Wednesday, December 31, 2014

PRINTED COLLECTION BY THEKASIHSSHAWL.

 Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, TheKasihsShawl kini tampil dengan shawl bercorak atau printed shawl pulak.. Dari dulu nak buat printed shawl tapi susah nak jumpa printed yang menepati citarasa ;)

Kali ni Kak Pilla betul-betul puas hati sebab dapat pon keluarkan printed shawl pulak selain dari plain shawl.. 

So silalah mencuci mata dan shopping ya..

ZIG ZAG


CODE:
ZIG ZAG

MATERIAL:
High quality chiffon satin
Size: 180 cm x 58 cm

PRICE: RM45
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5


ZEBRA


 CODE:
ZEBRA

MATERIAL:
High quality chiffon satin
Size: 180 cm x 58 cm

PRICE: RM45
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

RUSSIAN LEAVES
-SOLD OUT-

-SOLD OUT-

CODE:
RUSSIAN LEAVES

MATERIAL:
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm

PRICE: RM45
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5



HOW TO PURCHASE
Email : framekasih@yahoo.com
or
Whatsapp (Peej): 012-2758575

Bagi masa untuk Kak Pilla reply email yaa.. (untuk yang order secara email) dan bagi masa jugak untuk Peej reply your whatsapp ye (untuk yang order secara whatsapp).. Sebab biasanya Peej akan reply tengahari :) 

"Happy Shopping" 


Love, 
Filla.

Monday, December 29, 2014

DARAH MUDA.

Teringat suatu waktu dulu aku pernah muda.. Muda tu umur berapa? Lepas sekolah pon muda gak, sebelum kawin pon muda gak.. Seingat aku, aku ni kategori susah nak dijaga jugak.. *nangis*

Orang kata anak nombor dua pelik sikit.. Orang kata anak nombor dua ada kepala dia sendiri.. nakal, degil dan suka orang dengar cakap dia je.. Tapi bukan anak nombor dua paling dirindui? paling disukai? paling comel? dan paling best? hahahahaha.. 

Aku takde lah nakal sampai jadi remaja liar ke apa.. Biasalah zaman-zaman belajar dulu nak nakal.. Tapi tulah pon.. makin lama kita makin dewasa.. dari zaman kanak-kanak meningkat ke zaman remaja..zaman remaja ni yang level zaman menggelabah tak kisah orang punya.. Eii kalau ingat balik zaman tu malu je... Kalau bawak kereta bajet racer, kau perempuan je kot, jangan nak poyo.. bawak kereta manual, tangan kiri sentiasa kat gear.. kanan kat stereng.. bawak tak pernah nak slow.. tak pernah lah nak straight mesti nak potong sana sini mencelah.. omaigod nasib hidup lagi.. 

Zaman belajar uitm paling gelabah.. takde nak rasa takut kat sapa pun.. bajet dah besar sangat.. buat decision sendiri kononnya.. rasa nak kerja part time, kerja je.. mintak kat Wan, Wan tak bagi.. sentap ni terus keluarkan berjela-jela hujah, kenapa saya perlu cari wang sendiri? kenapa saya perlu berdikari semasa saya masih belajar walaupun ibu bapa masih mampu untuk menyara saya.. kenapa saya tidak perlu balik rumah semasa hujung minggu.. kenapa saya sentiasa sibuk dengan study group padahal tak jugak score2.. kenapa saya mesti bekerja part time di gedung-gedung membeli belah ternama seperti Star Hills semasa semester break? 

Sebenarnya hujah-hujah tu semua poyo je.. Bercakap kemain pandai lagi... nak berdikari konon hahaha.. padahal aku memang dari dulu tak reti duduk diam.. dunia aku penuh dengan aktiviti.. samaada bekerja, belajar atau melepak.. Wan tu berapa kali lah perang dunia dengan satu-satunya anak perempuan dia ni.. Ingat Wan pernah cakap, jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga anak perempuan sorang.. Wahhh zaman tu darah panas nie.. dengar peribahasa macam tu pon rasa emo.. "Mak aku samakan aku dengan lembu?????? Oh tu lembu sekandang... so aku ni lagi teruk dari lembu sekandang lah?????" 

Zaman remaja aku kuat menjawab.. tapi tak berani sangat nak jawab sebab Wan garang nauuu.. Tapi aku tetap menjawab di dalam hati.. Itu zaman remaja.. Kadang aku selalu borak ngan Akak kat office yang ada anak remaja yang suka menjawab.. Aku cakap kena sabar urut dada.. InshaAllah bila anak-anak ni masuk ke fasa dewasa, diorang akan berubah... Sama macam aku sendiri.. once aku dah melepasi zaman darah muda tu.. aku jadi makin kewl sikit.. Aku dah tak suka panjang-panjangkan satu-satu hal.. aku dah boleh berfikir dengan matang dan tenang.. If aku rasa kalau aku jawab untuk pertahankan diri aku, cuma akan mengeruhkan lagi suasana, aku pilih untuk diam.. 

Setiap manusia akan melalui zaman dia sendiri.. Sama macam dunia blogging aku sendiri.. Orang tak boleh expect aku sama macam masa memula aku blogging.. Sedangkan kehidupan sebenar aku pon dah banyak berubah, ini kan pulak penulisan aku.. Ramai je yang email or tinggalkan komen kat blog entry supaya aku kekalkan penulisan dulu.. ada yang suruh aku buat entry macam dulu, stok nak tulis, tulis je.. nak hentam, hentam je.. Ada yang bagi komen membina, yang menghentam tu confirm lah ada.. See? aku dah berubah.. kalau zaman dulu memang seronok aku printscreen tepek sini.. Eh zaman sekarang ni aku tak kuasa lah.. Aku dulu dengan aku sekarang, tak sama kan??? Siapa yang baca blog ni dah lama confirm tau dulu aku cemana.. dengan rambut karat, seluar pendek, perangai macam gangster.. Sekarang aku dah pakai tudung.. anak dah 3.. manis ke aku menulis main hentam macam tu?  Kang ada pulak kata Kak Pilla tu tak sedar diri ke dah tua, tapi menulis macam orang tak sekolah.. macam bajet remaja.. 

Pasal iklan, well itu rezeki.. dan banyak iklan aku tulis yang aku sendiri jatuh cinta dengan product yang aku iklankan.. kalau aku tak iklankan, aku pon tak tau produk or service tu sebagus tu.. so benda yang baik kita share, mana tau tak memberi kebaikan kepada A, tapi memberi kebaikan kepada B dan C.. come on, positif sikit ok?  Ini kadang tu orang kalau menghentam tu adoi lah.. tak agak-agak.. macam benci sangat laaa kat kita.. tak pe, kalau nak benci silakan sebab kita tak paksa orang utk suka kita pon.. tapi kalau agak-agak tak suka, better jangan masuk langsung blog yang korang tak suka, sebab nanti hati korang yang parah.. kita ni kalau nak hidup lebih bermakna, hidup lebih ceria, lebih positif, kita kena fikir yang baik-baik je.. jangan dada tu penuh sangat dengan benci, dengan hati yang kotor, dengan dendam.. nak buat apa??? tak pasal-pasal terpancar kat muka.. 

Kalau ada sesiapa kat sini memang blogger, teruskan lah berblog.. blog yang baik-baik je.. at least aura positive dari korang akan meresap ke dalam hati orang yang membaca.. kalau tengah marah sangat jangan blog masa tu.. simpan je dalam hati.. tunggu hati dah kembali tenang baru blog.. orang nak suka or benci tu bukan isu.. biarkan je, janji kita tak kacau hidup dia dan hidup kita, kita teruskan dengan jalan yang baik.. lama-lama dia penatlah nak benci.. eh kalau tak penat pon biarlah dia yang penat, bukan kita.

coretan hari isnin.



Love, 
Filla.

10 MAGGI ROYALE WINNERS

Assalamualaikum dan hai :)

So Kak Pilla nak mengucapkan tahniah buat 10 orang yang berjaya email paling pantas haritu.. InshaAllah orang-orang tersayang anda akan menerima Maggi Royale yang tak ada jual kat negara yang diorang stay tu ok?? Buat yang tak berjaya jangan hampa ye, boleh beli maggi royale kat Malaysia ni banyak jual hehhehe...

So ini 10 email peserta yang berjaya.. tahniah dari Kak Pilla :)


1.  maiyahnok@yahoo.co.id

2.  faizah.azmi@yahoo.com

3.  aidatee@gmail.com

4. farihana@hotmail.com

5.  nursuhailasukur@yahoo.com

6. diyanabaharuddin@ymail.com

7. irnanurasikin@gmail.com

8. alyniddie@gmail.com

9. zaidi_mohd70@yahoo.com

10. sarahsofi_85@yahoo.com



Love,
Filla.

Friday, December 26, 2014

SHOPPING AKHIR TAHUN.

Haritu ada perjumpaan dengan bini-biniku gangster nie.. Ada discussion sikit.. sebab dah end of year dah.. Project Januari dah nak mula dah so ada banyak benda nak discuss.. Sambil tu pi makan-makan hujung tahun Kak Pilla ada rezeki lebih skit mari belanja kengkawan yang selalu support ;)

Berzaman tunggu turn kat Chillis KLCC nie.. tapi sebab semua tekak teringin nak chillis so tunggu jelah.. Ajak TGIF eksyen semua tak nak..

Satin Silk Stormgray ni ada lagi sikit.. ada 2 helai je kalau tak silap..Siapa nak laju-laju email framekasih@yahoo.com or whatsapp Peej 0122758575 ye.. korang suka tau, dah habis baru nak nak nak.. tak dapek nak tolong hahaha.. 

Kak Elly dah kelaparan dah, tak sempat amik gambar dia dah tak pedulik.. nak makan sekarang jugak..

Nampak bersih kan muka we olls hahahah.. pakai day cream and bedak je..Sabar ye.. Januari inshaAllah akan keluar produk.. 

Makan sampai senak.. Pastu semua muka dah bluek bluek bluek.. hahahah

Pastu meneruskan perjalanan.. Peej nak beli ipad.. Amboi kelas kau Peej.. kita test jap camera ipad nie.. Tak cakap banyak Peej terus angkat ipad sebab melihat betapa jelitanya Kak Pilla dalam gambar tu.. muahahahhahahahah

Dah tu teman Elly pulak nak beli 2nd phone Samsung.. So jom.. pilih punya pilih pastu test lah camera samsung tu.. tak leh blah... muka terus jelita sangat tanpa edit.. dah macam patung kitorang dalam gambar.. terus tanya SA tu.. "this phone aaaaa, the camera is 360 camera or what???" hahahhahahaa SA tu tak paham 360 tu aper.. Adoi lah pon.. tak biasa lettew dengan social media semua ni.. Ok dah settle hal Elly now teman Kak Pilla jap gi Tods.. Niat nak tengok-tengok je sebab kan nak kirim Elly.. Pastu eh harga ok, so tak kuasa nak tunggu Elly, kita angkat satu hehehehe.. 

Muka happy tak leh blah kata dorang hahaha.. Oh yang kirim tetap kirim.. Tamak sangat ni.. Help Help Helppppppp... 

Ok cukup tahun ni.. 2015 tahun berjimat cermat.. kalau nak boros sikit pon untuk rumah je.. tu TV dah rosak tu.. nak kene repair ke kene ganti baru ke tak pasti lagi tu... 

*nangis*


Love, 
Filla.

STEP BY STEP CARA MASAK MAGGI ROYALE

*scroll down for new entry*

Haritu Kak Pilla berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana Chef Muluk menyediakan hidangan Maggi Royale Seafood Curry dan Korean Spicy.. Selalunya memang bertuahlah siapa yang dapat join kelas-kelas memasak macam ni.. Kenapa? Sebab memasak ni satu ilmu.. kadang-kadang kita tak jumpa ilmu atau tips di buku-buku pun.. melainkan Chef sendiri yang bermurah hati nak share ilmu :)

Kita selalu masak maggi ikut skill masing-masing kan? Sedap jugakkan? Tapi kalau ikut cara Chef Muluk masak, lagi sedapppppp yeeee!! Hahahha masa kitorang berpeluang rasa masakan Chef Muluk ni, semua cakap "Eh kenapa saya masak Maggi Royale tak sedap macam Chef masak?" hahahah.. 

Ok jom kita tengok.. Ilmu ni memang kita kena panjang-panjangkan.. Kak Pilla dapat ilmu, dah tentu Kak Pilla akan share dengan my readers :)

Sebelum kita borak panjang.. Hari ni Kak Pilla baik hati nak share sedetail-detailnya cara masak Maggi Royale Penang Seafood Curry dan Korean Spicy Braised Beef Flavour.

Resepi Pertama:
Maggi Royale Penang Seafood Curry

Chef Muluk akan memasak hidangan pertama iaitu Maggi Royale Penang Seafood Curry.  Siapa pernah rasa???? Sedap tak??? Kalau korang tak pernah rasa, sila pergi beli sekarang dan masak cara Chef Muluk masak.. Fuyohhh sedap giler lah!

Ok kalau nak sedap, make sure ada bahan-bahan seperti di atas ye.. Celur dulu kacang panjang tu dan asing letak dalam mangkuk macam tu.. Ok ni Chef Muluk bagi tips cemana nak bagi udang ni rasa sedap, manis dan tak lunyai.. Eh Kak Pilla ingatkan udang mentah-mentah tu campak dalam maggi tu sampai masak hahaha.. Silap pulak.. Chef kata didihkan air, kemudian celur udang ni sehingga kemerahan (masak) Jangan terlalu lama sebab kalau lama sangat nanti udang akan mengecut dan keras.. bila dah nampak cantik tu terus angkat dan masukkan dalam air yang berisi ais.. Kenapa? Ini untuk nak stopkan the cooking process.. Sebab tu nanti kita akan dapat udang yang fresh, segar dan still 'manis'.. Kalau buat banyak pastu frozen je.. nanti nak guna bila-bila pon lagi senang.. Tips tau tu!!! 

Didihkan air dan masukkan segala paste.. kecuali yang creamer tu ye!!! ingat! yang tu lasttt sekali.. 

Air dah mendidih, terus je masukkan mi maggi tu.. Lagi satu benda paling penting ya.. Untuk Penang Seafood Curry ni kene masak 3 minit.. Jangan lebih, jangan kurang.. sila tengok jam masing-masing.. Masa 3 minit tu yang menentukan kesedapan maggi tu ye.. tak nak benyek sangat dan tak nak rasa keras.

Eh lapar plak tengok gambar ni huhu.. 

Cukup 3 minit sila padamkan api.. dan taburkan sachet yang mengandungi creamer / santan.. Ok tu petua tu kata Chef Muluk.. Kenapa masukkan last? Supaya dia tak berketul-ketul dan pecah minyak.. 

Hiaskan dengan kacang panjang yang dicelur tadi dan jugak udang yang sudah dicelur.. perah limau kasturi masa nak makan tu.. Pergh sedap gila kot.

Resepi Kedua:
Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef Flavour

Siapa pernah try ni??? So spicyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!! Berpeluh-peluh makan hahahaha

Chef kata Korean Spicy ni, mi dia lebih tebal.. Sama je masak dia.. didihkan air.. Tapi untuk resepi masak Korean Spicy ni, korang kene masak selama 5 minit.. Chef kata jangan melawan ye.. kalau dia kata 5 minit, sila ikut arahan.. Kalau tak nanti tak jadik.. Baik Chef, kami menurut perintah Chef ;)

Gila tak pedas???? Cili padi you allllllssss!! Wah ni yang Kak Pilla suka nie.. Lagi pedas lagi power!! 


Untuk hiasan, kita boleh letakkan sliced beef, sila guna daging batang pinang.. hiris nipis dan rebus sampai empuk.. pastu hias je kat Maggi Royale Korean Spicy Braised Beef Flavour nie.. Terus feeling ada kat Korea.. Sedap jugak kalau dimakan dengan Kimchi.. Korang tau tak kimchi? Makanan wajib orang Korea tu.. Bila Kak Pilla makan Korean Spicy nie selalu rasa kenangan masa dekat Korea few years back tu datang menjelma.. Masa tu pergi berlima.. Atok, Wan, Kak Pilla, Pak Radie dan arwah adik Kak Pilla.. Arwah pun suka makan, sama macam Kak Pilla.. kitorang selera je makan makanan korea.. sebab banyak berasaskan sup-sup ni kan.. Hmmm rindunya Korea, tapi lebih rindu kat arwah adik :(

Ni masa Kak Pilla kat Korea dulu.. Kitorang belajar cara-cara buat Kimchi.


Nampak tu.. Ni yang cikgu tu tunjuk masa buat kimchi.. sempat lah kitorang rasa.. Kimchi ada macam-macam jenis, dan rasa dia unik dan sedap

Eh baik sangat Kak Pilla ni kan.. Resepi Kimchi pon nak share jugak.. bak RM5 sorang kalau nak belajar.. hahaha.. Ok ni resepi kimchi Chef Muluk.. 

Resepi Kimchi
Bahan-bahan:
bawang putih (blend)
bawang merah (blend)
halia (blend)
chili flakes
chili powder
cili merah dihiris halus (dibuang biji)
daun kucai
hirisan carrot
hirisan sengkuang
kubis panjang (cari yang macam gambar kat atas tu ye)
1 mangkuk kecil cuka

Eh cuka takde dalam gambar pulak.. tu yang paling penting ye.. 

Gaulkan semua bahan sehingga sebati.. Agak-agak lah banyak mana nak letak bahan tu kan.. 
Then bila dah siap.. korang rasa sikit.. if dah ok.. simpan dalam bekas bertutup, masuk dalam peti ais.. biarkan selama 2 hari.. Oiii rasa dia sedappppppp sangat.. Rasa macam kat Korea hahah.. 

Lepas masak tu kitorang semua dihidangkan dengan 3 resepi tu tadi.. Komen Kak Pilla, Korean Spicy ni pedas.. Tapi Kak Pilla suka pedas, so memang terbaek lah... sup dia jernih macam tu, so terkenang masa makan kat Korea dulu.. Korang kalau masak ni, matchkan dengan Kimchi yang kita buat sendiri tu.. Wah lagi power!!! Tak yah pegi Korea.. kat Malaysia pon boleh ;) Tapiii Tapiii Tapiiiiiii.. tiada apa masakan pon yang boleh beat Malaysian Food.. That's why Kak Pilla prefer Penang Seafood Curry more.. coz i'm Malaysian and i'm proud to be Malaysian.. Hahaha.. But why not kita try jugak citarasa negara lain kan?


Pendapat Kak Pilla tentang Maggi Royale Penang Seafood Curry pulak.. Ok telah ailioq dulu tengok gambar ni hahahah.. Ini memang terbaek.. Sedap sangat kot? masa makan ramai-ramai tu diorang tanya.. siapa suka ni? Semua angkat tangan ok.. hahahah.. Terus terang ye, masa event ni lah first time Kak Pilla rasa kedua-dua Maggi Royale nie.. Sebab Kak Pilla setia kepada Maggi Kari je.. Takut nak try yang lain, kang tak sedap caner? Tapi Kak Pilla memang dah terjatuh cinta dengan rasa dia.. Kak Pilla siap tanya ada tak Maggi Royale jenis cup???? Sebab Kak Pilla jenis wajib bawak maggi kalau travel.. Rupanya ada ye.. Yeayyyy pasni gi travel boleh bawak Maggi Royale cup je.. tak yah masak lama-lama.. curah air panas je settle masalah Kak Pilla ;)

Balik dari event, Kak Pilla bagi Kasih makan yang Korean Spicy dalam cup.. Hoi berpeluh-peluh dia makan.. Licin... dia cakap sedap sebab pedas :)





Chef, tolong pegang kejap, nak snap gambar.. hehehe.. So kalau korang nampak dua jenis Maggi Royale ni kat mana-mana, sila lah beli dan try ye.. Ikut betul-betul resepi yang Kak Pilla share tu.. Confirm sedap ;)

Korang boleh juga layari laman web Maggi Royale ni untuk tips-tips bagaimana nak masak Maggi Royale yang sedap ni.. hehe

Kak Pilla dan bloggers lain sempat bergambar kenangan bersama Chef Muluk.. 

Sebelum Kak Pilla akhiri entry ni, Kak Pilla ada satu berita baik dan tergempar nak bagitau kat my lovely readers.. Amboi tergempar katanya hahaha.. Hari ni Kak Pilla nak bagi giveaway kepada readers Kak Pilla.. Contest ni Kak Pilla yang suggestkan kat pihak Maggi.. dan diorang rasa benda ni sangat interesting ;)

Giveaway

Kak Pilla nak bagi peluang kepada 10 orang readers Kak Pilla untuk bagi special gift from maggi kepada yang tersayang.. Syaratnya, yang tersayang tu mesti berada di luar negara!!! Kenapa??? Sebab pihak Maggi akan post kan gift kepada kesayangan korang tu nanti.. Luar negara tu tak kisah lah dekat ke jauh ke.. Zimbabwe pon bolehhhhh hehehe.. Amboi over.. hehehe..  Best kan???? tak kisah lah keluarga ke, kawan rapat ke, peminat ke.. amboi ada peminat ke? hehehe.. 

Caranya ialah email kepada Kak Pilla di alamat framekasih@yahoo.com.. sertakan sekali nama dan alamat penuh penerima gift from Maggi.. 10 orang terpantas yang email akan dipilih sebagai pemenang ;)

Mesti keluarga/sahabat/kenalan kat overseas sana gembira dan teruja dapat hadiah dari you olls kan kan kan.. 

Ok, satuuuu... duaaa... tigaaaaa... mula!!  Kak Pilla tunggu ni ;)

*update: 10 orang readers bertuah telah dipilih, Kak Pilla akan reply email yang bertuah tu nanti ok? yang tak bertuah jangan bersedih yeee.. terima kasih kerana mencuba ;)



Love, 
Filla.

Wednesday, December 24, 2014

RESEPI TOM YAM DAN RESEPI AYAM GORENG INDONESIA WITH WORLDFOODS.

*scroll down for new entry*

Hai korang ;)

Kak Pilla sekarang dah kembali memasak seperti sediakala.. Haritu kat Phuket kan asik mengadap tom yam je.. Sambil tu ushaaa je cemana diorang buat tom yam sedap sangat ni? Tak puas hati betul hahahah.. Kak Pilla masak tom yam guna paste yang dalam paket je.. Tapi bila masak nanti kuah tu tak pekat pon.. Macam cair je, tu yang selalu guna sampai 2 packet pon tak umph jugak.. Nyampah tau.

Sampai lah Kak Pilla berpeluang cuba Tom Yum Paste dari jenama WORLDFOODS nie.. Kak Pilla perasan produk WORLDFOODS ni paste dia semua ala-ala international gitu.. Vietnamese, Burmese, Malaysia, China, Thailand and India semua ada.. So Kak Pilla rasa nak try Tom Yum paste ala Thailand dan resepi Indonesian Sweet Tamarind.

Sabarrr.. bunyi dia je macam terror sangat kan.. Cara nak buat dia.. Alahai.. Pak Radie pon boleh masak kot hahahahaha... Sebelum tu meh Kak Pilla cerita serba sedikit dulu tentang WORLDFOODS ni.. Jangan risau ye, produk ni cuma gunakan 100% Non-GMO Natural fresh ingredients, ada pelbagai authentic Asian flavours, ada HALAL certified, Food Allergen Free, Trans Fat Free, Gluten Free dan tiada added Oil.. Jadi sila yakin ye... jangan takut-takut..


Kenapa Kak Pilla nak share resepi ni kat korang? Sebab nak memudahkan korang jugak.. Semua bahan dah ada dalam WORLDFOODS Tom Yum Paste tu.. So tak payahlah sibuk-sibuk nak letak serai, halia, lengkuas.. TAK PERLU!!! semua dah ada dah.. kan senang kan?


Kita hanya perlukan WORLDFOODS Tom Yum Paste sahaja ;)


Kak Pilla mesti letak daun ketumbar dan hirisan daun limau purut.. Sebab daun ketumbar tu yang paling penting nak sedapkan lagi tom yum kita.. dan bila ada daun-daun dalam masakan memang akan menyerikan dan menambahkan lagi kesedapan masakan ;)


Selalu Kak Pilla masak tom yam tak pernah tumis.. Tapi kali ni Kak Pilla tumis.. Jom tengok resepi dari Kak Pilla dan cara-cara nak masak ;)

RESEPI SEAFOOD TOM YUM THAI KAK PILLA
-4 sudu Tom Yum paste WORLDFOODS
-2 sudu makan minyak masak
-3 ekor sotong dipotong bulat
-10 ekor udang size sederhana
-2 biji tomato size kecik dibelah dua
-1 biji bawang besar dipotong petak
-4 batang anak jagung (baby corn)
-sedikit bunga kubis (cauliflower)
-1/2 batang lobak merah dihiris
-6 biji cili padi
-sedikit daun limau purut
-daun ketumbar
-garam

CARA-CARA
Panaskan 2 sudu makan minyak masak.. Kemudian tumis Tom Yum paste WORLDFOODS.. kacau sehingga paste berbau harum.. Kemudian masukkan air dan juga lobak merah.. tutupkan periuk dan biarkan mendidih sehingga carrot agak empuk.. Kemudian letakkan garam dan letakkan anak jagung dan bunga kubis.. Setelah sayuran agak empuk letakkan udang, sotong, daun limau purut dan bawang besar.. Pecah-pecahkan cili padi dan masukkan ke dalam kuah tom yum tadi..

Akhir sekali masukkan tomato dan daun ketumbar.. Kacau dan tutup api.. Semasa hidang boleh tabur lebihan daun ketumbar sebagai hiasan..

Ok telan ailio sekarang hahahah.. Pak Radie, Kasih ngan Amaani makan banyak.. bila tanya Pak Radie, mana sedap?? Tom Yum ni ke atau yang sebelum-sebelum ni.. Pak Radie kata ni lagi sedap.. Amboi terus kembang-kembang hidung Kak Pilla hahahah.. Padahal senang gila kerja Kak Pilla.. tak payah risau nak carik serai, lengkuas semua tu.. 

Ok now next recipe pleaseeeee!!!!  

Ini kalau suruh Kasih masak pon boleh hahhahahahahah.. Kak Pilla sibuk sangat weekend kan.. Tapi selalunya weekend kena lah masak jugak for lunch.. Pilihan yang bijak ialah masak benda yang simple tapi rasa dan persembahan mesti ada gaya Chef skit.. hahahahha.. Senang je kan jadi orang perempuan?? Memang lah bila fikir balik, Ishhh Kak Pilla tak penat ke? Kerja lagi, nak uruskan anak lagi, uruskan TheKasihsShawl lagi, sometimes attend event lagi..anak tuition nak hantar sana sini lagi.. Eh busyyyyy.. siapa cakap tak busy? Tapi Kak Pilla tetap akan masak.. bila ada benda-benda yang memudahkan kerja Kak Pilla seperti WORLDFOODS product nie.. memang terima kasihlah banyak-banyak hahahah... 

Ini lagi senang giler.. cuma perlukan ayam je ngan sauce ni.. perap dan goreng. siap.. cemana tu nak share resepi? senang sangat.. 

perap je camni.. 

Dan goreng.. so yang ni tak yah detail sangat lah yer resepi dia.. marinate je ayam tu guna WORLDFOODS Indonesian Sweet Tamarind Marinade.. kemudian masukkan dalam peti ais dalam 1 jam.. Kemudian panaskan minyak dan goreng menggunakan api yang kecil.. Rasa dia memang betul-betul macam makan ayam bakar kat Indonesia.. Tanya bibik, dia cakap macam ni lah ayam goreng kat Indonesia.. 

So inilah 2 lauk yang Kak Pilla sediakan weekend haritu.. Simple, Sedap dan Healthy.. Kak Pilla orang yang suka bekerja pantas.. Tak suka lambat-lambat sebab nak rehat cepat hahah.. dan Kak Pilla jenis suka masak kat rumah sebab nak pastikan kita sediakan healthy food untuk keluarga.. So bila dah ada produk bagus yang betul-betul healthy sebab WORLDFOODS ni hanya gunakan high quality ingredients, Kak Pilla bertambah happy.. So if korang pon macam Kak Pilla, jenis health-conscious tapi nak masak yang mudah, pantas dan sedap.. boleh lah cuba WORLDFOODS.

Selain dari 2 jenis products yang Kak Pilla guna, WORLDFOODS ada banyak lagi produk lain seperti Vietnamese Five Spice Bo-Kho Stir-Fry Sauce, Thai Yellow Curry Paste, Thai Turmeric Lemon grass Marinade, Thai Basil Chilli "Pad Ki Mao" Stir-Fry Sauce dan lain-lain.  Tu nak kene study dulu cemana nak masak hahahaha.. 

Oh, Kak Pilla nak buat give away to my readers :) Sebab ada 5 bottles of WORLDFOODS products nak diberikan kepada readers Kak Pilla.. Anda boleh pilih daripada 5 jenis produk untuk give away ni:
  • Burmese Tamarind Stir Fry Sauce
  • Thai Basil Chili 'Pad Ki Mao' Stir Fry Sauce
  • Vietnamese Five Spice 'Bo Kho' Stir Fry Sauce
  • Thai Red Curry Paste
  • Indonesian Sweet Tamarind Marinade / Stir Fry
Best kan?!

Anda cuma perlu lengkapkan slogan ini dengan tidak lebih dari 30 patah perkataan.. Sertakan bersama email address supaya kalau you all terpilih senang nak hubungi yeeee.. Slogan tu hantar kat ruangan komen entry ni ok???

 "I would like to take up the Worldfoods cooking challenge because..." 

atau

"Saya ingin menyertai cabaran memasak bersama Worldfoods dengan (produk pilihan anda) kerana..."

Janganlah kecewa sangat kalau tak terpilih sebab anda boleh dapatkan WORLDFOODS sauces kat supermarket ni pon.

Nak tahu lebih detail tentang produk WORLDFOODS ni sila layari www.worldfoods.com.my 

GOOD LUCK!!! 


Love, 
Filla.

Tuesday, December 23, 2014

AFF SUZUKI CUP 2014 - MAKAN BOLA TIDUR BOLA! ELE LE LE LE LEEEEE LEEE LEEEEEH..

Ramai orang suka salahkan perempuan bila perempuan minat bola.. Kononnya orang perempuan yang suka tengok bola ni gedik je lebih.. mesti nak tengok player handsome.. Eh mestilah!!! Eleh, kalau lelaki tu suka tengok pompuan seksi, pompuan cantik takpe pulak? hahahahah 

Eleh tak yah nak kutuk-kutuk orang pompuan ye... Janji kita sehati sejiwa sebab sama-sama sokong Team Negara kita Malaysia.. Tapi lelaki ni aku tak daya sikit.. kalau tengok bola kemain dia jadi pengulas sukan.. macamkan dia yang player.. itu tak kene, ini tak kene... aku jeling je... Pompuan kalau tengok bola diam je.. time goal je baru terjerit and terlompat sikit hahahahhaha... 

Aku pernah tengok bola kat stadium masa zaman belajar kat Uitm dulu.. pastu serik sebab time aku pegi tu macam rusuhan ke apa.. penonton siap baling kerusi dari atas.. pastu baling botol mineral dari atas ke bawah.. ye aku yang duduk bawah.. ko gila ke apa? botol tu penuh lagi ok dengan air.. ko bayangkan kalau melayang botol tu tetiba elok je landing atas kepala Kak Pilla.. mana Kak Pilla nak sorok muka ni???? malu tau.. itu belum kalau kerusi stadium melayang atas kepala.. tak sempat nak malu, dah masuk hospital dah.. Tolonglah.. nak tengok bola takde sapa larang.. tapi tak yah nak sakai sangat menjahanamkan stadium ko dah kenapa.. saiko.

Ok tanak citer banyak, kang aku kalau dah start membebel kang habis kang.. 

Ini selfie Kak Pilla yang paling yakin sekali hahahah.. rasanya ada send gambar ni kat group whatsapp lakibinigangster.. cakap yang kitorang dah ready to go.. Semifinal Malaysia vs. Vietnam masa ni.. Bawak Kasih and Amaani nak bagi diorang rasa pengalaman pergi sokong bola kat stadium ;)

Kata sokong bola, so dari rumah dah kene over dan semangat hahahahah

Sampai awal masa ni, lepak dulu tunggu family Elly.. Tak tau pon Elly pakai baju kuning.. so kitorang dah macam team biru dan team kuning hahahaha

Park kat rumah sedara Pak Radie kat Sec.13 tu.. Then menapak ke stadium.. nak keluar dari perumahan tu takde jalan melainkan panjat pagar sebab nak keluar jalan besar dan short cut sikit.. Terpaksa dukung anak masing-masing.. part aku je hulur tangan nak dukung Pak Radie buat bodoh.. Nyampah tau.. Aku ngan Elly terpaksa panjat sendiri sebab laki tak layan... Nasib bak kata Elly time sekolah dah nakal, takat panjat pagar ni apa ada hal??? hahahaha



Semifinal tak segila final crowd dia.. Semifinal lawan kat Stadium Shah Alam.. 


Family Elly ada gambar.. family aku kat gopro kot.. malas nak amik memory card hahaha.. 

Penyokong kanak-kanak.. Diorang ni memula memalu kucing.. dah balik baru ye-ye jalan pimpin tangan empat orang.. sama perangai macam mak-mak diorang yang pemalu.. *matakeatas*



Tabik hormat kat Ultras Malaya nie.. Diorang memang terbaek lah.. dari mula sampai habis game tak henti-henti bagi sokongan.. menyanyi menaikkan semangat :)

Berebut nak tepek pipi dengan bendera Malaysia.. Ada akak tu bising-bising kenapa sticker kedai mamat ni RM2.. dia kata kedai hujung sana RM1 je.. pastu dia tak puas hati dia cakap meh lah RM1 saya lekat sendiri.. Eh bising sangat akak ni, aku terus hulur dua ringgit, menyelit depan akak tu terus amik sticker hulur depan muka budak jual sticker tu.. "Tampal pipi saya sekarang, nah RM2" hahahah bukan nak poyo tapi orang ramai ni.. kang setengah jam aku tak dapat nak tampal.. habis semua budak kecik terpaksa ke belakang memberi laluan dekat Kak Pilla hahahhahahahaha.. 

Amaani lapar rupanya.. masuk stadium dia buat perangai.. kaki gatal, nak bukak socks.. nak bukak kasut.. nak duduk sana, nak duduk sini.. Haih aku dah nak start hangin dah.. Win beli mihun goreng then aku suap.. habis sebekas dia makan.. terus ceria.. Ek eleh.. cakap lah lapaaaaa hahaha.. pastu gembira main lari-lari belakang kitorang dengan Ameera.. 

Eh tu je Semifinal punya cerita.. Malaysia kalah, tapi takpe.. kalah bermaruah.. then lawan kat Vietnam dah menang dah.. so layaklah kita ke Final ;)

Kisah Final Malaysia vs. Thailand pulak kat Stadium Bukit Jalil.. 

Kali ni budak-budak tinggal kat rumah.. Nasib lah tak bawak budak-budak.. hazab gila kat sana..

Blog mak-mak memang camni.. nak citer pasal bola, tapi sempat selit hasil tanaman depan rumah hahaha.. Ni pokok cili yang Pak Radie tanam benih dia.. dah berapa bulan kot, ingat dah tak hidup, tapi tetiba haritu dia bertunas dan now ada sebiji cili padi hahah.. bangga oooooo... 

Baju tetap sama macam Semifinal, tukar tudung je.. ni pon tudung balik dari bird park hahaha.. Syok gila g stadium naik motor.. nampak kereta tengah jam rasa nak angkat-angkat kening je heheheh.. jalan banyak tutup polis jaga laluan.. kitorang naik motor parking naik atas devider je..kewl sangat ni..

Bila elly dah sampai kitorang teruskan perjalanan masuk dalam stadium.. Anak buah Elly dah belikan tiket, diorang dah sampai awal, so kitorang tunggu kat luar nak amik tiket.. 

Lepas tu kitorang pon masuk stadium.. Gilaaaa lah.. kene panjat kat dinding stadium tu dah macam spiderman.. bila tengok macam omgggg tak lepas nie.. caner nak lalu nie.. kalau bawak anak kecik memang tak leh nak lalu ni.. ni kitorang redah je tarik napas.. rempuh.. siap melompat dari kerusi atas turun ke bawah.. Elly ngan plastik burger.. Kak Pilla ngan plastik air ngan keropok ikan sira kahkah.. pastu kene kutuk, tengok bola beli keropok sira.. Eh sukatilah.. nasib aku tak beli popcorn tau.. hahaha

Us.. memang happening gila dalam stadium.. orang penuh bersesak-sesak... aku dapat tengok suku padang je.. selebihnya tengok kepala orang.. 

Memula sikit.. pasatu makin lama makin penuh berdiri depan kitorang ni.. Ko tengok Pak Radie nya view tu je nampak.. last-last dia duduk makan kuaci je sbb sakit hati.. Yang Win tetiba menjerit kuat gila, "Oiiii duduk laaaaa, aku tak nampak!!!".. kuat gila aku ngan elly tekejut hahaha.. terus semua orang duduk hahahah.. suara macam gangster ok.. takut orang semua... kejap je... pastu penuh balik.. lantak kaulah situ..

Satu aku tak leh blah memacam ragam manusia ok.. yang pompuan sorang ni, aku nak tengok bola, dia boleh pusing mengadap aku pastu amik telefon dia berselfie.. annoying nyeeee... Ahkak nak tengok bolaaaaaaa bukan nak tengok ko selfie dik... Elly pandang aku, aku pandang elly.. 

Itu satu hal.. ni lagi sorang ni lagi terror.. aku tak tau lah laki bini ke, pakwe makwe ke.. bediri kat depan aku.. pastu peluk pinggang pompuan tu.. pastu kejap kang cium pipi.. kejap kang cium pipi.. menggelegak je aku yang tengok nie.. Apa masalah diorang ni??? aku ni belengas-lengas kepanasan ko boleh bercium pipi kat situ... nasib aku tak tempik "Oiiiiiiiiiiiiiiiii nak cium balik umah laaaaaaa, aku nak tengok bolaaaaaaaa!" 

ok dalam hati je hahahah.. 

Tapi malam tu memang best lah tengok bola walaupun tak nampak.. Terpaksa lah kitorang tengok bola sambil berdiri je.. bila Malaysia goal je semua orang automatik hilang ingatan kejap.. bersorak, melompat.. bak kata Elly aku terpeluk elly sampai elly tercekik.. hahah tak perasan.. pastu anak buah elly bersorak masa goal sampai tercampak spek elly dia langgar.. hahahah.. aku terus tengok bawah.. masa tu Yaya tengah lompat-lompat dengan Win.. aku tengok bawah.. omg, sipi lagi yaya lompat nak pijak.. potong stim betul kes spek elly nie.. dah amik spek, sambung balik lompat hahahahaha.. 

haaaa, dah habis game baru boleh amik gambar tak kacau orang.. Ini orang tengah suspen tengok bola ko sibuk selfie menghalang aku nak tengok bola.. Akak tak leh dik, kalau tengah tengok bola, akak concentrate, akak nak tau bola tu ada kat mana... akak rabun, so akak kene focus.. hehehehe.. 

Malaysia terbaekkkk!!! walaupun kalah 3-2 kepada Thailand.. tapi kalau tak kira aggregate kira Malaysia menang lah malam tu.. Kitorang stay lama gak dalam stadium tengok player Malaysia and Thailand pusing stadium.. Safik baling kasut dia kat penonton.. pastu diorang baling bola utk penonton.. 


Tengoklah orang dah macam ulat dah.. penuh stadium..

Bagus jugak dapat tengok bola nie.. Nampak kita ni rakyat Malaysia yang bersatu hati.. Yang jadi salah dan memalukan bila ada pihak yang tak bertanggungjawab menjahanamkan harta benda awam dan bergaduh dengan team lawan kat stadium sampai ada yang tercedera.. Bola je punnn.. apa yang emo sangat??? perlu ke sampai bergaduh berdarah-darah.. Jangan buat macam tu sampai orang pon rasa tak selamat nak pegi stadium.. Kita sokong je mana team yang kita rasa nak sokong.. kalah menang tu adat permainan lah.. tak perlu emo-emo sangat.. Ok??? 

Ni cerita nak balik pulak.. Ya Allah sesak gila sampai ko tak boleh bayangkan lah cemana sesak dia.... keluar tu berasak-asak macam mengikut arus orang berjalan je.. pastu dengan peluh dengan masam bau orang.. pastu dengar orang meniaga tu jerit "Hoi bodoh, aku nak meniaga laaaaaa, jangan rempuh".. susah nak cakap.. orang terlalu ramai dan berasak-asak, memang kene rempuh punya.. ada stall jual air tu tinggal air je.. orang dia dah takde.. hahahahah.. tak leh meniaga sebab orang terlampau ramai nak balik.. ada pulak aku nampak terselit orang bawak anak macam baru lepas pantang ke apa.. adoiii tak sesuai lah.. anak aku dulu sampai umur 1 tahun kot baru aku bawak keluar malam.. 

Win sampai menjerit "Radiiiiii awak kat manaaa awak kat manaaaa???" bongok gila hahaha.. yang Pak Radie jawab "Kat sini kat sini".. sesak macam ni lebih kot setengah jam.. dah sampai penghujung aku dah nak muntah, bau peluh masam gila.. terus aku dongak ke atas pandang langit.. "Ya Allah berikanlah aku oksigen, aku tak boleh bernafas dah ni"... 

Ok itu je cerita over dari Kak Pilla si penyokong Bola Sepak #HarimauMalaya

"Roarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!"

Atut tak??? Oh lupa nak cakap, Kak Pilla gi stadium memang sebab nak sokong #HarimauMalaya .. Tapi makin semangat nak pegi sebab nak tengok 2 orang ni beraksi :



Hohooooooiii.. Best kot diorang nie.. asal jersi nombor 13 lari je, Kak Pilla kuis Elly hahahah.... 

Ok jangan emo ye.. Kak Pilla saja je.. Cuma suka tengok Indra Putra ni lasak.. suka langgar orang hahahaha.. pastu bertenaga je dia.. bagus, keep it up.. goal keeper Farizal pon bagus.. Eh team Malaysia memang bagus lah!! Tahniah!!!!




Love, 
Filla.