Salam Ramadhan ;)
Fuyooo ni namanya entry marathon hehehehe.. tak sangka dah selamat berpuasa hari ke 10 dah kan? so hari ni hari ke 11.. Aku bab hari dan nombor memang selalu fail.. Rasanya betul lah kan hari ni hari ke 11.
So kita gabung jelah semua in one entry.. Hari Jumaat lepas aku teringin sangat nak makan Mee Hailam sebab dah jemu makan nasik.. So bahan-bahan semua memang dah ada so takde masalah.
Berpeluh-peluh makan ni sebab letak lada putih dengna lada hitam. Siap hentak cili padi pulak tu..
Jom tengok apa yang kita perlukan.. gambar tak complete sebab tak tunjuk ada lada putih, oyster sauce, kicap pekat, kicap cair, bancuhan tepung jagung semua tak de dalam gambar..
Untuk resepi Mee Hailam Fillanie korang leh click link SINI hahhaha 2011 punya entry hamek kau.
Kasih still nak makan nasi tapi dia tak request memacam dia cuma nak telur mata kicap tapi cara masak kena macam ni..
Habis selera dia makan kalau lauk camni.. Fuhh bagus, senang mak kau.
Apak dia still tak leh move on dengan Yong Tow Foo pasar ramadhan.. Alasan dia ni yong tow foo pasar lain.. ni sedap, yang angry bird tak sedap sangat... Dasyat dia punya imagination bab makan.
Ini pun favourite dia.. nyampahkan? semua fav dia jeeeee huh
Nampak je meriah, sebenarnya ini je pun lauk hahahha... paru yang kaler hitam manis gila tu pon kegemaran dia.. i cannot manis melampau kalau lauk..
So masuk ke berbuka day 8 pulok.. Kali ni berbuka rumah mertua sebab nak celebrate birthday anak buah (Syasya and Azhar)
Macam biasa kalau gi Shah Alam memang mak dah siap masak awal lagi.. Mak masak sambal udang dengan kari ikan jenahak dengan Jelatah.. Ayam tu my SIL beli.
Tak tau nak tambah-tambah apa lagi.. so keluar jap dengan Pak Radie kitorang gi Restoran Hartinie Seksyen 11 tu.. Aku just teringin nak makan Daging Masak Hitam ni je.. Sebab MIL dah masak 2 lauk sedap..
Kak Tinie tu schoolmate Pak Radie dasyat perniagaan dia dah berapa lot kedai dia sapu.. 3 kot? Kalau korang pergi sana dah macam fiesta makanan.. berderet baekk punya makanan dia.. satu barisan panjang segala kuih-muih kelantan.. celah belah sana segala jenis bubur.. belah sini satu lorong semua masakan kelantan macam Nasi Kerabu, Ayam Percik, Nasi Dagang, Satay.. Eh pitam tengok makanan dia..
Segala tapai ubi, tapai nasik, ulaman, sambal belacan, tempoyak.. penuhhh satu meja.. lauk berabaris-baris ya.. gulai kawah dalam kuali lain cerita lagi.. tapi bila datang dah kul 6:30 macam tu elok je lauk semua dah tinggal sikit.. bayangkan berapa ramai orang yang datang membungkus lauk.. Well done Kak Tinie business masyuk... Makanan pun tak menghampakan.
Kalau kat Shah Alam pun don't worry.. confirm habis.. kalau tak habis pon tak kisah, mak simpan semua dalam fridge esok leh panas-panaskan makan balik.
Ahad tu kitorang ke AEON sebelum balik.. Tapi Amaani tak ikut sebab dia nak tinggal kat Shah Alam..
Tengok Sketchers ada sale.. Murah kot 50%.. Kalau tak harga dia semua RM300 ke atas je.. So belikan kasut raya Kasih.. Sila pakai kasut ni dengan baju kurung.
Tengah jalan tu nampak ni kat dalam Aeon tu.. Elly memang tengah carik benda ni so hantar gambar... terus dia reply "Nakkkkkkkkkkkkkk" kemain banyak huruf 'k' dia.. So belikan dua ketul Elly kirim,
Kak Pilla pun beli jugak doublepan (magic pan) tu sebab dari dulu macam nak.. walaupun tak tau lagi nak masak apa dalam tu, takpe janji bila nak masak benda dah ada hahahha.. Dah tua-tua ni kalau borak dengan Elly bab periuk belangan pinggan mangkuk macam best je.. Wow so tua.. old oredy.. hahahahha..
Berbuka Day 9
Balik tu pening nak berbuka apa.. Kak Pilla memang tak suka berbuka kat luar.. dah lah ramai orang.. belum tentu datang lambat ada meja kosong.. satu hal nak buka ringan-ringan dulu pastu pukul 8:30 baru dapat makan.. Eh buang masa.. Lagi satu buka kat luar ni nak carik surau pulak.. nak solat ke nak makan dulu.. Haih pening, baik buka kat rumah..
Tapi tak sempat sebab dah pukul 7 masa ni.. Janji dah dekat dengan rumah jom lah McD pun boleh.. Tengok eh dah ada surau kat sini.. tapi baru siap kot belum buka lagi.. Tapi baguslah sebab fikirkan umat islam yang berbuka kat sini boleh terus solat.. kalau macam aku ni takpe.. dekat gila dengan rumah.. boleh balik terus lepas buka.. ni kalau orang yang jauh lagi perjalanan dah satu hal..
Aleesya tu kegemaran dia Ayam Goreng. Dua ketul confirm habis ;)
Rindu kat rabbit Ami.. Hehehe muka dengan cousin Nurin dah nak sama dah..
Berbuka Day 10
Ya Allah ni sedap gila ni.. Tauhu semedang ke apa nama dia? Kitorang pernah makan ni masa exhibition Fame kat mana yek? MAEPs ke?
Tak kisahlah yang penting sedap gila.. elok dia angkat dari kuali terus cicah dengan cili kicap tu.. nak extra spicy gigit sekali cili padi tu powerrrrrrrr..
Ni Pak Radie beli kat mana tah? Kawan dia belikan pastu dia gi collect kat kawan dia kot.. Sodap!!
Semalam Kak Pilla cuma masak Ayam Berlada dengan sup sayur je.. Pak Radie pun just bawak balik Tauhu tu je.. Bagus macam ni jimat dan tiada pembaziran..
Pot pet pot pet.. Sekian saja yer.. haus tekak banyak sembang ;)
Tata, jangan ponteng puasa yer... Bye.
Love,
Filla.
3 comments:
hye kak pil(malas type pjg, penat.puasa) tu tangan nampak mcm dah kurussss je ni? hahaha. Btw amani tu, sket lagi jd cun melecunnnnn. mmg feminat dia no.1 since forever. hahah. dia temok ke kuyus ke..hehehe.
kak fila, amani nampak segak sngt-sngt...
makinbesar makin segak ni.
kirim salam beliau
selamat berpuasa kakfila
sedapnyer...
Post a Comment