Tuesday, April 28, 2015

PROGRESS.

Assalamualaikum.

Meeting dengan En. Win haritu.. Jangan memain, Peej siap bawak file ok muahahahhaha.. macam nak gi buat marketing.. boss kitorang masa ni sapa lagi.. laki Elly lah.. Ada lah discussion sikit haritu.. Pastu aku datang dengan Peej, Elly dah tunggu tempat lain.. Pastu Win kene amik aku dengan Peej untuk jumpa Elly.. wow misi rahsia sangat nie.. tu bukan citer dia.. cuma nak citer masa aku dengan Peej terkial-kial baru nak call Win tetiba aku dengar orang jerit.. 

"Fillaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, Peeeeeeeeeejjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj"

*sayup-sayup dari kejauhan*

Aku dengan Peej berpusing-pusing mencari arah suara orang tepekik-pekik tu.. rupanya Win kat jalan seberang dengan kereta kancil bukak tingkap.. hahahahahah dia kata horn rosak so tak pasal dia kene menjerit sbb call kitorang tak dapat.. hahahaha.. so kitorang pon kedek-kedek masuk kereta.. wowww hebat kereta kancil Win.. bawak laju kornar baring you olls.. bukak tingkap pun manual pusing-pusing.. teringat zaman kereta kancil time belajar dulu.. hahahah.. bepeluh-peluh aku dengan Peej dalam kereta.. penat je vogue-vogue nak buat marketing.. ni semua Win punya pasal.  Gagal marketing kita haritu, ko siap ye Win.

Dah selesai segala urusan, aku dengan Peej nak baliklah. Pastu Elly call kata baik korang terus gi Ikea settle kan beli barang-barang office Ellfie.. Hoi ni dah pukul berapa? sempat ke ni? Sebab memang tugas aku ngan Peej untuk beli barang-barang office.. Elly kata dah alang-alang baik ko ajak Radie sekali.. ok boss!

Whatsapp Pak Radie ok semua on!! Jom gi Ikea... tapi misi pertama kene makan dulu.. Rindu hoiiii nak makan meatballs dengan salmon... Ini 3 orang punya makan.. punya lah tamak.. meatballs Peej ngan Pak Radie tak nak kalah.. sorang nak 15 ketul.. Last-last haku jugak tong sampah tukang habiskan yang tak habis.. 

Kitorang kat dalam ni dah macam explorace tu.. mengejar masa... 

Dah jumpa sofa berkenan tapi yang berkenan semua mahal.. Eh mana boleh, konsep kita untuk office Ellfie ialah, harga biar affordable tapi nampak gempak meletopsssss! ko mampu?

Kang nak mencarik sofa tempat lain pon leceh, baik kita angkut je sofa yang ada.. cari sarung kusyen yang boleh basuh sebab dah tentu nanti diorang jadikan sofa tempat tido, pastu berpeta-peta ailio basi.. euwwwwww...

Sepanjang kat Ikea kadang happy kadang stress.. Tapi stress lagi Peej mengadap aku dengan Pak Radie bertekak kat sini.. Pak Radie tu nak ikut taste dia.. Hellooo???? aku pon berhak bersuarat.. nak lawa-lawa pastu mahal.. no mana boleh????? kene pilih yang just nice dan harga rendah.. kene jimat ni.. mana boleh main amik je..  Aku suruh beli kerusi RM35 dia pilih RM45.. Eh sakit hati betul.. Pastu aku dengan Peej dah setuju nak amik set maja makan 4 orang.. siap package ada 4 chairs.. dia tak nak.. dia nak yang besar sikit.. Langsung aku dengan Peej tak layan dia.. dia cakap nanti nak duduk ramai-ramai, dia, Win, Ben, Elly, aku, Peej mana nak muat?  Peej kata "Ko nak buat kenduri ke apa kat office? nak hidang lauk bagai ke apa?"..

Yes i sokong u Peej!! Radie, u please go home now, we don't need you here.

Tapi nak sedapkan hati Pak Radie, aku dengan Peej bangun jugak gi tengok meja makan yang dia nak.. 

*angkatkeningsebelah* biasaaaaa jeeeeee takde lah best sangat ponnnnnn... then kitorang berlalu pergi... tinggallah Pak Radie sakit hati kat situ.. muahahahhaha padan muka dia.


Ni amik untuk jadikan display rack kat pintu masuk ;)

Ni amik untuk letak kat pantry office.

Ni amik untuk buat table top meja bilik Elly.. 

Pastu setiap kali snap gambar ni terus send kat group chat.. Elly terus tanya.. 

"Aku tak paham kenapa semua gambar ada muka Radie?"

Sebab nak tunjuk size perabot Elly, ko mana tau.

Meja kerja ni semua setuju tanpa ada pergaduhan hahahah.. very niceeee.. 

Aku nak kusi ni je.. Pak Radie nak yang RM45.. pastu tau-tau dia jugak yang menang.. nyampah.

Ok lamp ni takde bantahan.. sebulat suara suka.

Oh ada gambar pilih carpet tak snap pulak.. Tu pun dah stress.. aku dengan Peej dah terduduk atas carpet.. Penat tau tak? Pak Radie tunjuk semua mahal.. Kitorang dari jauh buat signal geleng kepala or tunjuk No No Nooo tak setuju.. sampailah dapat satu carpet.. dah ni gi collect barang kat rak.. Part ni bersyukur Radie ada.. kalau aku dengan Peej je berdua, mintak ampun la.. 

Ada 4 trolley.. gila sakit pinggang menolak.

Cantik Kak Peej kitewwww ;)

Nah hamek kau.. tak cukup tangan nak tolak.. GST je dah beratur ringgit kot? Gila betul lah.. Tapi nak buat cemana kan? Aku perasan kalau setakat food kita makan kat restoran tu tak terasa sangat lah.. Tapi kalau korang terlibat dengan business atau pembelian barang yang harga mencecah ribu.. Memang nangis lah.. kita terpaksa bayar GST tapi kita tak boleh naikkan harga barang.. kita nak jaga hati customer.. kita baru bermula dan sambutan tengah menggalakkan takkan nak naik harga.. so telan je lah.. orang tak meniaga tak terasa sangat.. tapi macam kitorang ni memang terasa.. dari packaging sampai ke postage semua kene charge.. Tapi tak pelah, demi customer, biar kami rugi.. Nak muntah tak baca? muahhahahaha.. 

Office pon banyak benda kene settle.. Berlari-lari Elly settlekan segala registration telekom, air, elektrik, partition, tint glass, access card, aircond, rack.. Nasib Win memahami.. Kitorang kene settle kan semua ni dalam masa 2 minggu.. So semua kene buat tugas masing-masing.. dengan postage Ellfie lagi Peej nak urus.. kadang lari-lari gak tolong menolong.. weekend je aku ngan elly kene sama-sama tolong Peej.. takut aku tengok kalau muka Pak Radie and Win jadi hijau sebab kene amik n hantar anak tuition.. Korang lah bapak paling mithali dalam dunia hahahahah.. 

Sambil tu shopping barang untuk toilet dan pantry sikit.. segala pewangi, baldi, tong sampah, mop.. tu pun gaduh ngan Elly... Elly nak lain.. aku ngan Peej kata nak pewangi lain.. dia cakap tu wangi.. aku n peej kata tu busuk tengik.. Pastu Elly jerit.. "Ehhhh biaaaaaaaaaaaaalaaa tengik, aku suka jugak, lantokkkkk!"

Tengok sini.. siapa paling lemah lembut, bagai gadis desa yang sedang menyapu laman... perghhh kalau remaja, dah tentu berderet nak masuk meminang ni... Peej, ko cuma mampu candid tutup mulut dengan battery je? sila banyak belajar lagi peej.. 

Tengok Kak Elly, tak yah diajar-ajar.. dia memang sentiasa over... tapi dia mampu buat muka muncung je aku perati dari dulu lagi.. tengok Kak Pilla.. gaya menyapu ada.. gaya posing dengan pelocok toilet ada.. Perghhh kak pilla memang hebat.. tolong tepuk tangan skit.. 

Dah settle beli semua trolley boleh tolak sampai pintu depan mall je.. Eh jauh nak menapak ni.. kene bahagi 3.. sorang angkat sikit.. kita jalan kaki je bawak ke opis.. Aku kene angkat 2 tong sampai tu dengan 1 plastik lain.. sedap je aku pegang macam ada batang halus belakang tong sampah tu.. pastu hameeekkkk.. terkeluar baldi daripada dalam tong sampah.. bergolek-golek.. Peej ngan Elly berdiri tegak tengok baldi tergolek.. Pastu dengar Kak Elly jerit "Habisssss pecah baldi aku kau siap!!" 

Kak Pilla lari kejar baldi kat tepi jalan raya.. Pastu dorang gelakkan Kak Pilla.. 

BENCI tau... malu i lari kejar baldi golek-golek.. pastu masukkan barang kat kedai.. rasa nak pengsan.. help kaki, tangan semua nak tercabut.. 

Tapi takpe, ni semua kenangan kami bertiga untuk menaikkan Ellfie Beauty.  Kami kerja keras setiap hari untuk buktikan kita boleh berjaya dengan usaha dan kerja keras.

Doakan persahabatan kami sentiasa utuh dan perniagaan Ellfie Beauty akan semakin teguh dari sehari ke sehari ok?

I love u all *ehtetibamacamdapatawardpulak*




Love, 
Filla.

4 comments:

Nurizzah Majif Biz said...

selamat maju jaya team elfie.
susah dahulu senang kemudian.
dont give up.

Anonymous said...

Hi, fyi, ikea punya harga stay macam yg lama, cuma now kena clearly state gst, tu yg nampak macam mahalnya.... But, actually harga ikea mmg sama like bwfore gst. Actually, ikea boleh reducekan price sbb before this, under sst, perabot, which termasuklah barang2 ikea kena 10% or more tax. So, under gst yg cuma 6%, barang ikea patut lagi murah in my opinion, tapi, siapalaaaaa nak turunkan harga, betul x?

In my opinion jugak, better for u to be registered dgn gst systems, sbb at least u boleh claim the input tax, macam pos laju ke, bills ke, perabot ke... Kalau u xnak naikkan harga elffie pun x apa, just stated clearly je laaa dlm tax invoice, at least boleh jugak nak claim input tax, ye tak? Cuma, awal2 payah sikit laaa... Dah lama ok kut....

Ok, sorry membebel panjang2 kat sini, just sharing some knowledge... Good luck!

Unknown said...

Amin

suka tgk korang 3 org.:) all the best

june said...

elfie d best kak... lembut je kulit kite lpas pakai produk ni ....