Wednesday, June 21, 2017

FAME COSMETICS DAN MOOD REPUBLIK

Assalamualaikum,

Rasanya almost every year Fame Cosmetics akan join Mood Republik kat PWTC.. Biasanya Raya dan Year End Sale.. Lain-lain tu kalau rajin kita join jugak kat Melaka pun pernah jugak.

So this time completely beza booth kita.. Tapi tetap nak konsep ala-ala hipsthurrrr gitewww hahahaha.. Sebab tu agak sibuk sebelum event ni sebab banyak benda nak bincang.. Berapa orang staff nak amik.. berapa banyak shift nak buat, siapa cashier, bilik hotel dan lain-lain perlu dibincangkan.. termasuk harga produk di Mood Republik.

Alhamdulilah semua berjalan seperti yang dirancangkan.

 So ini team hari pertama (pagi)  Hari pertama pembukaan tu pukul 10:00 pagi.. Mula-mula tu perasaan berdebar-debar sebab tak tau lah sambutan macamana since aku pulak shift pembukaan.. Berdoa je semoga semuanya akan ok.  

Pastu dah pukul 10:30am macam tu crowd still tak ramai.. sampai kitorang confuse.. ni orang tak masuk lagi ke apa? tapi staff kata nampak orang yang ada cop kat tangan (orang awam) so maksudnya dah masuk dah orang.. whyyyyy tak ramai??

 Staff booth yang rajin, peramah, pandai melayan customer.. thumbs up untuk semua termasuk yang shift lain tak de dalam gambar... so far takde yang memeningkan kepala.. sebab kitorang dah biasa jumpa macam-macam kerenah yang pernah kerja kat booth Fame ni hahahah... 

Ok sambung cerita,.. memula kan takde orang sangat.. Tapi lepas tu tetiba macam booth kene rempuh.. tak tau mana datang tapi tetiba je booth penuh gila bersesak-sesak macam orang beli goreng pisang hahahha.. Terus aku dengan Hetty (cashier) panik.. Radie lipatkan kerusi kitorang sebab kitorang dah tak boleh bekerja sambil duduk.. staff akan jerit "Kak, rusty, gossip, violet" so aku akan amikkan stok and pack dan pass kat diorang.. ko bayangkan kalau 4 orang staff jerit order serentak kat ko.. Aku siap "Okkkkkk lek, lek, satu-satu.." Yang cashier kitorang pulak tulis order sebab staff akan dapat comission untuk setiap jualan.. So kena kira duit and tulis nama staff.  Kira duit main sumbat-sumbat je dalam laci and bag hahaha.. tak sempat pun nak susun elok.

Aku hantar gambar kat Peej and Elly sampai diorang stress membayangkan turn diorang nanti camne.  Peej siap skip tanak tengok sebab dia takut membayangkan turn dia nanti cashier akan balik kul 10mlm.. so dia yang akan jadi cashier and takde sapa tolong siapkan order tu.. Nasib Pak Radie join shift Peej.

Kelakar gila sepanjang shift Peej, Pak Radie akan datang and tolong dari pukul 10mlm sampai 4pagi.. Diorang gi sahur sesama kat hotel, pastu naik bilik sesama kahkahkah... Kalau Airil dah kene tumbuk dah muka Peej tu.. dengan laki aku pun kene tumbuk sekali.. Sebab Pak Radie tak leh balik pukul 5 pagi macam tu bahaya.. So dia tunggu dalam pukul 7 atau 8 baru gerak.  Peej ngan Radie masuk bilik, aku pulak akan bangun bersiap sebab aku jaga pukul 7pagi.  








 Langsung tak pernah booth takde orang.. Sesak sampai ko takde masa nak gi toilet.. 

Memang dasyat orang perempuan kalau shopping.. this time kitorang tak expect sales akan ok dari last year sebab risau dengan economy sekarang macam orang tak spend sangat.. So kitorang cakap if dapat buat sales macam last year pun jadiklah... Tapi sangkaan meleset, alhamdulilah sales diluar jangkaan.  Seronok staff kita walaupun semua penat takde pun yang mengeluh atau muka moncong.. semua kerja keras.

 Biasanya aku akan balik hotel dalam pukul 3 aku sampai bilik.. Peej memang ada dalam bilik sbb dia shift malam.  So tugas aku and Peej ialah book room service.. Mulalah pening nak pilih apa.. pening sebab rasa nak makan semua hahahaha.. Hari pertama kitorang biarkan diri kitorang tamak hahahha.. Aku makan Nasi dengan Kari kepala ikan, Peej makan nasi dengan Asam Pedas Oxtail, Elly set nasi goreng.. siap pulak order olio oglio tambahan.. saiko hahah tak berusik, last-last bagi kat staff.  Sago gula melaka order sampai 3.. rupanya besar gila, 1 tu boleh share 3 orang.. dengan juice dia mahal nak mampos.. segelas RM24.. Sakit je hati aku, kalau food dia RM30++, dah tu juice ko dah nak sama harga dengan makanan?  So kitorang decide esok kita gi beli air kat Mall sebelah tu.

 Ni berbuka esoknya iaitu 17 June.  Aku dengan Peej order sama.. Elly chicken rice.  See dah bijak? Aku dengan Peej gi jalan mall sebelah tu apa nama dia? lupa pulak.. dapat Peej beli baju raya kaftan batik creep lawaaaa.. Beli air buah, beli fresh fruits, beli karipap kat kampung crave.. eh gitu ke spelling?
Sedih sebab 17 June birthday Amaani.. Tak dapat mama celebrate sekali.. so sad.. Nasib papa hari-hari akan makesure berbuka dengan budak-budak ni.. bawaklah birthday girl makan spaghetti kat SR.   Kasih cakap tomyam licinnnn.. ok nanti kita gi yeh? mama nak makan gak tomyam tu.. dapnyeee.

 Thanks Pa sebab selalu happykan anak-anak ;)

Amaani is my kesayangan.  Dia paling senang diurus jarang buat hal.. tapi kadang dia ada 'angin' sikit.. jangan suruh dia banyak kali sebab kepantangan dia hahaha.. Rajin dan sgt independent.  Ada masa manja sangat dengan aku selalu cium aku bersungguh kalau nak tidur malam.. Tak cerewet sangat bab makan.  Semoga Amaani membesar dengan sihat, berjaya di dunia dan akhirat ya sayang.. 

 Kalau dengan Papa memang memacam benda pelik korang dapat.. Patutlah Papa tu kesayangan sangat.. Kalau mulut kenit Aleesya tu lagi lah.. "Mama ni asyik nak marah jeeeeee".. "Sabar mama, sabarrrr".. Eiii rasa nak lenyek.. Tapi kenit tu mulut becok kadang kelakar jugak dia tu..  

 Ok ni ada sekeping gambar kitorang bertiga.  Masa borak-borak tu kitorang cakap lah founder lain selalu akan datang booth cantik-cantik bergaya, orang lalu akan tengok dan tau ko adalah founder brand ni.. tapi kitorang ni tetap dengan t-shirt takde beza dengan staff.. beza apron kitorang hitam je hahahahahhahaha..

Bukan apa, sebab masing-masing seronok sama-sama jaga booth, tak nak ada perbezaan dan jurang.. dan kitorang happy dan seronok sama-sama dengan staff buat kerja.. tak retiiiii nak tetiba bergaya-gaya hahahha.. Asal ada orang datang tanya, mana boss? Laju je kitorang akan cakap "boss tak datang" muahahahahhaha

Kitorang ni kadang emo boleh tahan.. bila duduk tengok orang ramai.. rasa happy.. aku pulak bila tengok customer datang dengan confident "I nak rusty, topaz, gossip, bb cushion Fair and mascara".. Terus rasa terharu hahaha gilo apa tu pun terharu.. Yelah korang mana tau.. kisah disebalik nama-nama lip cream tu.. Setiap kali lip cream nak keluar je kaler baru.. kitorang bertiga akan stress nak pilih nama hahahahhaha.. memacam lah nama keluar sampai tergelak-gelak pun ada.. tak sangka nama yang kitorang pilih bersama tu orang luar yang tak kenal kitorang pun dah hafal.. Alhamdulilah dalam masa 1 tahun setengah, Fame dah ada pengikut sendiri.. Terharu gila kot.

Dan latest news, Zalora contact baru-baru ni untuk arrangekan meeting lagi sebab Fame Cosmetics listed top brand kat Zalora.. Ya Allah terima kasih beri rezeki ini.. Berbaloi rasa penat lelah kami selama ni.  Semoga dipermudahkan segala urusan Fame Cosmetics selepas ni.

 Ni pun harapan bangsa sepanjang booth hehehehe.. terpaksa jadi runner dia dengan Win husband Elly kena amik stock habis.. 2, 3 kali kot kena runner balik amik stock.. 

 Wow kelas kau Jah hahahah.. Kalau retis tak berapa nak heran.. tapi sebab dia atlet yang mengharumkan nama Malaysia, ahkak bangga dik.. Terus tanya "nak amik gambar boleh?" muahahahha.. Ziyad Zolkefli atlet terbaik tabik spring.

Last day berbuka dah tak lalu nak makan nasi.. Oh sebelum tu aku balik bilik Peej macam akak-akak sangat.. 

"Filla kau tidur sekarang.. kau tak tidur nanti nak sambung lagi sampai malam, better ko tidur at least 2 jam"  Aku cakap aku susah nak tidur siang.. lagipun Peej nak sambung kira commision staff so dia tak leh ada gangguan.  terus kene marah lagi.. ahhahahah laju-laju Kak Pilla tidur.. baiklah Dik Peej, akak tidur.  Rupanya masa aku tidur peej tinggalkan aku, dia gi mall tu beli karipap muahahahha.. 

Elly akan datang time 10 minit sebelum berbuka.. lepas buka dalam pukul 8 Elly akan pegi balik ke Mood Republik.. So aku akan bersiap dengan Peej pegi sana dalam kul 10 malam.. Gitulah rutin.. nanti aku balik dengan Elly kul 1 pagi macam tu terus gi sahur.

Walaupun jaga booth ni penat dia tak terkata, tapi kitorang happy dan selalu tertunggu-tunggu next exhibition.  Doakan perjalanan Fame Cosmetics ya.. dan Kak Pilla amik peluang ni untuk ucapkan terima kasih kat semua yang support Fame.  Terima kasih banyak-banyak.



Love, 
Filla.

6 comments:

Cici said...

ramainyaa orang. meriah betul. tak pernah lagi pergi MR. sebab tak sanggup bersesak. T_T

Faizahazmi said...

tahun ni tak dapat jejak kaki dekat booth fame macam last year T_T

Miss M said...

Salam kak..
Saya ada beli barang Fame dekat Zalora. Terjebak pakai sebab tengok ramai MUA mcm Bellaz, Shazreena yg review best produk Fame ni.Eyeliner, BB Cushion dengan Mascara mmg terbaik la lebih2 lagi Mascara tu. Design BB Cushion pun nampak classy. Teruskan yang terbaik tau. Good luck!

Anonymous said...

Assalam filla.

Akak mengikuti perkembangan filla n d gang dr dulu. Sangat berbangga dgn kejayaan u all. Akak doakan u all bertiga terus berjaya dlm bisnes ini dan kekal bersahabat selamanya. Aamiin.

NABIHA ZAIDI said...

Wah, bestnya. Nanti boleh la try jenama Fame ni.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

TAHNIAH FILLA..SEMOAGA SUCSESS SELALU