Showing posts with label Ellfie Gold Serum. Show all posts
Showing posts with label Ellfie Gold Serum. Show all posts

Wednesday, October 26, 2016

PROMO DEEPAVALI 2016.


Jom beli Set Ellfie Essence dan Set Ellfie Gold Serum sempena Promo Deepavali ni.. Bukan selalu pihak Ellfie Beauty nak bagi promo ni, so better beli dalam masa 3 hari ni je.

Promo selama 3 hari bermula:

26 Oktober 2016 (Rabu) - 28 Oktober 2016 (Jumaat)



Set Ellfie Essence
Harga Asal : RM120 (Semenanjung Malaysia)
RM130 (Sabah / Sarawak)

Harga Promo : RM100



Set Ellfie Gold Serum (10 botol)
Harga Asal : RM130 (Semenanjung Malaysia)
RM140 (Sabah / Sarawak)

Harga Promo : RM110

*Free Postage*

Kita bagi adil dan saksama.. Orang Sabah dan Sarawak pun dapat harga Promo jugak.. So ni lah masanya untuk korang yang asyik berfikir nak try tapi tak try-try lagi.. Beli masa harga promosi sebab penjimatan berbaloi-baloi.

Kepada pengguna tegar Set Skincare dari Ellfie Beauty ni silalah stock up masa tengah murah ya.. Selepas pukul 12 malam 28 Okt 2016 promosi habis tau jangan menangis di bucu katil ye.. Jom whatsapp sekarang.


Whatsapp: 013-2755197



"Happy Deepavali"


Love, 
Filla.

Thursday, March 10, 2016

EIRA SYAZIRA.

Untuk pengetahun semua, pihak Ellfie Beauty telah melantik Eira Syazira dengan rasminya sebagai Duta kepada Produk Ellfie Beauty yang semakin mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei sejak Disember 2015.  Sebagai pengguna Produk Ellfie, Eira berpuas hati kerana tidak pernah menggunakan apa-apa set kecantikan yang khusus sebelum ini.  

"Eira memang berpuas hati dengan produk Ellfie Beauty setelah mencuba hampir 6 bulan.  Kulit Eira memang tiada masalah sebelum ini, tetapi setelah mencuba Set Skincare Ellfie Essence dan Set Ellfie Gold Serum, kulit Eira bertambah cerah dan sekata.  Ramai yang mula tegur dan suami Eira sendiri pun perasan akan perubahan kulit Eira sekarang.  Eira bertambah yakin dengan Produk Ellfie Beauty kerana semua produk mereka mempunyai kelulusan KKM dan selamat digunakan. Kini Eira sendiri adalah salah seorang pengguna setia yang sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Set Skincare Ellfie Essence mudah digunakan dan harganya sangat berpatutan.. Cuma RM120 (Semenanjung Malaysia) dan RM130 (Sabah / Sarawak) dimana tiada caj penghantaran dikenakan.  


Setiap Set Skincare Ellfie Essence terdapat:

Cleanser 30ml
Toner 30ml
Day Cream 10g
Night Cream 15g

Cleanser dan Toner mampu bertahan untuk 1 bulan, Day Cream 4 bulan dan Night Cream 2 - 3 bulan.. Untuk pembelian Loose Item jugak anda boleh dapatkan Cleanser 50ml dan Toner 50ml dengan harga RM55.. Pembelian 2 botol ialah RM100 *tiada caj penghantaran dikenakan.




Kebaikan Ellfie Essence

Cleanser
Membersihkan segala kotoran dimuka.  Kulit muka akan menjadi lembab dan tidak berminyak.  

Toner
Membantu kulit menjadi lebih lembut dan sekata. Menegangkan kulit muka dan menyegarkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut.

Night Cream
Membantu memulihkan wajah yang tidak sekata, menghilangkan kulit kering, membantu menyembuhkan masalah jerawat dan mengurangkan kesan rekahan dari mengecilkan pori yang terbuka.

Day Cream
Membantu menjadikan rona kulit sekata dan melambatkan sistem penuaan.  Melembabkan kulit sepanjang masa dan memudarkan pigmentasi.  Mengandungi 15SPF untuk melindungi kulit dari sinaran matahari.



 Cara pemakaian Ellfie Essence

Day
Cleanser, Toner dan Day Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan tuala yang bersih.  Sapukan toner keseluruh wajah.  Semasa kulit masih basah dan lembab sapukan Day Cream.  Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder seperti biasa.  Make up seperti biasa.

Night
Cleanser, Toner dan Night Cream

Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih.  Selepas itu lap seluruh muka dengan tuala yang bersih.  Sapukan Toner keseluruh wajah.  Biarkan kulit kering seketika barulah sapukan Night Cream.

Produk ini membantu masalah kulit dari segi:

Masalah kulit tona tidak sekata

Mengatasi dan menyembuhkan masalah jerawat

Memudarkan pigmentasi

Mengurangkan kesan tanda rekahan dan pori terbuka

Memperbaiki kulit kusam

Menjadikan kulit lebih lembap dan tidak berminyak

 Selain itu, anda juga boleh menggunakan Set Ellfie Gold Serum untuk mempercepatkan proses pemulihan kulit.  Ellfie Gold Serum telah mendapat kelulusan KKM bernombor pendaftaran : NOT150703734K dan ianya selamat digunakan kerana ia diperbuat dari ekstrak buah-buahan dan Gold 24K.. Ia juga bertindak untuk:

Mencerahkan kulit

Menghaluskan dan melembutkan kulit

Menjadikan kulit lebih sekata

Mengurangkan masalah kulit berminyak

Memudarkan parut

Membaiki sel kulit mati

Menegangkan kulit

Menjadikan kulit lebih berseri

Anti penuaan

 Boleh digunakan 1 kali sehari sebelum tidur.. Sebaiknya cuci muka terlebih dahulu, diikut dengan toner.  Kemudian sapukan sedikit Ellfie gold Serum sehingga rata.. Biarkan seketika sebelum menggunakan Night Cream.  Ulang proses ini dalam masa 2 minggu.. Selepas 2 minggu boleh selangkan pemakaian 2 hari sekali.

 Harga 1 set Ellfie Gold Serum ialah RM130 (Semenanjung Malaysia) dan RM140 (Sabah / Sarawak) *tiada caj penghantaran dikenakan.

Untuk Set yang lebih besar dan menjimatkan, anda boleh memilih Set Limited Edition dimana saiz dan kandungannya lebih banyak daripada Set Skincare sedia ada.


Set Limited Edition


Cleanser 100ml
Toner 100ml
Day Cream 12g
Night Cream 20g
Ellfie Gold Serum 3 botol (3.5ml)
*percuma kotak hitam (hard box) dan percuma 1 buku Nota Ellfie Beauty berserta pen.

Total jumlah set ini ialah RM400 tetapi Set Limited Edition ini dihasilkan sebagai tanda ucapan terima kasih dari pihak Ellfie Beauty kepada pengguna tegar kami.. Harga yang ditawarkan cuma RM280 (Semenanjung Malaysia dan RM290 (Sabah / Sarawak) *tiada caj penghantaran dikenakan. 



Testimoni Pengguna Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum

Selepas 2 bulan tiada lagi masalah jerawat


Masalah jerawat dan kulit kusam

Kulit menjadi cerah dan jeragat semakin pudar.

Layari Facebook dan Instagram Ellfie Beauty untuk melihat lebih banyak testimoni dari pengguna yang telah berjaya mengatasi malasah kulit mereka.


Whatsapp : 013-2755197

Website dan senarai Agent berhampiran : www.ellfiebeauty.com 

Instagram : @ellfiebeauty

FB Page : Ellfie Beauty



Monday, March 07, 2016

SG. PETANI MEMANG BEST BAQ HANG.

Sila tabah.. gambar banyak hehehehe...

Kali ni Ellfie join exhibition kat Sungai Petani, Kedah pulak.. Aku rasa aku tak pernah jejak kaki lagi ke Kedah.. tapi tak tau lah kalau time kecik-kecik aku pernah pegi.. tapi macam tak pernah je hahaha..

So perasaan agak excited sebab tak pernah pergi.. Kali ni exhibition berlangsung di Village Mall.  Pagi-pagi lagi Wan ngan Atok tolong hantar kat ERL Putrajaya lepas hantar Kasih pegi sekolah.. Aku ni nasib baiklah Wan ngan Atok ada.. bila aku ngan Pak Radie takde, Wan ngan Atok akan tido kat rumah dan tolong hantar dan amik Kasih kat sekolah.. 

Awal pagi pukul 7 dah ada kat sini.. 

 Aku dah lama tak naik ERL / LRT semua ni.. so agak teruja bila tengok sekarang semua orang dah pandai beratur tunggu train.. Sesuatu yang membanggakan.. Tak tau lah sejak bila sebab aku dah lama tak naik.. Tapi dulu seingat aku tak ye.. dulu train datang serbu je terus.. so tepukan gemuruh kepada rakyat Malaysia.. Bukan senang nak mendisiplinkan diri.. pastu naik escalator kat KL Central pun dah macam kat Jepun.. siapa nak cepat memang diorang bagi laluan.. takde lah memasing buat muka derk pastu block orang nak lalu hehehe..

 Sampai awal so mari breakfast dulu kat food court KL Central tu.. Kali ni pergi kitorang berempat je.. Aku, Pak Radie, Peej and Elly... Masa breakfast, husband Elly join breakfast jugak..

 Perjalanan smooth naik ETS ni.. Amik masa lebih kurang 4jam setengah dari KL Central ke Sg. Petani.  Train pun selesa, siap ada cafe kot-kot lapar boleh beli je..

 Baru sampai Station Sg. Petani.. then terus tahan taxi..

 Ramai komen FB Elly suruh try makan kat D'Cherry ni.. Pakcik Teksi tak tau tempat ni.. so kitorang guna Waze je.. dan akhirnya jumpa jugak.. Ajak pakcik teksi join makan ;)

 Dah lah tengah lapar, nampak semua rasa nak order.. Tapi pau tak order.. tapi macam sedap jeeee... heheheh

 Lai Ci Kang.. Lain sangat rupa dia.. rasa ok.. tekak haus dapat hirup ni memang lega.. Kedah panas boleh tahan.. tapi berangin kuat..

 Aku, Elly and Peej order laksa.. Terbaek licin memasing hehehe


 Rasa rojak pulak ;)

Pastu teruskan perjalanan ke El-Zahraa hotel.. walking distance ke Village Mall.. Tapi boleh tahan hazab takde lif huhuhu.. Check-in kejap rehat dan siap-siap ke Village Mall sebab lori dah sampai untuk set up booth.. 

 Kat sini lah kitorang berkampung dari hari Jumaat - Ahad.. 

Settle setup booth kitorang terus menghala ke hotel.. singgah jap kat Old Town makan dulu..
 Eh pitam.. bila bertiga je memang asyik makan je.. Sambil makan boleh jerit Zumba Zumba!!

Balik hotel rehat.. Malam tu Pak Radie keluar makan kat gerai bawah tu.. Ajak Peej lepak bilik aku.. suruh Pak Radie bungkuskan Peej char kuey teow.. 

Esok pepagi dah sampai booth.. Now untuk customer yang shopping kat booth Ellfie during exhibition kita sediakan paperbag ni.. Nampak cantik dan proper sikit bila bergambar dan usung ke sana sini ;)

 First customer yang membawa 'Ong' orang kata lah hahahah.. Dah guna 2 set Ellfie.. So ni datang untuk restock cleanser and toner.. Aku kan suka interview orang hahaha.. So tanyalah feedback guna Ellfie ni.. katanya Alhamdulilah serasi sangat dengan dia.. dulu jerawat penuh kat dahi.. lepas dua kotak clear dah jerawat ;)

Eh Kak Pilla tak leh dengar benda-benda macam ni terus rasa happy sengih je sampai ke petang hahahah.. Yelah bila dapat selesaikan masalah kulit wajah orang dengan produk kita.. mestilah happy :)

 Staff Ellfie di Sg. Petani.. Thanks kat Agent Ellfie yang tolong kita carikan staff ;)

  Paperbag kita khas untuk yang beli Set Serum atau Set Ellfie Essence.. yang beli loose (toner, cleanser, day cream or night cream) kita bagi plastik bag printed tulisan Ellfie..


 Jacket merah ni reader sebenarnya.. Thanks ya datang beli and support Ellfie Beauty ;)

Kitorang ni pagi-pagi dah fikir makan tengahari, malam, makan esok.. hahahaha.. so tengahari pakat makan Nasi Daun Pisang.. Hoi sedapnye..


 Kitorang ni agaknya gembira sebab makan je.. Ada duit je kitorang enjoy makan.. Hilang rasa letih.. Selama kat Sg. Petani ni, dua kali makan nasi daun pisang ;)

Kumpul je lah semua gambar dengan customer.. Tapi perangai masing-masing adalah pemalas ye.. Harap aku je snap gambar.. kalau tak memang takde lah gambar kat booth nie.. Disebabkan hanya mengarapkan ai sorang je.. ini jelah gambar customer yang sempat Kak Pilla snap.. padan muka.  

Kepada customer-customer lain yang datang beli produk Ellfie Beauty tapi gambar you all takde kat sini, mohon maap.. sila salahkan Elly dan Peej muahahahha.. Actually ramai customer baru kat Sg. Petani.. bila customer baru kita agak segan nak ajak bergambar.. sebab orang bukan tau pun kita blogger ke apa kan.. apa hal pulak nak suruh-suruh bergambar... 






Thank you Eira yang turut serta memeriahkan exhibition di Sg. Petani.. dan thank you kepada yang support Ellfie Beauty..

Malam tu dinner kat pizza hut.. Jumpa sekali akak and abang yang stay hotel yang sama masa aku gi Gold Coast.. Dia memang orang Sg. Petani..


 Lama betul tak jumpa.. Lepak borak dinner sama pastu chow sambung buat kerja..

Malam tu lah diorang ajak gi tengok Munafik.. Terpaksa aku ikut.. Dah lah lepas tengok wayang tu kat dalam lif kelakar gila.. orang penuh dalam tu.. Pastu kitorang tahan gelak sebab teringat cerita Munafik part Rahim Razali tu.. Ntah apa-apa tah.. merah-merah muka tahan gelak.. keluar dari lif terduduk-duduk ketawa.. Ngan Pak Radie sekali tak mampu tahan ketawa.. 

Seronok sebab walaupun penat kerja tapi kitorang bekerja dengan gembira ;)

 Ko tengok betapa confident melangkah.. Semangat membara nak ke booth.

 Sebenarnya semangat melangkah sebab nak makan Puri muahahahhahaha.. Eh Chennai Curry House tu sedap gila kot makanan dia.. 

 Mulakan hari dengan bacaan doa setiap pagi semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki kami di sini..  Alhamdulilah syukur sangat setiap kali join exhibition semua berhasil.. Kadang unexpected sangat.. Tak sangka orang Sg. Petani menerima baik produk Ellfie Essence dan Ellfie Gold Serum..

Ramai yang datang booth kebanyakan dah tau tentang produk sedangkan diorang bukan pembaca blog.. Alhamdulilah..

Tiap kali berjauhan dengan anak-anak mestilah ada rasa rindu.. Tetiba Wan whatsapp gambar ni..

 Eh? Rambut Amaani dah pendek?  Hahahah rupanya Wan potong sikit.. pastu Atok yang sambung.. Atok memang dari muda berbakat potong rambut menurun dari arwah ayah dia (Atok aku).. dan aku rasa menurun jugak kat aku muahahahha.. rambut diorang bertiga memang aku je yang potong.. cuma kasih dah besar ni boleh lah gi kedai potong.. dulu semua menangis tak nak potong kat kedai.. nak mama jugak yang potong.. 
Tok Rosli and Auntie Bitah belanja Pizza.. Eish manja betul Aleesya dengan Tok Rosli.. Wan citer.. siap kiss-kiss pipi.. Tanak makan.. nak Tok Rosli je suap.. hahahah memang tak malu betul hhahhaha

 Bila Eira datang je berderet siap buat barisan nak amik gambar... dah alang-alang bergambar, terbeli jugak Ellfie.. cuba dulu baru tauuuuuu kesan dia ;)


 Petang kitorang balik hotel rehat jap.. Pastu kesian tengok Peej kaki bengkak sebab banyak berjalan dan letih sikit kot.. So Elly kata biarkan Peej rehat tidur.. kita gi berdua je.. 

Tapi rugi Peej tak datang.. malam tu Sis Elly jadi pakar urut hahahahahah

 Tetiba je kecoh-kecoh depan booth Ellfie.. ingatkan apa.. rupanya adik yang nak masuk contest ni kaki cramp.. tetiba je Elly datang menyelamatkan.. muahahahhaahha.. ko tengok gaya dia.. 

 Serba boleh Elly ni.. don't play-play ok..

 Pastu suruh dia duduk kejap.. kaki dia sakit tak habis lagi.. sampai jari kaki dia bengkok sebab cramp.  Pak Radie pulak tolong.. Aku tau Pak Radie dari zaman camping bawak budak sekolah keluar masuk hutan memang orang selalu refer kat dia kalau ada budak kaki cramp.  So i bagi chance lah dia menyelemat.. Tapi cekak pinggang gak lah.. jangan lebih-lebih yerrrrrr hahahaha..

 Pertandingan Ratu Muslimah katanyaaa..

 Ok ni pemenangnya.. siap ada sesi soal jawab.. adik ni terserlah sebab lancar jawapan dia.. kain dia dasyat sangat ni..

  Lelaki pompuan semua beratur nak bergambar.. Kitorang bertiga tengok je sambil menguap hahahah.. takde ke nak amik gambar dengan kita? hahahahah

Balik tu dah nak sampai call Peej suruh turun.. kitorang gi makan kat gerai char kuey teow.. 

Ini keesokan hari pulak.. Last day hari Ahad pakai uniform baru.. Baju Peej tak sempat siap lagi.. Kalau semua pakai ni lagi best..

 Ini lagi sekali yessszaaaa sedap ok.

 Balik ke booth tengok ada makanan.. wow ada orang hantar.. thank you kepada yang hantar Dominos ya..

 Petang tu salah seorang Agent Penang datang.. Mema now preggy so dia tak dapat bukak booth.. Ni antara agent kita yang selalu bukak booth Ellfie kat Penang jugak.. thanks for coming Mema ;)


 Kitorang tak pernah anggap diri kitorang ni founder ke boss ke.. Kitorang sentiasa bangga untuk turun sendiri join menaikkan sales di semua booth.. Satu kepuasan bila dapat bukak booth sendiri dan sentiasa ada kat booth.. bekerja sekali dengan staff-staff part time.. 

 Semoga bertemu lagi di next exhibition.. InshaAllah next bulan April di MAEPS, Bangi.. Phew lega dekat sikit ahhahahahaha..

 Nilah restoran kami setiap pagi.. Transport takde so bersyukur sangat ada tempat makan best kat area Village Mall hehehe

Pagi Isnin bangun awal pack and check out terus.. menuju station ETS Sg. Petani.

Bye, Sungai Petani.. Seronok berniaga dan berjumpa dengan orang Sg. Petani.. duduk sana 4-5 hari Kak Pilla dah boleh cakap Utara dah sikit-sikit hehehehhe.. Mai kakkkk, singgah kak.. Amboi, segok ni pakai Ellfie ka? muahhahaha


Sebelum menutup entry ni.. Ada testi sikit nak share.. semua dari customer yang ada masalah jerawat ;)

Ini dari agent Ellfie dan agent Fame.. customer yang beli dari dia yang share ni.. Memang puas hati sangat kata dia... nampak bersih sekata kulit dah sihat.. 
Ini customer yang beli direct dengan HQ.. Masa memula tu (minggu pertama) adik ni asyik whatsapp cakap kenapa tak ok? kenapa tak surut-surut jerawat?.. Kitorang suruh dia bersabar.. kalau masalah jerawat yang teruk, kena amik masa sikit.. at least sebulan.. tak boleh lah sekelip mata terus hilang semua jerawat.. 

Minggu ketiga adik ni whatsapp balik gambar dia.. hehehehe.. Dia happy sebab dalam 3 minggu kecut semua jerawat dia.. takde nanah-nanah dah.. merah pun beransur hilang.. teruskan je pakai ye dik.. 

Kalau you all nak cuba sendiri boleh jugak.. Produk Ellfie bukan untuk masalah jerawat je.. Kulit kusam pun bagus pakai Ellfie Essence sebab produk ni bantu untuk sekatakan kulit wajah.. kalau pori jenis besar pun elok pakai ni.. pori kak Pilla kat dahi dulu besar kot siap package berminyak dan berjerawat hahahaha.. ramai customer yang takde masalah kulit pun suka pakai Ellfie sebab kulit makin elok.. 

Kalau you all ada anak, anak buah, kawan, sedara mara yang ada masalah jerawat macam gambar kat atas tu boleh suggestkan dia guna Ellfie ok?

Set Ellfie Essence
RM120 (SM)
RM130 (SS)

Set Ellfie Gold Serum
RM130 (SM)
RM140 (SS)

*Free postage*

Whatsapp : 013-2755197



Love, 
Filla.