Pertama sekali takziah diucapkan kepada keluarga krew dan penumpang MH17 yang telah terkorban akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang masih enggan tampil mengakui perbuatan mereka melepaskan tembakan ke atas pesawat penumpang MAS.
Seluruh dunia bersedih atas kejadian yang langsung tak terlintas di fikiran kita.. Tapi semua dah tertulis, kita kena redho dan teruslah berdoa untuk mangsa. Hari-hari baca isu ni kat FB sampai rasa terbawa-bawa kesedihan tu.. Itu kita, keluarga mangsa? Allah beratnya nak menanggung perasaan sedih tu.. Semoga mereka terus diberikan ketabahan hati untuk hadapi dugaan di bulan ramadhan yang mulia ni..
Kalau nak ulas pasal tragedi MH17 tu tak cukup mukasurat.. semua orang nak ulas.. Aku cuma mampu baca dan bersedih.. Semoga cepatlah semuanya selesai dan semoga cepatlah keluarga mangsa mendapat pembelaan diatas pemergian insan-insan tersayang :(
Tak lupa kepada rakyat Palestin yang sedang berperang saat ni.. Dah tak larat nak tengok gambar-gambar yang menyedihkan tu.. Jika kita mampu dari segi kewangan, jom kita derma yang terikhlas dan termampu.. untuk yang tak mampu, jom doakan semoga saudara seIslam kita di sana sentiasa dilindungiNya dan mendapat kemenangan.
Namun kehidupan perlu diteruskan.. Kak Pilla tetap masak hari-hari.. Bermewah-mewah tu memang tak lah.. Kak Pilla memang paling tak suka membazir.. Tahun ni sekali je kot berbuka buffet haritu.. Biasanya tiap kali puasa akan pegi jugak bawak budak-budak makan kat hotel ke apa ke.. saja suka-suka lagi-lagi Kasih puasa.. Tapi now dia dah besar.. dia sendiri tak nak makan kat luar.. dia prefer berbuka kat rumah je.. So Kak Pilla pon masak lah satu dua lauk je tiap kali berbuka..
Kari Ikan ni masak masa cuti Nuzul Quran.. Call Wan sebab tau Wan takde kelas haritu.. ajak Wan ngan Atok buka kat rumah.. Aku ni asal boleh je.. Macam kari ni kan.. ikan aku main campur je hahaha.. Ada ikan siakap, ikan merah ngan apa tah.. campur je.. Terung ngan bendi pon aku campur je ;) Kuah kari ni tercair pulak, tapi Wan suka kari cair..so ok lah kot..
Ada beli telur puyuh haritu.. bila dah rebus dah kopek.. Ek eleh sikit sangat ni hahaha.. So rebus telur ayam 4 biji tambah sekali.. sorry minyak melimpah hahah.. malas nak tapis.. amik atas je ye.. yang berminyak sila abaikan..
Wan datang bawak kuih buah melaka ngan murtabak.. pastu bawak tempoyak daun + petai.. dappp aku makan tu je banyak heheh.. tempoyak calit tu aku buat haritu punya berlebih, so keluarkan balik.. goreng ikan masin ngan balance popiah haritu goreng lagi.. Suka tengok orang makan habis.. Atok tambah nasi.. kembang vontot Kak Pilla hahah..
Ini buka puasa hari lain.. Aku pantang nampak sayur.. Semua sayur yang ada rasa nak beli je.. yang makan sayur-sayur berdaun macam ni aku ngan bibik je.. Pak Radie cakap pahit.. Ololooo macam budak 7 tahun, makan sayur pun pahit?
Aku kalau buat sambal tumis udang, aku suka kopek siap-siap kulit udang.. tak kuasa lah nak makan, time tu nak kopek.. lambatttt.. aku kan kurang penyabar sikit ;)
Gorengkan budak-budak ni popcorn chicken.. tapi bapak budak yang over.. tekak kanak-kanak riang lah apak korang ni..
Haritu Wan belikan ni tak makan.. ni dah sejuk bila makan.. nyamsss sedap.. Favourite Amaani and Aleesya.
Ni hari lain.. aku masa lauk ni je sebab serious tak larat.. penat sangat heheh.. Tapi lauk ni lah Acih paling selera makan.. Seronok tengok bila dia minta tambah nasi.. ajaib tuuu.. jarang-jarang terjadi ok.
Hari Sabtu aku hantar Kasih gi tuition.. Tapi kitorang keluar pagi tu nak cari tempat boleh buat built in shoe rack.. Amaani sorang je ikut.. pastu dah pesan kat bibik tolong masak spaghetti untuk Amaani.. nanti dia balik tengahari mesti dia lapar.. dan ini lah hasil dia.. Heheheh.. Ingat lagi first time bibik sampai rumah aku, dia langsung tak tau masak.. sebab dia kata kat sana dia jarang masak.. kat sana masak lebih mahal dari beli, sebab tu diorang lagi prefer beli lauk.. Tapi dia suka tengok aku masak.. tiap kali aku masak memang dia kelam kabut bediri sebelah kadang over, siap amik buku ngan pen.. yang Aleesya melalak pon dia kengkadang sampai tak dengar.. sibuk nak tengok aku masak hehehe..
Bibik cuma masak untuk Aleesya ngan Amaani je tengahari.. Makan malam memang aku masak... Aku tak tau orang lain, tapi cara kita treat bibik ni pandai-pandai sendiri lah sebagai majikan kan.. Ada orang tak kisah bibik yang fully incharge kat dapur.. Bagi aku no.. dapur tu aku yang incharge kalau aku ada kat rumah.. Aku takde, the kitchen is yours... Takde hal.. Kadang orang tak paham cara kita.. kenapa kita buat camtu.. Aku ngan bibik so far ok.. Ada yang aku tak suka aku tegur elok-elok tapi tegas.. terlampau takde gap antara majikan dan bibik pon susah.. sama macam kerja kat pejabat jugak.. takde beza.. cara kerja ngan situasi je beza.. Aku ada boss, aku hormat boss aku.. Cemana pon kadang kita boleh gurau-gurau tapi tetap ada respect dan segan sebab dia boss kita.. kalau boss pompuan pon takkan pulak ko nak betepuk tampar ngan boss kan? dah nama pon dia boss, kenelah hormat.. takleh lah ko buat dia tu kawan ko pulak..
Bagi aku kalau kat rumah, majikan akan lead maid kita.. jangan sampai dia yang lead kita.. contoh lah dulu bila aku terlampau baik.. bila aku minta bersihkan kipas, dia boleh tanya pulak.. puan, kalau esok aja boleh tak? Amboi.. then aku fikir balik.. ok cara aku ni salah.. aku yang terlampau manjakan sangat sebab tu jadi macam tu.. So aku tukar style sikit.. bukanlah aku kejam ke apa.. logik lah, kalau boss aku suruh buat apa-apa.. gila ke aku nak cakap "boss, esok boleh?".. memang takkkk laaa kan? so kita kena wujudkan gap sikit supaya ada respect.. contoh aku decide semua untuk dia.. kalau nak keluar aku tengok seluar dia ketat pastu baju pendek pulak.. memang aku cakap terus "bik tukar baju labuh sikit, baju pendek sangat".. now aku macam tu.. kalau dulu aku cakap "bik, lain kali pakai baju labuh sikit, segan nanti orang tengok".. hahah ada pulak cakap 'lain kali'.. tapi dia ok.. nanti dia senyum-senyum je dia cakap ok.. terus lari naik atas tukar baju..
Bila ada maid, elakkan dia yang decide apa-apa untuk keluarga dan rumah.. contoh, dia yang decide or suggest hari ni nak masak lauk apa.. dia yang decide or suggest ini lagi cantik dari ini.. ini lagi sedap dari ini.. Dengar boleh lah.. tapi biar kita yang decide.. makan kat luar pon usually aku yang decide kan.. Takde lah aku teruk sangat sampai nak makan pon tak leh.. maksudnya takkan ko makan roti canai, bibik tetiba order chicken chop.. paham kan maksud aku? So biar balance.. dia selesa dan kita pun selesa.. Ni nak raya aku bagi dia balik.. Happy kemain semua tok nenek dia nak bawak.. pastu timbang hambik kau.. berat gila.. so sila kurangkan barang yang nak dibawak balik ye..
Ok sorry terpanjang cerita pasal bibik ;)
Sabtu haritu aku hantar Kasih tuition.. Aku dah memang nekad lah tak nak masak.. dia habis tuition pon 5.30.. dari setiawangsa nak sampai kembangan paham-pahamlah kan.. selalu 6.30 baru aku sampai rumah.. tetiba lepas tuition tu dia cakap nak mama masak.. tak nak beli.. tak nak makan kat luar.. Amboi main order je.. Aduhhh mama dah lah penattttt.. terus call bibik suruh keluarkan ikan pastu gaul garam kunyit tolong goreng.. so aku balik laju sikit masak..
Ni pun sama.. ada ikan sebelah ngan ikan kembung, so campur je hhahaha..
Kasih cakap dia cuma makan sayur bayam je.. Haritu beli bayam kat Cold Storage.. aku suka Cold Storage sebab dia ada section sayur yang RM40.. hahaha.. kira promo lah.. seikat bayam RM40? terus amik 2 ikat ;)
gila ke RM40 haha.. 40sen je.. thanks yang noticed.. korang tekejut, kak pilla lagi tekejut.. kalau rm40 seikat, kak pilla memang jutawan lah..
Sambal belacan ni beli ngan kawan.. tapi dia office lain bukan kat tempat aku kerja.. tapi selalu je dia boleh datang.. terbaek! rasa original macam buat sendiri..
Ni sahur hari apa tah.. Tetiba teringin maggi kari. Kasih kalau tengok maggi terus selera hahah..
Ok lah itu je cerita Kak Pilla.. kalau rajin petang ni kita share resepi ok?
Love,
Filla.