Friday, August 28, 2015

PENING KEPALA KETIKA DATANG BULAN.

Itulah yang Kak Pilla alami setiap kali bulan datang, Eh?

Saja nak berkongsi masalah dengan readers yang mengalami masalah yang sama.. Apakah kita ni tak normal? Sebenarnya dulu aku takde pun masalah pening kepala semasa period.  Tapi lately ni selalu, eh memang everytime kot.. Kalau dia tak sakit kepala masa 1st day, 2nd day tak pun 3rd day.. tak pun sehari sebelum.. Mengapakah?

Haritu lagi teruk terlampau sakit sampai muntah .. Pagi tu terus pegi pergi klinik sebab risaulah takut benda lain pulakkan.. Masa tu doctor cakap ada setengah-setengah orang memang akan diserang migrain bila period.. Akulah tu salah seorang.. But why now? dulu takde pun.. Ntahlah tiada jawapan.

Mungkin juga faktor umur.. Semalam borak dengan Peej and Elly.. Peej kalau period akan senggugut dan sakit badan, sakit pinggang semua.. serba tak kena kata dia.. Elly pulak akan sakit badan.. Dulu takde pun macam tu.. So memang sahlah faktor umur kot.

Semalam aku pening kepala lagi.. Dia takde lah sakit gila.. cuma dia akan berpanjangan sehari suntuk macam tu.. So aku dah rasa sakit kepala dari pagi.. tapi light2 je.. So aku makan actifast 2 biji.. lega kejap je.. tapi still rasa kepala tu berat je.. biar jelah maybe petang akan ok.. Rupanya tak, petang lagi sakit.. sampai je kat sekolah kasih terus park and bukak pintu.. Bluekkk hamek kau muntah terus kat situ.. terus berdenyut-denyut kepala.. tutup pintu lock, jatuhkan seat dan tidur.. Tak larat gila.. Oh my memikirkan nak drive lagi sampai rumah mampos lah camni.. how? helpppp...

Kasih masuk kereta then singgah 7E jap.. dia nak beli makanan.. Pastu terus balik rumah.. Sampai kat area Alpinia tu jalan jam sebab ada traffic light.. Help badan aku dah seram sejuk sebab nak muntah.. Aku control je supaya tak muntah.. Nasib baik aku kereta last yang 'lepas' kat traffic light.. Aku dah menjerit-jerit dah cakap helppp tolonglah aku nak sampai rumah cepat.. sib baik lepas.. 

Sampai rumah je bibik tengok aku dari luar kereta.. Pastu aku turun je kereta dia tanya "kenapa puan tak sihat ke?" "ye, nak muntah".. Terus lari masuk dalam masuk bilik.. terduduk kejap kat toilet bowl.. 4x muntah.. Huwaaa helpp kepala berdenyut sangat nie.. Aku gagahkan diri mandi jugak.. Pastu terus whatsapp Pak Radie cakap aku tak sihat kepala pening and muntah.. tolong belikan makanan untuk budak-budak.. Zassss padam terus aku dalam selimut.

Pukul 7:30 tu Pak Radie masuk dalam bilik dengan sepinggan nasik goreng ada telur mata.. Dia pass pinggan kat aku, pastu dia buat-buat sibuk apa ntah.. Wow sweet sangat nie.. Aku pun makan lah 3-4 suap pastu tanya dia "awak nak lagi ke nasi goreng nie".. "Naklah!".. Eh ingat bagi semua, nyampah.. Terus pass balik kat dia, aku sambung masuk selimut.. Sampailah aku terjaga balik pukul 11 mlm camtu.. Barulah rasa lega dan ringan sikit kepala nie..

Harini ok dah tak pening kepala.. Kalau macam ni lah tiap kali cik P datang.. tolonglah aku phobia.. Aku rasa ni semua sebab 'Angin'.. Bila aku pening tu aku pegang atas kepala tu rasa sakit.. bila picit-picit atas kepala tu rasa nak sendawa tapi tak boleh.. kalau keluar sendawa pun sikit-sikit je.. 

Siapa doktor kat sini? Help, ada penyelesaian tak?


Love, 
Filla.

Thursday, August 27, 2015

THE BEST SAMBAL HITAM RAUB.

 Aku tak pernah rasa Sambal Hitam Raub ni.. tapi pernah lah dengar nama dia.. First time aku try masa bulan puasa.. Ada few aku try, tapi the best Sambal Hitam Raub yang aku pernah try is by Meknon's Kitchen.

Bulan puasa haritu, akhir-akhir puasa tekak dah tak tau nak makan apa untuk sahur.. Tapi aku jenis kene makan nasi kalau sahur.. Sudahnya aku makan sambal hitam ni je dengan nasi.. kalau rajin sikit goreng telur mata.. hahaha rajin nyewwwwww..

Disebabkan rasa dia sodap nak mam, now order lagi.. bagus ni kalau emergency takde idea nak masak lauk lain, kita makan ni je dengan nasi.. meletop rasa dia!

Owner dia boleh deliver ikut kawasan kot... kalau deliver sendiri dia pakai botol kaca rasanya.. Tapi yang ni Kak Pilla suruh dia pos je.. botol lawa, tapi jangan risau sebab botol ni plastik.. Kak Pilla order dua terus sebab satu lagi nak bagi Wan.. Eish haritu datang rumah lupa nak bagi Wan.. Teruk sangat aku punya tahap pelupa sekarang ni


 Sabtu haritu Pak Radie cakap nak makan dulu simple-simple sebelum keluar gi tengok wayang.. Oklah seret kaki gi masak ayam berlada hahahah..

 Terus keluarkan Sambal Hitam Raub Meknon's Kitchen ni..

Aku suka sebab dia pedas, tapi pedas yang ko boleh terimalah, pastu dia ada guna belimbing kan? Tapi takde lah sampai tahap masam.. Aku tak suka masam yang melampau ni.. Pastu ikan bilis dia jenis ikan bilis mahal tu.. Semua rasa dia tu well blend lah macam tu.. cukup segalanya wowww.. 

Kalau dah dapat terus masuk dalam fridge ye.  

Pastu aku selalu pindahkan dalam mangkuk kaca yang ada penutup boleh lock tu.. lama tahan berbulan ye.. bila nak makan je panaskan dulu sampai berasap-asap hahaha.. Tapi bila dah keluar masuk petias lelama dia akan jadi agak kering.. Lagi ahkak suka hahahahaha... 

Siapa nak gi travel dipersilakan bawak Sambal Hitam Raub ni.. Makan dengan nasi je pon dah terangkat.. Ni nak gi travel nanti memang confirm nak order bawak gi sana.. makan kenyang-kenyang kat hotel, pastu baru keluar minum kopi je hahahaha.. 

Kalau korang tak percaya cakap Kak Pilla meh lah order dan rasa.. Kalau betul sedap siap korang ye.

Harga:
1 botol (200gm) = RM15

Tel: 017-3863699


Love, 
Filla.

Wednesday, August 26, 2015

INSIDE OUT.

Korang dah tengok Inside Out?  Kak Pilla dah tengok weekend haritu.. Kesian kat budak-budak, memula ingat nak pegi malam, tapi Pak Radie ada hal malam tu.. siap dah keluarkan sweater masing-masing excited nak tengok wayang.. Bila tak jadi muka hampa je huhuhu..

Esok tu aku try book tickets online tapi apahal tah tak 'lepas' pulak.. takpelah kita pegi je, ada rezeki dapat lah tengok..

Nasib baik ada lagi heheheh.. 

Aleesya pun tengok sampai habis.. Tapi dah nak last-last dia dah tak concentrate hehehe..

Dua orang budak excited ;)

Mama and Icha..

Best ke tak cerita ni? Ok lah hahahah.. Best gila tu tak kot.. Ini pendapat aku ye.. if orang lain rasa best gila then best gila bagi dia lah kot..

Macam Kasih dia dah besar so dia faham lah jalan cerita.. Actually dia ada banyak character, ada Joy, ada Anger, ada Sadness.. character ni semua sebenarnya yang mengawal sorang budak kecik pompuan ni.. Kira macam diorang duduk dalam memory budak tu kot.. ada banyak memory balls dalam tu. so bila character anger tu yang kawal pemikiran budak tu.. so dia akan jadi pemarah.. main character dalam otak dia is Joy.. kalau Joy takde habislah tak terkawal tindakan budak pompuan tu..

Rasanya best lagi cerita Rio ke apa yang burung tu? haa tu aku suka sebab dia macam musical sikit.. so boleh tengok burung-burung tu menyanyi dan ada dunia burung tu sendiri..

Tapi kalau nak pegi tengok cerita ni ok je.. Terhibur je ;)

Sekian laporan ringkas dari Fillanie.

Bye.

Love, 
Filla.

Tuesday, August 25, 2015

ANAK MAK?

Siapa kat sini anak mak? Haku laju-laju angkat tangan hahaha... dan siapa kat sini anak perempuan sorang? Pon haku laju-laju angkat tangan.

Aku rasa majoriti anak perempuan sorang memang perangai sama je kat mana-mana pun.. Tapi mak aku jenis garang, tu dulu lah.. Eh sekarang pon ada lagi sisa-sisa kegarangan dia hehehe.. Aku tak salahkan anak perempuan sorang selalunya manja terlebih.

Tapi ni nak cerita kisah aku dulu lah.. Walaupun aku sorang je anak perempuan dalam keluarga tapi sebab mak aku garang so takdelah aku ni hidup goyang kaki je.. ko nak mampos kene hambat dengan penyapu?  Mak aku kata orang perempuan kene bangun awal pegi dapur sapu lantai jerang air.  Itu benda pertama yang kene buat.. Eh tapi zaman sekarang ada vacum dan dan ada coway.. hahahahahah.. huntonglah anak zaman sekarang ;)

Aku selalu membebel kat Kasih bila dia tak reti kemas cadar.. Ni mak aku ajar ke tak aku pun lupa, tapi kepantangan aku kalau bangun pagi tak kemas cadar.  Dulu baju kerja Wan tu aku yang gosok.. Form 3 aku dah boleh masak.. Bukan lah kene dera, tapi sebab takde perempuan lain boleh diharap kecuali aku.. Masa tu hoiiii membentak-bentak dalam hati.. kenapa aku takde kakak??? kenapa aku takde adik perempuan??? Abang aku boleh je tidur menjalar, keluar merayap lama-lama.. Arwah adik aku boleh je baring tengok tv.. tak kene marah pun?

Walaupun mak aku garang tapi aku manja dan terbawa-bawa manja tu sampai sekarang.  Kalau Wan nak suap aku tak kisah kot? Baju kurung raya pon Wan jahit.. kadang Nenek Shah Alam jahitkan untuk anak-anak.. Baju aku? Wan lah jahit.. 

Semalam call Wan tanya dia free ke tak? Sebab semalam dia kene amik abang aku dengan wife dia baru balik dari Lombok.. Hoi macam best je Lombok? Ok plan next year hahahha.. Pastu pagi tu Wan cakap nak gi pasar.. Wan tanya nak kirim?? Nanti mama datang umah.. Wowwwwww laju je.. 

"Ma, nanti belikan ikan sebelah yang mama cakap fresh tu, sekor baru RM18 ke apa kat Zemart tu, nak ikan bilis 1/2 kg, nak sayur bayam, nak udang 1/2 kg, nak bawang besar, bawang kecik, bawang putih, kentang, cili kering tak pedas.. bla bla blaaaa"

Terus Wan pintas "ko whatsapp, mama tak ingat" pastu kang dia sambunglah citer.. kat kedai ni ikan bilis lawa fresh.. ayam ko tanak? Eh eh eh.. bagai orang mengantuk disorong bantal.. Cemana lah aku ni tak jadi manja mengada? ni semua salah Wan hahahahahaha..

Aku tak tau if ada orang menyampah, tapi aku rasa ok je walaupun dah tua nak bermanja apa salahnya? mak sendiri kot?  Tapi satu keburukan dia ada anak yang take advantage dan jadi kurang ajar bila mak terlebih manjakan.. Bukan aku tak pernah dengar cerita anak tengking mak, anak buat mak macam kuli suruh bela anak dia, begaduh ngan mak hempas pintu, mak sakit tak tolong jaga.. Kenapa ni??? kenapa jadi sampai macam tu? gila ke apa, mak tu yang lahirkan kita bela sampai ke besar, siap manjakan suap bagai.. bila ko dah besar, dah rasa hebat, ada duit sendiri kemain ko buat mak kan? Eh kalau aku dapat budak macam ni aku sepak je.

Eh apa kene mengena gambar ikan tegolek kat atas tu hahaha.. Aku ada perangai bila orang nak datang rumah aku jadi takut haha.. Aku jadi blur nak masak apa ni? Orang tua biasalah kang mesti cakap "Tak yah, mama kenyang, ayah pun tak makan malam sangat".. Eishhh mana boleh? So aku selalu nak masak lauk yang Ayah suka.. dia suka masak rebus.. tapi takkan asyik masak tu je.. Teringat ada ikan kembung beli haritu.. goreng je dengan garam kunyit, pastu tumbuk je bawang besar, bawang putih, lada merah, cili padi, letak garam sikit.. dah gaul-gaul je.. pastu matchkan dengan sup suhun, letak chicken balls, carrot, kentang, pecah telur.  sebab Atok ngan Wan kurang makan ayam, muak kata dia.  

Suka tengok orang makan.  Pastu semalam Wan datang bawak lah segala barang aku kirim tu.. siap bawak daging tetel dah siap rebus "ni ko buat asam pedas pon sedap" pastu bawak rebung madu dari rumah Cik Nor kat Melaka tu.. Hambekkkk bau satu rumah, pening kepala aku hahahaha.. Oklah harini nak masak daging tetel masak lomak cili api dengan rebung madu.. Weooowww meleleh ailio.. pastu bawak pulak ikan tenggiri setengah (bahagian ekor).. "mama amik bahagian kepala, nah ko amik ekor"..

Pastu nak bagi duit pasar kat Wan.. Eh kenapa murah sangat? "Alah ikan tenggiri tak yah bayar, mama bagi.. daging tak yah".. Wow kayo makcik kalau macam ni.. dah lah delivery kat rumah muhahahahahahah.. 

Itulah dia kalau jadi mak memang camtu ke apa? Aku tak taulah esok kalau anak-anak dara aku ni dah kahwin aku datang rumah dia.. aku pun angkutkan barang pasar ke apa hahahah.. aku datang, Kasih tak masakkan untuk aku ngan apak dia, aku libas kepala dia. 

Aku tak kisah orang nak kutuk aku ni anak mak.. Eh biarlah, janji aku sayang mak aku.  Mak aku pun buat semua untuk aku sebab aku anak dia.. biarlah kan? Tapi tulah satu nasihat aku nak bagi, sementara korang ada mak ni, jaga mak elok-elok, jangan sakitkan hati mak, jangan bagi dia menangis.. Dulu aku selalu bagi Wan menangis, tapi aku rasa aku betul sebab Wan kuat nangis, so bukan salah aku, tapi Wan yang jenis sensitif sangat.. hahahah.. kurang ajar sangat time tu.  Jangan tinggi-tinggi suara kat mak, ingat, setitik air mata mak tu jatuh, terluka hati dia, terdetik hati dia berkecil hati dengan kita, habislah kita, tak cium bau syurga selagi mak tak ampunkan.  

Ada masa aku rindu gak, tapi segan nak cakap.. nak pegi Enstek sana macam asyik tak sempat, dengan budak-budak tuition lagi.. dalam hati takut jugak Wan ngan Atok merajuk, sib baik diorang datang rumah lepas jugak rindu nak bersembang.  

Semoga Wan dan Atok sihat selalu, happy selalu dan dilindungi Allah SWT.. Sayang mama.

Eh sorry teremo pulak pagi-pagi nie.




Love, 
Filla.

Saturday, August 22, 2015

KONGSI CERITA.

 Selamat berhujung minggu you ollsss.. Amboi ayat kepoci tak leh blah.. Jangan memain ye, bukan senang Kak Pilla nak update dihujung minggu.. Tapi ni tetiba rajin sebab ada snap gambar tadi.. Phone ni dah gila agaknya gambar bukannya banyak pon tapi storage dah penuh.. haku dah tak tau nak buang apa lagi dah supaya storage banyak balik.. balik2 storage full cannot take picture, eh sentap tau tak?

Ini rutin harian Kak Pilla setiap hari sabtu.. Tak tau lah gigih sangat dah masuk tahun kedua dah Kasih kat Brillington ni.. So far so good.. Lagipun sebab tiap kali register hujung tahun tu aku terus bayar habis setahun ada diskaun sikit dari bayar 3x macam tu.. Aku suka bila dia mingle dengan kawan-kawan kat sana.. tak boleh cakap bahasa lain selain English.  Pandai sangat tu tak lah, tapi ada improvement dari dulu.. dan confident level dia dah tinggi dari dulu.. dia dah tak de takut.. aku tak kisahlah dia paham ke tak English, janji duduk sana 3 jam dia dengar dan belajar sekali..

 Gigih sangat.  Tahun depan aku tak tau lah boleh gigih lagi ke tak.. nak berhenti rasa sayang pulak.. Oh nak citer sikit.. haritu sedih gila sebab rayban aku ni hilang.. Aku tau aku ni cuai sebenarnya.. Aku dapat rasakan aku takkan tercicir kat mana-mana.. Ni mesti aku lupa aku letak mana.. tapi aku diam je tapi hari-hari asyik sedih dan penat pikir mana aku letak.. akhirnya tadi jumpa rupanya dalam handbag lagi satu dalam lemari.. haritu dah punggah cuma bag yang tu je aku tak bukak hahaha.. lega sebab aku sayang semua sunglasses aku especially rayban yang ni.. Yeay gembiranya dalam hati tak yah cakap lah..

 Pastu setiap hari sabtu tu lah sepanjang pergi dan balik aku banyak borak dengan Kasih.. Selalu time balik sekolah borak jugak, tapi masing-masing dah letih so tak de borak sangat.. kadang kasih tido.. tapi bila hari sabtu lah aku rajin dengar dia cerita macam-macam.. kitorang nyanyi sama-sama lepas tu aku kutuk suara dia tak sedap.. dia pulak kutuk suara mama pun sama jugak tak sedap.. muka aku bangga kot nyanyi lagu Ba-ba-ba-ba-ba-baaaa.. ba-na-naaaaaaa... sepenuh hati aku nyanyi kasih ketawa sampai cramp perot.. nyampah, tak bagi sokongan moral langsung.

 Lepas hantar kasih gi tuition aku lari gi GE Mall kejap.. Elly ada treatment kat Marie France settle pukul 3... Laju-laju gi makan kat Cozy Corner sebab pukul 4 macam tu aku dengan Elly ada meeting dengan Fadzrul Nuffnang.

Yo yo oh je haaaa.. tapi Fadzrul ni kelaka boleh tahan.. asyik gelak macam haper je kitorang bertiga kat sini... heheheh

Orang tengok macam senang je jadi blogger nie.. Jadi blogger memang senang, tapi bukan senang untuk maintain blog tu sendiri.. melainkan minat dan isi kandungan blog tu sendiri.. Aku memang suka menulis dari dulu.. So aku rasa takde lah beban sangat nak menulis.. Cuma jadi beban bila kepala otak ni dah tak tau nak cerita apa.. Kalau kupas isu semasa malas pulak, macam bagus-bagus pulak hahahaha.. nak cerita pasal diri sendiri kang orang muntah pulak.. 

So sekarang bila aku rasa nak tulis, then aku tulis.. Ada benda rasa nak share, then aku share.. Harap masih sudi mengadap blog ni ;)

Now aku dah jadi part of bloggerati jugak.. Kadang orang confuse apa tu bloggerati? Kalau nak tau boleh click SINI.  Dunia advertising ni luas.. Kita ada client yang nak atau tidak untuk pilih kita.. Ada banyak kot talent dalam Nuffnang.. Pihak nuffnang mungkin akan propose kepada client untuk pilih sendiri talent/bloggerati mana yang diorang nak.. Client pulak kita tak tau lah dia nak kita disebabkan blog traffice kita ke, penampilan blog kita ke, content blog kita ke, cara penulisan kita mungkin? tahap professionalisme kita ke? Tu aku kurang pasti.  Tapi bila client dah pilih kita, sebolehnya jaga lah tahap professionalisme kita.. disiplin jaga, kalau kene attend event, make sure kita punctual, jangan langgar deadline.. Aku tak suka orang yang bekerja dengan aku nanti pening kepala. 

So far selama aku bekerja dengan Nuffnang aku sangat comfortable.  Diorang very flexible dan professional dengan blogger.  Mula-mula aku dapat event apa aku dah lupa.. tapi aku takuttt kot.. tapi aku kuatkan semangat untuk jadi berani.  Aku ingat lagi aku kene attend meeting kat Nestle.  Masa tu aku tak tau siapa lagi blogger yang dapat job tu.. So aku pegi je.. rupanya aku berdua je dengan Vivy masa tu.. ingat lagi masa tu Vivy pregnant anak first.. tengah tunggu hari nak bersalin.. Lepas tu dalam meeting room tu ramai gila kot orang.. takde yang boleh cakap BM.. semua English, mampos aku hahahaha.. tapi aku buat muka derk je lantak la hahahah.. dah lah meeting tu formal gila.. dengan slide bagai.. tertelan-telan ailio aku.. tapi so far so good.. few times jugak aku dapat bekerjasama dengan Nestle.  

2nd time yang buat aku nervous masa Birthday Nuffnang buat kat Zouq tu.. memang aku tau diorang dah cakap yang nanti ada session nak share experience aku as senior blogger camtu.. ingat biasa-biasa je sikit lagi aku tak datang.. hahahaa.. sekali siap ada interview dengan media.. sakit perot aku hahaha.. pastu tengok dalam program tu ada Q&A session ke sharing experience ke apa tak ingat dah.. tapi masa tu aku dengan KampungBoyCityGirl je kene duduk atas stage tu.. Gila ke apa???? omgggggg ko jangan eh, aku penakut hahahah.. Tapi aku ada perangai pandai buat muka selamba.. kat dalam tu majoriti chinese.. dengan Emcee nye semua spiking london.. mampoih.  

Tapi aku cakap dalam hati, Eh? kenapa orang nak kisah kalau aku nak cakap BM? kenapa aku nak takut? patut aku rasa bangga sebab orang notice aku, orang notice blog aku, padahal aku ni siapa je pon?  Aku naik jugak atas stage.. muka confident.. then masa Emcee suruh introducekan diri dan cerita pengalaman.. First ayat aku yang aku ingat "Hi, i'm Filla from Kasihaleeya.blogspot.com, people usually call me Filla or Kak Pilla, hmmmmm eh, can i speak BM?"  Hahhaha selamba badak ye aku cakap macam tu.. dalam tu penuh orang.. rasa nak pitam kejap.. nasib aku tak pitam betul-betul kat situ.. Tapi semua tepuk tangan cakap "Yessssss, bolehhhh, cannnnn!!!!!!" hahahah gelak aku time tu.. 

Banyak aku belajar sejak jadi talent ni.. Panjang pulak membebel memalam buta ni kan.. Yelah sekali je update blog.. pastu i see u next week.  dasar pemalas.

 Elly pun bloggerati jugak.. Aku rapat dengan Elly lama dah.. dia beli frame aku masa aku buat business frame dulu.. pastu dalam email kot aku tanya dia ada blog ke? rupanya ada hahah.. terus baca, ingat lagi first entry dia aku baca pasal dia order nasi ayam untuk hantar kat sekolah birthday anak dia masa tu.. tapi orang buat nasi ayam tu lambat ke apa siapkan order.. sampai lah ke hari ni dah macam-macam kitorang lalui bersama.. Pastu baru aku kenalkan Peej dengan Elly masa tu first date diorang kat KLCC makan kat Aseanna hahaha.. pun boleh masuk kepala otak.. Peej tu dengan orang tak biasa dia banyak senyap.. Tapi sebab aku jenis bising, Elly pun bising.. dah 2,3 kali jumpa Elly baru mulut Peej bising hahahha.. Eh mengimbau kenangan pulak..

 Ni baru lepas tampar Elly.  hahahhaha memasing malu nak amik gambar depan GE mall.. gila apa orang ramai kot.. tapi Fadzrul macam ok je suruh bediri situ.. terus tekepit-kepit je aku dengan Elly malu hahahah

 Elly siap bagitau Win kalau nampak dia dengan lelaki lain kat GE Mall tu orang nuffnang, bukan boyfriend ye.. hahahahahahhaha.. 

Ok lah dah tengah malam ni, ai is mengantuk oledy.  Good night :)


Love, 
Filla. 
 

Wednesday, August 19, 2015

Never Give Up with Milo.

Masa aku kecik-kecik dulu aku takde hobi.. Aku ada abang dan tiap-tiap petang aku mesti join Abang aku dengan kawan-kawan dia buat aktiviti lasak.. Aku cuma ada sorang kawan perempuan je neighbour depan rumah nama dia Vianna kalau tak silap.  Kalau dengan dia aku selalu main anak patung, masak-masak.. Tapi biasanya aku ikut Abang aku kayuh basikal BMX turun bukit dengan kawan-kawan dia.. panjat bukit batu kat belakang rumah.. Masa tu aku duduk kat Sabah belakang rumah tu bukit bukau.. Jatuh basikal tu dah macam perkara biasa bagi aku.. bila panjat bukit batu belakang rumah tu.. nak balik budak-budak lelaki tu ikut jalan short cut.. semua turun bukit yang tinggi tu supaya dapat sampai rumah sebelum maghrib.. Aku? mestilah ikut sekali takkan nak ikut jalan lain.. orang turun bukit elok je.. aku tak pandai, so aku buat macam slide.. habis luka belakang badan, nak mandi pedih siap nangis.. tapi takut nak cakap dengan mama, nanti dia libas lagi sakit hahahah.. 

Itu masa kecik.. bila dah sekolah menengah, masuk form 5 aku gila main roller blade.. nasib Wan bagi jugak beli roller blade hehehe.. depan rumah tu macam turun bukit sikit.. memula tu of course lah tak reti.. lelama hebat sampai tonggang tebalik aku jatuh.. masih ada lagi parut kat siku sebab jatuh terseret atas jalan tar.. 

No wonder perangai macam lelaki sikit heheh.. Now bila ada anak-anak of course aku tak larang bila diorang nak menceburkan diri dalam aktiviti lasak.. Aku tak nak diorang lembik semua benda takut nak try.. Biar jatuh berdarah pun tak pe, tu semua pengalaman ;)

Baru-baru ni Pak Radie belikan Amaani dengan Kasih roller blade sorang sepasang.. Kasih oklah memula dia dah steady.. Tapi malam tu masa pegi beli dari kawan Pak Radie kat Cyberjaya.. Amaani muka dah sedih sebab dia pun nak.. Sebab tu lah Pak Radie belikan jugak.. Nasib baik ada size.. Amaani tak boleh berdiri langsung!!!!! Dia tak boleh nak balancekan badan langsung.. Aku biasalah, membebel jugak sebab membazir kot pastu nanti tak reti, terus tak nak main dah.. 

Tapi kitorang bagi semangat kat Amaani.. Lepas tu hari-hari Amaani berlatih.. Baru berapa hari dia dah boleh berdiri tegak dan sekarang dah hebat main roller blade tu.. Wah kagum kejap sebab kesungguhan dia tu akhirnya dia berjaya..

 Roller blade ni besar sikit, tapi Amaani ok je.. Aku pulak yang risau kalau dia laju sangat heheheh.. 





Ini semangat Amaani.  Aku nampak usaha dia hari-hari berlatih.. Mula-mula dia pegang kerusi-kerusi kat meja makan untuk bantu dia berdiri.. Pak Radie dengan aku sentiasa support bagi semangat.. Puji-puji dia supaya dia lebih yakin dengan diri dia.. Kasih pun selalu support adik dia :)


Kak Pilla nak ajak korang tengok video kat bawah ni:


Selepas tengok video ni aku rasa sedih pulak.. Kadang-kadang kita sebagai parents janganlah terlalu push dan expect anak-anak to be No.1.. Memanglah tempat pertama tu paling bagus, rasa bangga.. tapi tak bermakna tempat kedua tu tak bagus? Yang penting #nevergiveup.

Bila tengok video tu some of the kids tu rasa takut nak dapat no.2 sebab takut mak marah? takut kene tidur luar? takut ibu bapa kecewa.. majoriti anak-anak tu takut untuk gagal kerana takut ibu bapa.. Rasanya kita sebagai ibu bapa jangan terlalu mendesak dan memaksa sampai anak-anak jadi takut.. Kita kena sentiasa beri sokongan, motivate anak-anak dan sentiasa mendorong mereka supaya berusaha dan tidak cepat menyerah kalah dan putus asa.. Itu lebih baik untuk membina keyakinan diri mereka untuk menempa kejayaan.  Itu yang Milo cuba terapkan kepada kita sebagai parents dan juga sokongan kepada anak-anak kita.. Lepas tengok video tu, Kak Pilla bertambah yakin dengan apa yang Kak Pilla buat untuk anak-anak.. Kak Pilla tak pernah marah atau pukul if diorang tak dapat no.1.. Especially bila benda tu melibatkan hobi anak-anak.. Just encourage je supaya diorang jadi seronok dan happy.  Asalkan diorang dah cuba sedaya upaya, kedudukan tak lah penting sangat, yang penting diorang #nevergiveup - tu yang penting.

Kak Pilla percaya kepada brand MILO sebab itulah satu-satunya brand yang kita kenal dari kita di bangku sekolah.. Kadang punyalah happy kalau lori Milo datang kat sekolah yang kena beratur untuk dapatkan milo sejuk dalam cup :)  Kak Pilla percaya Milo dapat memberikan tenaga tambahan kepada anak-anak, tapi paling best sebab rasa dia SEDAP heheh..

Kak Pilla nak tau apa pendapat korang sebagai ibu/bapa bila dah tengok video tu? Memang korang suka put high expectation supaya anak-anak takut untuk dapat no.2 ke?  Atau korang jenis tak kisah dapat no. berapa pun takpe, janji anak tu berusaha dan tidak mengalah.. Share kat komen ni ataupun jom join coversation kat Facebook Page MILO Malaysia 




Love, 
Filla.

Tuesday, August 18, 2015

JOM BUAT SENDIRI WALL FRAME UNTUK DECO RUMAH ANDA!

Bahahahahah tajuk entry rasa nak tumbuk diri sendiri, macamkan kau yang buat hahahah... Well aku ni just penyampai sahaja ye.. Dah Pak Radie bukan ada blog pon, so biarlah aku yang share mana tau korang pon boleh buat.. kalau aku? sorry.  Aku bangsa cepat letih dan tak focus, dan jenis cepat bosan.. Tapi aku suka cantik-cantik, aku suka feeling-feeling nak hiasan rumah camni, camtu.. tapi yang kene buat orang lain wahahahahahah

Kalau aku share ni pon dah tentu korang pompuan-pompuan ni takkan buat pon kan? saja je cuci mata.. tapi kalau husband korang minat pertukangan macam laki aku, silakan lah propose hehehe.. Aku dulu subject apa yek ada kene buat khat kat kayu guna penyungkil ke apa.. habis jahanam aku kerja kan hahahaha.. nampak sangat bangsa tak penyabar dan tak berseni hahah..

Well aku suka ID, aku suka bagi idea, aku suka kongsi idea aku dengan laki.. selalunya aku just imagine dan cakap aku suka macam ni macam tu.. pastu dia dengar tak dengar je.. tapi lepas tu dia sibuk tunjuk kat aku gambar dia google "macam ni kan?" wahhh u can read my mind, dia tau apa aku nak.. pastu dia dengan poyo cakap "takpe, serah je kat Pa, Pa tau nak buat ni"

Omg serammmm.. sebab dia memang jenis over confident.. tapi nanti aku takut aku tak suka, i cannot pretend u know? kalau tak suka nanti muka hampa aku tu terserlah walaupun aku senyum.. hahahaha.. 

Lepas aku cakap tu, rasanya hari yang sama ke esoknya dia beli kayu untuk buat wall frame tu.. Aku ni bongok gak, mati-mati aku ingat wall frame tu ala-ala cornish yang datang sekeping dah siap just tampal je kat dinding.. mana aku tau rupanya yang timbul tu frame! 

So peralatan kene ada ye.. kalau takde memang susah dan lambat.. Laki aku suka bertukang, aku panggil dia si tukang kayu.. ampun pa hahahah... macam-macam dia beli yang aku tak tau.. tetiba je dah ada? ni apa? segala gergaji letrik, gergaji tak letrik, pemotong itu ini.. omg tool box dia je ada 5 tingkat kot kat rumah.. sakit mata aku tengok bertingkek-tingkek dalam bilik kerja dia tu.. aku siap sound "awak ni mechanic ke tukang kayu? orang yang memang full time pon takde banyak benda macam ni dia beli"  Ingat lagi birthday dia kot aku belikan drill dinding yang heavy duty tu.. suka gila ok.. hoihhh boringgggg tak romantik langsung.

Rupanya nak potong kayu pon siap ada acuan macam ni..

Ni lah function dia benda biru nie.. Ko boleh adjust nak potong senget yang macamana.. so nanti kayu untuk joining tu straight dan sama je bila cantum..

Kayu ni korang boleh beli kat hardware dia jual panjang.. so korang kene potong ikutlah frame cemana lebar korang nak buat.. kayu ni tak silap aku 8 kaki kot.. sebatang kayu tu rasanya boleh dapat 2 panjang, 1 pendek.. Dan lepas korang sambung kayu tu jadi frame, aku lupa nak tanya dia gam ke apa.. tapi dia gosok dulu rasanya dengan kertas pasir bagi licin.. 

refer gambar bawah ni.

Sebelum buat ni dia dah ukur siap-siap sepanjang dinding aku ni boleh dapat berapa frame.. pastu ada lah kene kali campur bagai.. i don't know... Masa ni aku takde sebab hantar Kasih gi tuition.. Pastu rasanya dia gam dan paku jugak kat dinding.. tak tau lah dia paku pakai drill or pakai tukul biasa.. hehehehe

Kayu untuk border panjang straight atas tu lain sikit.. dia lebih lebar dah tebal sikit.. harga pon mahal dari yang kurus tu.. tapi rasanya sebatang belas-belas ringgit je.. pon boleh dapatkan kat hardware jugak.

See? Dah siap ;)

Nak buat kerja ni kena teliti, sabar dan kemas.. Kalau jenis nak cepat dan tak penyabar macam aku sila lupakan je niat nak buat sendiri hehe

Pastu sesi mengecat pulak.. Pastu dia bising-bising membebel dia cakap cat yang dia beli jenis spray tu tak leh guna.. dia beli online kalau pakai tu kerja lagi senang dan cepat.. So spray tu dah tak leh guna, terpaksa lah cat secara manual.. Guna roll jugak, mana yang kene detail tu cat pakai brush macam Kasih buat kat atas tu.. Habis dia buli anak dia tolong cat hahaha

Akhirnya siap jugak kerja dia dalam masa sehari je ;)

Outcome nya kat bawah ni.. Idoklah gempak nau, rumah aku bukan banglo, rumah kecik je.. tapi aku happy je sebab dapat apa aku nak.. Pastu lebih menghargai sebab hasil titik peluh bersama.. Eh? tetiba bersama.. Eh tolong sikit ye, aku tolong hang balik frame berat tu.. tolong vacum, tolong cat jugak sikit.. hehehe

Close up sikit

Ruangan atas ni aku tak leh sentuh sebab tu tempat dia letak segala tok nenek coke dia.. Tak leh melawan sebab tu hasil kerja dia.. redho je lah..  Pastu lampu dulu lain, now dia tukar pakai mentol je 3 bijik.. Nampak lebih cozy macam kat cafe.. i like :)

Dulu takde letak sofa kat situ.. Tapi kitorang ubah letak sofa kat situ supaya ruangan tu lebih penuh dan tak nampak kosong.  Frame kain sari patch tu kegemaran aku dan kesayangan aku dari dulu..

Ini pun sudut kegemaran jugak

Ini tak tau nak gemar ke tak.. hahahaha.. Tapi oklah, walaupun rupa dia simen macam tak siap, Pak Radie kata tu seni.. Baiklah kita ikut je.. semua tu hasil kerja dia, so kita kene appreciate lah janji happy..  Ingat lagi kerusi kuning dua bijik tu beli masa nak pindah masuk rumah kat Putrajaya, masa tu beli bayar deposit tapi tak amik.. bila ada duit top up lagi sampai cukup amik sekali dengan meja makan dan 6 biji kerusi meja makan.. 

Aku dengan Pak Radie setuju tak nak pakai curtain, kitorang nak guna blind curtain 4 panel.. Tapi habis budak-budak ni suka singkap-singkap nak tengok luar.. kedut-kedut dah.. Aku selalu jerit je kalau diorang singkap hahaha.. Sofa 3 seater tu pun dah lama.. tapi masih cantik dan elok lagi.. Dulu sofa tu kat atas.. tapi gigih aku, Pak Radie dengan Bibik angkat bawak turun bawah.. Kalau tak tu.. tengok tv duduk keras je macam tunggu turn nak kene interview masuk kerja.. now ada sofa boleh baring sambil tengok tv ;)

Bean bag tu kegemaran aku jugak.. Kalau tengok tv best! Kaki letak atas meja wow macam boss sangat hahahah..

Satu je lagi impian belum tercapai.. Nak buat feature wall guna wood kat tv tu.. Sebab hati sedih tak buat-buat lagi.. so takde gambar dari pandangan hadapan hahahahah..


Ni lah dia Si Tukang Kayu kesayangan yang banyak berjasa untuk mrealisasikan impian rumahku syurgaku.. hahahaha dia garang tapi ok je.. Kalau borak pasal nak buat rumah camni camtu camni camtu lagi dia ok hehehehe.. muka macam tak layan, tapi kang tau-tau keluar kejap, balik dah siap bawak balik kayu.. wowwwww hebat, tepuk tangan skettttt..

Budak ni nama dia Si Kaki Sibuk.. Ada je dia dimana-mana hahahaha..

Ok tu je lah nak share, semoga dapat beri ilham kat anda jugak untuk merealisasikan impian anda jugak.. Bagi aku, rumah tempat aku untuk tenangkan fikiran.. Aku tak nak balik rumah pastu rumah serabut.. Aku nak ada rasa tak sabar balik rumah sebab sejuk je mata tengok rumah sendiri.. Kadang tu tak semestinya kene spend ribuan ringgit untuk hasil yang kita suka.. Janji effort dan pandai cari barang yang murah tapi nampak mahal.. Aku suka rumah ala-ala resort wowwww citer nak gempak je ni hahahaha.. Aku suka kayu-kayu, aku suka rumah warna putih dan tak suka banyak warna nanti kepala aku serabut.. Aku lebih kepada warna kelabu, coklat, grey dan warna-warna earth lah orang panggil..

Jumpa lagi di projek Deco Rumah akan datang.. Tadi aku dah gi ikut Pak Radie beli something untuk projek outdoor pulak.. hahaha.. gila punya olang.



Love, 
Filla.

Monday, August 17, 2015

RINDU PADA KENANGAN.. AMBOI TAJUK X KENE NGENA SANGAT PON.

Assalamualaikum,

Lama betul kita tak sembang kan? Bukan apa, rasa macam takde apa nak sembang dah.. Lama sangat dah blog ni, umur pun dah meningkat so isi blog pon tak boleh lah nak hentam sebarang macam dulu ikut sedap mulut.. Dulu zaman gelabah, semua benda nak share, tak kisah orang nak terima atau tak.  

Setahun dua ni banyak benda terjadi dalam hidup. Yelah kan hidup mesti ada cabaran, mesti ada pembaharuan.. Sejak aku, Elly and Peej menceburkan diri dalam bidang produk kecantikan ni, kepala otak asyik berfikir je.. Bukan aku sorang, tapi ketiga-tiga kitorang.. Nampak macam mudah, tapi percayalah, takde apa yang mudah.  Kita nak yang terbaik untuk diberikan kepada orang lain, kita nak apa yang kita usahakan ni berjaya, dibawah kita ada staff yang perlu kita jaga kebajikan dia, now kita ada accountant syarikat dan soon kita ada nak tambah staff lagi sebab beban kerja dah makin banyak.. Agent dan dropship bawah kitorang ni umpama staff kita juga yang kita kena jaga hati mereka, kena pantau prestasi mereka dan kena bantu dan guide mereka.  Itu satu tanggungjawab berat, Ellfie sekarang dah ada hampir 50 orang agent.  
Selaku orang yang bertanggungjawab untuk handle semua yang berkait dengan agent, aku dapat rasa ini bukan benda mudah.  Aku orang yang tak suka tengok orang lain sedih.. Baru-baru ni kita up lagi keuntungan agent supaya mereka dapat bekerja dengan tekun, berusaha bersungguh-sungguh dan paling penting dapat menambahkan lagi pendapatan mereka.  Bukan senang dan ikut suka untuk naikkan keuntungan kepada agent ya, sebab harga produk kita remain.. dari sebelum GST sampailah now ada GST.. kita cuba untuk takkan naikkan harga produk, so kat situ faham-fahamlah, kita tanggung kos GST tu.. 6% bukan amount yang sikit untuk pihak kita.. Kemudian kita ambil langkah untuk naikkan lagi keuntungan agent sebab kita nak diorang happy.. 

Bagi Kak Pilla itu semua biasa dalam perniagaan..kita ada banyak anak buah nak kena jaga.. masing-masing boleh lontarkan pendapat masing-masing, termasuk aku sendiri.  Tapi kita cuba lah untuk communicate dengan baik, dengan professional supaya takde kesan yang buruk di kemudian hari.. Bila hati kita ikhlas dan percaya kepada rezeki, inshaAllah hati akan tenang.  So far semakin ramai 'anak buah' semakin kita tahu ragam masing-masing.. Aku suka dan aku bangga sebab ini secara tak langsung melatih kita untuk rasa tanggungjawab, untuk belajar bagaimana menangani masalah, untuk manage 50 orang di bawah kita.. Itu baru 50 orang, kalau orang lain yang ada beratus staff atau beribu ke.. memang pitam kot. 

So far semua bantu-membantu.. dalam group chat tu kalau ada yang tak faham macamana cara nak buat postage.. ramai yang laju-laju bantu.. nak guna plastik poslaju yang mana? nak wrap macamana? Kak Pilla kadang perhatikan je kat group whatsapp pastu senyum happy bila tengok diorang semua bersatu hati.. Kalau ada customer nak COD tapi agent tu dah kehabisan stok, dia tak rasa kedekut untuk share contact no customer supaya agent lain boleh deliver.. Kak Pilla percaya bila kita ikhlas, bila kita tak berkira untuk membantu, inshaAllah rezeki kita akan murah.. 

Baru-baru ni Ellfie dah keluarkan Gold Serum.. Sambutan alhamdulilah sangat menggalakkan.. Bayangkan ada agent kita yang berjaya jual 10 set Gold Serum dalam masa sehari.. Syabas.  Kita ambil masa yang agak lama untuk keluarkan sesuatu produk sebab kita nak beri yang terbaik.. Kita test dulu sebelum kita decide nak jual di pasaran.. Bukan 1 jenis, berjenis-jenis kita test dan kita hanya akan pilih yang terbaik.  So far Ellfie Gold Serum ni yang terbaik dan kita hasilkan dengan packaging yang exclusive setanding dengan kehebatan produk tu sendiri.  
Serum ni satu produk yang wajib ada dalam rutin kecantikan kita.. Mungkin kebaikan Gold Serum ni kita takkan nampak dalam hanya seminggu dua.. Tapi ia untuk kecantikan jangka panjang.. Mampu mencerahkan kulit, menganjal dan menegangkan kulit, menghilangkan garis-garis halus di wajah, menaikkan seri pada wajah, melembapkan kulit, menghaluskan kulit dan pelbagai lagi kebaikan untuk kulit wajah.  Mulakan kebiasaan memakai Ellfie Gold Serum dari awal supaya boleh nampak hasilnya di kemudian hari nanti.  Korang boleh baca cara menggunakan serum dan kehebatan Ellfie Gold Serum di SINI.

Ok habis cerita serum kita nak citer apa pulak?  Inshaallah hujung tahun ni aku nak gi travel... Nak melihat negara orang, bukan untuk membeli belah sangat pun.. katanya laaaa hahaha.. duit kita jatuh teruk, hati aku pon sakit sampai rasa nak marah semua orang.. nak tunggu takut makin jatuh.. nak tukar rasa macam nak maki je tengok harga.. Bistu camno?  

Aku tak tau orang lain, tapi aku suka travel tak kira lah kat mana.. Tapi setiap tempat yang aku pergi, aku ada kenangan yang aku takkan lupa.. Aku ingat setiap langkah aku, aku ingat baju apa aku pakai masa tu.. Kadang sebelum tidur tetiba aku teringat kenangan kat Jepun haritu.. 

Aku ingat macamana aku tadah tangan depan restoran sebab ada ketulan ais halus jatuh kat tangan.. aku ingat masa tu anak-anak tengah facetime dan aku tunjuk ada ais jatuh kat tangan mama.. Aku ingat aku kesejukan malam tu masa berjalan kaki.. aku bungkus muka aku sampai nampak mata je hahaha.. Terlalu sejuk sampai aku diam dan tak bercakap, bila cakap rasa lidah keras pastu aku tak faham apa aku cakap.. haha baik diam..

 Aku ingat last day kat Jepun, aku dengan Pak Radie berlari-lari ke airport sebab nak carikan toys untuk anak-anak.. Sebab aku gi Jepun tu atas dasar kerja dan iklan, so memang pack sangat aktiviti.. tak sempat beli untuk anak-anak.. Sampai airport cari kedai mainan, nasib baik jumpa.. pastu ada mat salleh tengah test helicopter ke apa guna remote, pastu ada part of heli tu tercampak betul-betul kat kepala Pak Radie..   sakit kepala dia merah macam nak benjol hahaha.. nasib tak saman, orang Jepun tu beria-ia mintak maaf.. demi anak-anak, takpelah.. Aku nampak muka Pak Radie paling bercahaya sebab akhirnya dapat belikan anak-anak dia mainan.. Aku jadi sedih masa tu sebab aku tau dia yang paling rapat dengan anak-anak.. Sepanjang kat sana bibir dia tak lepas nama anak-anak.. So itu yang aku teringat sebab aku orang yang suka cipta dan simpan kenangan ketat-ketat dalam hati.. Tapi cuba ko tanya balik Pak Radie apa yang dia ingat masa kat Jepun? Dia tak ingat apa aku rasa, dia ingat dia cari kasut Redwings je kot.. 

Semoga ada kesempatan dapat lagi aku tengok negara luar dan cipta kenangan banyak-banyak ;)

-Phuket-

-Krabi-

Bukan Jepun je, mana-mana tempat aku pergi macam Phuket, Krabi, Bali semua tu ada kenangan yang aku simpan dalam hati.. Lantak lah orang nak kata gaya je rock tapi dalam hati ada taman.. Aku nampak je macam tu.. tapi hati aku ni lain.. mudah tersentuh dan jenis tak mudah lupa.. Apa terjadi dalam hidup aku pun segar lagi dalam ingatan aku.. siapa yang sakitkan hati aku, siapa yang pernah keluarkan perkataan yang menyentap hati aku, benda tu kekal dalam hati.. terngiang-ngiang.  Sebab tu aku sendiri hati-hati kalau bercakap dengan orang.. kalau bergaduh macamanapun hati-hati dengan mulut, sebab kita tak tau hati orang macamana.. kene orang yang hati dia macam aku ni? habislah.. macam tape recorder, rakam dan ulang.. rakam dan ulang, terluka sangat. 

Oh sekarang ni tengah dalam mood nak cantikkan rumah pulak hahaha.. Benda ni bemusim, kalau tetiba je terfikir, tetiba je jadik.. Ada benda yang bertahun berangan tapi sampai hari ni tak buat.. Pa kalau awak baca ni, mesti awak tau ni kes wood feature wall kita.. hahahah.. Tapi takpe, tu boleh tangguh lagi.. Eleh apa lah sangat takat tengok tv pastu kat atas tv ada wayar terjuntai je macam tu.. Tadek hal lah.

Nanti aku buat entry Pak Radie buat wall frame kat dinding rumah.. jimat kos sebab beli kayu je pastu lain buat sendiri.. bravo sangat ni.. Aku buat-buat jaga anak sambil tengok tv pastu tebongkang ahhahahaha.. Eh tapi lepas tu i vacum satu rumah ok dengan angkat frame besar tu berat tau tak? nantilah kita citer yang tu.. 


Love, 
Filla.

Friday, August 14, 2015

RESEPI BAKED MACARONI

 Baked Macaroni dah lama aku teringin nak belajar buat ni.. Tapi kemalasan menguasai diri.. Makan tak pernah plak malas haihhhh..

Sampailah haritu (agak lama dah) Wan share resepi kat FB, tengok macam eh senang sangat ni.. boleh try :)  Aku kan memang pemalas kalau resepi yang banyak bahan dah susah-susah ni.. So bila tengok ni senang mari kita beli bahan dan buat.. Wan tu rajin share resepi.. Lagi satu Wan rajin share resepi buat cake kat wife abang aku.. Dia pulak memang rajin baking aku tengok.. telan-telan ailio tengok dia buat cookies lah, cake lah, salmon lah.. 

Aku buat ni untuk 2 bekas corningware yang 1 size sedang 1 besar sikit tu.. 

Resepi Baked Macaroni

Bahan-bahan:

3/4 paket macaroni
1 paket daging cincang ramly (ada 2 keping dalam tu)
3 sudu rempah kari
2 sudu besar bawang merah (blend)*
1 sudu bawang putih (blend)*
1 sudu sudu kecil penuh lada hitam (tumbuk)*
1/2 inci halia (tumbuk)*
1 tin susu cair
1 tin air
cincang kasar daun sup dan daun bawang
bawang goreng
4 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
parutan mozarella
cheddar cheese (slice)
1 senduk minyak dan 2 sudu butter untuk menumis.

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan butter kemudian tumis bahan bertanda (*) sehingga wangi.. kemudian masukkan rempah kari dan kacau hingga naik bau..perasakan dengan garam.

2. masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.

3. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng.. kemudian masukkan daun bawang dan daun sup.. masak sebentar dan tutup api.

4. Makaroni yang telah direbus, toskan dan letak terus ke dalam bekas untuk dibakar.

5. Kemudian tuangkan ke dalam loyang atau bekas berisi makaroni tadi.. (saya buat 2 bekas, so saya bahagi dua semua adunan) kacau rata.

6. koyakkan cheddar cheese slice tu kecil-kecil dan kacau rata.. kemudian pecahkan 3 biji telur dalam mangkuk lain dan pukul.. tuangkan ke atas macaroni dan kacau sebati.

7.  Tabur mozarella cheese di atas permukaan macaroni sehingga menutupi keseluruhan permukaan.

8. Bakar sehingga 45 minit dengan suhu 170c.  Kalau still tak perang, boleh bakar lama lagi sehingga bahagian atas kelihatan perang dan cantik.

Tak daya tulis resepi ni skema nau hahaha.. Senangkan bahan pun basic je.. kalau suka ada tomato or capsicum warna-warni boleh lah potong dadu dan campak sekali masa masak daging tu :)

gambar takde dari mula hehehe.. so ni masa masak/keringkan daging tu..

 susu cair ni yang buatkan rasa dia lemak dan gemok. eh? lepas tuang susu, terus tuang air 1 tin tu jugak.

 tabur bawang goreng banyak-banyak lagi sedap!  Aku selalu belikan bawang mintak tolong bibik buat bawang goreng so sentiasa ada stok ;)

Ni agak confuse, tak tau nak masak sampai kering cemana.. Actually tak yah kering sangat.. cukup setakat dia pekat sikit dan mendidih tu tutup api.

Campurkan semua bagi rata.. pastu koyakkan cheddar cheese slice tu gaul rata.. masukkan daun bawang dan daun sup kacau rata jugak.

 Last sekali tabur mozarella cheese atas dia.

 Bakar selama 45 minit suhu 170c. 

 Ni pun tak cukup perang.. boleh perangkan sikit lagi.. Orang kat rumah dah mengaum kelaparan hahahahah..

Rasa dia? Sedappp creamyyyy cheesyyy berlemak ada rasa aroma kari dan terasa pedas-pedas lada hitam.. boleh dimakan bersama sos cili atau telan begitu sahaja ;)

Selamat mencuba resepi ringkas tapi sedap dan mok :)

*Actually masak ni sebab nak kene bawak gi office ada jamuan raya potluck.. berani mati masak benda yang tak pernah masak seumur hidup hahahha.. mampos dah lah kene paksa ni.. takkan ko nak bawak perot je kan.. agak-agak sikit... 


Love, 
Filla.

Wednesday, August 12, 2015

Confirm Kenyang dengan KFC Ayam Masak Merah Rice Wrap.

Kak Pilla ni dah jadi rutin, hari-hari kalau boleh mesti nak masak untuk family.. Jarang jugak makan kat luar..  Seronok nak masak sedap-sedap pastu tengok orang kat rumah makan.. Pastu tanya 80x sedap ke? sedap ke?  Semua orang dah malas nak layan hahahah.. tapi kadang-kadang badan letih dan dah takde idea apa lagi nak dimasak..

Tapi baru-baru ni Kak Pilla dengar orang sibuk cakap KFC ada menu baru.. Ayam Masak Merah.. Eh macam pelik je?  Pastu pulak orang cakap cara dihidangkan tu bukan macam Ayam Masak Merah yang selalu kita makan tu.. Terus teringin nak try sebab curious sangat..

Siapa pernah makan Ayam Masak Merah sila angkat tangan!  Selalunya orang hidang Ayam Masak Merah ni dengan Nasi Tomato.. sedapnyaaaaa... Nak masak beria-ia dengan Nasi Tomato? Fuhh tak sempat dik hahaha.. Ahkak sibuk, kalau masak pun 1 lauk or 2 lauk yang simple cukup.. 

Ada satu hari free tu Kak Pilla ajak Pak Radie, Kasih Amaani ngan Kasih Aleesya gi KFC sebab nak try Masak Merah Rice Wrap ni..Kasih Aleeya tak ikut sebab lepas hantar dia pegi tuition kitorang terus pegi.

 Amaani dengan Aleesya berebut ayam KFC.. Kalau korang suka pedas memang Masak Merah Rice Wrap ni lah yang korang patut try!  Tak payah pakai cili sos dah sebab pedas dia dah just nice.. selain tu ianya convenient, on-the-go handling dan mudah dimakan.. Sesuai untuk orang yang sibuk macam saya hehehehe..

KFC Masak Merah Rice Wrap ni korang boleh beli di mana-mana KFC yang korang suka..

 Kak Pilla pilih Jumbo Size Combo RM8.90.. Boleh dapat regular fries dengan soft drink sekali.. Kalau you all pergi drive-thru pon boleh pilih A La Carte je.. Murah je RM6.90 terus ngap sambil bawak kereta.. Memang confirm kenyang sebab dalam tu ada Zinger strips, Colonel Rice, Sayuran seperti Timun, Bawang, Tomato semuanya dibalut dengan toasted tortilla wrap yang suam.. Mudah dan lazat yang penting mengenyangkan.. 

 Tapi kalau pergi KFC kadang-kadang kita dah terbiasa mesti nak makan ayam dia jugakkan? Jangan risau, boleh pilih Super Jimat Rice Wrap Box cuma berharga RM9.45, complete dengan 1 ketul ayam original atau spicy, fries dan soft drink sekali.. Ini pun kenyang termengah-mengah ;)


 Ini Kak Pilla punya KFC Masak Merah Rice Wrap.

 Pak Radie amik Super Jimat Rice Wrap Box :)

Lepas makan semua balik dengan muka kekenyangan.. Tinggal nak cari bantal dengan selimut je.. hahaha..

Kalau belum pernah cuba, silalah kunjungi mana-mana KFC sekarang kerana stok terhad dan rasalah sendiri keenakannya ;)

Oklah selamat mencuba KFC Masak Merah Rice Wrap! Pasti puas hati :)

Sebelum tu jom tonton video ni dulu sebab mencuit hati sangat hehehe..






* Combo and Price may differ at varied locations ie. Sabah Sarawak / Genting / Legoland / Langkawi / Airport outlets.


Love, 
Filla.