Sebenarnya dah 2-3 hari teringin nak cuba masak Ayam Masak Halia bersama Cendawan Shitake ni.. Mengada sangat perangai kannn.. So google sana sini jugak tengok macam-macam version.. So ini version ikut tekak sendiri ;)
Bahan-bahan simple jer..
Bahan-Bahan Tumis
- 2 inci halia dihiris
- 3 biji bawang putih dihiris
- potongan ayam jangan terlalu kecil (refer gambar)
- 3 sudu besar kicap cair
- 3 sudu besar sos tiram
- sedikit lada putih
-sedikit lada hitam
- 4 cendawan shitake dihiris kasar
- 1/2 capsicum (lada benggala)
- 1 biji bawang besar dipotong-potong (refer gambar)
- 5 biji cili padi merah (kalau nak pedas boleh letak lebih)
- sedikit bancuhan tepung jagung
- sedikit daun bawang dipotong panjang
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih. Bila agak garing masukkan ayam dan kacau sehingga hampir masak.. Masukkan kicap cair, sos tiram.. masukkan sedikit air dan tutup periuk sehingga ayam empuk dan cukup masak. Kemudian masukkan lada hitam, lada putih, cendawan, capsicum, bawang besar dan cili padi.. kacau rata. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun bawang. Tutup api dan siap untuk dihidang. *tak perlu garam sebab dah ngam-ngam cun masin dia.
Lauk lain ai tak kuasa yer... Goreng ikan cencaru je.. Semua kat rumah suka ikan cencaru ni, Kak Pilla suka beli yang size kecik sikit kalau untuk goreng.. kalau untuk cencaru sumbat boleh beli yang besar sikit ;)
Ini hasil tangkapan Pak Radie kat Pasar Ramadhan.. Hitam tu paru.. Tak tau lah ada pembaziran ke tak semalam sebab aku kureng sikit kuih muih ni.. semalam aku makan samosa tu je seketul.
Sekian sahaja lauk berbuka ai semalam..
Ini gambar tukang masak pagi ni.. pink-pink gittew pipi ai pakai Fame Cushion Blusher. Lipcream kat gambar ni Code Glam pon sila pantas sebab code ni takkan join family Fame Lipcream.. Once habis, sayonara.
Eh ramai gila pulak yang komen kata "Saya Nak" Fame Cushion Blusher yang kita akan start jual next week.. Sila beli awal ya sebab kita akan bagi potongan harga awal-awal nanti.. Lambat kalu, sayonara.
Love,
Filla.
3 comments:
kak pila lapik meje tu dh cari kat ikea cheras n damansara, depa kate takde pon masuk corak tu..nk jgk sbb ngidam & unik sgt
kak pila, dh tye ikea cheras n damansara psl lapek meja tu, depa kate takde pon masok design ni, huhuhu nk jgk sbb ngidam ni n cantek angat
Dah lama kot huhu dah x de dah kot
Post a Comment