dengan apa niat sekali pun. sakitkan hati aku takpe aku dah biasa, tapi bukan hati mak bapak aku.
Sebab keluarga adalah segalanya bagi aku. Anak, husband, mak ayah, abang, mertua dan keluarga mertua.. semua tu orang-orang penting bagi aku..
Sementara korang masih ada keluarga disisi, jagalah keluarga, berilah kasih sayang, lindungi keluarga dari orang-orang yang cuba menyakiti mereka, keluarga tak leh ditukar ganti, once dah takde, hanya memori yang tinggal :(
Love,
Filla.
2 comments:
sedapnya kak pila...
last2 penutup kesedihan la pulak :')
tapi betul tu filla, family tu segalanya. time bdk2 membesar ni la kita kena ada selalu dgn diorang. walau sibuk manapun, akan ada time dgn diorang. cheers :)
Post a Comment