Thursday, January 23, 2014

ADAB.

Belum hari Jumaat lagi nak buat tazkirah pendek ponnn... Heheh.. sharing is caring... Apa yang kita faham tentang adab? Adab ni lebih kepada tatasusila, budi bahasa, kesopanan... tu lah yang aku tau... Adab ni perlu dididik dari kecik.. sebab kita akan panas telinga kalau orang cakap "Ko ni takde adab ke?" Amboi kasar nya bahasa... 

Kalau kita tak suka orang mengata kita, eloklah kita jaga adab dan perlakuan kita.. Seeloknya adab tu dari kecik lagi dah dipupuk.. Sebab kalau kita tak beradab, nama first sekali yang orang akan sebut ialah mak bapak kita... "tu mak bapak tak ajar lah tu".. Kesian mak bapak jugak yang busuk... bayangkan kalau mak bapak budak tu orang baik-baik.. siang malam didik anak supaya dah besar jadi anak beradab.. tapi gagal.. siapa yang salah? anak tu ke mak bapak tu? susah nak cakap... 

Adab ni ada bermacam-macam kategori dia.. Aku bagi contoh lah.. ni pun selalu kena kat aku.. dan terbaru kena kat kawan aku sendiri.. dia cerita.. so aku rasa memang tak patut lah... dia cerita dia pergi surau... masa dia tengah solat.. masuk lah sorang perempuan ni.. terserempak pulak dengan kawan lama kat dalam surau tu... Surau pulak sempit.. so kalau bercakap memang confirm boleh dengar.. masalahnya ni bukan tahap bercakap lagi.. ni tahap jumpa kawan lama ko pempaham je lah dia punya excited tu cemana... ni contoh ye.. sebab aku takde kat tempat kejadian, so mungkin aku akan menambah perisa bagi cerita lagi gempak T____T... so kawan ni tadi bila dah terserempak dengan kawan dia terus dia jadi excited.. 

"Omg... eh, u bila balik sini?"
"Eh uuuuuuuuuuu... i dah balik few years back!!!!!"
*berpelukan*
"Eh, u know what, i loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee cooking"
"Wowwww u totally changed, look at u now"

Yang kawan aku tu tengah solat... Hoi kalau aku lah.. Haishhh geram betul.. come on lah.. ni surau kot.. ko nak berpeluk ke, nak spiking ke... bukan dalam surau time ada orang lain tengah solat.. ada otak pakai la... ni namanya tak de adab.. sorry if aku terkasar bahasa.. tapi tolonglah hormat orang lain yang tengah solat.. jangan ganggu dengan suara petir korang tu.. aku ni kalau solat, memang tak leh dengar bunyi orang bercakap.. automatically aku lupa apa aku baca... ayat aku berterabur.. aku tak boleh focus.... Adab di dalam surau ni kadang ramai yang abaikan.. Orang tengah solat.. ko boleh sembang tak ingat dunia... Hormat each other please?

Adab dalam surau tak habis lagi nak cerita nie.. Ni kisah lama.. Wan cerita... Ada sekali Wan berhenti solat kat RnR kot... masa Wan masuk surau tu.. adalah sekumpulan budak-budak perempuan tengah duduk dalam 4-5 orang.. tengah makan ok... makan apa? makan KFC.. dalam surau.  Memang terror sangat ni.. aku kalau solat pastu terbau pulak KFC, memang hilang fokus terus terbayang nak makan ayam... lagi sekali nak cakap.. adab mana? surau bukan tempat makan.. surau tempat solat.. semua tau, tapi buat jugak.. memang sedih... so Wan pon solat je lah... Lepas Wan selesai solat.. lipat telekung semua.. pusing belakang.. tengok.. kotak-kotak KFC tu belonggok tepi surau.. OMG.. biar je? tak buang kat tong sampah???? Hmmmmmhhh... perlu ke bab tu mak bapak nak ajar? "Nak.. nanti kalau dah besar, jangan  makan dalam surau ye... kalau nak makan jugak, bekas makanan buang dalam tong sampah tau, nanti orang kata mak tak ajar".. Well, sendiri pikir lah.

Adab ni bukan kat dalam surau je.. kat mana-mana pon kita kena jagalah... Aku dah dengar macam-macam cerita.. bab anak takde adab dengan mak bapak... tak hormat mak bapak... rasa bila dengar tu macam tak percaya ada anak yang tak hormat mak bapak sampai tahap macam tu.... kalau ada anak, kita ajar lah anak-anak kita supaya jaga adab, budi bahasa dengan orang tua.. aku pernah kot jerkah Kasih sebab dia tertinggi suara kat bibik.. aku memang pantang betul orang cakap menengking nie.. bukan nak kata aku macam bagus nak cerita kat sini.. yelah, kadang aku paham, budak kann.. dia tak sengaja.. dia penat ke.. atau dia tengah bergaduh ke dengan adik dia.. so tetiba suara tertinggi pulak kat bibik.. aku bangun terus tanya "apa benda cakap menengking dengan bibik? cakap dengan orang tua elok-elok ye, kalau sekali lagi mama dengar kasih tinggi suara kat bibik, mama tepuk mulut sampai berdarah yeh? 

Macam tu lah umpamanya.. kita nak tegur orang lain tak perlu kot.. nanti orang tersinggung.. so anak kita, kita kena tegur lah.. kalau bukan kita, siapa lagi nak tegur? Kalau kita dah jalankan tanggungjawab kita didik anak supaya beradab, tapi anak tu masih jugak tak beradab, kita dah buat tanggungjawab kita kot.. cuma kalau didikan kita tu tak dapat nak diserap oleh anak-anak, kita doa je lah kat Allah supaya anak-anak kita membesar jadi anak solehah, berjaya dan cemerlang dunia akhirat, tak menderhaka kepada orang tua.. 

Adab kat FB pon aku nak share jugak.. aku adalah tulis kat FB semalam... kalau siapa tak tgk status aku, aku retype kat sini:

"kalau boleh, tolonglah jgn sebarkan atau share gambar mangsa bunuh... tak baik kita menambahkan lagi aib mangsa... arwah ada keluarga yg perlu kita jaga hati mereka... bkn kes adik 2 tahun tu je... ada byk kes2 kematian ngeri yang rasanya tak perlu kita share gambar2 mereka.. cukuplah kita lahirkan rasa terharu atau express rasa marah dgn tindakan tak berperikemanusiaan mereka2 tu semoga yg lain boleh mengambil iktibar... just my 2 cents"

Ramai sangat yang share gambar-gambar macam tu... Kalau kita dah ternampak tu takpelah.. tengok jelah sebab dah tertengok kan.. tapi tak payah lah share-share kan pulak... Bukan apa.... berdosa buka aib orang lain... katalah mangsa kemalangan...kita pulak dok share lah gambar mangsa dalam keadaan macam tu.. sedap share-share, keluarga mangsa pulak yang tengok.. kalau kita jadi keluarga mangsa? ko sanggup tengok ke keluarga ko dalam keadaan macam tu? tak kan? so jangan lah kita tambahkan lagi kesedihan mereka... macam kes arwah yang mati ditembak kat bank tu.. Luluh betul hati aku tengok gambar tu.. bertambah luluh bila aku fikir anak dia pun ternampak gambar tu... biarlah anak dia just tau yang mak dia dah takde.. tak perlu sampai anak dia kene tengok keadaan arwah mak dia dalam keadaan yang memilukan macam tu.. kehilangan tu je dah boleh buatkan kita phobia.. apatah lagi kalau ternampak gambar tu.. seumur hidup akan terbayang :( so hentikan lah.  Orang yang tau erti kehilangan je yang faham.. sedangkan aku yang kehilangan adik aku.. if aku ternampak gambar-gambar lama dia yang ceria, tersenyum pon aku boleh nangis.. kan? faham kan apa maksud aku?

Aku harap apa aku share hari ni, takkan mengundang rasa menyampah... harap pandang dari sudut positif.. kadang aku pon leka.. kadang aku pon tak sedar yang aku ada terbuat jugak.. so kita ingat mengingati untuk kebaikan bersama ;)

Oklah, bye, nak cari makanan jap.. ahkak lapo ni.

Love, 
Filla.

26 comments:

mizzy amalina said...

adoi kak...takde button like ke kat entry akak ni?
nak like seribu kali entry ni.hehe..
tq jugak utk peringatannya kak filla... :)

ahtzelin said...

Gud entri...bagus!moga ramai yg tahu beradab esp generasi muda

Jenguk2 blog saya ye- ahtzelin.blogspot.com

Anonymous said...

OMG Kak filla,

apa yg akak tulis ni sgt penting utk masyarakat zaman skrg. We've lost our adab! Slowly and slowlyyyy!

And sy sgt suka bila akk ckp akk tegur kasih (suka in a good way,bukan suka kasih kena marah) sbb sy selalu nampak mak ayah yg buat tktau aje bila anak kecik sepak bibik la, tinggi suara kat bibik la etc dan ianya buat budak tu besar jadi kurang ajar pd org tua and ended up kurang ajar pd parents dia sendiri. pastu parents akan pikir "mana la silap aku, walhal aku dah didik sebaik mungkin dah"

adab ni penting sebenarnya. dan Nabi saw dulu sebelum diangkat menjadi Nabi saw, Allahswt kurniakan dia adab yg baik sampai semua org pun mempercayai dan senang/hormat pd dia.

Betapa pentingnya adab tu sampaikan ianya di jadikan sebagai basic dlm kehidupan kita.

Aziah said...

Assalamualaikum Kak,

Yup saya setuju dengan akak..hanya org yg dah rasa kehilangan je akan memahami.. saya pun x suka org share gambar mcm tu.. saya akan restricted org2 mcm tu dr wall fb saya.. :(

~~AzaLea~~ said...

Assalam kak filla..

manusia zaman sekarang semakin meminggirkan adab.. sedangkan kalau kita sedang mengaji bersebelahan dgn orang yg sedang solat, kita tak boleh nak kuatkan bacaan.. ini kan lagi bersembang hal dunia.. Subhanallah.. manusia2...

Azura Aziz said...

tq kak fila.. tazkirah yg terkesan di hati.. setuju sgt2 ;)

Nur_cahayamataku said...

akak, setuju sangat bila akak tulis bab surau tu. ramai je orang macam terlupa adab bila dalam surau. nak ditegur salah. kalau tak ditegur pulak, boleh ganggu fokus kita nak solat.. hmmm

-calm- said...

Setuju sangat. Kat sini pon ada yg suka sembang dlm surau.. mcm xde tempat lain. lagi2 lar yang solat 2 in 1 tu. kalau bertegur tu lain 2 kali balas ke dh stop..

-calm- said...

Setuju sangat. kat sini pon ada yang suka sangat bersembang dalam surau. Lagi2 geng solat 2 in 1. Kalau bertegur tu rasenya dlm 2 kali balas dah stop.

Anonymous said...

ggod job kak. satu lagi hebahan komuniti yang baik.

Norazlinr Azmi said...

100% setuju kak,nak berjuta kali..

Anonymous said...

Saya suka dengan topik ni. Satu lagi yang saya tengok ramai yang menulis di Fb atau blog menggunakan bahasa2 yang kurang beradab. Dulu kita tidak pernah berjumpa dengan bahasa sebegini di dalam penulisan. Contohnya...haktuii & Phuii (MELUDAH)... noks (VAGINA IN MALAY ..kau ada? (RIAK). Mungkin orang cakap saya kuno dan ini adalah urban dictionary. Tapi bahasa melambangkan bangsa dan evolusi bahasa seperti ini hanya merosakkan sosiobudaya masyarakat kita. Tak mustahil perkataan2 ini akan menjadi pertuturan harian anak2 kita dengan ibu bapanya suatu hari nanti.

Anonymous said...

setuju sangat...kurang kasih sayang agaknyer..serious kt tmpt keje aku pun der spesies mcm ni,suka mendowngredkn org.citer pasal adab yer,cth:"eh bibik tu kawin muda ko tao,baru 16 thn..de sorank anak..hidup susahlah tu...wtf nk terkeluar da pepagi..sbb aku imagine abg aku kawin umur 18 thn...terus nk statekn org tu susah..itu semua soal jodohlah. bayek aku larik sblm aku lanch**kn dia kt situ...anonymouskn sajer sbb dia memang bc blog akak ni,hahaha..blog aku pun dia bc..pastu sindir2 ape yg aku tulis..kalo x suka jgn la bacakn?

Anonymous said...

eh u, what, entri xde gambar..
boorrriiiiing..

sori, gurau je kak Peej. eh salah, kak Pil..
hehe..

gud job..

Anonymous said...

Betul filla.
Adab ni mcm dah makin hilang ditelan zaman. Adab, berbaik sangka, semua dah kurang kan.
Lagi satu, adab jangan memalukan orang. Lagi la dah hilang. Secara terang2 menjaja kesalahan orang kat page dia yg ramai org puja.
malulah. Malulah dgn Allah. Walaupon just hint2 , berhentila buka aib org.

Anonymous said...

betul tu kak..tiap kali sy tgk gmbr budak tu..selok dok nangis tingat kat anak dok kat taska..hati xtenang...memikirkan ank yg berdosa tu pun sama..jd cam trauma lak nk bukak fb..tkt ternampak gmbr anak tu..rs da bengkak mata dok nangis...

ain.ya.nun. said...

Bercakap pasal adab dalam surau ni, Makcik cleaner kat office I baru lepas mengadu. Kisah student yang celebrate birthday kat surau. Tak kisah lah kau nak celebrate kat mana, tapi tak payahlah nak chop tapak kaki kau dalam surau dengan icing kek tu.

Makin tinggi belajar, makin takde adab dan bengong lak hai.

Anonymous said...

Maaf kak, tp akak pn tgk jgk tuh mgsa2 accident...just saying

Anonymous said...

tegur anak pun kena guna perkataan yang baik..tapi tu lah kdg2 marah menguasai diri,lupa terus niat asal.

Anonymous said...

ada juga yg basuh najis anak kat tempat ambil wuduk di rnr. boleh ke kita pukul orang dlm surau. sbb masa tu rasa nak debik je pompuan tu. nanti dua-dua jadi tak beradab pulak.

Filla said...

Anon 10:27PM : tengok dan sebar adalah dua perkara berbeza. just saying ;)

ikafantasi said...

i agree dgn u..kak pasni glamer la pak radie muka msuk paper

AziniMZ said...

Yg tukar pampers lam surau pastu pampers elok je tinggal pon ada.. mungkin lupa tp motif tak tuka kat toilet..

harzharun said...

agreed!..

kebetulan pulak i baru je tulis psl my babysitter...

kurang adabnya..mcm nak stopkan khdmat dia je...

u.m.i.e said...

totally agreed dengan kak filla :)

farhah hamizah said...

pelik btul anon 10:27...kak fila kta dia tgk,bkn dia kta dia tgk n dia SHARE gmbr tu,so apa mslhnye?...SAYA X SUKA ORG CARI KESLHN K.FILA