Monday, August 17, 2015

RINDU PADA KENANGAN.. AMBOI TAJUK X KENE NGENA SANGAT PON.

Assalamualaikum,

Lama betul kita tak sembang kan? Bukan apa, rasa macam takde apa nak sembang dah.. Lama sangat dah blog ni, umur pun dah meningkat so isi blog pon tak boleh lah nak hentam sebarang macam dulu ikut sedap mulut.. Dulu zaman gelabah, semua benda nak share, tak kisah orang nak terima atau tak.  

Setahun dua ni banyak benda terjadi dalam hidup. Yelah kan hidup mesti ada cabaran, mesti ada pembaharuan.. Sejak aku, Elly and Peej menceburkan diri dalam bidang produk kecantikan ni, kepala otak asyik berfikir je.. Bukan aku sorang, tapi ketiga-tiga kitorang.. Nampak macam mudah, tapi percayalah, takde apa yang mudah.  Kita nak yang terbaik untuk diberikan kepada orang lain, kita nak apa yang kita usahakan ni berjaya, dibawah kita ada staff yang perlu kita jaga kebajikan dia, now kita ada accountant syarikat dan soon kita ada nak tambah staff lagi sebab beban kerja dah makin banyak.. Agent dan dropship bawah kitorang ni umpama staff kita juga yang kita kena jaga hati mereka, kena pantau prestasi mereka dan kena bantu dan guide mereka.  Itu satu tanggungjawab berat, Ellfie sekarang dah ada hampir 50 orang agent.  
Selaku orang yang bertanggungjawab untuk handle semua yang berkait dengan agent, aku dapat rasa ini bukan benda mudah.  Aku orang yang tak suka tengok orang lain sedih.. Baru-baru ni kita up lagi keuntungan agent supaya mereka dapat bekerja dengan tekun, berusaha bersungguh-sungguh dan paling penting dapat menambahkan lagi pendapatan mereka.  Bukan senang dan ikut suka untuk naikkan keuntungan kepada agent ya, sebab harga produk kita remain.. dari sebelum GST sampailah now ada GST.. kita cuba untuk takkan naikkan harga produk, so kat situ faham-fahamlah, kita tanggung kos GST tu.. 6% bukan amount yang sikit untuk pihak kita.. Kemudian kita ambil langkah untuk naikkan lagi keuntungan agent sebab kita nak diorang happy.. 

Bagi Kak Pilla itu semua biasa dalam perniagaan..kita ada banyak anak buah nak kena jaga.. masing-masing boleh lontarkan pendapat masing-masing, termasuk aku sendiri.  Tapi kita cuba lah untuk communicate dengan baik, dengan professional supaya takde kesan yang buruk di kemudian hari.. Bila hati kita ikhlas dan percaya kepada rezeki, inshaAllah hati akan tenang.  So far semakin ramai 'anak buah' semakin kita tahu ragam masing-masing.. Aku suka dan aku bangga sebab ini secara tak langsung melatih kita untuk rasa tanggungjawab, untuk belajar bagaimana menangani masalah, untuk manage 50 orang di bawah kita.. Itu baru 50 orang, kalau orang lain yang ada beratus staff atau beribu ke.. memang pitam kot. 

So far semua bantu-membantu.. dalam group chat tu kalau ada yang tak faham macamana cara nak buat postage.. ramai yang laju-laju bantu.. nak guna plastik poslaju yang mana? nak wrap macamana? Kak Pilla kadang perhatikan je kat group whatsapp pastu senyum happy bila tengok diorang semua bersatu hati.. Kalau ada customer nak COD tapi agent tu dah kehabisan stok, dia tak rasa kedekut untuk share contact no customer supaya agent lain boleh deliver.. Kak Pilla percaya bila kita ikhlas, bila kita tak berkira untuk membantu, inshaAllah rezeki kita akan murah.. 

Baru-baru ni Ellfie dah keluarkan Gold Serum.. Sambutan alhamdulilah sangat menggalakkan.. Bayangkan ada agent kita yang berjaya jual 10 set Gold Serum dalam masa sehari.. Syabas.  Kita ambil masa yang agak lama untuk keluarkan sesuatu produk sebab kita nak beri yang terbaik.. Kita test dulu sebelum kita decide nak jual di pasaran.. Bukan 1 jenis, berjenis-jenis kita test dan kita hanya akan pilih yang terbaik.  So far Ellfie Gold Serum ni yang terbaik dan kita hasilkan dengan packaging yang exclusive setanding dengan kehebatan produk tu sendiri.  
Serum ni satu produk yang wajib ada dalam rutin kecantikan kita.. Mungkin kebaikan Gold Serum ni kita takkan nampak dalam hanya seminggu dua.. Tapi ia untuk kecantikan jangka panjang.. Mampu mencerahkan kulit, menganjal dan menegangkan kulit, menghilangkan garis-garis halus di wajah, menaikkan seri pada wajah, melembapkan kulit, menghaluskan kulit dan pelbagai lagi kebaikan untuk kulit wajah.  Mulakan kebiasaan memakai Ellfie Gold Serum dari awal supaya boleh nampak hasilnya di kemudian hari nanti.  Korang boleh baca cara menggunakan serum dan kehebatan Ellfie Gold Serum di SINI.

Ok habis cerita serum kita nak citer apa pulak?  Inshaallah hujung tahun ni aku nak gi travel... Nak melihat negara orang, bukan untuk membeli belah sangat pun.. katanya laaaa hahaha.. duit kita jatuh teruk, hati aku pon sakit sampai rasa nak marah semua orang.. nak tunggu takut makin jatuh.. nak tukar rasa macam nak maki je tengok harga.. Bistu camno?  

Aku tak tau orang lain, tapi aku suka travel tak kira lah kat mana.. Tapi setiap tempat yang aku pergi, aku ada kenangan yang aku takkan lupa.. Aku ingat setiap langkah aku, aku ingat baju apa aku pakai masa tu.. Kadang sebelum tidur tetiba aku teringat kenangan kat Jepun haritu.. 

Aku ingat macamana aku tadah tangan depan restoran sebab ada ketulan ais halus jatuh kat tangan.. aku ingat masa tu anak-anak tengah facetime dan aku tunjuk ada ais jatuh kat tangan mama.. Aku ingat aku kesejukan malam tu masa berjalan kaki.. aku bungkus muka aku sampai nampak mata je hahaha.. Terlalu sejuk sampai aku diam dan tak bercakap, bila cakap rasa lidah keras pastu aku tak faham apa aku cakap.. haha baik diam..

 Aku ingat last day kat Jepun, aku dengan Pak Radie berlari-lari ke airport sebab nak carikan toys untuk anak-anak.. Sebab aku gi Jepun tu atas dasar kerja dan iklan, so memang pack sangat aktiviti.. tak sempat beli untuk anak-anak.. Sampai airport cari kedai mainan, nasib baik jumpa.. pastu ada mat salleh tengah test helicopter ke apa guna remote, pastu ada part of heli tu tercampak betul-betul kat kepala Pak Radie..   sakit kepala dia merah macam nak benjol hahaha.. nasib tak saman, orang Jepun tu beria-ia mintak maaf.. demi anak-anak, takpelah.. Aku nampak muka Pak Radie paling bercahaya sebab akhirnya dapat belikan anak-anak dia mainan.. Aku jadi sedih masa tu sebab aku tau dia yang paling rapat dengan anak-anak.. Sepanjang kat sana bibir dia tak lepas nama anak-anak.. So itu yang aku teringat sebab aku orang yang suka cipta dan simpan kenangan ketat-ketat dalam hati.. Tapi cuba ko tanya balik Pak Radie apa yang dia ingat masa kat Jepun? Dia tak ingat apa aku rasa, dia ingat dia cari kasut Redwings je kot.. 

Semoga ada kesempatan dapat lagi aku tengok negara luar dan cipta kenangan banyak-banyak ;)

-Phuket-

-Krabi-

Bukan Jepun je, mana-mana tempat aku pergi macam Phuket, Krabi, Bali semua tu ada kenangan yang aku simpan dalam hati.. Lantak lah orang nak kata gaya je rock tapi dalam hati ada taman.. Aku nampak je macam tu.. tapi hati aku ni lain.. mudah tersentuh dan jenis tak mudah lupa.. Apa terjadi dalam hidup aku pun segar lagi dalam ingatan aku.. siapa yang sakitkan hati aku, siapa yang pernah keluarkan perkataan yang menyentap hati aku, benda tu kekal dalam hati.. terngiang-ngiang.  Sebab tu aku sendiri hati-hati kalau bercakap dengan orang.. kalau bergaduh macamanapun hati-hati dengan mulut, sebab kita tak tau hati orang macamana.. kene orang yang hati dia macam aku ni? habislah.. macam tape recorder, rakam dan ulang.. rakam dan ulang, terluka sangat. 

Oh sekarang ni tengah dalam mood nak cantikkan rumah pulak hahaha.. Benda ni bemusim, kalau tetiba je terfikir, tetiba je jadik.. Ada benda yang bertahun berangan tapi sampai hari ni tak buat.. Pa kalau awak baca ni, mesti awak tau ni kes wood feature wall kita.. hahahah.. Tapi takpe, tu boleh tangguh lagi.. Eleh apa lah sangat takat tengok tv pastu kat atas tv ada wayar terjuntai je macam tu.. Tadek hal lah.

Nanti aku buat entry Pak Radie buat wall frame kat dinding rumah.. jimat kos sebab beli kayu je pastu lain buat sendiri.. bravo sangat ni.. Aku buat-buat jaga anak sambil tengok tv pastu tebongkang ahhahahaha.. Eh tapi lepas tu i vacum satu rumah ok dengan angkat frame besar tu berat tau tak? nantilah kita citer yang tu.. 


Love, 
Filla.

7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Bestkan jenjalan.. tengok negara orang.. tak yah pikir pasal kerja.. cipta kenangan terindah

Cik Aann said...

huhuhu..touching plak baca entry ni.
semoga kehidupan kak pilla sentiasa dipermudahkan..

http://thecikaann.blogspot.com/2015/08/macaroni-carbonara.html

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila doakan fila berjaya
ila pun tgh buat website utk produk2 yg ila jadi dealer
tak menang tangan nak jawab wasup2 sataue

oh ila suka part mencantikkan umah
walau umah ila tak cantik haha
now anak dah stabil.. barulah ila boleh squeze duit sikit utk umah
dulu semua duit simpat diam2 utk dia sahaja :)

Salfiza said...

bestnya dapat travel sana-sini... saya ni sekarang tunggu anak besar sikit baru nak plan travel jauh... dulu lepas kahwin x sempat nak ke mana tup2 dah ngandung.. tak berani nak berjimba2 sgt. huhu.

saya tgh mode nak try produk tempatan ni.. insyaAllah ada masa saya nak beli serum ni. ada sesiapa boleh cod putrajaya? hihi

Salfiza said...

bestnya dapat travel sana-sini... saya ni sekarang tunggu anak besar sikit baru nak plan travel jauh... dulu lepas kahwin x sempat nak ke mana tup2 dah ngandung.. tak berani nak berjimba2 sgt. huhu.

saya tgh mode nak try produk tempatan ni.. insyaAllah ada masa saya nak beli serum ni. ada sesiapa boleh cod putrajaya? hihi

intandayani said...

Kak jgn la potong bawang kak oii..

aliah said...

rasa ny kita samala kak filla. gaya rock tp dlm hati ad taman bunga2.. kalau dgn org luar smua lek je kne pukul2 tp dgn yg tersyg je reti nk manja2..heee