Monday, April 06, 2015

PAK LONG KAWIN.

A photo posted by fillanie (@fillanie) on

Untuk pengetahuan, Pak Long a.k.a Abang Kak Pilla dah selamat melangsungkan perkahwinan.. Sebab tu lah Kak Pilla busy sejak kebelakangan ni.. abang kawin, urusan Ellfie, urusan rumah tangga, anak sekolah, urusan pejabat lagi.. Phewww Alhamdulilah dah selamat dah semuanya..

Pasal wedding nanti-nantilah Kak Pilla update ye.. sebab kita buat majlis, memang sibuk dan tak sempat nak snap gambar.. so kalau nak gambar cantik kene lah tunggu gambar dari photographer.. Lagipun Pak Long tu low profile dan tak suka sangat glamour2 sana sini hahah.. Kalau boleh haritu dia cakap dia nak kawin tak nak duduk pelamin.. dia nak masuk hall, pastu terus lepak dengan kawan-kawan dia.. Gila dia ni.. tak pernah dibuat orang ye..

Oh ramai tanya pasal baju family Kak Pilla hehehe.. Baju Kak Pilla tu kain lace tu beli kat Gulatis depan Ampang Point tu.. kain pon beli sana.. pastu hantar tempah kat Medan Mara.. Rupanya kat situ berlambak tailor, now tempat tu dah cantik.. Baju Leecha, Amaani dan Kasih pon tempah kat situ.. Actually tak puas hati sangat sebab tak berapa kemas baju Kasih tu.. dah lah dia tu cerewet dan Kasih tu badan dia senang gatal-gatal.. kulit dia senang allergy tapi senang recover jugak.. masa baju dah siap, Kak Pilla tak sempat collect, so Wan tolong collect.. Masa try baju tu kat rumah, Kasih muka dah sentap, dia cakap kat ketiak tak selesa.. dia macam 'tercekik' kat ketiak tu.. So Wan buang span kat bahu.. Then ok sikit, but still dia cakap tak selesa ketiak.. Rupanya tau kenapa? lebar tapak tangan kot kain berlebih kat bahagian dalam ketiak tu.. patut gunting lah bagi tinggal 1/2 inci ke apa.. mana lah budak tu tak gatal-gatal and rasa something kat ketiak.. hoi tak kemas, Wan tu tailor memang jenis nak perfect kemas.. lepas Wan alter balik baru ok.. 

A photo posted by fillanie (@fillanie) on
Baju Leecha ni actually Kak Pilla suruh buat sampai buku lali.. tengok-tengok sampai setengah betis je.. Tangan baju pon ngam-ngam singkat je.. Hoi tu nak buat pakai sampai raya tu.. kang pakai sekali je.. pastu pergelangan tangan Leecha tu kecik gila.. punya lah susah nak pakai.. nasib lah Wan tu terror.. betulkan balik besarkan dah buat button kecik so dah besar sikit ;)  Baju Amaani je ok, tu pun kain longgar maybe Amaani dah kurus kot.. so Wan betulkan pinggang.. Thank you Wan menjadi penyelamat ;)  Lagi apa korang nak tanya? hahaha.. Baju Atok and Pak Radie tempah kat BAK.. kat situ lawa lah dia buat baju melayu.. Baju Pak Long pun tempah kat BAK jugak.. 

Nanti kalau ada masa kita sembang lagi ok?



Love, 
Filla.

4 comments:

Mrs Little Voice said...

Aku dah lama boikot tailor kat medan mara tu pilla...pernah sekali tempah...kepala tak.muat nak masuk...acaner nak pakai...huhuhuhu...

si jaGung baYi said...

Tak sabar nak tgu akak post entry wedding paklong..

athi FATHIYAH said...

baru perasan muka pak radie dgn pak long lebih kurang mcm adik beradik je walhal ipar kan...

Anonymous said...

Kak pilla kurus!!!! Jeles...cmner nk kurus kak pilla? Share tips 😊